Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SYED IDRUS

73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
No Tel : 06-4411481 No Faks : 06-4412561
Kod Sekolah : NEA 5052 Emel : smktsi@gmail.com

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

Rujukan kami : SMKTSI.600 - 7/1(67)


Tarikh: 12 MAC 2018
Kepada :

KEETHA A/P LETCHIMANAN


SMK Tunku Syed Idrus,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.

Saudara/saudari,

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa saudari KEETHA A/P LETCHIMANAN (040521-01-1968) dari


Tingkatan 2 WARDAH telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2018.

2. Untuk makluman saudari, lantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dibuat setiap tahun
berdasarkan kepada prestasi akademik dan prestasi kerja mereka. Sekiranya prestasi akademik para
pengawas yang dilantik tidak memuaskan, tidak menjalankan tugas dengan sempurna atau
melakukan salah laku, setelah diberi nasihat dan surat amaran sebanyak tiga kali, maka pihak
pengurusan Pusat Sumber Sekolah berhak untuk tidak melantik semula mereka pada tahun
berikutnya atau melucutkan jawatannya (bergantung kepada kesalahan disiplin yang dilakukan).

3. Untuk itu, pihak Pusat Sumber Sekolah berharap anda akan mematuhi segala peraturan Pusat
Sumber Sekolah serta menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, baik dan cemerlang
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

4. Sila pastikan anda mengisi borang-borang berikut dan menyerahkannya kembali kepada
Pn. Farhana Mastura binti Hj. Mazlan sebelum atau pada 16 Mac 2018. Para pengawas yang dilantik
diminta memakai pakaian seragam lengkap pada tarikh yang akan ditentukan untuk upacara
pelantikan.
a) Borang perakuan ibubapa
b) Borang aku janji Pengawas PSS

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...............................................................
TN. HJ. MURTAZA BIN ABU BAKAR
Pengetua,
SMK Tunku Syed Idrus,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SYED IDRUS
73000 TAMPIN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
No Tel : 06-4411481 No Faks : 06-4412561
Kod Sekolah : NEA 5052 Emel : smktsi@gmail.com

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

Tarikh: 12 Mac 2018

...................................................................

...................................................................

...................................................................
(Nama Dan Alamat)

Tuan,

PENERIMAAN PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK TUNKU SYED IDRUS TAHUN
2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dengan ini saya ............................................................*Bersetuju / Tidak Bersetuju


bahawa anak di bawah jagaan saya yang bernama...........................................................................
Tingkatan ................................. untuk dilantik menjadi sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Sesi 2018.

3. Saya juga dengan ini jelas dan memahami serta mempersetujui dengan segala syarat dan
peraturan yang telah dinyatakan.

4. Sekiranya anak saya didapati tidak mematuhi segala arahan dan peraturan dan juga
melanggar etika sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah, maka saya bersetuju dengan
apa sahaja tindakan sekolah termasuklah perlucutan jawatan.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

.....................................................
( )
Nama Penuh
AKU JANJI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Bahawa saya, ……………………………………………….............. No. Kad pengenalan


………………...................... yang sedang belajar dalam Tingkatan …………............ dengan
sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah terhadap saya iaitu bahawa saya;

i. akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah,


ii. akan datang lebih awal daripada biasa, sekurang-kurangnya 20 minit sebelum loceng
pertama dibunyikan,
iii. akan akur jika terpaksa pulang lewat sedikit daripada murid-murid lain,
iv. akan hadir pada waktu petang bila diarahkan,
v. akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur,
bersungguh-sungguh dan cekap.
vi. akan menjaga nama baik sekolah amnya dan jawatan saya sebagai Pengawas PSS
sekolah ini khasnya,

Saya sesungguhnya faham jika saya didapati melanggar peraturan-peraturan sekolah serta Aku Janji
ini, saya boleh dikenakan tindakan sehingga kepada pemecatan saya sebagai Pengawas PSS
sekolah ini.

Tanda tangan pelajar,

………………………............................ Tarikh: ……………….....................


( )
_________________________________________________________________________________
AKUAN IBU / BAPA / PENJAGA

Saya ……………………………………………………………………. Ibu / bapa / Penjaga


kepada…………………………………………………………… Tingkatan ...………………………..
memahami aku janji di atas. Oleh itu, saya akan bekerjasama dan memberi dorongan kepada anak
saya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Sekiranya anak saya
melanggar salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di dalam aku janji di atas, saya
bersedia menerima tindakan yang akan diambil ke atas anak saya dan tidak akan mengambil
sebarang tindakan ke atas pihak sekolah.

Tanda tangan ibu/bapa/ penjaga,

…………………………………………............... Tarikh …………..............................


( )
Contoh Pakaian Seragam Pengawas PSS

SMKTSI

Anda mungkin juga menyukai