Anda di halaman 1dari 2

Bukti dan Tanda Cinta Terhadap

Rasulullah SAW
Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.

Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang


teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama
cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah saw adalah orang
yang mengikuti Rasulullah saw secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan
perbuatannya dengan sunnah Rasulullah saw.

Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan
menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya,
melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta
mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya

2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan
sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab
kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.

3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:

َ  ‫صلُّونَ َعلَى النَّبِ ِّي ۚ يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا‬


] ‫صلُّوا َعلَ ْي ِه َو َسلِّ ُموا تَ ْسلِي ًما‬ َ ُ‫ َو َمالِئ َكتَهُ ي‬ َ‫ِإ َّن هللا‬ [

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang


yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].
4. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun
terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:

))‫ َرآنِي بَِأ ْهلِ ِه َو َمالِ ِه‬  ْ‫َأ َش ِّد ُأ َّمتِي لِي ُحبًّا نَاسٌ يَ ُكونُونَ بَ ْع ِدي يَ َو ُّد َأ َح ُدهُ ْم لَو‬ ‫(( ِم ْن‬.

“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah
seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan
harta.” [HR Muslim].

5. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah saw:

((‫ َوعَا َّمتِ ِه ْم‬، َ‫ َوَألِئ َّم ِة ْال ُم ْسلِ ِمين‬،‫ َولِ َرسُولِ ِه‬،‫ َولِ ِكتَابِ ِه‬،ِ‫ هلل‬:‫ لِ َم ْن؟ قَا َل‬:‫ قُ ْلنَا‬.ُ‫يحة‬
َ ‫ص‬ِ َّ‫))الدِّينُ الن‬.

“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum
muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].

Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti
sunnahnya dan mencintainya.

6. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar


sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi
Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai
Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing
(manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:

َ‫َكانَ ُخلُقُهُ ْالقُرْ آن‬

“Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].

Anda mungkin juga menyukai