Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA 2

JALAN DESA JAYA, BANDAR COUNTRY HOMES,


48000 RAWANG SELANGOR DARUL EHSAN

PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF KELAS


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)
NEGERI SELANGOR

NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN DESA 2


DAERAH : GOMBAK
Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Bangunan
Kelas Pendidikan Khas Integrasi
SMK Taman Desa 2

1. LATAR BELAKANG PROJEK


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Taman Desa 2 telah dibuka pada 2008.
Pada awal penubuhan, hanya terdapat 6 orang guru dan 40 orang murid sahaja. Program ini
dibuka dengan menggunakan 6 kelas di sekolah ini. Pada ketika itu, kemudahan yang disediakan
hanyalah kelengkapan perabot asas seperti kerusi dan meja murid. Namun pada tahun 2018,
bilangan murid telah bertambah.Bilangan kelas juga turut bertambah menjadi 12 kelas untuk
murid bermasalah pembelajaran manakala 2 kelas untuk murid bermasalah pendengaran.
Namun begitu guru terpakasa menempatkan dua buah kelas di dalam satu bilik darjah yang
hanya dibahagikan dengan perabot. Keadaan kelas PPKI yang sempit dan padat menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik kerana guru sentiasa
perlu berjaga-jaga dengan keselamatan murid di dalam kelas.Oleh itu memandangkan Program
Pendidikan Khas Integrasi ini adalah program baru dan masih tidak banyak dinaiktarafkan, maka
pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perlaksanaan membina dan
mengubahsuai bangunan kelas pendidikan khas di sekolah ini.

BIODATA SEKOLAH
Nama Sekolah : SMK TAMAN DESA 2
Kod Sekolah : BEA 7621
Daerah : Rawang
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 18 ORANG GURU + 1 PEN. KANAN PPKI
Bil. PPM : 5 ORANG
Bil. Enrolmen Murid PPKI : 102 termasuk inklusif
Bilik Darjah Sedia Ada : 14
Sesi : 1 Sesi
Kawasan : Pinggir Bandar
2. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan perlaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan khas
ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut :
2.1 Menyediakan kemudahan-kemudahan penting bagi program PPKI SMK Taman Desa 2.
2.2 Membahagikan bilik darjah sedia ada kepada bahagian-bahagian tertentu berbentuk
kelas dengan pembahagi yang sesuai dan selesa.
2.3 Keadaan bangunan dan kelas pendidikan khas yang sedia ada tidak sesuai dan tidak
kondusif.
2.4 Kelas sedia ada tidak mempunyai kemudahan asas seperti ruangan yang mencukupi
untuk melakukan aktiviti.
2.5 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan ruang kelas yang sempit dan hanya
Menggunakan perabot sebagai pembahagi kelas.
2.6 Sesi pengajaran dan pembelajaran (Pdpc) kurang memuaskan kerana suasana kelas
bising disebabkan terpaksa berkongsi bilik darjah yang ditutup dengan peralatan perabot.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS


Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada
seperti berikut :
3.1 Membina pembahagi kelas atau partition.
3.2 Menukarkan papan putih yang roda kepada papan putih yang melekat pada dinding atas
faktor keselamatan dan kesesuaian murid PPKI.
3.3 Komponen bangunan tambahan yang dicadangkan adalah terdiri daripada :
i. 3 buah bilik darjah

3.3.1 Status tapak : Tanah kerajaan


3.3.2 Kawasan : Pinggir Bandar
3.3.3 Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut:

Bil Perkara Kuantiti Harga/ Unit Jumlah


(RM) (RM)
BILIK DARJAH PPKI

1 Bilik Darjah 1

i) Kerja-kerja membekal dan Lumpsum Lumpsum 3500.00


memasang partition dengan
menggunakan papan playwood
untuk bilik darjah keluasan panjang 24
kaki, tinggi 10 kaki.

ii) Cermin tingkat 3 x 4, tinggi 3 kaki,


lebar 4 kaki:
-Kuantiti 1 keping

iii) Kerja-kerja mengecat

iv) Kuantiti Pintu 1 buah

2 Bilik Darjah 2

i) Kerja-kerja membekal dan Lumpsum Lumpsum 3500.00


memasang partition dengan
menggunakan papan playwood untuk
bilik darjah keluasan Panjang 24 kaki,
tinggi 10 kaki.

ii) Cermin tingkap 3 x 4, tinggi 3 kaki,


lebar 4 kaki:
-Kuantiti 1 keping

iii) Kerja-kerja mengecat

iv) Kuantiti Pintu 1 buah

3 Bilik Darjah 3

i) Kerja-kerja membekal dan Lumpsun Lumpsun 3500.00


memasang partition dengan
menggunakan papan playwood untuk
bilik darjah keluasan panjang 24 kaki,
tinggi 10 kaki.

ii) Cermin tingkap 3 x 4, tinggi 3 kaki,


lebar 4 kaki:
-Kuantiti Pintu 1 buah
JUMLAH ANGGARAN KASAR 10500.00
3.4 Komponen peralatan tambahan untuk penambahbaikan bilik khas dan kelas sedia ada
yang dicadangkan terdiri daripada :
i. 2 bilik darjah murid low function
ii. Bilik guru
iii. Bilik PPM
iv. Bilik masakan PPKI
3.4.1 Anggaran peralatan
Bil Peralatan Kuantiti Anggaran Harga Jumlah
Seunit (RM) (RM)
1 Penghawa dingin (2.0hp Daikin) 5 units 2850.00 14250.00
3 Peti sejuk jimat elektrik 2 pintu 1 unit 2000.00 2000.00
4 Mesin membuat ‘popcorn’ 1 unit 2000.00 2000.00

5 Set Meja dan kerusi guru dan staff 12 set 300.00 3600.00
6 ‘Chiller Fridge’ 1 unit 2000.00 2000.00
7 Set meja dan kerusi kayu murid 50 set 150.00 7500.00
JUMLAH ANGGARAN KASAR 31350.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK


Perlaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut :
4.1 Mampu menjamin keselamatan pelajar dan guru kerana penambahbaikan dapat
meningkatkan kualiti dan struktur kelas dan keselesaan proses pengajaran dan
pembelajaran (Pdpc).
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan oleh dapur untuk
murid PPKI.
4.3 Memenuhi aspirasi Kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid PPKI
supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
4.4 Proses pengajaran dan pembelajaran (Pdpc) dapat dijalankan dengan lebih kondusif dan
sistematik.
5. JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional penambahbaikan bangunan kelas PPKI ini adalah untuk :
5.1 Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan murid PPKI yang semakin bertambah
pada masa akan datang.
5.2 Membuktikan bahawa Badan NGO prihatin dan serius terhadap pendidikan golongan
pelajar berkeperluan khas.
5.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dan mengutamakan keselamatan dan keselesaan
pelajar pendidikan khas, di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan
ibu bapa terhadap program pendidikan khas.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


Perlaksanaan projek ini adalah sangat penting dan sekiranya tidak dapat dilaksanakan, ia akan
memberikan implikasi seperti berikut :
6.1 Aspek keselamatan dalam kalangan pelajar dan guru tidak terjamin kerana keadaan
ruang bilik darjah yang sempit dan tidak sesuai.
6.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kurang kondusif kerana kelas yang kecil dan
tanpa kemudahan asas yang lengkap.
6.3 Mempengaruhi minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak-anak
mereka masuk ke PPKI kerana kemudahan yang tidak disediakan.

7. PENUTUP
Pihak kami berharap agar permohonan untuk menaiktarafkan kelas PPKI SMK Taman Desa 2
dapat dipertimbangkan dan mendapat tindakan yang sepatutnya. Hal ini kerana keadaan kelas
yang tidak kondusif memberi impak yang sangat besar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu faktor keselamatan dan keselesaan murid dan guru juga merupakan
antara faktor utama permohonan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


………………………. …………………………. ………………………….
(NABIHAH KAMALUDIN) (ZUBAIDAH PUTEH SHAARI) (HJH. JAMALIAH ABU)
GURU PPKI PEN. KANAN PPKI PENGETUA
SMK Taman Desa 2 SMK Taman Desa 2 SMK Taman Desa 2

Anda mungkin juga menyukai