Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama (NoU) diantara

Syarikat-syarikat Industri dengan Kolej Vokasional Setapak

Tempat: Bilik Gerakan KVSKL


Tarikh : 2 November 2017
Masa : 10 Pagi
Pengacara Majlis: Syazwan Syamim Bin Abd Rahman

Peristiwa Butiran Penyampai Nota


Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia, Dato’ Haji Haidzir Bin Husin


Ketibaan Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Bahagian
Tetamu Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan
Khas Malaysia.

Diiringi:
Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin
Pengarah Kolej Vokasional Setapak

Bersama:
Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Ir Haji Badarudin B. Nordin
Yang Di-Pertua PIBG, Kolej Vokasional Setapak.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin


Pengarah Kolej Vokasional Setapak

Aluan Pengerusi Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Ir Haji Badarudin B. Nordin


Majlis Yang Di-Pertua PIBG, Kolej Vokasional Setapak.

Yang Berbahagia, Dato’ Haji Haidzir Bin Husin


Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Bahagian
Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pengurus dan wakil-wakil daripada Syarikut Industri


dan perpustakaan,
Ketua-ketua program, para pensyarah, wakil-wakil media,
serta tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera, Salam Negaraku


Malaysia, Sehati Sejiwa.
Dimajlis yang permai ini, mari kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul untuk
menjayakan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama
(NoU) antara Syarikat-syarikat Industri dan perpustakaan
dengan Kolej Vokasional Setapak.

Bacaan Doa Untuk memohon keberkatan majlis kita pada pagi


ini, majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Sabri B. Isa
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

------Bacaan Doa-------

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz


atas kesudian untuk memimpin bacaan doa itu
tadi.
Perkenalkan Hadiri Sekalian,
Wakil Industri
Sebelum majlis dimulakan, majlis berbesar hati ingin
memperkenalkan kepada para hadirin pengurus dan
wakil-wakil dari syarikat industri dan perpustakaan
yang terlibat dengan majlis kita pada pagi ini.

Saya perkenalkan yang pertama,

Wakil dari syarikat:


En.
Rujuk
Lampiran
Ucapan Aluan Para hadirin,
Pengarah Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan
daripada Pengarah Kolej Vokasional Setapak.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput,
Yang berusaha, En. Ruslan Bin Zainudin untuk menyapaikan
ucapan aluan.
Dipersilakan

----Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak,
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan aluan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Sesi tandatagan
NoU Tanpa melengahkan masa lagi, majlis akan diteruskan
dengan sesi menandatangani Nota Kerjasama diantara
Syarikat-syarikat Industri dan perpustakaan dengan Kolej
Vokasional Setapak.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput:

Yang Berbahagia, Dato’ Haji Haidzir Bin Husin


Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Bahagian
Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Bersama- sama dengan

Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin


Pengarah Kolej Vokasional Setapak.

Untuk kekal di tempat duduk hadapan


bagi menandatangani Nota Kerjasama. Rujuk
Lampiran
Seterusnya,
Majlis menjemput, yang pertama wakil / pengurus
dari syarikat

En. .

Tampil ke tempat duduk hadapan bagi


menandatangani nota kerjasama.
Dipersilakan.

-------Tanda tangan----------
Terima kasih diucapakan kepada En.
Wakil dari syarikat .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Sesi Bergambar
Yang Berbahagia, Dato’ Haji Haidzir Bin Husin
Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Bahagian
Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin


Pengarah Kolej Vokasional Setapak.

Serta
Pengurus dan wakil-wakil syarikat industri dan
perpustakaan atas kesudian untuk menyempurnakan
sesi menandatangani Nota Kerjasama itu sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda kenang-kenangan, di jemput kepada semua


pengurus atau wakil-wakil Syarikat Industri dan
perpustakaan tampil semula kehadapan untuk sesi
bergambar bersama-sama dengan tetamu kehormat kita
pada hari ini.

Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Penutup
Kita telahpun berada di penghujung majlis. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:

Yang Berbahagia, Dato’ Haji Haidzir Bin Husin


Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah Bahagian
Pendidikan Teknik & Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Ir Haji Badarudin B. Nordin


Yang Di-Pertua PIBG, Kolej Vokasional Setapak.

Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin


Pengarah Kolej Vokasional Setapak.
Pengurus dan wakil-wakil dari syarikat industri
dan perpustakaan.
serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau
secara tidak langsung dalam menjayakan majlis kita pada
pagi ini.

Salah dan silap harap diampuan. Sekian, Wabilahitaufiq….

Anda mungkin juga menyukai