Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT 1


Jalan Enggang Timur 1, Tel/Faks: 03-42515921
Taman Keramat, E-mail : BBA7211@moe.edu.my
54200 Kuala Lumpur.
_____ _____________________________
Rujukan kami : SKTK1/700-7/1/1 ( )
Tarikh : 16 Mei 2022
Kepada,

…………………………………………………………………

Tuan / Puan,

PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2022/2023


Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan / puan ………………………………………………………............
dari kelas …………………............. telah terpilih sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi persekolahan
2022/2023.

2. Pelantikan ini tertakluk kepada peraturan Pengawas Sekolah seperti berikut;

2.1 Pelantikan dibuat adalah berdasarkan dari tahun ke tahun.


2.2 Pengawas yang dilantik adalah tertakluk kepada peraturan sekolah
Sebarang pelanggaran peraturan sekolah akan diambil tindakan sewajarnya.
2.3 Pengawas yang merokok atau mencuri akan dilucutkan jawatan serta merta.
2.4 Pengawas yang berdedikasi dalam menjalankan tugas serta dapat meningkatkan
prestasi akademik yang baik akan dipertimbangkan untuk lantikan semula pengawas
pada tahun 2023/2024.

3. Pakaian Pengawas Sekolah hendaklah seragam seperti yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.

4. Bersama-sama ini disertakan borang persetujuan lantikan pengawas sekolah. Borang ini
hendaklah dikembalikan kepada En. Ahmad Zulhusni sebelum atau pada 03.6.2022 (JUMAAT).
Sebarang kegagalan mengembalikan semula borang tersebut, pihak kami menganggap tuan/puan tidak
berminat dengan tawaran yang dibuat.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
( KHONG LEE PENG )
Guru Besar
SK Taman Keramat 1
Nama Ibu bapa/Penjaga : ……………………………………………………………………..
Alamat : ……………………………..………………………………………
……………………………………………………………………..
…………………………….……………………………………….
No. Telefon : ……………………………………………..

Kepada :
Unit Badan Disiplin & Pengawas
SK Taman Keramat 1

Tuan/Puan,

PERSETUJUAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2022/2023

Saya …………………………………………………………………………………………….No K/P


…………………………………….. dengan ini *bersetuju / tidak bersetuju* anak dibawah jagaan saya
iaitu ………………………………………………………………………………………..dari kelas
……………………………………. dilantik sebagai Pengawas Sekolah sesi 2022/2023.

2. Saya akan bekerjasama membantu membimbing anak saya dalam melaksanakan tugas serta
memimpinnya mematuhi peraturan yang ditetapkan agar dapat menjalankan tugas dengan baik dan
menjadi teladan kepada murid-murid lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………………....
( )
PANDUAN PAKAIAN SERAGAM
PENGAWAS SEKOLAH.

1. PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS LELAKI

a) Baju lengan pendek/panjang berwarna biru muda.


b) Seluar panjang berwarna biru tua
c) Baju melayu berwarna biru muda (pilihan)
d) Kain samping berwarna biru tua (pilihan)
e) Stoking dan kasut berwarna hitam
f) Tali leher (beli dengan sekolah)
g) Vest (blueblack)

2. PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS PEREMPUAN


a) Baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda
b) Kain sarung berwarna biru tua
c) Tudung berwarna biru muda
d) Stoking dan kasut berwarna hitam
e) Tali leher (beli dengan sekolah)
f) Vest (blueblack)

Anda mungkin juga menyukai