Anda di halaman 1dari 5

‫سكوهل كبغسأن رسي مكونتيغ‬

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KEMUNTING


16390 BACHOK, KELANTAN
TEL/FAX : 011-65732766
e-Mail :skbeoh@gmail.com

Rujukan : SKSK 800 -6/6 (0/3)


Tarikh : 10 Januari 2023

Ibubapa / Penjaga Murid


.........................................................
.........................................................

Tuan/Puan,

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS PEMBIMBING RAKAN


SEBAYA 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak di bawah jagaan


tuan/puan ....................................................................tahun ......................telah
terpilih untuk dilantik menjadi Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2023.

3. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati dan mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan tersebut. Semoga potensi dan bakat
kepimpinan anak tuan dapat digilap dan dilatih bagi menjalankan amanah dengan
penuh tanggungjawab dalam meningkatkan disiplin sekolah dan sahsiah
murid.Pelantikan ini HANYA untuk tahun semasa sahaja.

4. Bersama sama ini disertakan surat persetujuan daripada pihak sekolah untuk
dilengkapkan dan di hantar kepada kami sebelum 31 Januari 2023.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

…………………………………………
(MOHD AZMI B. MAT NOR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Kemunting.,
16390 Bachok,Kelantan.
SK : Fail Timbul Pengawas

SURAT  JAWAPAN
PELANTIKAN PENGAWAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2023

………….………………………………..
……………..…………………………….
………………..………………………….

Pengerusi
Badan Disiplin dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya
SK Sri Kemunting
16390 Bachok
Kelantan. Tarikh : …………………

Tuan,

PERSETUJUAN MENERIMA PELANTIKAN PENGAWAS PEMBIMBING RAKAN

SEBAYA 2022

Saya bapa/penjaga
kepada .....................................................................Tahun ..................... bersetuju /
tidak bersetuju dengan tawaran Badan Disiplin dan Pengawas Pembimbing Rakan
Sebaya untuk dilantik sebagai Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022.

2. Saya juga faham bahawa anak saya tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan 
Lembaga Disiplin Sekolah. Sekiranya anak saya tidak menunjukkan disiplin dan
komitmen yang tinggi maka anak saya boleh dilucutkan jawatannya sebagai
pengawas sekolah.

Sekian.  Terima kasih.

Yang benar,

…………………………….…………...
( )

PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS PEMBIMBING RAKAN ADALAH SEPERTI


BERIKUT :-

 Pakaian Pengawas Lelaki:

 Kemeja Lengan Panjang Ungu (Cerah),

 Seluar ungu tua, kasut hitam dan stoking hitam

 Bertali Leher ungu tua 

 Vest berwarna ungu tua berlogo (sebelah kanan logo PRS dan di sebelah kiri

logo KPM)

 PakaianPengawasPerempuan: 

 Baju Kurung Ungu (Cerah)

 Berkain ungu tua, kasut hitam dan stoking Hitam

 Bertudung Ungu (Cerah).

 Vest berwarna ungu tua berlogo (sebelah kanan logo PRS dan di sebelah kiri

logo KPM)
SURAT AKU JANJI

Bahawa saya, ………………………………………………. No. Kad pengenalan


………………...................... yang sedang belajar dalam Tahun  ………….......
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi segala peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah terhadap saya iaitu bahawa
saya :-

I. akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah,


II. akan datang lebih awal daripada biasa, sekurang-kurangnya 20 minit
sebelum loceng   pertama dibunyikan,
III. akan akur jika terpaksa pulang lewat sedikit daripada murid-murid lain,       
IV. akan hadir pada waktu petang bila diarahkan,
V. akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang amanahkan dengan jujur,
bersungguh-sungguh dan cekap.
VI. akan menjaga nama baik sekolah amnya dan jawatan saya sebagai
Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya ini khasnya,

Saya sesungguhnya faham jika saya didapati melanggar peraturan-peraturan


sekolah serta Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan sehingga kepada
pemecatan saya sebagai Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya ini.

Tanda tangan murid, Di hadapan saya

…………………….……………………. …………………………………………
( ) ( )

Tarikh :

…………………………….

Anda mungkin juga menyukai