Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM MENGGAPAI BINTANG


2020

1.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga
tentang hasrat dan sasaran pihak sekolah dalam halatuju pendidikan anak-anak khususnya
dalam peperiksaan SPM dan PT3. Melalui program ini diharapkan dapat membantu ibu
bapa dan penjaga agar sama-sama beriringan dengan pihak sekolah dalam membentuk
sahsiah dan memacu kejayaan anak-anak khususnya pelajar Tingkatan 5 dan 3.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membimbing pelajar membuat sasaran pencapaian akademik dalam peperiksaan
SPM dan PT3 2020.
2.2 Memupuk keyakinan dan kesedaran pelajar agar bersedia dan berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang terbaik untuk diri sendiri.
2.3 Membantu meningkatkan motivasi diri melalui ikrar ‘Akujanji’ calon SPM dan PT3
2020.
2.4 Mengekalkan hubungan yang baik dan erat antara anak dengan ibu bapa mereka
serta guru dalam usaha mencapai kejayaan SPM dan PT3 2020.

3.0 PELAKSANAAN
3.1 Tarikh : 4 Februari 2020 (Selasa)
3.2 Masa : 10.00 pagi
3.3 Tempat : Dewan SMA Ulu Jempol
3.4 Kump.sasaran : Pelajar Tingkatan 3 dan 5
3.5 Jemputan : YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

4.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk lampiran

5.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM) SUMBER


KEWANGAN
1 Banner dan Bunting Target SPM & PT3 200.00
2 Banner Backdrop 100.00
3 Plag Penetapan Target 100.00
4 Jamuan (RM 10.00 x 350 orang) 3500.00
5 Sewa Khemah dan Meja 500.00
6 Cenderamata Jemputan Khas 50.00
7 Air mineral 50.00
JUMLAH 4500.00
7.0 PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar program ini dapat membantu anak-anak membina sikap positif
dan meningkatkan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan yang diharapkan. Justeru
memberi harapan kepada anak-anak agar dapat berusaha bersungguh-sungguh di atas
kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah dan ibu bapa kepada mereka.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………..… ……………………………….
(FARADILA BINTI ZAINAL ABIDIN) (HJ MAZLAN BIN YAAKOB)
Kaunselor PK Pentadbiran
SMA Ulu Jempol SMA Ulu Jempol

Disahkan oleh :

………………………………………
(MOHD RADHI BIN AB RAHMAN)
Pengetua
SMA Ulu Jempol
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ULU JEMPOL
72200 BATU KIKIR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
EMEL : NFT1002@moe.edu.my
TEL :06-4983115 FAKS : 06-4982345

KERTAS KERJA
PROGRAM MENGGAPAI BINTANG
2020

TARIKH :
4 FEBRUARI 2020
(SELASA)

TEMPAT :
DEWAN SMA ULU JEMPOL

Anda mungkin juga menyukai