Anda di halaman 1dari 4

1.

Pendahuluan

Perkhemahan unit beruniform dan acara sukan tahunan adalah salah satu saluran

pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala

bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan dan sukan juga dapat mendidik murid-

murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-

aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru.

Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan

internal dan intrapersonal.

Pada setiap tahun, Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin akan mengadakan

program perkhemahan badan beruniform dan acara sukan tahunan. Program ini

bertujuan untuk menonjolkan kemampuan murid-murid serta membina semangat

bekerjasama di samping mengeratkan tali persaudaraan sesama murid-murid dan

juga guru-guru.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan atau masalah yang dihadapi

ketika mengadakan program perkhemahan dan acara sukan tahunan pada setiap

tahun di sekolah ini. Salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan khemah

kanopi. Sebelum ini khemah kanopi yang digunakan sewaktu program disewa dari

pihak luar. Selain itu, terdapat juga khemah-khemah yang sedia tetapi bersaiz kecil

dan tidak mencukupi untuk diguankan sewaktu aktivtii. Justeru, kertas kerja ini

bertujuan untuk memohon dua buah khemah kanopi bersaiz 20 x 20 dalam anggaran

RM 3000.00 seunit agar aktiviti-aktiviti perkhemahan dan acara sukan tahunan di

sekolah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

1
2. Rasional & Matlamat

Memastikan aktiviti perkhemahan dan di Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin

dilaksanakan dengan teratur dan konsisten di samping dapat menyediakan keperluan

keselesaan pada murid untuk menjalankan aktiviti pada setiap tahun.

3. Objektif

3.1 Memudahkan pengurusan pelaksanaan aktiviti perkhemahan dan sukan setiap

tahun.

3.2 Memastikan aktiviti perkhemahan dan sukan yang direncanakan setiap tahun

dilaksanakan secara konsisten.

3.3 Mengurangkan kos sewaan khemah tambahan bagi menampung keperluan

murid sewaktu aktiviti.

4. Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA SEUNIT JUMLAH

ANGGARAN

KESELURUHAN

1. Khemah 2 buah RM 3000.00 RM 6000.00

5. Sumber Kewangan

Sumbangan Luar

6. Sasaran

Semua murid Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin

2
7. Organisasi Kokurikulum SK Haji Kassim Jasin

Pengerusi
En Abdul Razak bin Abdullah
Guru Besar

Timbalan Pengerusi
Tn Haji Mohd Afrizal bin Zakaria
GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi Naib Pengerusi


Puan Habsah binti Abdul Rahim En. Mohd Safian bin Ishak
GPK Pentadbiran GPK HEM

Setiausaha Naib Setiausaha


Pn. Hafizah binti Ardzahari En Mohd Salleh bin Hassan

Penyelaras Kelab Persatuan Penyelaras Badan Beruniform Penyelaras Sukan/Permainan


En. Mat Radzi bin Abu Bakar Pn Fairuzah bt Ahmad En. Mohd Nazri bin Ariffin

8. Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga permohonan khemah kanopi ini dapat

dirisalisasikan agar setiap aktiviti perkhemahan dan sukan di sekolah ini dapat

3
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam

melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan

sosial sepertimana yang telah digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................................... ............................................................

(MOHAMAD SALLEH BIN HASSAN) ( ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH)

SETIAUSAHA KOKURIKULUM GURU BESAR

SK HAJI KASSI JASIN SK HAJI KASSIM JASIN

YAN,KEDAH YAN,KEDAH

Disahkan oleh,

……………………………………………………………..

YDP PIBG

SK HAJI KASSIM JASIN

YAN,KEDAH

Anda mungkin juga menyukai