Anda di halaman 1dari 3

‫احلمدهلل رب العاملني والصالة والسالم على أشرف االنبياء واملرسلني وعلى أله‬

‫السالم عليكم ورمحة اهلل وبركته‬...‫وصحبه أمجعني‬


Yang berusaha Pn Arba’azura bt Supaat guru besar SK Ijok..
Yang dihormati Tn Hj Zainuddin b Mahroni Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, En Zulkifli Amin b Mohd Jaini Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, En Razali b Said Guru Penolong Kanan Ko kurikulum,
Seterusnya..yang dikasihi rakan-rakan seperjuangan guru-guru SK Ijok.

Pertama sekali, marilah kita mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama lagi dalam Majlis
Bacaan Yassin dan Tazkirah.

Terima kasih atas kesudian barisan pentadbir dan guru-guru hadir ke


majlis mala mini.

Bagi meneruskan majlis, saya menjemput ustaz Helmi untuk


mengendalikan bacaan Yassin…dipersilakan

Alhamdulilah, kita telah selesai dengan bacaan Yassin dan doa.


Semoga Allah mendengar segala doa dan memudahkan usaha kita
semua….
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz Helmi dan Ustaz
Yusof atas pengendalian majlis kita sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar tazkirah daripada penceramah jemputan


kita minggu ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata,
telinga dan hati agar ilmu yang bakal disampaikan dapat kita hayati dan manfaat
bersama…
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan sohibus samahah Tn Hj
Zainuddin b Mahroni untuk menyampaikan tazkirah..dipersilakan…

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas tazkirah yang telah


disampaikan oleh Tn Hj Zainuddin sebentar tadi.
Semoga segala yang disampaikan tadi dapat dijadikan iktibar dan
panduan kita semua dalam menempuh cabaran yang mendatang.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada yang berusaha Pn


Arba’Azura bt Supaat Guru Besar SK ijok..
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan Guru Besar atas
ucapan.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian…


Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita dipenghujung majlis

Saya mewakili warga kerja Panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan


rasa syukur dan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru yang
terlibat didalam menjayakan majlis malam ini. Semoga kita beroleh
keberkatan daripada Allah Taala.

Dikesempatan ini, saya memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Kita akhiri majlis ini dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Anda mungkin juga menyukai