Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN EMCEE

Indah berbalam si awan petang,

berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke dalam Lawatan Penanda Arasan
Ritsumeikan Uji Junior High School And Senior High School.

Arigato ghozaimas.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang berusaha

Yang dihormati Prof Madya Dr R Kumaraguru, Profesor Madya Akademi Bahasa Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia

Yang dihormati Mr Kimura Keita, Ritsumeikan Uji Junior High School and Senior High School

Yang dihormati,

SERTA SELURUH PELAJAR Ritsumeikan Uji Junior High School and Senior High School.

Baiklah bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dgn segala hormatnya bagi memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Amin yrb alamin. Terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput, bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan
tuan.
Terima kasih tuan atas ucapan itu tadi. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Mr
Kimura Keita, Ritsumeikan Uji Junior High School and Senior High School bagi menyampaikan
ucapan. Dgn segala hormatnya dipersilakan tuan.

Terima ksih tuan atas perkongsian yang telah disampaikan itu tadi. Semoga hubungan yang terbina
antara Ritsumeikan Uji Junior High School and Senior High School dapat memberi nilai tambah pada
organisasi seterusnya sebagai penambahbaikan berterusan kepada organisasi kami bagi memacu
kemerlangan pendidikan

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan, Mr Kimura Keita, Ritsumeikan Uji Junior High
School and Senior High School bersama2 diiringi barisan timbalan serta PM Prof Madya Dr R
Kumaraguru utk ke hadapan bagi sesi menandatangani Memorandum persetujuan kerjasama antara
Ritsumeikan Uji Junior High School and Senior High School

Sekian sahaja majlis pada hari ini. selepas ini kita akan ada sesi fotografi bersama sebagai tanda
kenangan. Dijemput juga utk turut serta dalam sesi jamuan ringkas selepas ini.

wabillahhitaufik walhidayah, assalmualaikum wbt. sekian.

Anda mungkin juga menyukai