Anda di halaman 1dari 2

__________________________________________________________________________________

Rujukan Kami: SKTB 700/8/3 ( )


Tarikh : 05 Februari 2023
Ibu Bapa / Penjaga
NUR ALISHA BINTI AHMAD ARDHA
3 ISTIQAMAH
SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu
Tuan / Puan,

PENCALONAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SESI 2023/2024

Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan telah dipilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2023/2024

2. Kami amat berbesar hati dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut. Pemilihan adalah
berdasarkan kepatuhan peraturan sekolah, kecemerlangan, ketokohan dan kebolehan murid dari segi sahsiah,
akademik dan kegiatan kokurikulum. Adalah diharapkan anak tuan/puan akan dapat menjalankan tugas dengan
baik dan mematuhi etika Pembimbing Rakan Sebaya yang sedia ada.

3. Untuk makluman pihak tuan, pakaian ahli PRS adalah seperti berikut :

PAKAIAN PRS LELAKI PAKAIAN PRS PEREMPUAN


Seluar panjang warna hitam Kain warna hitam
Kemeja lengan panjang warna ungu muda Baju kurung warna ungu muda
Tali leher warna ungu gelap Tudung warna ungu muda
Kasut kanvas hitam Kasut kanvas hitam

4. Urusan pembelian TALI LEHER DAN VEST akan di uruskan oleh GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan. Sila kembalikan sebelum/pada hari, Ahad,
12 Februari 2022 . Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

” ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

………………………...................
(SUHAIMI BIN MUHAMMAD)
Guru Besar

BORANG JAWAPAN

Kepada,
Guru Besar,
SK Tengku Bariah,
Kuala Terengganu
(u.p Cikgu Zuraidah bt Abdullah)
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tuan/ Puan,

PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BAGI SESI


2023/2024

Saya bernama ......................................................................................ibu bapa/penjaga


kepada.....................................................................................Tahun......................................
bersetuju / tidak bersetuju (*potong yang tidak berkenaan) anak di bawah jagaan saya dilantik
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2022.

2. Saya juga bersetuju untuk menempah kelengkapan seperti di bawah :

BIL KELENGKAPAN HARGA BAYARAN


1 Tali leher PRS RM 10.00
2 Vest PRS & tanda nama RM 43.00 Penuh
JUMLAH RM 50.00

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................................................
( )

Anda mungkin juga menyukai