Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JURUACARA

MAJLIS PERASMIAN PEMASANGAN ARCA SEKOLAHKU UNIVERSITIKU

UCAPAN SKRIP
Kata-kata aluan
Mekar mewangi bunga Cempaka,
Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,
Salam sejahtera buat semua hadirin sekelian

Yang berbahagia

Tn Hj. Mohd Rashid b. Mamat


Timbalan PPD Pengurusan sengurusan sekolah
Pej. Pendidikan kuala Terenggganu

Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Yang Berusaha

Prof. Ts. Dr. Mokhairi Bin Makhtar


Pengarah
Pusat Kerjaya, Teknousahawan Dan Jaringan Pintar (Pakat)
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

Yang Berusaha
En. Suhaimi b. Muhammad
Guru Besar

Yang  Dihormati 

TS Dr Ismahafizi b. Ismail
Timbalan pengarah,
Pusat Kerjaya, Teknousahawan Dan Jaringan Pintar (Pakat)
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

En. Wan Ismail b. Wan Abdullah


Penyelaras
Pusat Kerjaya, Teknousahawan Dan Jaringan Pintar (Pakat)
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
Barisan Guru Penolong Kanan

Warga Uniza

Barisan guru-guru, Dan seterusnya rakan-rakan guru serta para


hadirin yang dikasihi sekelian

“Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat allah swt, kerana


dengan izin-nya dapat kita bersama dalam majlis penuh
bersejarah ini iaitu Majlis Perasmian Pemasangan Arca
Sekolahku Universitiku di SK Tengku Bariah, Kuala
Terengganu

Sebuah program yang diamanahkan oleh Jabatan Pendidikan


Tinggi (JPT) kepada Universiti Awam, Pihak Pusat Kerjaya
Teknousahawan dan Jaringan Pintar ( PaKaT) Universiti
Sultan Zainal Abidin (UIZA)

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekelian dalam Majlis
perasmian ini.  Semoga dengan kesudian meluangkan masa
pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.

Bacaan Doa Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah kita bersama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu,
majlis dengan ini mempersilakan untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ustz Tn. Hj wan Baderul Hisyam b. Wan Mat Ali
atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan
dilimpahi berkat.

Ucapan Guru Besar Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu kita pada hari


ini, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan En
Suhaimi b. Muhammad Guru Besar SK Tengku Bariah bagi
memberikan ucapan. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.
Terima kasih tuan.

..................Ucapan...........

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


............................................ di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian oleh:-


Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar


hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada

Yang berbahagia

Tn Hj. Mohd Rashid b. Mamat


Timbalan PPD Pengurusan sengurusan sekolah
Pej. Pendidikan kuala Terenggganu

Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Pemasangan Arca Sekolahku Universitiku di SK Tengku


Bariah, Kuala Terengganu
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan *******************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia ................................................................


atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Gimmik Pelancaran Para hadirin sekelian

Sekarang tibalah masa untuk sesi memotong riben perasmian


arca sekolahku Universitiku , dipersilakan
…………………………………………….
Dan .......................................................................

bagi menandatangani dokumen serahan projek JKR dan JPNT.


Majlis mempersilakan.
Terima kasih

Penyerahan cenderahati daripada “Sebagai tanda kenangan, dengan sukacitanya di jemput tn


sekolah kepada uniza dan kepada guru besar menyampaikan sedikit cenderahati kepada wakil
wakil JPNT JPNT. Dipersilakan.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perasmian Pemasangan


Arca Sekolahku Universitiku SK Tengku Bariah, Kuala
Terengganu

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari di susun maaf di pinta

“Hadirin dan hadirat sekalian, majlis kita sudah sampai ke


penghujungnya, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan semua hadirin untuk sesi bergambar.

Dipersilakan.

“bagi pihak penganjur kami merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada
semua yang sudi meluangkan masa menyempurnakan majlis
pada hari ini.” “kami memohon ampun dan maaf sekiranya
terdapat sebarang kekurangan di sepanjang majlis ini

Anda mungkin juga menyukai