Tanya pada diri, “Selama hidup ini, apakah amalan sunnah yang telah aku lakukan?”
Tahukah anda, terlalu banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan setiap hari. Jika bukan setiap
hari, mungkin boleh dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau setahun sekali.
Mengapa perlunya amalan sunnah dipraktikkan dalam hidup seharian? Mungkin, ada yang
bertanya. Bukankah sebagai umat Islam, rujukan dan panduan utama dalam hidup kita ini
berdasarkan dua perkara, iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah Nabi S.
Amalan sunnah ini adalah apa-apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sama ada melalui
perlakuan, perbuatan, percakapan dan ikrar Baginda. Sunnah juga bermaksud, sesiapa yang
melaksanakannya beroleh pahala dan tiada dosa bagi yang meninggalkannya.
Berikut merupakan 10 amalan sunnah yang mudah dan boleh dijadikan sebagai amalan seharian
kita, iaitu;
1# Sebelum Tidur
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu,
berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan
berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian
hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita
berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.
Setelah bangun tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;
“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang
telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan).
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).”
4# Ketika Berpakaian
“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan
rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku
bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah,
memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada
orang atau tidak.
Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak
menyebut nama Allah ketika memasukinya.
Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai
kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.
Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka
dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak
memakai keduanya sama sekali.”
Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga
makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan
dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau
minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan
apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.
8# Mengucap Salam Dan Bersalaman
“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang
yang kamu kenali atau tidak kenal.”
“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum
keduanya berpisah.”
9# Senyum
Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan
Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di
wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya.
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
10# Berzikir
Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW.
Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.
Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika
berdiri, duduk atau berbaring.
Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt;