Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN

PELAJAR ASRAMA
ASRAMA SMK DESA KENCANA
LAHAD DATU, SABAH.

ANJURAN:

UNIT PENGURUSAN ASRAMA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA KENCANA
LAHAD DATU, SABAH
SESI 2023

PADA:

JANUARI – APRIL 2023

DI:

ASRAMA
SMK DESA KENCANA, LAHAD DATU, SABAH
RINGKASAN AKTIVITI / PROGRAM

Nama Aktiviti / Program PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN


PELAJAR ASRAMA, ASRAMA SMK DESA
KENCANA, LAHAD DATU 2023

Sinopsis Aktiviti / program Program ini bertujuan meraikan sambutan


kelahiran para pelajar asrama SMK Desa
Kencana. Di samping sibuk dengan pelbagai
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dan asrama, pihak pengurusan asrama
khussnya para warden tidak lupa untuk
meraikan hari kelahiran pelajar. Sambutan
kelahiran ini sedikit sebanyak memberikan
kesan positif kepada pelajar supaya mereka
rasa disayangi dan dihargai.

Objektif  Meraikan sambutan hari kelahiran pelajar


asrama sekolah.
 Membina keyakinan dan motivasi dalam
diri pelajar.
 Mengeratkan hubungan tali silaturahim
dan kekeluargaan sesama warden dan
para pelajar asrama.

Penganjur Unit Pengurusan Asrama SMK Desa Kencana,


Lahad Datu

Tarikh / Tempat  Januari - April 2023


 Dewan Seri Meranti, SMK Desa
Kencana

Penyertaan / Sasaran  Pelajar Asrama SMK Desa Kencana

Penyelaras Cik Jannatul Nazuha Binti Nazib (Pembantu


Warden Asrama)

Anggaran Bajet RM 200.00


KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM
SAMBUTAN HARI KELAHIRAN PELAJAR ASRAMA
ASRAMA SMK DESA KENCANA, LAHAD DATU
SESI 2023

1 Tujuan Kertas kerja

Kertas kerja cadangan ini diusulkan bertujuan untuk mendapat kelulusan bagi
melaksanakan aktiviti di luar sekolah serta memohon peruntukan kewangan bagi
melaksanakan program tersebut berdasarkan peruntukan asrama yang sedia ada.

2 Pengenalan / Pendahuluan

Program ini bertujuan meraikan sambutan kelahiran para pelajar asrama SMK Desa
Kencana. Di samping sibuk dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah dan asrama, pihak pengurusan asrama khussnya para warden tidak lupa
untuk meraikan hari kelahiran pelajar. Sambutan kelahiran ini sedikit sebanyak
memberikan kesan positif kepada pelajar supaya mereka rasa disayangi dan
dihargai.

Selain itu, pelajar juga diberikan kata-kata semangat dan hadiah alat tulis
agar sentiasa bterus bersemangat untuk belajar dan berjaya dalam bidang
akademik dan lain-lain.

3 Objektif

3.1 Meraikan sambutan hari kelahiran pelajar asrama sekolah.


3.2 Membina keyakinan dan motivasi dalam diri pelajar.
3.3 Mengeratkan hubungan tali silaturahim dan kekeluargaan sesama warden dan
para pelajar asrama.

4 Tarikh, Masa Dan tempat

Tarikh : Januari - April 2023


Tempat : Asrama SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah
5 Anjuran

Unit Pengurusan Asrama SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah

6 Tema / Konsep

“Membina Semangat, Membentuk Kepimpinan”

7 Penyertaan / Penglibatan / sasaran

Pelajar Asrama SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah

8 Organisasi Pentadbiran

Penaung : En. Roseberth @Mohammad bin Jalilul


Pengetua SMK Desa Kencana
Penasihat : Cik Jindah Binti Eku
Penolong Kanan HEM SMK Desa Kencana
Penyelaras : Cik Jannatul Nazuha Binti Nazib
Pembantu Warden Asrama SMK Desa Kencana

AJK PERLAKSANA

Protokol : Roslan bin Karimin


Makanan Dan Minuman : Frederica Jepoin
Siaraya : Faizal Juan Kumar
Publisiti dan Jurukamera : Mohd. Shazrisham Bin Samsuddin
Disiplin dan Kawalan Pelajar : Semua Warden
Keceriaan : Siti Soleha, Jannatul Nazuha
Pembaca Doa : Roslan bin Karimin
Kebersihan : Munirah Majok, Siti Sarah
Persiapan Tempat : Mohd Saiful Bahri, Nabilfikri
9 Tentatif program / Perasmian / Penutupan

Sambutan Hari kelahiran diadakan pada hari sabtu bagi bulan Januari,
Februari, Mac, dan April

Masa Aktiviti Tindakan/Catatan


08.00 pm  Berkumpul di Dewan Makan AJK Disiplin & Kawalan
Pelajar
Asrama
 Taklimat Ringkas Sambutan Hari
Kelahiran

08.15 pm  Ucapan alu-aluan pengerusi AJK Protokol


majlis
 Ucapan perasmian Tuan
Pengetua / PK HEM / Ketua
Warden

9.00 pm  Sambutan Hari Kelahiran dan Penyelaras


AJK Hadiah d& Cenderahati
doa
 Penyampaian hadiah dan
cenderahati

10.00 pm  Minum malam AJK Makanan & Minuman


 Bersurai

10 Jemputan / VIP

10.1 Pengetua, SMK Desa Kencana, Lahad Datu


10.2 Penolong Kanan HEM, SMK Desa Kencana, Lahad Datu

11 Anggaran Belanjawan

1. PUNCA KEWANGAN

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1. Peruntukan Asrama RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 200.00

2. PERBELANJAAN
Bil. Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)

1. Kek

 Bulan Januari RM 50.00 1 RM 50.00

 Bulan Februari RM 50.00 1 RM 50.00

 Bulan Mac RM 50.00 1 RM 50.00

 Bulan April RM 50.00 1 RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 200.00

a. Jumlah Perbelanjaan

RM 200.00

12 Jumlah Peruntukan Dipohon

Jumlah Peruntukan yang dipohon ialah sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS
RINGGIT SAHAJA SEPERTI DALAM PERUNTUKAN SEDIA ADA.

13 Penutup / Kesimpulan / Harapan

Konklusinya, dengan penganjuran aktiviti seumpama ini diharap mampu


mencapai objektif program dan memberi manfaat yang berguna kepada semua
peserta dalam melahirkan generasi muda yang berkepimpinan, berilmu dan
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Selain itu, kertas cadangan ini di harap dapat diluluskan berserta dana yang
dipohon bagi menjayakan aktiviti ini dengan jayanya. Semoga aktiviti seumpama
ini juga, dapat diteruskan untuk mencungkil bakat dan kemahiran pelajar SMK Desa
Kencana.

Disediakan oleh:
__________________________
(CIK JANNATUL NAZUHA BINTI NAZIB)
Penyelaras,
Program Sambutan Hari Kelahiran Pelajar Asrama,
Asrama SMK Desa Kencana,
Lahad Datu.

Disemak oleh:

______________________
(CIK. JINDAH BINTI EKU)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM),
SMK Desa Kencana,
Lahad Datu.

Disokong oleh:

_______________________
(EN. ROSEBERTH @MOHAMMAD BIN JALILUL)
Pengetua,
SMK Desa Kencana,
Lahad Datu.

Anda mungkin juga menyukai