Anda di halaman 1dari 3

BERTUGAS

DI PINTU PAGAR

1. Kawalan di Pintu Pagar Sekolah


Masa bertugas 7.30 – 7.45 pagi
Dekati murid yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah
Panggil namanya
Tegur dengan cara yang baik
Tanya perkara yang menebabkan murid lewat (sekiranya lewat).
Contoh : Boleh awal sikit ke sekolah?
Sekiranya baru kali pertama, nasihatkan sahaja.
Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali – catatkan dalam buku rekod
kawalan.

2. Catat dalam Rekod berkaitan kesalahan pelajar berkaitan :


Kesalahan lewat ke sekolah
Tidak memakai lencana
Rambut panjang
Tidak memakai stoking.
Pastikan murid masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan
disusun dengan teratur.

BERTUGAS DI KANTIN

1. Prosedur bertugas di kantin


Kaunter membeli – pastikan murid bertatur mengikut saluran tertentu
Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan
Dekati murid yang terlampau bising ketika makan
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
atau memberi isyarat amaran
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Beritahu secara baik
Sekiranya murid degil juga – catat dalam buku laporan
BERTUGAS
DI TAPAK PERHIMPUNAN

Mengambil dan menyimpan kerusi guru


Menyediakan PA sistem
Memasang, menaikkan dan menurunkan bendera
Memastikan murid beratut dalam barisan mengikut kelas yang ditetapkan
Menjadi pengacara/pengerusi perhimpunan mingguan
Membaca doa
Mengetuai bacaan ikrar
Berada dalam kedudukan masing-masing
Mengawal disiplin murid lain sepanjang perhimpunan berjalan
Membuat pemantauan dan pemeriksaan diri dan pakaian murid lain setiap kali
selepas perhimpunan pagi
Mencatatkan kesalahan murid dalam buku laporan

BERTUGAS
DI MAJLIS RASMI
Berada dalam kedudukan masing-masing
Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
Dekati murid yang terlampau bising
Beri isyarat jangan bising
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Sekiranya murid tersebut masih degil – catat dalam buku laporan

BERTUGAS DI BLOK /
BANGUNAN YANG DIKHASKAN

Bertugas memantau di blok / bangunan yang dikhaskan


Memastikan tiada murid lain di dalam kelas pada waktu rehat
Memastikan blok / bangunan tersebut dalam keadaan bersih / tiada sampah
Mencatat kesalahan murid dalam buku laporan

Anda mungkin juga menyukai