Anda di halaman 1dari 106

Adab Bercakap (Mari Berkongsi siri 2)

Adab Bercakap

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari


zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan
hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh
dari Allah".

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan


dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan
jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya
keraguan dan salah faham.
3. Jika seorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu
belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk
baru atau memotong perbualannya itu.
4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang
sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai
olehnya.
5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang
sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang
sesuatu yang memberangsangkan.
6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang
jahil dalam agama.
7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.
8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta
mencaci-maki orang.
9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan
panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang
memuliakan mereka.
10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak
menyenangkannya.

1
11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri
masih kurang pasti mengenainya.

Adab Berjanji, Adab Berjiran (Mari Berkongsi siri 2)

Adab Berjanji

1. Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat


untuk tidak menunaikan janji itu.
2. Jangan berjanji untuk membuat perkara yang haram atau untuk
melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan
kemudaratan.
3. Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan
tergesa-gesa.
4. Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan
jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang
kukuh dan wajar.
5. Jika berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka
janji itu wajib ditunaikan. .

Abdullah ibn amir meriwayatkan suatu masa semasa beliau masih kecil
ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya
sesuatu.
Rasulullah s.a.w yang kebetulan berada disitu terus bertanya,"apa
yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?" jawab ibu amir,
"sedikit tamar." Sabda rasulullah saw "sekiranya kamu tidak
memberikannya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu".

********************

Adab Berjiran

1. Dikira jiran itu bermula dari 40 buah rumah kehadapan,


belakang, kiri dan kanan.
2. Mendahulukan memberi salam bila bertemu.

2
3. Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya.
4. Menziarahinya apabila ia sakit.
5. Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau
keramaian.
Adab Berjiran, Adab Di Masjid (Mari Berkongsi siri 2)

6. Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada didalam


kesusahan.
7. Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak
disengajakan.
8. Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya.
9. Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun
dunia.
10. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut.
11. Tidak menyinggung perasaanya dengan sesuatu perbuatan.

********************

Adab Di Masjid

1. Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan sambil


membaca doa, tetapi ketika keluar melangkahlah dengan kaki kiri
sambil membaca doa.
2. Sebelum duduk tunaikanlah solat sunat dua rakaat iaitu solat
tahiyatul masjid.
3. Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang
ramai untuk memasuki masjid seperti di muka pintu dan
sebagainya.
4. Jangan berkeliaran di dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di
dalam istana Allah maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk
dan sibukkan diri dengan banyak solat sunat dan berzikir.
5. Jangan meninggikan suara di dalam masjid sama ada berzikir atau
membaca al-quran kerana ini akan mengganggu orang lain untuk
beribadat.

3
6. Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.
7. Pakailah pakaian yang bersesuaian dan sopan tatkala memasuki
masjid.
8. Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke
sesuatu tempat.
Adab Di Masjid, Adab Makan (Mari Berkongsi siri 2)

9. Jangan menyimpan atau membawa sesuatau yang berbau busuk


masuk ke dalam masjid.
10. Jikaanda telah memakan bawang maka janganlah terus masuk ke
masjid kerana ini akan mengganggu orang lain. Seeloknya cucilah
dahulu mulut atau ambillah wuduk demikian juga jika merokok.
11. Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan semasa mendatangi
masjid.
12. Jangan mengambil atau membawa pulang barang-barang
kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri, segala peralatan masjid
telah diwakafkan iaitu untuk kegunaan awam.

********************

Adab Makan

a. Memulai makan dengan mengucapkan Bismillah.

Berdasarkan hadits Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara


kalian hendak makan, maka ucapkanlah: Bismilah. Dan jika ia lupa
untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia
mengucapkan Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut
nama Allah di awal dan diakhirnya). (HR. Daud Dishohihkan oleh
Syaikh Al Albani dalam Shohih Ibnu Majah: 3264)

b. Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: Barangsiapa telah selesai


makan hendaknya dia berdoa: Alhamdulillaahilladzi athamani hadza

4
wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Niscaya akan
diampuni dosanya yang telah lalu. (HR. Daud, Hadits Hasan)

Yang ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan ini
kepadaku dan yang telah memberi rizki kepadaku tanpa daya dan
kekuatanku.
Adab Makan (Mari Berkongsi siri 2)

c. Hendaknya makan dengan menggunakan tiga jari tangan


kanan.

Hadits Rasulullah saw: Sungguh Rasulullah saw makan dengan


menggunakan tiga jari. (HR. Muslim, HR. Daud)

d. Hendaknya menjilati jari jemarinya sebelum dicuci


tangannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang diantara


kalian telah selesai makan maka janganlah ia mengusap tangannya
hingga ia menjilatinya atau minta dijilati (oleh Isterinya, anaknya).
(HR. Bukhari Muslim)

e. Apabila ada sesuatu dari makanan kita terjatuh, maka


hendaknya dibersihkan bahagian yang kotornya kemudian
memakannya.

Berdasarkan hadits Rasulullah saw: Apabila ada sesuap makanan dari


salah seorang diantara kalian terjatuh, maka hendaklah dia membersih
kan bahagiannya yang kotor, kemudian memakannya dan jangan
meninggalkannya untuk syaitan. (HR. Muslim, Abu Daud)

f. Hendaknya tidak meniup pada makanan yang masih panas


dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin, hal ini
berlaku pula pada minuman. Apabila hendak bernafas maka
lakukanlah di luar gelas, dan ketika minum hendaknya
menjadikan tiga kali tegukan.

5
Sebagaimana hadits dari Ibnu Abbas ra: Nabi saw telah melarang
untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di
dalam nya. (HR. At Tirmidzi)

g. Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang


melampaui batas.

Berdasarkan sabda Rasulullah saw: Tidak ada bejana yang diisi oleh
manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan
beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya
(memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat
memenuhi

Adab Makan, Adab Sebelum Makan (Mari Berkongsi siri 2)

perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan


sepertiga lagi untuk bernafasnya. (HR. Ahad, Ibnu Majah)

h. Makan memulai dengan yang letaknya terdekat kecuali bila


jenisnya berbeza maka boleh mengambil yang jauh.

Hadits Rasulullah saw: Wahai anak muda, sebutkanlah Nama Allah


(Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari
apa-apa yang dekat denganmu. (HR. Bukhari Muslim).

i. Hendaknya memulai makan dan minuman dalam suatu


jamuan makan dengan mendahulukan (mempersilakan
mengambil makanan terlebih dahulu) orang-orang yang
lebih tua umurnya atau yang lebih memiliki derajat
keutamaan.

j. Ketika makan hendaknya tidak melihat teman yang lain agar


tidak terkesan mengawasi.

k. Hendaknya tidak melakukan sesuatu yang dalam


pandangan manusia dianggap menjijikkan.

6
l. Jika makan bersama orang miskin, maka hendaklah kita
mendahulu kan mereka.

********************

Adab sebelum makan

1. Sebelum makan dianjurkan mencuci tangan terlebih dahulu hingga


bersih.

2. Usahakan makan dengan berjamaah.

3. Dianjurkan bersedekah dulu sebelum makan.

Adab Sebelum Makan (Mari Berkongsi siri 2)

4. Ketika makan selalu melihat kepentingan orang lain.

5. Pada saat makan menggunakan tangan kanan dan tidak dengan


tangan kiri. .

6. Jangan lupa membaca doa untuk makan.

7. Tidak makan / jangan sambil berdiri, berjalan-jalan atau sambil


berbaring.

8. Ambillah makanan secukupnya dan niatkan untuk dihabiskan,


dan jangan suka menyisakan makanan. .

9. Jangan lupa berbagi makanan kepada teman.

10. Sebaiknya selalu menyukai makanan yang telah dihalalkan dan


akan baik bagi tubuh. .

11. Jika tidak menyukai makanan tertentu, lebih baik disimpan saja.

7
12. Tidak boleh menghina atau mencela makanan. Jika makanan
sudah dicela, maka makanan itu jangan dimakan lagi. .

13. Disunnahkan makan dengan jari-jari tangan, dimulai dengan tiga


jari.

14. Tidak boleh berlebihan ketika makan, termasuk menu yang terlalu
banyak.

Firman Allah : Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.


Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-
lebihan. (Q.S. Al-Araf, 7 : 31) .

15. Sebaiknya makan ketika lapar dan tidak makan terlalu kenyang.

Adab Sebelum Makan, Adab Minum Dalam Islam (Mari Berkongsi siri 2)

16. Jangan sekali-kali makan makanan yang haram atau syubhat


(meragukan).

17. Hindari makan makanan yang akan membawa penyakit.

18. Tidak makan di sembarang tempat, usahakan yang tertutup.

19. Setelah makan usahakan menggosok gigi.

20. Tidak meninggalkan makanan di sembarang tempat.

********************

Adab minum dalam Islam

ISLAM menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu


kegiatan bagi kesejahteraannya. Begitu juga Islam menentukan adab
ketika minum.

8
Islam melarang umatnya minum secara sekali gus atau terus-menerus
air dalam satu tempat / bekas air, sebaliknya sunat membaca
Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah dan hendaklah diminum
dengan dua atau tiga teguk. .

Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah bermaksud: "Jangan minum


terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua
teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca Bismillah
apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai
meminumnya."
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi). .

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam


tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh
meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau
sebagainya.

Adab Minum Dalam Islam (Mari Berkongsi siri 2)

Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan


mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah minum sehingga tiada
kesabaran menunggu dan menanti air itu sejuk terlebih dulu.
.

Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri.


Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud:
"Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum
berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali
minuman itu." .

Islam melarang umatnya daripada meminum atau memakan terlalu


kenyang kerana banyak penyakit yang akan datang apabila perut
terlalu kenyang atau terlalu penuh, sama ada dengan minuman atau
makanan, sebaliknya hendaklah satu bahagian dikosongkan supaya
dapat bernafas dan berfikir. .

9
Ini dijelaskan kepada hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam
Al-Tirmizi yang bermaksud: "Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh
anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya.
Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk
menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk
berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankannya, maka
hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk
makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk
bernafas."

********************

Panduan Adab Menguap

Adalah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk MENGUAP. Kita


biasanya akan menguap apabila mengantuk dan tak cukup tidur.
Mengikut sains, menguap dikatakan berpunca daripada kekurangan
oksigen.

Panduan Adab Menguap (Mari Berkongsi siri 2)

Saya bukanlah menolak penerangan menurut kajian sains tu. Yaa, tak
cukup oksigen mungkin menyebabkan kita rasa mengantuk dan
seterusnya menyebabkan kita menguap.

Tapi kenapa ramai diantara kita ni akan mudah sekali menguap apabila
membaca buku-buku pelajaran, buku-buku agama atau dengar
ceramah agama. Perasankah kita, kita ni mudah sekali menguap
apabila kita membuat perkara yang kita kurang gemar. Jarang sekali
kita rasa mengantuk dan menguap apabila kita menonton movie atau
drama yang kita suka. Atau bagi yang lelaki, masa tengok bola.
Walaupun dah lewat malam, tapi tak rasa mengantuk dan tak
menguap pun. Kenapa yer? Haaa Lu fikir la sendiri bak kata Nabil
tu. hehe

Apa-apa pun, dalam perkongsian kali ini sebenarnya, saya bukan nak
bercakap tentang sebab-sebab mengapa kita menguap.

10
Kali ini, saya ingin membawa kepada anda satu persoalan. Tahukah
kita bahawa agama Islam ada mengajar cara-cara dan adab-adab
bagaimana untuk menguap?? Apakah adab-adab menguap itu??
Haaa, kalau tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Makanya kali ini,
sukacita saya ingin berkongsi dengan anda tentang adab-adab
menguap seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Berikut ini adalah beberapa adab menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi


s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taala suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia
mengucapkan Alhamdulillaah, maka adalah hak atas setiap Muslim
yang mendengarnya mengucapkan Yarhamukallaah!. Adapun
menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu
menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab
sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan
mentertawakannya.
Adab Menguap (Mari Berkongsi siri 2)

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya :


Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang
kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di


mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di
luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

11
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w.,
katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-
orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa
haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang
mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-


Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika
menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap,


lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-
salam
tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan
hendak menguap itu dengan izin Allah.

Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk


mengamalkannya.

********************

Adab Penuntut Ilmu (Mari Berkongsi siri 2)

Adab Penuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu kewajiban bagi kita kaum muslimin. Banyak
sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu
dan yang mengajarkannya. .

Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu
yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita
sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

12
1. Ikhlas kerana Allah.

Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan
untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk
mendapat kan gelar agar bisa mendapatkan kedudukan yang tinggi
atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya,
maka Rasulullah saw telah memberi peringatan tentang hal ini dalam
sabdanya
" Barangsiapa yang menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah,
sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda
dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat ".
( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah ) .

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin


mendapatkan Ijazah (MA atau Doktor, misalnya ) bukan kerana ingin
mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak
tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi,
segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam
menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah -
termasuk niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang


lain.

Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk


menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang
yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain
untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja
mengajarkan
Adab Penuntut Ilmu (Mari Berkongsi siri 2)

kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat
mengambil faedah dari ilmu kita. .

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita
duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi
manfaat pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban
yang benar adalah yang kedua; kerana Rasulullah saw bersabda :

13
" Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat . (HR: Bukhari).

Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila


niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian
itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari
dirinya dan dari orang lain .

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.

Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam


menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at
sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang
menggunakannya ia tidak berarti apa-apa. Penuntut ilmu harus
membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama
(bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah saw. Hal ini
tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu
yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur'an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima


perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada
persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, kerana persoalaan
aqidah
adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.
Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak
zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah saw masih hidup.
Kerana itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain
yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.

Adab Penuntut Ilmu (Mari Berkongsi siri 2)

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.

Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah


mengamalkan ilmu yang telah diperolehi, kerana amal adalah buah
dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Kerana
orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata.

14
Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan
(digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.

Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan


pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia
mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam
memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah
termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar.

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang


penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah
didapatkan. Mencari kebenaran dari berita - berita yang sampai kepada
kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah
hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang kesahihan
hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu
adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari
hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan
tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan
sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar
satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti
itu kita tidak
akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut. .

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana


sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak
benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru
dalam memahami sebuah dalil. Wallahu 'Alam.
Adab Penuntut Ilmu(Tambahan) (Mari Berkongsi siri 2)

(Dikutip dari " Kitabul ilmi" Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin (Abu Luthfi)

********************

15
Adab Menuntut Ilmu ( tambahan )

Setiap perkara yang kita lakukan perlu mengikut adab. Dalam


menuntut ilmu, terdapat adab-adab yang perlu diamalkan supaya
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur
dan berkesan :

Niat

Seseorang pelajar mestilah memasang niat yang suci dalam


hatinya. Niat yang baik itu menjernihkan hati hingga mudah
memahami pelajaran. Niat yang penuh keihklasan menyingkirkan
syaitan dan mengundang dan nur Illahi.
.

Azam

Seseorang pelajar mestilah mempunyai kemahuan keras/jitu untuk


memahami sesuatu ilmu.

Allah berfirman di dalam Al-Quran: .

"Hendaklah engkau berhati teguh seperti keteguhan hati para


Rasul yang memiliki kemahuan keras. " Surah Al-Ahqaf :35.
.

Tekun

Pelajar mesti memperhatikan pelajaran dengan serius.


Diriwayatkan : Telah berkata Ibnu Mas'ud : " Adalah Rasulullah S.A.W
apabila berdiri di atas mimbar, kami sekalian menghadap beliau
dengan wajah-wajah kami " - [Hadis Riwayat At-Tarmizi]
.

Dalam hadis yang lain ada diingatkan perlunya diam di kala khutbah
(pengajaran) berlangsung, supaya isi pelajaran dapat diserap
dengan

16
Adab Penuntut Ilmu(Tambahan) (Mari Berkongsi siri 2)

baik. .

Disiplin

Seseorang yang menuntut ilmu perlu ada sikap disiplin. Ini penting
dalam menentuarahkan matlamat kita untuk mendapatkan ilmu. Jika
sikap disiplin dapat diamalkan dan dipupuk dalam diri pelajar,
nescaya perlaksanaan pembelajaran menjadi mudah. Pelajar boleh
menentukan dan merancang kaedah pembelajarannya dan dapat
mencorak masa depan sendiri sejak awal. .

Taat

Selain sikap disiplin, sikap taat juga penting. Seorang pelajar itu
perlu taat pada gurunya. Ini kerana ketaatan seorang yang jahil
kepada orang yang terpelajar adalah mengikut perintah agama iaitu
ketaatan seluruh umat kepada Rasulullah S.A.W ketika Baginda
bersabda:
" Ambillah apa yang didatangkan kepada Rasul kepadamu dan apa
yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi." .

Juga firman Allah yang bermaksud: Apa yang diberikan Rasul


kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu
maka tinggalkanlah . (Surah Al-Hasyr:7).

Hormat

Pelajar perlu menghormati guru yang mengajarnya supaya wujud


keadaan yang harmoni dan hubungan kasih-sayang. Sabda Rasulullah
S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hassan Al-Mawardi: .

" Muliakan orang yang kamu belajar daripadanya ". " Muliakanlah
guru guru agama, kerana barangsiapa memuliakan mereka
maka
bererti mereka memuliakan aku " ..

Memelihara Makanan dan Minuman

Pada zaman Rasulullah S.A.W, Baginda amat menitik beratkan soal


pemakanan dan Baginda pernah menyebut tentang seorang manusia

17
yang permintaannya tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T walaupun
dia sering menadah tangan dan menyebut 'Ya Allah, Ya Allah'. Ini
disebab
Adab Penuntut Ilmu(Tambahan), Adab Membaca Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

kan sumber pemakanan dan minuman yang haram dan


mempunyai unsur syubhah. Oleh itu pemakanan perlu dijaga untuk
mendapat kecerdasan otak, kesihatan fizikal serta keberkatan dalam
pembelajaran.

********************

Adab Membaca Al-Quran

1. Membersihkan badan dan pakaian serta mengambil wuduk.


Mengambil dan mengangkat al-quran dengan tangan kanan.
2. Membaca al-quran di tempat yang bersih seperti di rumah, surau,
masjid dan sebagainya. Yang paling utama adalah di masjid.
3. Menghadap ke kiblat, membacanya dengan khusyuk dan
tenang.
4. Membersihkan mulut dari sisa sisa makanan dan bau.
5. Memulakan bacaan dengan membaca "aku berlindung dengan
nama allah dari syaitan yang direjam," kemudian disusuli dengan
"bismillah" serta membaca ummul kitab (fatihah).
6. Membacanya dengan tartil. Bacaan yang perlahan lahan
dan tenang.
7. Membaca dengan penuh perhatian dan memikirkan tentang ayat-
ayat yang dibaca serta cuba memahami maksudnya.
8. Bacaannya hendaklah benar-benar diresapkan ke dalam hati,
terutama pada ayat-ayat yang mengambarkan tentang nasib orang-
orang yang berdosa serta yang melanggar perintah Allah.
9. Membaca dengan suara yang indah lagi merdu.
10. Tidak diselang seli dengan perbualan, bermain-main atau
ketawa. Hendaklah diteruskan bacaan sampai ke ayat yang
ditentukan barulah disudahi.

18
********************
Adab Menziarahi Orang Sakit, Adab Menziarahi Kubur (Mari Berkongsi siri 2)

Adab Menziarahi Orang Sakit

1. Sunat menziarahinya secara berselang hari.


2. Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit
serta keluarganya.
3. Sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit.
4. Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang di-
senangi oleh si pesakit.
5. Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada
membuat kesalahan dengan kita.
6. Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan
bebannya dan juga keluarganya.
7.

********************

Adab Menziarahi kubur

1. Sunat mengambil wuduk.


2. Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki
yang bukan mahramnya maka hukumnya haram. Bagi wanita yang
sudah tua maka hukumnya harus.
3. Sunat membaca ayat-ayat al-quran seperti al - fatihah dan sebagai
nya serta diiringi dengan doa.
4. Duduk hampir dengan kuburnya atau disisinya.
5. Dilarang mengusap atau mencium batu nisan.
6. Di larang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat
padanya kerana ini adalah perbuatan bid'aah yang mungkar.
7. Lebih afdal, ziarah dilakukan pada hari Jumaat.

19
********************

Adab Tuan Rumah, Adab Tetamu (Mari Berkongsi siri 2)

Adab Tuan Rumah

1. Sebagai tuan rumah kita dilarang mendesak tetamu supaya makan.


Ini kerana mungkin ketika itu mereka sedang kenyang atau
sebagainya.
2. Sekiranya kita ingin menghidangkan makanan lagi, kita dilarang
dari mengalih bekas makanan yang masih ada. Sebaliknya bawalah
makanan itu di dalam bekas yang lain.
3. Hendaklah sentiasa menunjukkan sikap ramah kepada tetamu dan
layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Apabila menghidangkan
makanan pastikan ianya bertutup.
4. Apabila tetamu meminta diri untuk pulang kita disunatkan
mengiringi mereka hingga ke muka pintu.
5. Biarlah tetamu kita berada dalam keadaan yang selesa, elakkan dari
sentiasa berada disisi mereka sambil melihat gelagat mereka ketika
makan atau sebagainya.
6. Apabila kita dikunjungi oleh tetamu, maka uruskanlah makanannya
sebaik mungkin.
7. Tunjukkan kepada mereka dimana tandas, supaya mereka tidak
merasa gelisah apabila tiba waktu untuk qada hajat.
8. Elakkan dari keluar mencari-cari sesuatu untuk tetamu kita,
hidanglah apa saja yang sedia ada.
9. Setelah menghidangkan makanan, jangan sekali-kali membiarkan
mereka begitu sahaja. Berilah perhatian kepada mereka
bagi
memastikan segalanya memuaskan. Sekiranya kita dikunjungi oleh
dua orang tetamu pastikan layanan yang diberikan adalah adil.

********************

20
Adab Tetamu

1. Kita hendaklah segera memberitahu tuan rumah jika tidak mahu


makan sebelum makanan disediakan.
Adab Tetamu, Beradablah Kepada Diri mu (Mari Berkongsi siri 2)

2. Tuan rumah harus diberitahu kemana kita pergi supaya mereka


tidak tercari-cari ketika makanan hampir disediakan.
3. Kita dilarang sama sekali dari meminta sesuatu kepada tuan rumah,
kerana dikhuatiri tuan rumah tidak dapat memenuhi permintaan
kita dan ini akan memalukan mereka.
4. Kita hendaklah menghindarkan diri dari mencampuri urusan tuan
rumah kecuali bantuan kita diperlukan.
5. Apabila kita meminta sesuatu kepada tuan rumah hendaklah
dengan cara yang sopan dan jangan terlalu mendesak.
6. Sewaktu menikmati hidangan kita hendaklah meninggalkan sedikit
makanan di dalam bekas bekas tambah supaya tuan rumah tidak
menyangka bahawa makanan itu tidak cukup dan ini akan
memalukan tuan rumah.
7. Kita ditegah memberi makanan kepada peminta sedekah atau
orang luar daripada makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.

********************

Beradablah Kepada Dirimu

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi berbagai


perbuatan dan tingkahlaku yang memerlukan adab. Adab ini perlu
untuk kesejahteraan diri dan supaya orang lain menyenangi kita. .

1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan


menyucikan diri.

21
2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap seminggu. Janganlah
memanjangkan nya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri
tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang
buruk.

Beradablah Kepada Dirimu (Mari Berkongsi siri 2)

3. Memotong rambut setiap kali panjang, menjaga kebersihannya dan


menyisir selalu yakni jangan pula sampai berlebihan ( tidak
membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian
kepadanya ).

4. Mengutamakan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia


seperti ketika mandi, berwuduk, menghormati, berjabat tangan,
memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan
menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian
kiri yakni perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus,
meludah, menanggalkan pakaian dan kasut, beristinjak dan
menyentuh aurat. Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w
menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan
tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor .

5. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan


kahak, tetapi hendaklah ke arah kiri dan pada sapu tangan yang
khusus supaya tidak mengganggu orang lain.

6. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari


makanan serta minuman agar percikan hingus tidak mengenai
orang lain dan meletakkan sapu tangan atau tangan ke mulut,
memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi
Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin beliau
meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya
menjadi tidak kuat.

7. Memuji Allah sesudah bersin.

22
8. Orang yang dengar orang bersin dan memuji Allah hendaklah
menjawab dengan (Yarhamukallah) dan orang yang bersin pula
menjawabnya dengan doa yang berikut (Yahdikumullahu wa
yushlihu balakum).

9. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup


pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk
menghalang sesuatu dari masuk ke mulut. Juga disuruh
mengurang
Beradablah Kepada Dirimu (Mari Berkongsi siri 2)

kan suara dan jika dapat jangan sampai mengeluarkan suara.


Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana
menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya
dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan. Dari Abu Hurairah
berkata Nabi, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci
akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah
hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan
'Yarhamukallah' . Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika
salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia
mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu
menguap syaitan ketawa melihatnya."

10. Berusaha tidak sendawa, menghindari makanan yang


menyebabkan sendawa atau makanan yang memperbanyakkannya.
Jika tidak dapat dihindari bersendawalah dengan suara yang ringan
kemudian bacalah istighfar sesudah bersendawa. Daripada Abu
Hurairah katanya, "Aku memakan kepingan roti dan daging
kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda,
pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling
lapar pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di
dunia."

11. Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika


berkaca(melihat wajah cermin) kemudian berdoa dengan doa yang
warid dari nabi: "Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau
elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."

23
12. Menggunakan telefon bila perlu sahaja bukan untuk bermain-
maian, bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan
bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan
dengan salam, mengenalkan diri kemudian menyebut maksud.

13. Membiasakan diri dengan amal yang salih seperti beribadah


bersedekah, solat sunat, menghampiri diri kepada Allah, berzikir
dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana
malas, enggan atau kesibukan dunia. Daripada Aisyah katanya,
amalan

Beradablah Kepada Dirimu (Mari Berkongsi siri 2)

yang disukai Rasulullah s.a.w ialah amalan yang terus menerus


dilakukan seseorang.

14. Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan


sesuatu yang tidak berguna selalu memperbaiki diri dan berusaha
memperbaikinya. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah
bersabda, "Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah
meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudkannya. "

15. Memberi nasihat kepada orang yang mengenai kebaikan, yakni


dengan nasihat yang baik bagi orang itu samada pada agamanya
atau dunia.

16. Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan


kembali semula kepadanya juga mengakui kesalahan diri sendiri jika
memang benar bersalah dan jangan berterusan padanya, kerana
kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang yang terus
dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang
menyerahkannya kepada nya serta memuji setiap orang yang sudi
memberi nasihat.

17. Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit dan


meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di
dunia kerana sifat itu menjauhkan diri dari takabur dan ujub serta
selamat dari sifat sombong memuji-muji dari dan angkuh. Dari

24
Aisyah katanya, "Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat daripada kulit
yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."

18. Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan


matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang
diletakkan nya di hadapan dan terus-menerus mengulang-ulang
sebutan, 'Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan Redha Mu lah yang
kucari.

********************

Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

Ke Arah Memahami Dasar-Dasar Aqidah Yang Benar

Bahagian Pertama - Makna Aqidah Dan Keutamaannya Sebagai


Prinsip Dalam Beragama

Aqidah Secara Etimologi

Aqidah berasal dari kata aqad yang membawa maksud pengikatan


(iqtikad). Membawa maksud: Saya beriqtiqad begini .
Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah
apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, Dia mempunyai
aqidah yang benar, ini membawa penegrtian bahawa aqidahnya
adalah bebas daripada keraguan. .

Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan


pembenarannya kepada sesuatu. .

Definisi Aqidah Secara Syara

Iaitu iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para


Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun
yang buruk. Hal ini juga disebut sebagai rukun iman. .

25
Syariat terbahagi kepada dua bahagian:

1 Iqtiqadiyah, dan

2 amaliyah

Iqtiqadiyah adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan


tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah
Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap
rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (dasar agama).
(Rujuk: Syarah Aqidah Safariniyah I, m/s. 4).
.

Manakala amaliyah adalah segala perkara yang berkaitan dengan tata


cara amal (kaedah). Seperti solat, zakat, puasa, dan seluruh hukum-
hukum amaliyah. Bahagian ini disebut fariyah (cabang agama),
kerana
Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

ia dibina di atas iqtiqadiyah. Kebenaran atau rosaknya amaliyah


bergantung kepada sama ada kesahihan iqtiqadiyah atau rosaknya
iqtiqadiyah.

Maka aqidah yang benar adalah merupakan asas bagi pembinaan


agama serta merupakan syarat sahnya amalan.

Sebagaimana firman Allah swt berikut: Barangsiapa yang mengharap


pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal
yang soleh dan janganlah mem-persekutukan sesuatu pun dalam
melaksanakan ibadat kepada Tuhan nya.". ( al-Kahfi, 18: 110 ).
.

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-


nabi) yang sebelum-mu, Jika kamu menyekutukan (Tuhan), nescaya
akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam
orang-orang yang rugi. (az-Zumar, 39: 65). .

Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.


Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).

26
(az-Zumar, 39: 2-3). .

Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat


banyak, menunjukkan bahawa segala amalan yang dikerjakan tidak
akan diterima jika tidak dibersihkan dari perbuatan syirik. Kerana
itulah perhatian Nabi shallahu alaihi wa sallam yang pertama kali di-
dakwah kan (disampaikan dan diterapkan) adalah perkara-perkara
berkaitan pemulihan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal
yang paling
utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap
umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan
segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik).

Sebagaimana firman Allah swt berikut: Dan sesungguhnya Kami telah


mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan), Sembahlah
Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu . (an-Nahl, 16: 36).

Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

Adalah setiap rasul itu sentiasa mengucapkan pada awal dakwahnya,


Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu
melainkan-Nya. (al-Araaf, 7: 59, 65, 73, 85). .

Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syuaib, dan
seluruh rasul alaihimussalam. Dan selama 13 tahun baginda Nabi saw
di Makkah sesudah bitsah (kerasulannya), baginda mengajak manusia
kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan
landasan (asas) pembangunan (binaan) Islam. Para dai dan para
pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul
dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah
mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang
sahih (sebenar), dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada
seluruh perintah-perintah agama yang lain.

Bahagian Kedua Pengambilan Aqidah Berdasarkan Sumber


Yang Sahih Berdasarkan Manhaj SALAF

27
Aqidah adalah suatu yang tauqifiyah. Ini bermakna ia tidak boleh
ditetapkan kecuali dengan dalil-dalil yang syari, tidak ada ruang ijtihad
dan pendapat di dalamnya. Ini adalah kerana sumber-sumbernya yang
hanya terbatas kepada apa yang ada di dalam al-Quran dan as-
Sunnah. Sebab tiada seorang pun yang lebih mengetahui berkenaan
Allah, tentang sebarang apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus
disucikan dari-Nya melainkan Allah sendirilah yang sedia mengetahui.
Dan tidak seorang pun sesudah Allah yang lebih mengetahui tentang
Allah selain Rasulullah saw. Oleh yang demikian, manhaj salafus soleh
( golongan soleh yang terdahulu dan terawal dari umat Islam ) dan
para pengikutnya dalam mengambil aqidah adalah terbatas kepada al-
Quran dan as-Sunnah.
.

Dengan itu segala apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah
berkenaan hak Allah, mereka pasti mengimaninya, meyakininya, dan
mengamalkannya. Sedangkan apa yang tidak ditunjukkan oleh al-
Quran dan as-Sunnah mereka menolak dan menafikannya dari Allah.
Kerana itu tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam
iqtiqad.
Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

Bahkan aqidah mereka adalah satu dan jamaah mereka juga satu.
Kerana Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan al-
Quran dan Sunnah Rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran
aqidah, dan kesatuan manhaj (dasar prinsip).

Allah swt berfirman: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada


tali Allah (agama Islam), dan jangan-lah kamu bercerai-berai,...
(Ali Imran, 3: 103).

Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa


yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan
celaka. (Thoha, 20: 123). .

Kerana itulah mereka dinamakan sebagai al-firqatun najiyah (golongan


yang selamat). Kerana Rasulullah saw telah mengakui bahawa
merekalah yang selamat, ketika mana beliau sallallahu alaihi wa
sallam menyatakan bahawa umat ini akan berpecah menjadi 73

28
golongan yang mana kesemuanya diancam ke neraka, kecuali satu
golongan. Ketika ditanya berkenaan golongan yang satu tersebut,
beliau saw menjawab:, .

Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan
ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku. (Hadis Riwayat Ahmad).

Kebenaran sabda baginda Rasulullah saw tersebut telah terbukti ketika


sebahagian manusia membina aqidah dan manhaj mereka di atas
selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil
landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah
Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai
penyimpangan dan perpecahan dalam persoalan aqidah yang mana
seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat
Islam kepada pelbagai jenis firqah (kelompok ideologi).
.

Bahagian Ketiga - Faktor Utama Penyimpangan Aqidah Dan


Formula Mengatasinya

Penyimpangan dan penyelewengan aqidah dari landasan yang benar


adalah merupakan suatu detik bermulanya kehancuran dan kesesatan.
Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

Kerana aqidah yang benar adalah merupakan pembimbing dan syarat


yang paling penting bagi perlaksanaan amal yang berguna.

Tanpa pegangan aqidah yang benar, seseorang akan menjadi mangsa


kepada beberapa syubhat dan keraguan yang akhirnya akan menjadi
penghalang dari melihat jalan hidup yang diredhai, yang bahagia,
sehingga perjalanan hidupnya terasa begitu sempit dan payah lalu
hadirnya suatu naluri agar ingin dibebaskan dari pelbagai perasaan
yang menghimpit tersebut akibat gagal memahami ruh agama ini
dengan baik. Mungkin juga akibat terlalu tertekan dengan pelbagai
permasalahan, membawa dia keluar dari norma-norma tabii sehingga
sanggup untuk membunuh diri dan melakukan perkara-perkara yang
tidak baik lantaran gagal memahami agama dari dasarnya yang
sebenar. Ini banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita yang
mana hidupnya jauh dari hidayah serta pedoman agama. Apabila

29
datangnya pelbagai masalah yang menekan, dirinya mula menjadi
serabut dan tidak keruan. Masyarakat yang tidak dipimpim oleh aqidah
yang benar adalah merupakan masyarakat bahimi (haiwani), tidak
memiliki prinsip-prinsip hidup yang sejahtera, sekalipun mereka
bergelumang dengan harta kekayaan namun, mereka sering
terjerumus ke lembah sengsara, sebagaimana yang banyak kita
saksikan pada era masyarakat jahiliyyah sebelum kedatangan
Muhammad saw. Harus difahami bahawa setiap kekayaan sangat
memerlukan kepada taujih (disiplin dan perancangan) dalam
penggunaannya, dan tidak ada pemberi tata cara disiplin yang tepat
kecuali atas jalan landasan aqidah yang sahih.
.

Allah swt berfirman; Wahai Rasul-rasul, makanlah dari makanan yang


baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. (al-Mukminun, 23: 51).
.

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurniaan dari


Kami. (Kami berfirman), Wahai gunung-gunung dan burung-burung,
bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud , dan Kami telah melunak
kan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan
ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguh-
nya Aku melihat apa yang kamu kerjakan. (Saba, 34: 10-11).
.

Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

Dengan itu, jelaslah bahawa, kekuatan aqidah tidak seharusnya


terpisah dari kekuatan madiyah (kebendaan). Jika hal tersebut diraih
dan dikerjakan atas landasan aqidah yang salah, maka kekuatan yang
lahir dari hasil kebendaan serta kekayaan pasti akan berubah menjadi
suatu saranan yang merosakkan dan bertukar menjadi agen
penghancur, sebagaimana yang dapat kita lihat banyak terjadi di
negara-negara kafir yang memiliki harta kekayaan dan kekuatan
kebendaan namun berpegang dengan aqidah yang batil.
.

Sebagaimana kita ketahui, setiap perkara yang berlaku pasti memiliki


sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga penyimpangan aqidah yang
terjadi di sekeliling kita, turut memiliki faktor-faktor yang dapat kita

30
lihat. Antara faktor-faktor tersebut yang wajib kita fahami dan ketahui
adalah:

1 Kejahilan terhadap aqidah yang sahih. Ini berlaku adalah atas


sebab tidak mahu mempelajari serta mendalami ilmu aqidah itu
sendiri. Kurangnya inisiatif untuk menyebarkan aqidah yang benar
ke dalam diri setiap masyarakat yang ada. Ramai yang sengaja
menjauhkan diri (berlepas diri) daripada mempelajari aqidah yang
tulen ini. Sehingga tumbuhlah generasi yang tidak mengenal aqidah
yang sahih dan juga tidak mengetahui yang haq atau batil.
Akibatnya mereka meyakini yang haq sebagai sesuatu yang batil
dan yang batil dianggap sebagai yang haq. Sebagaimana yang
pernah dinyatakan oleh Umar ra: .

Sesungguhnya ikatan Islam akan pudar satu demi satu,


manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa
mengenal kejahilan. .

2 Faktor yang kedua adalah kerana Taashub (taksub/fanatik) kepada


sesuatu yang diwarisi dari kelompok-kelompok, ibu bapa mereka,
nenek moyang mereka, atau orang-orang tua mereka, sekalipun hal
itu jelas kebatilannya, sehingga dengan begitu sahaja mencampak
kan apa sahaja yang menyalahi kepercayaan mereka sekalipun hal
itu benar. Sebagaimana yang difirmankan Allah swt: Dan apabila
dikatakan kepada mereka: Turutlah akan apa Yang telah
diturunkan oleh Allah mereka menjawab: (Tidak), bahkan
Kami (hanya)
Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

menurut apa yang kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang


kami melakukannya . Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun
nenek moyang mereka itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang
perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk
hidayah (dari Allah)? (al-Baqarah, 2: 170).
.

3 Taqlid buta, dengan mengambil pendapat manusia dalam masalah


aqidah tanpa mengetahui dalilnya dan tanpa menyelidiki seberapa
jauh kebenarannya. Sebagaimana yang terjadi pada golongan-

31
golongan seperti Muktazilah, Jahmiyah, dan lain-lainnya. Mereka
bertaqlid kepada orang-orang sebelum mereka dari para imam yang
sesat, sehingga mereka juga mengikut kesesatan imam ikutan
mereka itu dan menyimpang jauh dari aqidah yang sebenar. .

Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mem


punyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran
dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan
ditanya tentang apa yang dilakukan. (al-Israa, 17: 36). .

4 Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mencintai para wali, para imam,


dan orang-orang soleh, serta mengangkat mereka di atas darjat
yang melebihi kewajaran, sehingga meyakini pada diri mereka
sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kecuali oleh Allah, sama
ada dengan mempercayai bahawa ia mampu mendatangkan
kemanfaatan mahupun menolak kemudharatan. Juga
menjadikan
para wali itu sebagai perantara Allah dengan makhluk-Nya,
sehingga sampai pada tingkat penyembahan para wali tersebut dan
bukan menyembah Allah. Malah ada di antara mereka yang
bertaqarrub kepada kubur para wali dengan membawa haiwan yang
di korbankan, nadzar, doa-doa, istighatsah, dan dengan membawa
hajat-hajat yang tertentu. Sebagaimana yang terjadi kepada kaum
Nabi Nuh alaihis salam: .

Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan


kamu meninggal-kan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama
(penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta
Nasr. (Nuh, 71: 23). .

Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

Wadd, Suwaa, Yaghuth, dan Nasr adalah nama berhala-berhala yang


terbesar pada kabilah-kabilah kaum Nabi Nuh, yang pada asalnya
adalah dari nama orang-orang soleh. .

Dan begitulah yang banyak berlaku terhadap kelompok -


kelompok manusia yang mendewa - dewakan kuburan di pelbagai
negeri zaman ini.

32
.

5 Ghaflah (lalai) daripada menghayati ayat-ayat Allah yang


terhampar di jagat raya ini (ayat-ayat kauniyah) dan ayat-ayat Allah
terdapat dalam Kitab-Nya (ayat-ayat Quraniyah). Di samping itu,
juga terbuai dengan hasil-hasil teknologi dan kebudayaan, sehingga
mengira bahawa itu semua adalah hasil ciptaan manusia semata-
mata, sehingga mereka mengagung-agungkan manusia serta
menisbatkan seluruh kemajuan ini kepada jerih payah dan
penemuan manusia semata-mata. Sebagaimana kesombongan
Qarun yang mengata kan: Sesungguhnya aku diberikan harta
kekayaan ini hanyalah disebab kan pengetahuan dan kepandaian
yang ada padaku .
(al-Qashash: 78). .

Dan sebagaimana perkataan orang lain yang juga sombong:


Dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat
dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia
(dengan sikap tidak bersyukur): Ini ialah hakku (hasil usahaku
semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku;
dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah
tentu aku akan beroleh kebaikan di sisi-Nya (seperti kesenanganku
sekarang ini)! maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu
kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang
mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab siksa
yang seberat-beratnya.
(Fushilat, 41: 50). .

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera


berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu
nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan
sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah
disebabkan pengetahuan dan
Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

kepandaian yang ada padaku . (tidaklah benar apa yang dikatakan-


nya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah

33
ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat itu). (az-Zumar: 49).

Mereka tidak berfikir dan tidak pula melihat keagungan Tuhan yang
telah menciptakan alam ini dan yang telah memperlihatkan pelbagai
bentuk keistimewaan di dalam-nya. Juga yang telah menciptakan
manusia lengkap dengan bekalan maklumat dan kemampuan yang
berguna untuk mengkaji keistimewaan-keistimewaan alam serta
mengaplikasikan nya demi kepentingan manusia. .

Dan Allah-lah yang mencipta kamu serta benda-benda yang kamu


buat itu! " ( as-Shaffat, 37: 96 ). .

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan


alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan
(memikirkan) bahawa telah dekatnya ajal kebinasaan mereka?
( al-Araaf, 7: 185 ). .

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan


air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu
pelbagai buah-buahan menjadi rezeki untuk mu; dan Dia telah
menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan
dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu
sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari
dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah
menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan
kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan
kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat
kamu menghitung-nya. .

6 Secara umumnya rumah tangga dan institusi kekeluargaan


sekarang ini kosong dari pengisian dan pendidikan yang
benar menurut Islam. Padahal baginda Rasulullah saw
telah
Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar (Mari Berkongsi siri 2)

bersabada: Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah (Islam).


Maka kedua orang tuanyalah yang (kemudian) menjadikannya

34
Yahudi, Nasrani, atau Majusi. (Hadis Riwayat Bukhari).
.

Jadi, di sini jelas bahawa orang tua atau ahli keluarga perlu memainkan
peranan dalam hal-hal pendidikan anak-anak mereka kepada akidah
yang benar. .

7 Sikap enggan media-media penyiaran melaksanakan tugasnya.


Sistem pendidikan di jabatan-jabatan pendidikan juga tidak
menerapkan perihal pendidikan yang berkaitan dengan aqidah yang
sebenar. Malahan, media maklumat sama ada media cetak atau
elektronik berubah menjadi sarana penghancur dan perosak, atau
paling tidak mereka hanya memfokuskan terhadap perkara-
perakara yang bersifat materialistik dan hiburan semata-mata.
Tidak memerhatikan perkara-perkara yang dapat memperbaiki
moral dan menanamkan aqidah serta menangkis aliran-aliran sesat.
Dari sini, muncullah generasi yang telanjang tanpa asas pertahanan
(iman), dan tidak berupaya untuk berhadapan dengan pasukan
kekufuran
yang lengkap persenjataannya. .

Beberapa Langkah Mengatasi Penyimpangan Aqidah

1 Kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw untuk


mengambil aqidah yang sahih. Dan mengambilnya sebagaimana
para salafus soleh mengambilnya. Ini kerana tidak akan menjadi
baik umat ini, melainkan kembali kepada apa yang menjadikan
umat yang terdahulu itu baik. Sentiasa berusaha mempelajari
aqidah yang benar dan berupaya membezakan fahaman aliran yang
menyimpang. Juga mengambil inisiatif mengkaji pelbagai aliran
pemikiran yang menyimpang berserta syubhat-syubhat yang
muncul supaya dapat dibantah dan dikawal. Ini adalah kerana
sesiapa yang tidak mengenali keburukan, dikhuwatiri dia akan
terhumban ke dalamnya. .

Ke Arah Memahami Dasar Aqidah Yang Benar, Larangan Dalam Solat (Mari Berkongsi siri 2)

35
2 Memberi perhatian kepada pengajian-pengajian aqidah yang benar
sumbernya, iaitu sebagaimana aqidah yang dipegang oleh para
salaf soleh (golongan terdahulu yang terbaik), di pelbagai lapangan
pendidikan. Memberi ruang pengajian yang baik serta mengadakan
pengawalan yang ketat dalam menyediakan sumber-sumber
rujukan untuk ini. .

3 Bahan bahan pengajian berserta kitab kitab mestilah ditetapkan


berdasarkan dari sumber - sumber para ulama salaf yang bersih
(dari penyimpangan) sebagai wadah (bahan) pengajian. Manakala
kitab-kitab dan sumber-sumber dari kelompok yang menyeleweng
haruslah dijauhkan. .

4 Menyebarkan para dai yang berupaya membersihkan dan


memurni kan aqidah umat Islam dengan mengajarkan aqidah para
salaf serta menjawab dan menolak seluruh aqidah yang batil dan
mungkar.

********************

Larangan dalam solat

1. Mencotok-cotok rukuk dan sujud

Nabi s.a.w. bersabda:


Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat
bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w.
menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau
Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam
rukuknya dan sujudnya. [H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu
Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah].

Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yg tidak


menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya,
sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.: Sekiranya
orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama
Muhammad. Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang
yang

36
Larangan Dalam Solat (Mari Berkongsi siri 2)

tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya,


adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma
yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).
[H.R. Abu Yala dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu
Abdullah Al Asyary].

Abu Hurairah r.a. ra. berkata: Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga
perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk
dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan
berpaling-paling sebagai tsalab(sejenis anjing hutan). [H.R. Abu
Yala].

2. Berpaling ke kanan, kiri dan melihat ke atas

Dari Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda: Allah swt sentiasa berharap
kepada para hamba-Nya dalam solatnya, selama hamba itu tiada
berpaling-paling. Apabila hamba itu memalingkan mukanya, berpaling
lah Allah swt daripadanya. [H.R. Ahmad dan Abu Daud].

Dari Al Haris Al Asyary, Nabi s.a.w. bersabda: Dan bahwasanya Allah


swt. menyuruh kamu bersolat, maka apabila kamu bersolat janganlah
kamu berpaling-paling. Kerana sesungguhnya Allah menghadapkan
muka-Nya ke muka hamba-Nya di dalam solat hamba itu, selama
hamba itu tidak berpaling-paling. [H.R. At-Tirmidzi].

Aisyah ra. berkata: Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw


perihal berpaling-paling dalam solat. Maka Rasulullah saw menjawab:
Itu suatu sambaran dari syaitan yang dia sambarkan dari solat hamba
Allah swt.
[H.R. Al Bukhari, Abu Daud, An-Nasa'i dan Khuzaimah].

Dari Anas ibn Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apakah gerangan


sebabnya orang-orang itu mengangkat pandangan nya ke langit di
kala bersolat, dan mengeraskan suaranya. Sehingga Nabi bersabda:
hendaklah mereka menghentikan perbuatan itu atau biarlah dicabut
cepat pandangannya. [H.R. Al Bukhari].

37
Larangan Dalam Solat (Mari Berkongsi siri 2)

3. Begerak anggota badan dalam solat

Dari Abu Bakar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:


Apabila seseorang kamu berdiri untuk solatnya, maka hendaklah dia
menenangkan segala anggota tubuhnya (tangannya, kakinya) dan
janganlah berhoyong-hayang sebagai hoyongan orang Yahudi.
[H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi].

Dari Muaiqib ra., Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah engkau


menyapu anak-anak batu yang melekat di dahimu saat engkau
bersolat, jika perlu sekali engkau sapu, maka cukuplah dengan
sekali sapu sahaja. [H.R. Al Bukhari dan Muslim].

Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w melihat seorang leaki memain-
mainkan tangan semasa solat, maka baginda bersabda: Sekiranya
khusyuk jiwa orang ini tentulah khusyuk segala anggotanya.
[H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi].

4. Berludah ke depan

Nabi s.a.w. bersabda: Apabila seseorang kamu berada dalam solat,


maka berertilah dia sedang bermunajat dengan Tuhan-nya. Kerana itu,
janganlah dia berludah ke muka (ke depan) dan janganlah ke
kanannya. Akan tetapi ke sebelah kirinya, ke bawah kakinya.
[H.R. Al Bukhari dan Muslim].

5. Bercekak pinggang

Dari Abu Hurairah r.a. ,katanya: Rasulullah s.a.w. menegah seseorang


mengerjakan solat dengan menumpangkan rusuknya (bercekak
pinggang) [H.R. Al Bukhari dan Muslim].

6. Menguap

Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda: Menguap itu dari


syaitan, maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia tutup
mulutnya seberapa dia sanggup di dalam solatnya.
[H.R. Muslim dan At-Tirmidzi].

38
Larangan Dalam Solat (Mari Berkongsi siri 2)

7. Membunyikan ruas tangan

Dari Ali ra., Nabi s.a.w. bersabda: Janganlah engkau membunyikan


ruas tangan semasa engkau sedang bersolat. [H.R. Ibnu Majah]

8. Menahan air besar atau kecil

Kata Aisyah ra: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: tidak ada
solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang
dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil. [H.R.
Muslim].

Dari Abdullah ibn Al Arjam, Nabi s.a.w. bersabda: Apabila telah


didirikan solat, maka jika pada ketika itu seseorang perlu buang air,
hendaklah dia pergi buang air sebelum bersolat. [H.R. Al
Bukhari,Muslim dan lain-lain.].

9. Menahan keinginan makan sesudah makanan tersedia

Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda: Apabila telah disajikan makan


malam, maka makanlah dahulu, sebelum melaksanakan solat
Maghrib. [H.R. Al Bukhari dan Muslim].

10. Melihat kepada yang membimbangkan

Dari Aisyah ra., Nabi s.a.w. bersolat kepada kain yang diperbuat dari
sutera bercorak, maka berkatalah baginda: Corak-corak kain ini
membimbangkan hatiku. Bawalah kain ini pada Abu Jaham, dan
berikanlah padaku kain tebal tak bercorak. [H.R. Al Bukhari].

11. Memberi isyarat dengan tangan di waktu salam

Dari Jabir ibn samurah ra., katanya: Adalah kami bersolat dan
mengetahui ada orang-orang yang berisyarat dengan tangan mereka
di waktu membaca salam di belakang Rasulullah s.a.w.

Maka besrabdalah baginda: Mengapa mereka membaca salam


dengan mengangkat tangan (dalam solat)seakan-akan tangan-tangan
itu ekor-ekor kuda yang sedang lari. Apakah tidak cukup mereka

39
meletakkan tangannya di atas paha? Sesudah itu mengucapkan:
assalamualaikum, assalamualaikum. [H.R. An-Nasa'i].
Larangan Dalam Solat (Mari Berkongsi siri 2)

12. Menutup mulut dan menurunkan kain sehingga mengenai


lantai

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menegah kami


menurunkan kain dalam solat dan menegah orang yang sedang solat
menutup mulutnya. [H.R. Abu Daud dan Al Hakim].

13. Bersolat semasa mengantuk

Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda: Apabila seseorang kamu mersa


mengantuk, maka hendaklah dia tidur hingga hilang mengantuknya
kerana apabila dia bersolat sedang dalam keadaan mengantuk,
mungkin dia mahu memohon ampun tetapi dengan tidak sedar
memaki dirinya. [H.R. Jamaah].

14. Khaskan tempat yang tertentu oleh seseorang untuk solat


kecuali
imam

Dari Abdurrahman ibn Syibil,katanya; Rasulullah s.a.w. menegah


cotokan burung gagak, deruman binatang buas dan menegah kita
khaskan suatu tempat tertentu di dalam masjid (untuk solat),
sebagaimana halnya unta. [H.R. Ahmad, Al Hakim dan Ibnu Hibban].

15. Berbicara dengan sengaja yang tidak berkaitan dengan


solat.

Zaid ibn arqam ra berkata: Adalah kami (sahabat) berbicara dalam


solat. Masing-masing kami berbicara dengan teman yang berdiri di
samping dalam solat. Hingga turun ayat: wa qumu lillahi qanitin, (dan
berdirilah kamu kerana Allah dengan khusyuk). Maka kami pun
diperintahkan berdiam dan dilarang berbicara. [H.R. Al Jamaah].

Ibnu Masud berkata: Adalah kami (sahabat) memberi salam kepada


Nabi s.a.w. semasa baginda solat, lalu baginda menjawabnya. Setelah
kami kembali dari An najjasyi, kami memberi salam juga kepadanya,
maka baginda tidak menjawab kami lagi. Kerana itu, kami berkata:
Kami dahulu memberi salam kepada tuan dalam solat lalu tuan

40
menjawabnya. Maka, Nabi pun menjawab: Di dalam solat kita
mempunyai tugas-tugas tertentu. [H.R. Al Bukhari dan Muslim].

Larangan Dalam Solat, Mendahulukan Sifat Maaf (Mari Berkongsi siri 2)

Muawiyah ibn Al Hakam ra. berkata: Semasa saya sedang bersolat


berserta Rasulullah s.a.w. tiba-tiba seorang lelaki dari jamaah bersin,
maka aku pun mengucapkan: yarhamukallah, kerana itu para jamaah
mendelikkan matanya kepadaku. Aku berkata: Aduhai nasibku,
mengapa kamu melihat kepadaku? Mereka memukul paha mereka
dengan tangan-tangan mereka. Maka aku berasa mereka menyuruh
aku berdiam, aku pun ingin bertanya, tetapi tidak jadi dan aku pun
berdiam diri. Setelah Rasullullah s.a.w selesai solat, maka demi ayahku
dan ibuku, aku belum pernah melihat seorang guru sebelumnya dan
sesudahnya yang lebih baik mengajar daripada baginda. Demi Allah
swt., baginda tidak mengherdik aku dan tidak pula membentak. Beliau
berkata: solat ini tidak patut ada pembicaraan manusia. Ucapan-
ucapan di dalamnya hanyalah tasbih, takbir dan membaca Al-Quran.
[H.R. Ahmad,Muslim dan An-Nasa'i].

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Zohor


atau Asar bersama-sama kami, lalu baginda bersalam. Maka
Dzulyadain berkata kepada Nabi: Apakah solat sudah dipendekkan
atau tuan lupa, ya Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak di qasar dan
saya tidak lupa. Menjawab Dzulyadain: Tuan telah lupa, ya Rasulullah.
Maka Nabi bertanya: Apakah benar apa yang dikatakan Dzulyadain?
Para sahabat menjawab: Benar. Kemudian, nabi bersolat dua rakaat
lagi dan Nabi bersujud dua kali. [H.R. Al Bukhari dan Muslim].

********************

Mendahulukan Sifat Maaf Dan Sabar Di Atas


Kekhilafan Dan Ketidaktahuan

Dalam meniti dan mengharungi sebuah jalan kebenaran, tidak hairan


jika kita menghadapi begitu banyak kritikan dan hinaan. Tidak kering
juga cacian dan celaan. Malah mungkin sehingga dipinggirkan dan

41
dikatakan sebagai pelik lagi aneh. .

Mendahulukan Sifat Maaf Dan Sabar (Mari Berkongsi siri 2)

Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan


orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah az-Zumar, 39: 9).

Walaupun demikian keadaannya, kita sewajarnya terus bermuhasabah


diri dengan melazimi sifat sabar dan beristiqomah dengan kebenaran
di atas prinsip ilmu. Lebih wajar lagi, jika kita imbas dan melihat
kembali
uswah (contoh) dari Rasulullah SAW sendiri ketika bagaimana beliau
menghadapi kepelbagaian bentuk penolakan demi penolakan dalam
dakwahnya. Pelbagai bentuk penolakan yang dilakukan dengan
bersertakan tindakan-tindakan yang amat kasar dan berat untuk
ditanggung. .

Ketika mana di dalam awal fasa penyampaian beliau, hari-hari demi


hari silih berganti, beliau tetap melazimi segala hal yang dihadapi
dengan tenang, kebaikan, memohon keselamatan bagi dirinya dan
manusia lainnya. Tidak terdetik sedikit pun di dalam lubuk hati dan
perasaannya berniat memuaskan emosi sendiri dengan menyimpan
perasaan dendam terhadap mereka yang bersikap membara
menentang beliau.

Baginda SAW antaranya diutuskan untuk memilih jalan damai, memaaf


kan kesalahan golongan yang masih jahil, dan mengajak mereka
dengan hikmah kembali kepada jalan yang benar. Ini antara lain adalah
bertujuan supaya kelak nantinya akan lahir insan-insan yang menuruti
beliau atas dasar yang penuh ikhlas dan tulus hatinya berserah diri di
atas jalan kebenaran. Ia juga bakal menjadikan mereka yang gemar
bersikap keras menjadi lembut hati dan lentur jiwanya dengan
kebenaran yang dibawa. Kebenaran yang dibawa dengan personaliti
akhlak yang baik bersesuaian di atas tempatnya lebih mudah diterima
berbanding dengan sikap keras yang dihamburkan membabi buta.

42
Realitinya, apa jua yang dibawa bersama pakej lemah lembut dan
akhlak pekerti yang baik ianya akan menjadi lebih mesra serta mudah
dihadam oleh golongan sasaran. .

Allah SWT berfirman (maksudnya): Jadilah engkau pemaaf dan


suruhlah orang mengerjakan yang maruf, serta berpalinglah
daripada
Mendahulukan Sifat Maaf dan Sabar (Mari Berkongsi siri 2)

orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa suatu bentuk godaan
dari syaitan maka berlindunglah kepada Allah (al-Araaf, 7: 199-200).
.

Ketika Allah Azza wa Jalla menurunkan pada Nabi-Nya SAW ayat


tersebut, maka Rasulullah SAW bertanya, Apakah ini wahai Jibrail?
Ia menyatakan, Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu
supaya memaafkan orang-orang yang berbuat zalim kepadamu,
memberi kepada orang yang tidak mem berimu, dan menyambung
orang-orang yang memutuskan per hubungan denganmu. (Shahih
Tafsir Ibnu Katsir, Cet. Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), 3/768).

Dan hendaklah kita sentiasa memohon perlindungan dari Allah


Subhanahu wa Taala dari Segala bentuk gangguan Syaitan yang
memungkinkan akan menyemarakkan / membangkitkan sifat marah di
dalam hati kita kepada golongan yang masih jahil dan tidak
memahami tersebut.

Allah SWT berfirman (maksudnya): Tolaklah perbuatan buruk mereka


dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka
sifatkan. Dan katakanlah: Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau
dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau
ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku . (Surah al-
Mukminuun, 23: 96-98) .

Menzahirkan sifat pemaaf bukanlah suatu yang menunjukkan


kehinaan dan ketidak-mampuan atau pun cepat mengalah. Malahan,
jika kita mampu mengamati dengan baik, ia adalah sebenarnya
menunjukkan ketabahan hati, kebesaran jiwa, kekuatan mental serta
perasaan kita dalam melawan sikap cepat marah dan mengelakkan

43
dari timbulnya susana yang tegang. Dalam konteks yang lain, ia
mampu menumbuhkan dan memupuk sikap tenang, tenteram,
kemuliaan, dan juga kegagahan jiwa dalam menghadapi tekanan dan
cabaran. Malah, sifat maaf juga mampu mengawal diri dari memiliki
sifat dendam dan benci. Sekaligus, ia mampu melahirkan sikap lemah
lembut dan mudah mesra. .

Mendahulukan Sifat Maaf dan Sabar (Mari Berkongsi siri 2)

Rasulullah SAW bersabda; Dan tidaklah Allah menambah seorang


hamba dengan kemudahan untuk memaafkan kecuali Allah akan
memberinya izzah (kemuliaan). (Hadis Riwayat Muslim).
.

Di dalam suatu riwayat, disebutkan betapa sifat pemaaf Rasulullah


SAW yang sangat menakjubkan terserlah ketika mana beliau
menghadapi hari yang lebih mencabar daripada peperangan Uhud iaitu
ketika peristiwa beliau dihina dan dicemuh di Thaif tatkala mahu
menyampaikan dakwahnya. Penduduk Thaif pada masa itu bukan
sahaja menolak dakwahnya malahan sampai membalingnya dengan
batu dan objek-objek tertentu yang menjadikan beliau berlumuran
darah. Sehinggakan kasutnya turut dipenuhi darah. Kita selaku insan
biasa, sudah tentu mampu membayangkan betapa beratnya ujian
yang beliau terima pada ketika itu. .

Pada saat itu juga, malaikat yang bertugas menjaga gunung telah
bersiap sedia menanti-kan perintah dari Rasulullah SAW. Malaikat
tersebut memanggil dan mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan
berkata, Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar
penolakan kaummu. Dan aku penjaga gunung mendapat titah untuk
menerima perintahmu bersesuaian dengan kehendakmu. Jika engkau
mahu, maka aku akan hempapkan dua gunung ini ke atas mereka.
.

Apabila mendengarkan seruan malaikat tersebut, Nabi SAW justeru


menidakkan (menolak tawaran tersebut) dan berkata: Sesungguhnya
aku berharap agar Allah akan mengeluarkan dari sulbi-sulbi mereka
keturunan yang beribadah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan

44
tanpa menyengutukan- Nya dengan sesuatu apa pun. (H.R Muslim).
.

Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan akhlak dan kesabaran yang


beliau Shallallahu alaihi wa Sallam tunjukkan kepada kita. Walaupun
beliau mendapat tekanan, tentangan dan hinaan yang begitu berat,
ternyata akhlak dan peribadi beliau yang mulia dengan membuka
pintu maaf lebih mendahului yang lain. .

Mendahulukan Sifat Maaf dan Sabar, Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi
siri 2)

Kita sebagai insan yang mengaku mengikuti beliau sebagai ikutan dan
contoh terbaik, sewajarnya tidak melupakan akhlak dan kesabaran
beliau yang begitu tinggi tersebut. Dan bagi diri kitalah selaku umat
yang
beriman yang memahaminya dengan baik, perlu berlumba-lumba
untuk mencontohi peribadi beliau agar sentiasa melazimi sifat sabar
dan pemaaf. Dengan mengikutinya, di sanalah rahmat Allah bakal
menyusuli kita.

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu)


dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan
antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang
sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan
kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan
kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. Dan
jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah
perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fushilat, 41: 34-36).

********************

Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Quran Kepada Si Mati


Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi'e

Pendapat:

45
1 - Amalan mensedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada si
mati adalah tidak tsabit dari sunnah Nabi SAW.

2 - Pahala bacaan al-Quran yang disedekahkan kepada orang yang


telah mati adalah tidak sampai. .

Penjelasan:

Firman Allah SWT Taala: Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak


akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia
tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya . (S.an-Najm,
53: 38-39).
Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi
penerangan. Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada
orang-orang yang hidup . (Surah Yaasiin, 36: 69-70).

Setiap diri bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya .


(Surah al-Muddatsir, 74: 38).

Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan


mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya .
(Surah al-Baqarah, 2: 286). .

Berkenaan ayat 38-39 surah an-Najm, di antaranya al-Hafiz Ibnu Katsir


rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:
Firman Allah (maksudnya: Dan sesungguhnya seseorang manusia itu
tidak mendapat (pahala) selain daripada apa yang telah mereka
usahakannya) .

Di sini bermaksud: Iaitu sebagaimana seseorang itu tidak akan


memikul dosa orang lain, maka begitu jugalah bahawa seseorang itu
tidak akan mendapat ganjaran (pahala) melainkan dari apa yang telah
dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini, Imam
asy-Syafie bersama para ulama yang mengikutinya telah
mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Quran tidak akan sampai

46
hasil sedekah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan
tersebut bukan dari amal dan usaha dia sendiri. Atas sebab itulah
Rasulullah SAW tidak pernah mensyari'atkan kepada umatnya (supaya
menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang mati) dan
tidak juga pernah menyukai atau memberikan petunjuk kepada mereka
sama ada dengan nash (dalil yang jelas/terang) dan tidak juga dengan
isyarat serta tidak dinukilkan dari walau seorang pun sahabat (bahawa
mereka pernah mengirimkan pahala bacaan al-Quran kepada orang
yang telah mati). Jika sekiranya amalan tersebut baik, sudah tentu
para sahabat telah mendahului kita di dalam mengamalkannya. Dan di
dalam permasalahan ibadah, ianya hanya terbatas (terhenti)
berdasarkan dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas -
qiyas (analogi) atau
Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

pendapat-pendapat (pemikiran) tertentu. .

(Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Quranil Azhim, 7/465. Juga


sebagai mana yang dinukilkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul
Jana'iz, 1/174.)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan berkenaan perkataan Ibnu


Katsir di atas (katanya):
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Katsir dari asy-Syafi'e rahimahullah
tersebut adalah merupakan pendapat majoriti ulama dan sekelompok
pengikut mazhab Hanafi, sebagaimana yang dinukilkan oleh az-
Zubaidi di dalam Kitab Syarah al-Ahyaa', 9/369. (Lihat: Syaikh al-
Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/174). .

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:


Ada pun berkenaan bacaan al-Quran maka yang masyhur di
kalangan mazhab asy-Syafi'e bahawa tidak sampai pahala bacaan
yang dikirim kepada orang yang telah mati dan sebahagian sahabat
berpendapat sampai pahala bacaan kepada si-Mati.

Kemudian beliau menjelaskan lagi:


Dan semua mazhab-mazhab tersebut (yang memboleh kan
menghadiah-kan pahala kepada orang mati - Penulis) adalah jelas
lemahnya, dan dalil yang mereka gunakan untuk membolehkan

47
(amalan sedekah pahala kepada si mati) hanyalah qias yang diqiaskan
dengan doa, sedekah dan haji. Maka sesungguhnya ianya tidak sampai
secara ijmak (kesepakatan ulama). Dan dalil asy-Syafie serta mereka
yang mengikutinya adalah (ayat al-Quran): (Sesungguhnya tidaklah
ada yang diperolehi oleh setiap manusia, kecuali apa yang telah
diusahakan). Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara (iaitu): 1 - Sedekah jariah, 2 - ilmu yang bermanfaat
dan 3 - anak yang soleh yang mendoakannya .
.

(Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ala Muslim, 1/90).

Imam Ibnu Hajar al-Haitsami rahimahullah berkata:


Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran ke atasnya sebagaimana
keterangan yang ditetapkan oleh orang - orang terdahulu,
bahawa
Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran


pahala bacaan hanya untuk si Pembaca . Pahala amalan pula tidak
boleh dipindah-pindahkan dari si pembuat berdasarkan firman Allah
Taala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan
yang mereka telah usahakannya sendiri. .

(Lihat: Ibnu Hajar al-Haitsami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, 2/26).

Kemudiannya, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah turut


menjelas kan:
Bukan merupakan kebiasaan para ulama salaf (ulama generasi
awal/para sahabat), iaitu jika mereka mengerjakan puasa, solat, atau
haji tathawwu', atau membaca al-Qur'an, pahalanya dihadiahkan
(disedekahkan) kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia.
Kerana itu, tidak sewajarnya untuk menyimpang dari jalan ulama Salaf
kerana mereka lebih baik dan sempurna.
(Dinukil dari: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/174).
.

Selain pendapat tersebut, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah juga memiliki


pendapat lain yang berlawanan dengan pendapatnya yang disebutkan
di atas dan malah berlawanan dengan pegangan para salaf. Beliau

48
menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia itu dapat mengambil
manfaat dari semua ibadah yang dilakukan oleh orang lain yang masih
hidup. Namun, pendapat beliau ini hanya semata-mata berpandukan
kepada qiyas (analogi) dan tidak berpijak dengan dalil yang jelas.

Pendapat beliau telah pun dikritik (diberi bantahan) secara ilmiyah oleh
Syaikh Muhammad Rasyid Ridha di dalam Kitabnya, Tafsir al-Manar
(8/254-270). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/174). .

Dan perlu kita fahami bahawa, setiap pendapat dan perkataan


manusia itu boleh diterima atau pun ditolak dengan dinilai
berpandukan kepada
dalil - dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Kecuali perkataan manusia
ber gelar Rasulullah saw, maka hendaklah kita menerimanya.
.

Imam Abu Hanifah rahimahullah berpesan:

Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

Tidak halal bagi seseorang untuk mengikuti perkataan kami sekiranya


dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya. (Lihat:
Syaikh Soleh al-Munajjid, Fatawa Islam Su'al wa Jawab, 1/3. Syaikh al-
Albani, Sifat Solat Nabi, 1/46). .

Imam Malik B. Anas rahimahullah:


Aku hanyalah seorang manusia, adakalanya salah dan adakalanya
benar. Oleh sebab itu, perhatikanlah pendapatku. Apabila ianya
bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka ambillah, dan
apabila ianya tidak bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah,
tinggalkanlah ia. (Lihat: Ibnu 'Abdil Barr, al-Jami', 2/32. Dinukil dari:
al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/48).
.

Imam asy-Syafi'e rahimahullah:

49
Apabila kamu menemui sesuatu di dalam kitabku yang berlainan
dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah saw itu dan
tinggalkanlah pendapatku itu. (Lihat: Imam an-Nawawi, al-Majmu'
Syarah al-Muhazzab, 1/63). .

Apa Yang Bermanfaat Untuk Orang Yang Telah Meninggal


Dunia?

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abi Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila manusia itu
telah meninggal dunia, maka terputuslah amalan-amalannya
melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 Anak yang soleh yang
mendoakannya, 2 Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya,
atau 3 Ilmunya yang dimanfaatkan. (Hadis Riwayat Muslim,
Shohih Muslim, Kitab al-Wasiyah, 8/405, no. 3084. at-Tirmidzi, Sunan
at-Tirmidzi, Kitab al-Ahkam, 5/243, no.
1297).

Si mati juga mendapat ganjaran (pahala) dari hasil amal soleh yang
dikerjakan oleh anak-anaknya. Ini adalah disebabkan kerana anak-anak
itu termasuk ke dalam kategori usaha dan hasil kerja si mati (kedua ibu
bapa). .

Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:


Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala)


melainkan dari apa yang telah diusahakannya.(Surah an-Najm, 53:
39). .

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan


oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi (terhasil) dari
usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil
usahanya. (Hadis dari 'Aisyah. Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad
Tahqiq Syaikh Shu'aib al-Arnauth, 40/34, no. 24032. Beliau
menjelaskan, hadis ini hasan lighairihi. Diriwayatkan juga oleh al-
Hakim, al-Mustadrak, 2/53, no. 2295 dengan dinyatakan oleh adz-
Dzahabi sebagai sahih. Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana'iz
menjelaskan bahawa hadis ini tidak mencapai darjat sahih. Namun

50
hadis ini memiliki penguat. Rujuk: Ahkamul Jana'iz, 1/171).

Selain itu, ia turut diperkuatkan dengan beberapa hadis yang lain yang
sahih.

Maka, apa sahaja amal-amal kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak


si mati, maka si mati akan beroleh manfaat (ganjaran pahala) dari
perbuatan anak-anaknya tersebut. .

Amalan Agama/Ibadah Tidak Boleh Direka-reka

Hadis Nabi: Jauhilah olehmu perkara-perkara baru yang diada-adakan


(dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bid'ah (perkara yang baru
yang diada-adakan di dalam agama) adalah sesat. (Hadis Riwayat
Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, 1/49, no. 42. Disahihkan oleh al-
Albani,
Shohih Sunan Ibni Majah, 1/13, no. 42. Hadis Nabi dari 'Irbadh B.
Sariyah).

Perlu kita fahami bahawa setiap bentuk amal ibadah yang hendak
dilaksanakan (ditegakkan), hendaklah terlebih dahulu memiliki rujukan
dan sandarannya dari dalil-dalil yang sahih lagi jelas. Jika sesuatu yang
dianggap ibadah itu tidak memiliki sandarannya dari dalil yang jelas,
maka ia boleh dipertikaikan dari menjadi sebahagian dari juzuk agama
(ibadah). Malah, ia mungkin menjadi atau menjurus kepada bid'ah,
iaitu

Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

suatu bentuk amalan yang dilaksanakan bagi tujuan meraih keredhaan


Allah, namun ia tidak bertunjangkan kepada dalil yang jelas.

Disunnahkan Mendoakan Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya bersandarkan firman


Allah SWT: Dan orang-orang yang datang setelah mereka itu akan
berkata (berdoa): Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-

51
saudara kami yang telah beriman (terlebih dahulu) sebelum kami.(S.
al-Hasyr, 59: 10).

Wahai Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu


bapaku dan seluruh orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab.
(Surah Ibrahim, 14: 41).

Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang


beriman. (Surah Muhammad, 47: 19).
.

Hadis Nabi: Doa seorang Muslim untuk saudaranya dari kejauhan


akan dikabulkan. Di atas kepalanya terdapat malaikat yang
bertanggung jawab. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk
saudaranya, maka malaikat yang bertugas akan mengucapkan: Ameen
dan bagimu yang seumapamnya. (Hadis Riwayat Imam Muslim,
Shohih Muslim, 13/271, Kitab Zikir dan Doa, no. 4914. Dari hadis Abu
Darda' rahiyallahu 'anhu).

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:


Sesungguhnya, Solat jenazah itu menjadi bukti akan perkara tersebut
(mendoakan si mati) di mana sebahagian besar darinya adalah doa
untuk jenazah sekaligus permohonan ampun baginya.
(Lihat: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/169). .

Dibolehkah Bagi Wali Untuk Membayar Hutang Puasa Si Mati

Dari 'Aisyah ra, bahawasnaya Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang


meninggal dunia namun dia masih memiliki hutang puasa, maka
walinya yang akan membayarnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih
al-Bukhari, 7/51, Kitab ash-Shaum (Puasa), no. 1816).
Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran (Mari Berkongsi siri 2)

Puasa yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah merujuk


kepada puasa nadzar yang tidak sempat ditunaikan. Ada pun puasa-
puasa yang selainnya, maka ia tidak perlu diganti (dibayarkan).

Dari Ibnu 'Abbas ra (beliau berkata): Bahawasanya Sa'ad B. 'Ubadah ra


pernah meminta pandangan (penjelasan) Rasulullah saw:

52
Sesungguh nya ibuku telah meninggal dunia namun beliau masih
memiliki hutang puasa nadzar? Maka beliau SAW bersabda: Bayarlah
untuknya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/306, Kitab
al-Washoya, no. 2555). .

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:


Hadis-hadis tersebut secara jelas menunjukkan disyari'atkan pem-
bayaran hutang puasa nadzar oleh wali bagi orang yang meninggal
dunia. Hanya saja, hadis yang pertama dengan kemutlakkannya
menunjukkan lebih dari itu, iaitu seolah-olah merujuk kepada puasa
wajib yang lainnya yang menjadi hutang bagi si mati. Pendapat seperti
ini di kemukakan oleh mazhab asy-Syafi'i, mazhab Ibnu Hazm, dan
yang selainnya.

Dalam pada itu, para pengikut mazhab Hanbali pula lebih cenderung
kepada pendapat yang pertama, bahkan ia menjadi nash Imam
Ahmad, sebagaimana di dalam al-Masaa'il-nya. Abu Daud berkata:
Tidak ada kewajiban membayar hutang puasa bagi seorang jenazah
melainkan puasa nadzar. .

Para pengikutnya menyatakan bahawa hadis tersebut merujuk kepada


puasa nadzar, dengan dalil apa yang diriwayatkan oleh 'amrah bahawa
ibunya telah meninggal dunia sedang dia masih berhutang puasa
Ramadhan. Kemudian, dia bertanya kepada 'Aisyah: "Adakah aku perlu
membayarnya?" 'Aisyah menjawab: "Tidak, tetapi bersedekahlah
untuknya sebagai ganti puasa setiap harinya dengan setengah sha'
bagi seorang orang miskin. (Lihat: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/170).

Beliau menjelaskannya lagi:


Dan yang terakhir adalah perkataan Ibnu 'Abbas dan para sahabatnya
dan itulah yang sahih kerana kewajiban puasa itu berlaku seperti solat.
Menghadiakan Pahala Bacaan Al Quran, Petunjuk Wahyu (Mari Berkongsi siri 2)

Maksudnya, sebagaimana seseorang tidak boleh mengerjakan solat


untuk orang lain, maka demkianlah juga dengan puasa wajib. Ada pun
puasa nadzar, maka ia wajib dipenuhi kerana dalam soal penangguhan
itu sendiri ia berkedudukan sama seperti hutang sehingga dibolehkan
pembarayan qadha' puasa nadzar oleh wali si mati, sebagaimana dia

53
wajib juga melubaskan hutang-hutangnya. (Lihat: al-Albani, Ahkamul
Jana'iz, 1/171). .

Kesimpulannya:

Maka, dengan ini jelaslah bahawa amalan mensedekahkah (atau


menghadiahkan) pahala bacaan al-Qur'an bukanlah dari bentuk-bentuk
amalan yang diamalkan oleh para sahabat (serta para salaf) dan juga
tidak memiliki petunjuk dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. .

Perlu lebih ditekankan bahawa apa yang telah mendarah daging di


dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berleluasanya bentuk-
bentuk amalan(atau ritual-ritual tertentu) bertujuan mengirim (atau
mensedekahkan) pahala bacaan - bacaan al - Qur'an kepada orang-
orang yang telah mati sebenarnya langsung tidak berpijak kepada
sumber agama yang benar. Contoh amalan-amalan tersebut adalah
seperti amalan bertahlilan, beryasinan, dan membacakan al-Fatihah
untuk sesiapa sahaja dari umat Islam yang meninggal dunia.

Wallahu a'lam...

********************

Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang Menghadapi


Musibah

Hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, dan
mungkin bila-bila masa sahaja, pasti ada sahaja sesuatu yang datang
kepada kita, kepada keluarga kita, kepada sahabat-sahabat kita mahu
pun sesiapa sahaja dari insan yang kita kenali atau pun tidak. Yang
berada berdekatan mahupun yang jauh jaraknya dari lokasi kita
berada. Suatu perkara yang datang dalam bentuk yang
adakalanya tidak
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

kita sangka-sangka. Sama ada dalam bentuk peristiwa, harta atau


kemewahan, kesakitan, kegembiraan, dan mungkin juga termasuklah

54
perubahan fenomena alam. .

Hakikat dan realitinya, dalam kehidupan kita sebagai manusia yang


merupakan hamba Allah, iaitu hamba kepada Tuhan yang Maha
Pencipta dan yang Mengatur sekalian Alam, kita pasti tidak akan lepas
dari menerima atau mengalami pelbagai jenis cubaan, ujian, dan
mungkin juga fitnah mahu pun musibah. .

Malahan, ujian dan pelbagai jenis cubaan itu sendiri adalah merupakan
sunnatullah. Yang mana Allah sendiri telah menyatakan bahawa Dia
akan menguji kita dengan sesuatu hal yang sama ada disenangi mahu
pun yang sebaliknya iaitu dari hal yang dibenci. .

Allah swt berfirman (maksudnya): Setiap yang berjiwa akan


merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami-lah kamu kembali.
(Surah Al-Ambiya, 21:35)

Dalam ayat yang lain, Allah swt menyatakan: Dan Kami bahagikan
mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada
orang-orang yang sholeh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji
mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk,
agar mereka kembali (kepada kebenaran). (Surah al-Araaf, 7: 168).
.

Al-Imam Ibnu Katsir menyatakan berkenaan ayat ini antaranya


bahawa Allah akan menguji dengan kelapangan hidup dan kesusahan,
dengan kesenangan dan ketakutan, dengan keselamatan dan bencana,
iaitu supaya mereka kembali kepada kebenaran. (Rujuk Shahih Tafsir
Ibnu Katsir, jil. 3, m/s. 714-715). .

Perkara ini memang tidak dapat dinafikan, (sebagai contoh) yang mana
tentu sekali kita pernah mendengar suatu khabar yang
menggemparkan dunia dengan fenomena gelombang Tsunami yang
melanda sekaligus meranapkan hampir keseluruhan wilayah Acheh
sekitar beberapa tahun
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

55
yang lalu. Ada dari kalangan mereka yang meninggal dunia, ada yang
cedera, ada yang terselamat, ada yang menjadi sebatang kara
kehilangan ahli keluarga, kehilangan harta dan pelbagai lagi yang
datang dalam masa yang sama kepada individu yang berbeza-beza.

Baru-baru ini juga suatu fenomena yang hampir serupa terjadi di


Myanmar. Iaitu melalui bencana Taufan Nargis yang tidak kurang
hebatnya melanda beberapa bahagian negara itu. Dengannya
dikhabarkan sebagai jutaan penduduk menjadi mangsa dalam tragedi
tersebut. Tidaklah juga ia sekadar berkisar kepada dua contoh ini
sahaja, malahan sebelum itu kita pernah digemparkan dengan Ribut
Grik di Sabah, runtuhnya bangunan Highland Tower di Ibu Negara, dan
juga gempa bumi di negara-negara luar yang tidak kurang banyaknya
berlaku setiap tahun. .

Mungkin ada sebahagian pihak yang menyatakan bahawa fenomena


itu adalah merupakan sebahagian dari azab Allah yang melanda kaum
yang tidak beriman dan suka melakukan maksiat. Maka, dengan itu ia
diturunkan sebagai pengajaran buat mereka. Wallahu alam,
pendapat
seperti itu sebenarnya sama sekali kurang tepat dan memerlukan
penelitian dari pelbagai sudut yang lain. Apakah kita mahu menjadi
jurucakap Tuhan?. .

Sebenarnya tragedi dan ujian seperti itu boleh juga turun kepada kaum
yang beriman dan mungkin sesiapa sahaja. Sebagai golongan yang
beriman dengan petunjuk yang benar, pertama-tamanya kita perlu
meyakini bahawa itu semua terjadi adalah dengan izin Allah swt
sebagaimana firman-Nya (maksudnya): .

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali


dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah
nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu. (Surah at-Taghabun, 64: 11). .

Kembali kepada ayat yang saya bawakan di atas, ujian dan bencana
tidak semestinya datang dalam bentuk tragedi seperti ombak Tsunami

56
dan Taufan, tetapi juga ia mungkin datang dalam bentuk yang
kita
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

sendiri tidak menyedarinya sama ada dalam bentuk kesenangan atau


kepayahan.

Ia juga mungkin datang bukan sahaja menguji orang-orang yang


menerima ujian tersebut, tetapi juga menguji golongan yang melihat
dan mengetahui datangnya musibah tersebut walaupun ia ditimpakan
kepada golongan yang lain. Sekaligus, memperlihatkan, apakah reaksi
bagi kelompok yang melihat musibah tersebut. Bagaimanakah sikap
mereka dalam menanggapi insan-insan yang mengalami musibah,
adakah mereka menghulurkan bantuan, bersyukur kerana dilindungi
Allah, dijadikan sebagai iktibar, ataukah mungkin mereka memandang
sinis, mencela dengan perkataan yang tidak sewajarnya, atau mungkin
mereka langsung tidak memiliki sebarang respon dalam hati-hati
mereka. Ini sebagaimana Allah subhanahu wa Taala berfirman
(maksudnya):,
Dia-lah yang telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu; Siapakah di antara kamu yang lebih baik
amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk, 67: 2).

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak
terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali
orang-orang yang rugi. (Surah al-Araaf, 7: 99)
.

Dalam persoalan tersebut, mungkin kita terlupa, bahawa


sesungguhnya Allah tidaklah menetapkan sesuatu itu berlaku
melainkan dengan sebab dan hikmah yang tertentu. Bagi mereka yang
mahu berfikir, pasti akan mendapati setiap kejadian sama ada baik
atau buruk, ia tetap mengandungi hikmah dan rahmat bagi kita selaku
hamba Allah.

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan: .

Andaikata kita berupaya menggali hikmah Allah yang terkandung

57
dalam ciptaan dan urusan-Nya, sesungguhnya tidak kurang dari ribuan
hikmah. Namun, akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu
sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan
ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar
matahari. Dan hal tersebut sebenarnya hanyalah sekadar perkiraan
dan
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

sebuah gambaran. (Syifaaul Aliil fii Masaailil Qadhaa wal Qadar wa


Hikmah wa at-Taliil, hal. 452, cet. Daaru Zamzam. Dinukil dari buku
Wirid & Doa, oleh Yazid Abdul Qadir Jawas, terbitan Pustaka Imam asy-
Syafii, m/s. 239). .

Jika kita sentiasa menjadi manusia yang mahu berfikir, mengkaji, serta
sentiasa memuhasabah diri kembali kepada petunjuk al-Quran dan as-
Sunnah, insyaAllah kita akan menemukan pelbagai jawapan tentang
setiap persoalan yang melanda. Pelbagai ujian, cubaan, cabaran,
penderitaan, tragedi, penyakit, kesusahan, khabar sedih mahupun
gembira, manfaat atau pun hikmah, sesungguhnya semua itu telah
dinyatakan oleh Allah subhanahu wa Taala dan Rasul-Nya sendiri
sebagai memiliki sebab-sebab dan tujuan yang tertentu. .

Hati Yang Sabar Dan Sentiasa Bersyukur

Sebagai umat Islam yang beriman, pertamanya, kita amat dituntut


untuk bersabar dalam apa jua perkara yang berlaku dan terjadi
terhadap diri
kita. Dalam hal ini, Allah swt berfirman (maksudnya): Dan sungguh
akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang
yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi
wa innaa ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan
kepada-Nya lah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan
mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah al-Baqarah, 2: 155-157).

58
Dalam suatu hadis menyatakan bahawa orang-orang yang beriman itu
sikapnya sentiasa bersyukur apabila berlaku sesuatu yang yang
menggembirakannya, manakala sebalik-nya, dia juga sentiasa
bersabar bila mana terjadi perkara yang mengakibatkan kesusahan
kepadanya.

Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Sungguh menakjubkan dalam


.

urusan orang orang yang beriman, sesungguhnya semua


urusannya
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi mereka
yang beriman. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur
dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan,
maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya. (H.R Muslim,
no. 2999). .

Malah, Allah sendiri memberi motivasi bagi mereka yang bersabar iaitu
dengan menjanjikan berita yang menggembirakan kepada mereka
dalam setiap ujian yang diterimanya, .

Dan berikanlah berita gembira kepada orang orang yang


sabar...

Pelbagai Ujian Sebagai Bukti Kasih Sayang Allah Kepada


Hambanya

Dalam beberapa keadaan, ada sebahagian pihak yang memiliki sifat


suka dan cepat menghukum. Mereka menyatakan kepada pihak yang
lain yang ditimpa musibah dan ujian kesusahan sebagai kelompok
yang
dibenci oleh Allah malah dilaknat oleh Allah. .

Sewajarnya, kita perlulah berhati-hati dengan menilai perkara tersebut


dengan dalil yang betul. Ia sebenarnya belum tentu diturunkan sebagai
tanda Allah murka dan benci kepada pihak tersebut. .

59
Dalam hal ini, Rasulullah saw bersabda maksudnya: Sesungguhnya
besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala).
Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia
menurunkan ujian (bala). Maka sesiapa yang redha maka dia
mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia
mendapat kemurkaan (Allah). (Rujuk: Sahih Sunan at-Tirmidzi, Kitab
al-Zuhud, hadis no. 2396. Hasan menurut Syaikh al-Albani, no. 146, di
dalam Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah). .

Ujian Dan Musibah Menghapuskan Dosa Orang Yang Beriman

Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Tidaklah menimpa seseorang


yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan,
kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan
kesusahan yang
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosa


nya. (Hadis Riwayat Muslim, no. 2573).

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kesusahan, kepayahan,


kesakitan, dan juga kesedihan akan menjadi suatu medan penghapus
kepada dosa-dosa yang ada padanya. Apa yang tersebut adalah
menunjukkan betapa sifat Maha Kasih-sayang Allah swt terhadap
hamba-hambanya. .

Dari Abu Said al-Khudri ra dia berkata, Ada seorang lelaki bertanya
kepada Rasulullah saw, Beritahulah kepadaku tentang penyakit-
penyakit yang menimpa kami ini, apa yang kami perolehi darinya?
Rasulullah saw menjawab, Pengampunan dosa-dosa . Ubay bin
Kaab berkata, Sekalipun penyakit itu sedikit? Beliau bersabda
lagi, Sekalipun sebuah duri dan yang lebih kecil lagi. (H.R
Ahmad, 3/23)

Diberi Pahala, Dihapuskan Suatu Kesalahan, Dan Dinaikkan


Darjat

60
Bagi orang-orang yang beriman juga, dengan suatu ujian dan musibah
ia dijadikan Allah akan mendapat ganjaran pahala, dituliskan kebaikan
kepadanya, dihapuskan kesalahan, dan diangkat darjatnya. Ini adalah
sebagaimana yang dijelaskan melalui beberapa hadis, .

Tidaklah seorang hamba ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan,


Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun melainkan Allah akan
memberikan pahala dalam musibahnya itu, dan menggantikan dengan
yang lebih baik baginya. (Hadis Riwayat Muslim, 918). .

Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw bersabda (maksudnya);


Tidaklah seseorang muslim yang tertusuk duri atau yang lebih dari itu,
melainkan ditetap-kan baginya dengan sebab itu satu darjat dan
dihapuskan pula satu kesalahan darinya. (Hadis Riwayat Muslim, no.
2572). .

Begitulah Allah menyatakan bahawa akan mengangkat darjat


seseorang yang beriman itu melalui ujian dan musibah yang dia sendiri
berikan kepada hamba-hambanya. .

Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

Sebagai Ujian Keimanan

Selain itu, Allah swt menurunkan beberapa ujian dan cubaan yang
tertentu buat para hamba-hambanya dengan tujuan menguji keimanan
mereka. .

Hal ini dijelaskan oleh Allah swt di dalam firman-Nya: Patutkah


manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman , sedang mereka tidak diuji (dengan
sebarang cubaan)? Dan sesungguh-nya kami telah menguji orang-
orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-
orang yang dusta.
(Surah al-Ankabut, 29: 2-3). .

Ujian Sebagai Jalan Menuju Syurga

61
Tsabit di dalam suatu hadis sahih bahawa Syurga itu diperolehi
antaranya dengan jalan yang berliku dan perkara-perkara yang tidak
disenangi. Manakala neraka itu jalannya dipenuhi dengan pelbagai
macam kehendak dan keperluan yang memenuhi nafsu serta syahwat.

Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan Neraka
itu dikelilingi dengan pelbagai jenis nafsu syahwat.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6487). .

Selain itu, Allah swt juga menyatakan bahawa bagi orang-orang yang
sabar dalam menghadapi pelbagai kesusahan dan kepayahan dalam
kehidupannya adalah ganjaran Syurga. Allah memberi ganjaran Syurga
kepada hamba-hambanya yang sentiasa memiliki sifat redha, sabar
dan tabah dalam setiap ujian yang diberikan kepadanya.

Dalam satu hadis Qudsi, Allah swt berfirman (maksudnya): Tidaklah


ada suatu balasan dari sisi-Ku bagi hamba-Ku yang beriman, jika Aku
telah mencabut nyawa orang kesayangan-nya dari penduduk dunia
kemudian dia bersabar atas kehilangan orang kesayangannya itu
melainkan Syurga (sebagai balasan ed.). ( Hadis Riwayat al-
Bukhari,
Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

rujuk: Fathul Bari, 10/242).

Menerapkan Sifat Rendah Diri Dan Menghilangkan Sifat Lalai

Dengan suatu ujian dan cubaan yang tertentu, sebenarnya ia berupaya


membawa para insan agar lebih mudah untuk menempatkan dirinya
mendekati Allah. Dengan suatu kepayahan dan kesusahan, ia
sebenarnya lebih mudah membawa manusia agar sentiasa memiliki
sifat rasa kekurangan dan sentiasa memerlukan Allah. Hati akan lebih
mudah untuk luntur dan sayu dalam keadaan yang menguji.
Adakalanya,
sebahagian manusia sentiasa leka dan lalai dari mengingati Allah
apabila dia berada dalam keadaan yang menyenangkan, limpahan
kekayaan, dan kecukupan apa yang diperlukan. Lalu Allah
mendatangkan beberapa ujian tertentu bagi mengembalikan hati

62
mereka ini agar mengingati Allah dan menjadi rendah diri.

Allah swt berfirman: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus kepada


umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan
(menimpakan) kesengsaraan dan kesusahan, supaya mereka
memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. (Surah al-
Anam, 6: 42). .

Namun, di sana terdapat suatu atsar (kata-kata tabiut Tabiin) yang


menyatakan bahawa jika setelah Allah menimpakan ujian kepada
sebahagian kaum tertentu namun tidak juga mereka memiliki
kesedaran dan kembali tunduk kepada Allah, maka Allah akan
menurunkan suatu bentuk tipu daya yang berupa kesenangan yang
memperdayakan. Ini dapat dilihat melalui satu penjelasan dari atsar al-
Hasan al-Basri,

Al-Hasan al-Basri menyatakan, Barangsiapa yang diluaskan oleh Allah


namun dia tidak melihat (tidak menyedari) bahawa Allah mempedaya
kannya, bererti dia tidak mempunyai fikiran. Barangsiapa yang
disempitkan oleh Allah namun dia tidak melihat (tidak sedar) bahawa
Allah menangguhkan (dengan memberi kesenangan untuknya), bererti
dia tidak memiliki fikiran. Kemudian dia membaca firman Allah
(maksudnya),

Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan


kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu
kesenangan untuk mereka; sehinggakan apabila mereka bergembira
dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka
dengan secukup-cukupnya, maka ketika itu mereka terdiam berputus-
asa (Surah al-Anam, 6: 44). (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim,
4/1291. Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, jil. 3, m/s. 306).
.

Dalam suatu ayat yang lain, Allah swt menyatakan (maksudnya),


Dan tidaklah mereka mahu melihat, bahawa mereka diberi ujian
(dengan pelbagai cubaan) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali;

63
kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu
beringat (serta insaf)? (al-Taubah, 9: 126). .

Ujian Melanda Akibat Hilangnya Urusan Dakwah

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah yang bukan


sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara
khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah
bahawa Allah Maha berat azab siksa-Nya. (Surah al-Anfal, 8: 25).
.

Di dalam suatu hadis, Rasulullah saw menyatakan, Tidaklah satu


kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan
maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada
orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula
menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan
siksaan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, jil. 4,
m/s. 364, hadis no. 19230). .

Melalui dua penjelasan tersebut, dapat kita maklumi bahawa fitnah


dan ujian juga boleh melanda di dalam lingkungan kaum yang beriman
atas sebab mereka meninggalkan dakwah dan tarbiyah kepada
golongan yang melakukan maksiat di dalam tempat-tempat mereka.
.

Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

Sebuah Motivasi

Kalaulah tidak kerana ujian dan cabaran, serta musibah yang datang
melanda, sudah tentu ramai manusia akan mudah menjadi sombong,
lalai, ujub, dan keras hatinya. Padahal sifat-sifat yang seperti ini
adalah merupakan sesuatu yang merosakkan dan memberi akibat
yang buruk di akhirat kelak, malah ia dapat dilihat ketika di dunia ini
lagi. Di antara Rahmat Allah, melalui musibah yang Dia sendiri

64
turunkan adalah dengan tujuan menjadikan kita sebagai hamba
yang berupaya untuk kembali
insaf, kembali kepada kebenaran, terbuka hati untuk beriman, dan
mungkin juga dengan tujuan memperbaiki tahap ubudiyyah
(penghambaan) kita kepada-Nya. Dengan pelbagai ujian juga, mampu
menjadikan hati kita bersih dan suci dari pelbagai dosa dan kesalahan
iaitu di mana Allah menghapuskan pelbagai kesilapan-kesilapan
hambanya yang lalu dengan memberinya ujian-ujian yang tertentu.
Lalu dengan ujian dan musibah tersebut, Allah menggandakan lagi
ganjaran-Nya dengan menganugerahkan pahala, mengangkat
darjatnya, malah sehingga menjanjikan berita gembira berupa Syurga
di hari kemudian nanti.

Bagi golongan yang beriman, dan semoga kita sentiasa termasuk di


dalamnya, Allah swt menyatakan di dalam beberapa ayat-ayat-Nya
sebagaimana berikut: Katakanlah (Muhammad): Tidak akan
menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi
kami. Dia-lah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang
yang beriman seharusnya bertawakkal . (Surah at-Taubah, 9: 51).
.

Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang) kecuali dengan


izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah
akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu. (Surah at-Taghabun, 64: 11). .

Dapat juga kita fahami bahawa ujian dan musibah yang Allah turunkan
juga sebahagian-nya adalah kerana kasih-sayang Allah itu sendiri
kepada para hamba-Nya yang memiliki sifat redha. Dan hal ini telah
pun

Petunjuk Wahyu Buat Mereka Yang menhadapi Musibah (Mari Berkongsi siri 2)

dijelaskan.

Dan perlu juga kita ketahui bahawa Rahmat atau nikmat Allah itu
sendiri teramat-lah luas dan tidak terhitung jika hendak dibandingkan
dengan segala ujian dan musibah yang Dia turunkan. Allah swt

65
berfirman, Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu
tidak akan berupaya menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat
zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Surah Ibrahim, 14: 34).
.

Kita juga harus memahami setiap situasi yang kita alami dan hadapi
dengan sentiasa meletakkan rasa keinsafan dalam diri sendiri dengan
tidak lupa untuk melakukan muhasabah. Ini adalah kerana mungkin di
sana terdapat beberapa musibah lain yang diturunkan kepada insan-
insan yang lain yang mana dengan kadar yang lebih buruk dan teruk
lagi. Dan jangan pula sekali-kali untuk kita memiliki rasa putus-asa
terhadap rahmat Allah yang sekian banyaknya diberikan dan
disediakan kepada kita. .

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari
Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia
menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan
kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpa-nya,
nescaya dia akan berkata: Telah hilang bencana-bencana itu
daripadaku; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga, kecuali
orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-
amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.
(Surah Huud, 11: 9-11). .

Sebagai golongan yang beriman, mereka meyakini bahawa Allah


mengetahui mana yang terbaik bagi hambanya dan mengetahui
bahawa mana yang sebaliknya. Malah, Allah berhak melaksanakan apa
yang dikehendaki oleh-Nya dengan kadar yang sebenarnya.

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu
Petunjuk Wahyu, Maksiat Yang Disegerakan Balasannya (Mari Berkongsi siri 2)

tidak mengetahuinya. (Surah al-Baqarah, 2: 216).


.

66
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam
keadaan berbaring, duduk atau berdiri (Surah Yunus, 10: 12). .

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya


yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyu,
(iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui
Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.
(Surah al-Baqarah, 2: 45-46). .

Demikianlah, Allah menurunkan beberapa ujian dalam pelbagai bentuk


kepada hamba-hambanya. Semuanya memiliki sebab dan tujuan yang
sesungguhnya Dia sendiri lebih Mengetahui ke atas segala apa yang
dilakukan-Nya. Di dalam al-Quran dan hadis itu sendiri menjelaskan
perkara-perkara tersebut dalam pelbagai situasi dan keadaan. Malah,
ianya turun sama ada dalam bentuk yang disukai mahupun yang
sebaliknya. Biar apa pun keadaanya, semoga kita adalah sentiasa
tergolong dalam kelompok yang sabar, redha, bersyukur dan
mendapat perlindungan dari-Nya dalam apa jua hal. Hanya kepada-
Nya lah kita berserah, dan kepada-Nya lah tempat kita kembali. Tiada
daya serta upaya melainkan dengan izin dari-Nya.

********************

Maksiat yang disegerakan balasannya..

Daripada Ibnu Umar r.a berkata : Berhadap Rasulullah s.a.w kepada


kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda : "Wahai kaum
Muhajirin, lima perkara kalau kamu dibalakan dengannya (kalau kamu
telah mengerjakan), maka tiada kebaikan bagi kamu. Dan aku
berlindung dengan Allah S.W.T semoga kamu tidak menemui masa itu.

Perkara-perkara itu adalah :

Maksiat Yang Disegerakan Balasannya, Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri
2)

67
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga
mereka berani berterus-terang melakukannya, kecuali mereka
akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa
umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan,


kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah
mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin
mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali


ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada
binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya
mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali
Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka
musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di
tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan


hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu
menjadikan sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan
menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri." .

- (hadith riwayat Ibnu Majah).

********************

Menuju Kesempurnaan Dalam Beribadah

Ramai dari kalangan kita atau masyarakat Islam hari ini yang
berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan sebanyak yang
mungkin. Ia tidak lain adalah sebagai suatu tujuan memperhambakan
dirinya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa yang kepada-Nya sahajalah
kita beribadah. Supaya dengan amal-amal tersebut berupaya meraih
keredhaan dan rahmat dari-Nya. Secara umumnya, ia adalah suatu
sikap yang sangat positif dan perlu dipandang tinggi. Di saat
sebahagian kelompok manusia

68
Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

yang mengabaikan amal-amal ibadah sama ada yang wajib, fardhu,


atau sunnah, sikap sebahagian umat Islam lainnya yang berlumba-
lumba dalam beramal kebaikan adalah wajar diikuti dan dicontohi. .

Namun, dalam keghairahan kita beramal dan beribadah, adakalanya


kita mungkin terlupa beberapa aspek utama yang menjadi tunjang
diterimanya sesuatu amalan tersebut. Terlebih dahulu, yang
dimaksudkan dengan ibadah itu sendiri adalah segala sesuatu yang
apabila kita melaksanakannya atau meninggalkannya ia dicintai dan
diredhai oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan berpandukan
Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Setelah itu, amat perlu untuk kita
memahami setiap tunjang utamanya yang menjadi asas sama ada
diterima atau sebaliknya sesuatu amalan itu iaitu perlunya dengan
ilmu, dimulakan bersama aqidah yang benar, mengikuti panduan
wahyu, dan disertakan niat yang benar-benar ikhlas kerana Allah
Subhanahu wa Taala semata-mata.

Agama Yang Diterima Di Sisi Allah Hanyalah Islam

Aspek yang paling utama sebelum mula melaksanakan sebarang amal


ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala, terlebih dahulu dia mestilah
Islam (Muslim). Ini adalah kerana tiada agama lain yang diterima oleh
Allah Subhanahu wa Taala melainkan Islam sahaja iaitu sebagaimana
firman-Nya:, .

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.


(Surah Ali Imran, 3: 19) .

Dan firman-Nya lagi; Barangsiapa yang mencari agama selain dari


agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)
daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
(Surah Ali Imran, 3: 85).

Kerana itu jugalah Allah SWT mengutuskan hamba dan Rasul-Nya,


Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam yang menjadi rahmat
sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang

69
Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari
kalangan orang - orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu
Islam yang
Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

mengandungi petunjuk dan syariat-Nya. .

Sentiasa Berpegang Dengan Aqidah Yang Benar

Setelah berada di atas jalan Islam, prinsip yang paling utama dan perlu
dijaga adalah supaya kita sentiasa berpegang teguh dengan prinsip
aqidah yang benar dan sekaligus menjauhi segala bentuk kesyirikan.

Allah SWT berfirman; Orang-orang yang beriman dan tidak


mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka
itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang
yang beroleh petunjuk. (Surah al-Anam, 6: 82). .

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia


mendidik anaknya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan
Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar
kezaliman yang besar. (Surah Luqman, 31: 13). .

Perbuatan syirik adalah suatu perbuatan yang menggugat kemurnian


aqidah dan boleh mengakibatkan seseorang itu terkeluar dari landasan
Islam yang sebenar. Akibat dari perbuatan syirik, amal-amal akan
menjadi lenyap terhapus dan tidak lagi bermakna. Ini adalah
sebagaimana firman-Nya,: .

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad)


dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguh
nya! Jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) menyekutukan (sesuatu
yang lain dengan Allah) sudah pasti segala amal-amalmu akan
terhapus, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.
(Surah az-Zumar, 39: 65) .

70
Dan sekiranya mereka melakukan kesyirikan nescaya gugurlah dari
mereka apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
(Surah al-Anam, 6: 88). .

Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

Dari itu, perlulah untuk kita agar sentiasa menitik-beratkan tentang


peri pentingnya aqidah yang benar. Kerana dengan aqidah yang benar
ia akan menjauhkan kita dari lembah kesyirikan. Sekaligus,
dengan
murninya aqidah dan jauhnya kita dari lembah kesyirikan, maka Allah
menjamin untuk menerima amal-amal yang kita usahakan dan
memberikan ganjaran pahala yang besar. .

Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan,
dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan
pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah an-Nahl, 16: 97). .

Dan barang siapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau
perempuan, dan ia sentiasa berada di dalam keadaan yang beriman,
maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan
dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
(Surah an-Nisa, 4: 124). .

Maka dengan itu, sewajarnyalah kita untuk sentiasa berusaha


bersungguh-sungguh agar dijauhkan dari perbuatan-perbuatan yang
menyimpang dari aqidah yang benar sekaligus menjauhi syirik. Semua
itu adalah agar supaya setiap amal ibadah yang kita laksanakan tidak
menjadi sia-sia dan sentiasa membuahkan ganjaran yang selayaknya
di bawah keredhaan Allah Tuhan yang Maha Esa.
.

71
Keutamaan Ilmu

Aqidah yang benar berbanding dengan perbuatan yang membawa


kepada kesyirikan hanya dapat dikenal pasti melalui ilmu yang benar.
Tidak dapat tidak, untuk membina dasar-dasar aqidah yang murni di
dalam diri-diri kita adalah perlu dengan ilmu. Begitu juga untuk
mengenali batas-batas perbuatan yang boleh menjerumuskan kita
kepada kesyirikan daripada kebenaran juga perlu dengan ilmu.
.

Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

Allah SWT berfirman; Katakanlah: Adakah sama orang orang


yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
(Surah Az-Zumar, 39:9).

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika


kamu tidak mengetahui. (Surah an-Nahl, 16: 43). .

Begitu jugalah sehingga kepada persoalan amal ibadah itu sendiri.


Untuk melaksanakan-nya perlu dengan ilmu dan pengetahuan yang
jelas. Tidaklah amal ibadah itu dilakukan dengan mengikut hawa nafsu
semata-mata tanpa melihat dan mengetahui bagaimana-kah yang
sebenarnya ditunjukkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam. Kerana setiap apa yang kita lakukan, ia kelak akan di
pertanggungjawabkan. Malah, Allah menegah kita daripada melakukan
sesuatu tanpa ilmu yang jelas. Maka, sebelum kita dapat
melaksanakan ibadah dengan sempurna perlulah kita memulakannya
dengan menuntut ilmu.

Kerana Allah berfiman: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang


kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta
bertanggungjawab.
(Surah al-Isra, 17: 36). .

72
Beramal Dengan Petunjuk al-Quran dan as-Sunnah

Merupakan suatu perkara yang amat penting, adalah melakukan amal


ibadah itu dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Dan tidaklah
diterima sesuatu amalan itu jika tidak terdapat contohnya (atau
saranannya) daripada al-Quran dan as-Sunnah. Maka, jika sesuatu
amalan yang dilakukan oleh manusia itu tidak terdapat saranannya
daripada dua sumber tersebut, maka ianya bukanlah dari Islam
walaupun ia diniatkan kerana Allah SWT. .

Dalam persoalan ini Allah menjelaskan melalui firman-Nya,: .

Jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang


mengikut petunjuk - Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula
tidak
Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

akan menderita azab sengsara. (S.Thoha, 20: 123). .

Daripada ayat ini Allah menjelaskan kepada kita bahawa sesiapa yang
mengikuti petunjuk dari Allah, maka dia tidak akan sesat dan
begitulah
sebaliknya di mana sekiranya manusia itu mengikuti petunjuk selain
dari apa yang diberikan oleh Allah Subahahu wa Taala melalui Kitab-
Nya dan Rasul-Nya, maka dia diancam dengan kesesatan dan azab
sengsara. Di dalam ayat yang lain Allah juga menjelaskan bahawa jika
benar kita mencintai Allah, maka hendaklah kita mengikuti apa jua
yang ditunjukkan dan diajarkan oleh Nabi-Nya Muhammad SAW.
.

Demi sesungguhnya, adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan


yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada di
waktu susah mahu pun senang). (Surah al-Ahzaab, 33: 21).

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai


Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-

73
dosamu . (Surah Ali Imran, 3: 31). .

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya dengan


katanya, Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang
mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk
Muhammad Shallallahu alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa
pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah
mereka mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi di dalam
setiap ucapan dan perbuatannya.

Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi SAW: Barangsiapa yang


melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka
amalan tersebut tertolak (tidak diterima). (Hadis Riwayat Muslim).
(Lihat: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, jil. 2, m/s. 149-
151).

Di dalam hadis yang lain turut dijelaskan bahawa: Sebaik-baik


perkataan adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah
petunjuk
Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

Muhammad. Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru


( di alam urusan agama ) dan setiap perkara yang baru (di dalam
agama) adalah bidah, dan setiap bidah adalah sesat, dan setiap
kesesatan tempatnya di neraka. (Hadis Riwayat Muslim).

Maka dengan itu, secara tidak langsung, ia turut menjelaskan kepada


kita bahawa setiap amal yang dilakukan bukan sebagaimana yang
diperintahkan dari dua sumber tersebut, maka ianya adalah tertolak
dan sia-sia. Allah juga turut melarang sebarang tindakan dalam
beramal agama yang dilakukan tanpa persetujuan dari-Nya dan Rasul-
Nya. Ini adalah sebagimana yang dijelaskan melalui firman-Nya:,
.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-


mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau
kebenaran)Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
SesungguhnyaAllah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

74
(Surah al-Hujurat, 49: 1). .

Allah juga menjelaskan bahawa agama Islam ini telah sedia sempurna
melalui Nabi-Nya sebagaimana firman-Nya yang berikut,: .

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan
telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai
Islam itu menjadi agama bagimu. (Surah al-Maidah, 5: 3).
.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini dengan


katanya, Ini (Islam) adalah merupakan nikmat Allah yang terbesar
yang diberikan kepada umat ini, di mana Allah menyempurnakan untuk
mereka agama mereka sehingga mereka tidak memerlukan lagi
kepada agama selainnya, dan tidak memerlukan pula kepada seorang
Nabi pun selepas Nabi mereka (Muhammad Shallallahu alaihi wa
Sallam). Maka atas sebab itu jugalah, Allah menjadikan Nabi mereka
sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada manusia dan jin.
Tiada kehalalan kecuali apa yang dihalalkannya, tiada yag diharamkan
kecuali apa yang diharamkannya, dan tiada agama kecuali apa yang
disyariatkan nya. Segala apa yang disampaikannya adalah kebenaran
dan kejujuran. Tiada pendustaan dan pengkhianatan dalam dirinya,
sebagimana firman-Nya, Telah sempurnalah kalimat Rabb-mu (al-
Quran) sebagai
Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

kalimat yang benar dan adil (Surah al-Anam, 6: 115) Iaitu benar di
dalam setiap penyampaiannya, dan adil di dalam perintah
dan
larangan. (Lihat: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, jil. 3,
m/s. 26-27).

Beramal di Atas Keikhlasan Semata-mata Kerana Allah

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini


kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu
hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala
ibadah dan bawaan mu kepada-Nya. Ingatlah! (hak yang wajib

75
dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadah dan bawaan yg suci
bersih (dari segala bentuk kesyirikan). (Surah az-Zumar, 39: 2).
.

Maka, setelah kita melaksanakan amal-amal kita berdasarkan prinsip-


prinsip ilmu yang benar dan sahih, wajib untuk kita mengiringinya
dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu wa
Taala. Pengabdian dan peribadahan kita tidak boleh ditujukan kepada
selain Allah Subhanahu wa Taala yang mana jika berlaku pengabdian
atau peribadahan yang selain kepada Allah, maka ianya akan
menjerumus kan kita ke lembah kesyirikan yang sekaligus
memusnahkan tauhid yang murni. Tanpa sifat ikhlas, amal-amal kita
juga masih tetap tidak akan diterima dan menjadi tidak bermakna
sedikit pun di sisi Allah.

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad)


dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguh
nya! Jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) menyekutukan (sesuatu
yang lain dengan Allah) sudah pasti segala amal-amalmu akan
terhapus, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi .
(Surah az-Zumar, 39: 65). .

Dengan ini telah jelaslah bahawa setiap amalan ibadah yang hendak
dikerjakan mestilah di atas landasan aqidah Islam yang suci murni dari
segala bentuk kesyirikan, berpandukan ilmu yang jelas sebagaimana
yang ditunjukkan oleh wahyu melalui apa yang dicontohkan oleh
Nabi

Menuju Kesempurnaan Beribadah (Mari Berkongsi siri 2)

kita Muhammad saw dan dengan diiringi oleh sifat ikhlas semata-
mata kerana Allah.

Sebagai motivasi dan dorongan, di dalam ayat-ayat-Nya yang lain,


Allah turut menjelas-kan kepada kita sebahagian janji-janji-Nya untuk
mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Di antaranya
adalah dengan:,

76
1 Kehidupan yang baik dan ganjaran pahala,

Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari lelaki atau perempuan,
dan ia sentiasa di dalam keadaan yang beriman, maka sesungguhnya
Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan
pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah an-Nahl, 16: 97). .

2 Akan dimasukkan ke dalam Syurga,

Dan barang siapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau
perempuan, dan ia sentiasa berada di dalam keadaan yang beriman,
maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan
dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
(Surah an-Nisa, 4: 124). .

3 Limpahan berkah dari langit dan bumi,

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa,


pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit
dan bumi. (Surah al-Araaf, 7: 96).
.

4 Menguasai muka bumi dengan penuh keamanan (jauh dari


ketakutan),

Dan Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan


beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan
menjadikan
Menuju Kesempurnaan Beribadah, Malaikat Maut Tetamu Yang Kerap Berkunjung(Mari
Berkongsi siri 2)

mereka berkuasa memegang kekuasaan di muka bumi, sebagaimana


Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka yang
berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan
agama mereka

77
(agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga
akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadah
kepada-Ku dengan tidak menyekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku.
Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka
itulah orang-orang yang fasiq. (Surah an-Nuur, 24: 55).

********************

Malaikat Maut : Tetamu Yang Kerap Berkunjung

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah


seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya
manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai
mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk
ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak
menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak
hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan
bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan
direnungkan dalam hidupnya.

Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan


serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan
sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: " Bahawa malaikat maut memerhati wajah
setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail
datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang
sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku
melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak
ketawa." Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati
oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa
mengingati mati.
Malaikat Maut Tetamu Yang Kerap Berkunjung(Mari Berkongsi siri 2)

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran


malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w

78
yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama
mengenai hal
ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata
manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin
dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata
hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan
iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk
yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan
berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu
tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula
orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang
zahir sahaja.

Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh


sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam
seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada
di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu
mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit
yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam
denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian
hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering
mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di
atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka
bertanya, " sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?
". Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan
kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang
sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling
manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh
hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan


tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang
sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala
petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku
kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut
roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal
orang

79
Malaikat Maut Tetamu Yang Kerap Berkunjung(Mari Berkongsi siri 2)

yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat


dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa
mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang
kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak
tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah
SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu
ada hikmah disebaliknya.

Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang,


ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah
Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat
mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk
berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan
serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat,
jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia


akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang
masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari
berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggal
kan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba
pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang
solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya
adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya.
Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika
Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran
terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya,
sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya.
Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya
di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan
menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi


memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan
oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara

80
lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila
dibebankan
Malaikat Maut Tetamu Yang Kerap Berkunjung(Mari Berkongsi siri 2)

dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di


antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari
kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para
wali-wali dan
orang-orang solihin. Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan
betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin
dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan
menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak
keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai


sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam.
Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan
kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila
berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana
menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan
terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan
kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememang
nya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat
seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya
telah tiba. Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan
Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di
dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang
ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan
tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentu


kan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagai
mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya
malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi
manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan
seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan
terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak

81
pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun
ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud: "
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundur
Malaikat Maut Tetamu Yang Kerap Berkunjung, Menjawab 5 Syubhat (Mari Berkongsi siri 2)

kannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " -
(Surah Al-A'raf: ayat 34).

********************

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan


(Mensunnahkan) Perayaan Maulid Nabi

Perkataan Pelaku Perayaan Maulid:

Kami bawakan satu contoh dari Muhammad Alwi al-Maliki, di dalam


Kitabnya, Haulal Ihtifal bil Maulid an-Nabawy, m/s. 15-16: .

Sesunggunya perayaan Maulid yang berbentuk perhimpunan


manusia, zikir, sedekah, dan puji-pujian serta pengagungan terhadap
diri Nabi, ini adalah sunnah dan merupakan perkara-perkara yang
dituntut dan terpuji di dalam syariat dan telah datang hadis-hadis
yang sahih berkenaan dengannya dan yang menyarankannya. .

Golongan yang membolehkan perayaan maulid di zaman ini memiliki


banyak dalil-dalil yang kononnya boleh dijadikan sebagai hujjah
disyariatkan (atau disunnahkan) merayakan maulid Nabi. Namun
sayangnya, kesemua dalil-dalil mereka tidak lepas dari empat
keadaan:

1 Ayat Quran atau hadis yang sahih, namun ditafsirkan dengan


tafsiran yang menyimpang. .

82
2 Menggunakan hadis lemah dan palsu untuk menyokong pendapat
mereka.

3 Menggunakan atau mengedepankan perkataan


sebahagian ulama yang melakukan kesilapan. .

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

4 Mengada-adakan pelbagai bentuk alasan yang tidak pernah ada di


dalam agama. .

Dengan ini, kami membawakan lima (5) hujjah utama mereka dalam
menetapkan perayaan Maulid Nabi saw dan kami sertakan sekali
bantahan terhadap syubhat yang telah mereka bawakan:
.

Syubhat Pertama:

Mereka berdalilkan dengan firman Allah Subhanahu wa Taala berikut:


Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan
itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih
baik daripada sesuatu yang mereka kumpulkan. (Surah Yunus, 10:
58).

Lalu mengatakan: Allah SWT memerintahkan kita supaya bergembira


dengan rahmat-Nya, dan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam adalah
rahmat-Nya yang paling besar. Dengan sebab itulah, kita bergembira
dan merayakan maulid (hari lahir) beliau. .

Jawapan/Bantahan:

1 Penafsiran seperti ini adalah merupakan bentuk penafsiran yang


tidak pernah dilakukan oleh para ulama salaf sama ada dari
generasi sahabat mahu pun tabiin. .

Imam asy-Syatibi rahimahullah menjelaskan:

83
Sesuatu nash yang tidak dijadikan dalil/sandaran ke atas sesuatu
bentuk amal, amalannya tidak diterima. Dia berkata, Seandainya
ianya menjadi dalil ke atas amal tersebut, sudah tentu para sahabat
dan tabiin terlebih dahulu yang akan mentafsirkan ayat tersebut
demikian. Akan tetapi, apa yang telah jelas bahawa kefahaman para
salaf sama sekali bertentangan dengan apa yang difahami oleh
generasi terkemudian tersebut. Tindakan generasi terkemudian dalam
persoalan ini ber tentangan dengan ijma generasi awal dan setiap
orang yang menentang kesepakatan adalah salah. Umat Muhammad
tidak bersepakat di atas kesesatan. Maka, apa pun yang mereka
sepakati,
Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

sama ada mengerjakan sesuatu atau pun meninggalkan sesuatu,


perkara tersebut dianggap sunnah dan merupakan petunjuk. Sesiapa
sahaja yang menentang generasi salaf, bererti dia salah. Ini adalah
memadai. Kebanyakan para ahli bidah dan sesat, mereka berdalilkan
dengan al-Quran dan as-Sunnah, akan tetapi cara pemahaman
mereka
adalah dengan mengikut selera kelompok mazhab mereka masing-
masing. Mereka mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat kepada
pentakwilan yang umum dan mengira bahawa mereka akan
memprolehi kebaikan.
(Rujuk: asy-Syatibi, al-Adillah asy-Syariyyah min al-Muwafaqaat, 3/41-
44).

2 Para ulama tafsir tidak pernah menyatakan rahmat yang


disebutkan di dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad SAW.
Para ulama tafsir termasuklah dari kalangan para sahabat juga
tidak pernah mentafsirkan saranan bergembira di dalam ayat
tersebut adalah dengan mengadakan perayaan maulid.
.

Yang dimaksudkan dengan rahmat di dalam ayat tersebut adalah


pelajaran yang datang dari Tuhan. (Rujuk Surah Yunus, 10: 57-58).

84
Rahmat di situ merujuk kepada al-Quran. (Rujuk Surah al-Isra, 17: 82).

Yang dimaksudkan dengan rahmat di dalam ayat tersebut adalah al-


Quran dan Islam. (Rujuk: Ibnu Jarir ath-Thabari, al-Jami al-Bayan
(Tafsir ath-Thabari)).

Abu Said al-Khudri dan Ibnu Abbas radhiyallahu anhum berkata:


Kurnia Allah itu adalah al-Quran, dan rahmat-Nya adalah agama
Islam. .

Qotadah rahimahullah menjelaskan: .

Kurnia Allah adalah iman dan rahmat-Nya adalah al-Quran.


(Rujuk: al-Qurthubi, al-Jami li Ahkamil Quran). .

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

Perkara yang dijadikan kegembiraan di situ adalah dengan sebab


petunjuk dan agama yang benar. (Rujuk: Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir).

Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan: .

Para salaf telah sepakat mengatakan bahawa yang dimaksudkan


dengan kurnia dan rahmat Allah itu adalah Islam dan Sunnah Nabi.
(Ibnul Qayyim, Ijtima al-Juyusy al-Islamiyah). .

3 Perlu juga kita fahami bahawa yang menjadi rahmat bagi manusia
bukanlah kelahiran beliau, akan tetapi rahmat diturunkan apabila
beliau diutuskan (sebagai Rasul Allah) kepada mereka dengan
membawa risalah kebenaran dari Allah SWT. Inilah yang telah
dijelaskan di dalam dalil-dalil yang terang di antaranya:

Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)


rahmat bagi semesta alam. (Surah al-Anbiya, 7: 107). .

85
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
.

Sesungguhnya aku tidaklah diutus sebagai orang yang suka


melaknat, akan tetapi aku diutus hanya sebagai rahmat. (Hadis
Riwayat Muslim).

Syubhat Kedua:

Imam as-Suyuti berkata: .

... lalu aku melihat imam al-Qurra, al-Hafiz Syamsuddin Ibnul Jauzi
berkata di dalam kitab beliau yang berjudul Urfut Tarif bil Maulid asy-
Syarif dengan nash seperti berikut, Telah diperlihatkan Abu Lahab
setelah meninggalnya di dalam mimpi. Dikatakan kepadanya,
Bagaimana keadaanmu? , dia pun menjawab, Di dalam neraka ini,
siksaanku hanyalah diringankan pada setiap malam Isnin dan
dituangkan (dialirkan) di antara dua jariku air sebesar ini (dia memberi
isyarat dengan hujung jarinya)disebabkan aku memerdekakan
Tsuwaibah ketika dia memberitahuku berita gembira tentang kelahiran
Nabi dan kerana dia telah menyusukannya .
.

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

Jika Abu Lahab yang kafir dan al-Quran juga telah mencelanya, telah
diringankan (siksaannya) di neraka dengan sebab kegembiraan dia
dengan malam kelahiran Nabi SAW, maka apatah lagi jika keadaan
orang yang bertauhid dari kalangan umat Nabi SAW yang bergembira
dengan kelahiran beliau dan mengerahkan seluruh kemampuannya
di dalam urusan mencintai beliau SAW? Saya bersumpah bahawa tidak
ada balasannya dari Allah yang Maha Pemurah, melainkan Dia akan
memasukkannya berkat keutamaan dari-Nya ke dalam Syurga-syurga
yang penuh kenikmatan. (as-Suyuti, al-Hawi lil Fatawa, 1/196-197).

86
Kisah ini juga telah digunakan pakai oleh Muhammad bin Alwi al-
Maliki untuk berhujjah menghalalkan perayaan Maulid Nabi dengan
katanya:
Telah datang di dalam Shahih al-Bukhary bahawa diringankan siksaan
Abu Lahab setiap hari Isnin disebabkan dia memerdekakan
Tsuwaibah... (Muhammad Alwi al-Maliki, Haulal Ihtifal bil Maulid, m/s.
8). .

Jawapan/Bantahan:

1 - Perbuatan menyandarkan kisah di atas kepada imam al-Bukhary


adalah sebuah pendustaan yang sangat jelas. Ini adalah kerana
tidak ada satu pun kisah seperti itu di dalam Shahih al-Bukhary.
(Rujuk: Syaikh Hammud at-Tuwaijiry, ar-Raddul Qowy, m/s. 56).

Ada pun hadis yang paling dekat dengan kisah tersebut adalah
sebagaimana berikut maksudnya: .

Pada asalnya Tsuwaibah adalah budak wanita Abu Lahab. Abu Lahab
membebaskan-nya, lalu dia menyusui Nabi SAW. Ketika Abu Lahab
mati, dia diperlihatkan kepada sebahagian keluarga nya (melalui
mimpi) berkenaan buruknya keadaan dia (Abu Lahab). Keluarganya
berkata kepadanya, Apa yang engkau perolehi? , Abu Lahab
menjawab, Aku tidak memperolehi selepas kamu melainkan aku
diberi minum sebanyak ini (memaksudkan jumlah yang sangat sedikit)
kerana aku memerdekakan Tsuwaibah.
(Hadis Mursal Riwayat al-Bukhary, no. 4711, dari Urwah bin Zubair).

Hadis ini adalah hadis yang mursal (Rujuk: Ibnu Hajar al-Asqalani,
Fathul Bari, 9/49) iaitu merupakan perkataan tabiin dan tidak dapat
disandar-
Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

kan kepada Rasulullah. .

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah juga berkata:

87
Hadis di atas menunjukkan bahawa di akhirat orang kafir boleh mem
perolehi manfaat dari amal kebaikan yang mereka lakukan, tetapi
perkara ini bertentangan dengan zahir ayat al-Quran: Dan Kami
hadapi segala amal yang mereka usahakan, lalu Kami jadikan amal
tersebut seperti debu yang berterbangan. (Surah al-Furqan, 25: 23).
.

Maka, pernyataan di atas dijawab sebagaimana berikut:

Khabar tersebut adalah mursal yang dibawa oleh Urwah dan dia tidak
menyebutkan dari siapa dia mendapat kisah tersebut. Sekiranya hadis
tersebut maushul, tetapi isi hadis tersebut adalah mimpi sehingga
tidak layak untuk dijadikan sebagai hujjah. Boleh jadi saudaranya yang
bermimpi itu belum masuk Islam ketika itu sehingga tidak dapat
dijadikan hujjah. (Rujuk: Fathul Bari). .

2 Kisah berkenaan diringankannya siksa Abu Lahab ini telah dikaji


oleh para ulama dari zaman berzaman oleh para ulama, akan
tetapi tidak ada seorang pun yang menggunakannya sebagai
hujjah untuk mengadakan perayaan maulid Nabi. .

3 Kisah Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah ketika kelahiran atau


di ketika menyusui Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam adalah
sangat bertentangan dengan fakta sirah (sejarah) yang sebenar.
.

Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr rahimahullah menjelaskan bahawa Abu Lahab


membebaskan Tsuwaibah adalah ketika selepas Nabi SAW berhijrah ke
Madinah. (Rujuk: Ibnu Abdil Barr, al-Istiab, 1/12. Rujuk juga: az-Zuhry,
at-Thobaqat, 1/108-109. Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, 9/48).
.

4 Kegembiran yang terlahir dari dalam diri Abu Lahab bukanlah


kegembiraan kerana Allah. Akan tetapi adalah sebuah
kegembiraan yang lahir dari hati nuraninya sebagai seorang
insan

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

88
biasa disebabkan mendapat anak saudara baru. Ia samalah
sepertimana sifat tabii (kebiasaan) manusia lainnya apabila
mendapat berita tertentu yang menggembirakannya. .

Syubhat Ketiga:

Imam as-Suyuti rahimahullah berkata:

Syaikhul Islam Hafiz al-Ashr Abu al-Fadhl Ahmad bin Hajar al-Asqalani
ditanya berkenaan sambutan (majlis peringatan) Maulid Nabi, dia
menjawab: .

Pada dasarnya peringatan Maulid Nabi adalah bidah kerana tidak


seorang pun dari kalangan salafus-sholeh tiga generasi pertama yang
melakukannya. Akan tetapi, peringatan tersebut telah merangkumi
kebaikan dan keburukan. Sesiapa yang mampu mengambil kebaikan
dan membuang yang buruknya, maka ianya menjadi bidah hasanah,
dan jika tidak (sebaliknya) maka ia menjadi bidah yang tidak
hasanah.

Dia berkata: .

Ada pun aku mengembalikan permasalahan ini kepada sumber


asalnya, iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Shahih al-
Bukhary dan Shahih Muslim, dari Nabi SAW. Diriwayatkan daripada
Ibnu Abbas ra, dia berkata: .

Sewaktu RAW tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi


berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya berkenaan puasa mereka
tersebut, mereka pun menjawab, Hari ini adalah hari kemenangan
yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa Alaihis Salam dan
kaum bani Israil dari Firaun. Kami merasakan perlu untuk berpuasa
pada hari ini sebagai tanda terima kasih (syukur) kami kepada-Nya.
Lalu Rauslullah SAW bersabda, Kami lebih berhak daripada kamu dan
Nabi Musa dalam persoalan ini . Kemudian beliau pun memerintahkan
para sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.(H.R al-Bukhary &
Muslim). .

Dari hadis tersebut dapat dilihat bahawa disarankan untuk bersyukur


kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepada kita pada hari
tertentu atau untuk mencegah musibah dan bencana
tertentu,

89
Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita supaya memperbanyakkan


ibadah di dalamnya dengan pelbagai bentuknya. Sebagai contoh:
Solat, puasa, sedekah, membaca al-Quran, dan sebagainya. Nikmat
mana yang lebih besar daripada nikmat datanganya Nabi yang penuh
rahmat pada hari kelahirannya.

Dengan sebab itulah, maka hendaklah pada hari kelahirannya itu


dirayakan dengan ibadah sehingga sama dengan kisah Musa Alaihis
Salam pada bulan Asyura. Orang yang tidak memerhatikan persoalan
ini, tidak akan peduli hari apa dan bulan apa merayakan Maulid Nabi.
Malahan, ada kelompok dari mereka yang memindahkan hari
peringatan Maulid Nabi itu pada satu hari, bila-bila pun, dalam satu
tahun tersebut. Ini sudah menyimpang dari asal pokok persoalan.
(Rujuk: as-Suyuti, al-Hawi lil Fatawa, 1/196). .

Di antara mereka pada zaman ini yang turut mempergunakan hadis


tersebut untuk mensunnahkan perayaan Maulid Nabi adalah
Muhammad Alwi al-Maliki di dalam kitabnya berjudul Haulal Ihtifal bil
Maulid, m/s. 11-12. .

Jawapan/Bantahan:

1 Para ulama dari kalangan tiga generasi salaf (terawal) tidak pernah
ada yang mentafsirkan dan memahami hadis tersebut untuk
meng adakan perayaan Maulid Nabi. Maka, bentuk-bentuk
penafsiran seperti itu adalah termasuk ke dalam bentuk-bentuk
penafsiran dengan cara baru yang bertentangan dengan
kefahaman para salaf (sahabat radhiyallahu anhum).
.

2 Daripada penjelasan awal Imam as-Suyuti tersebut, telah jelas


bahawa al-Hafiz Ibnu Hajar sendiri menyatakan bahawa perayaan
Maulid Nabi adalah bidah, tidak pernah dilakukan oleh
generasi salaf.

90
3 Pemahaman al-Hafiz Ibnu Hajar berkenaan dibolehkan perayaan
maulid berdasarkan hadis puasa Asyura tersebut adalah
merupakan
Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

suatu kesilapan dan merupakan bentuk kefahaman yang salah.


Ini adalah kerana tiada seorang pun dari kalangan ulama salaf
yang memahami hadis tersebut untuk tujuan perayaan Maulid
Nabi. (Sila lihat perbahasan oleh Imam asy-Syatibi di dalam al-
Muwafaqat atau sebagaimana yang telah dinukilkan di atas).
.

4 Mengqiyaskan bidah Maulid dengan puasa Asyura adalah suatu


bentuk takallauf (pemaksaan terhadap dalil) untuk mengikuti
kehendak diri sendiri yang sangat nyata dan tertolak. Ini adalah
kerana puasa Asyura telah ditetapkan oleh Nabi sendiri,
sedangkan bidah perayaan Maulid Nabi bukan datang dari Nabi.
Dan perlu kita fahami bahawa setiap amal ibadah itu ditetapkan
perlu berdasarkan dalil dan bukan berdasarkan padangan
seseorang atau anggapan baik seseorang manusia. .

Syubhat Keempat:

Mereka turut berdalilkan dengan hadis Anas bin Malik radhiyallahu


anhu:
Bahawa sesungguhnya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk diri
beliau sendiri setelah diangkat menjadi Nabi. (Hadis Riwayat al-
Baihaqy, 9/300. Dan Abdurrazzaq di dalam al-Mushannaf).

Lalu mereka menjelaskan bahawa: .

Padahal datuknya, Abdul Muthalib telah pun beraqiqah untuknya (Nabi


SAW) pada hari ketujuh setelah kelahirannya yang mana sepatutnya,
aqiqah tersebut tidaklah perlu diulanginya semula.

Maka, ini menunjukan bahawa Nabi sendiri telah menzahirkan rasa


syukurnya kerana telah diciptakan di muka bumi ini sebagai rahmat ke
seluruh alam dengan cara beraqiqah. Dengan keadaan ini juga, adalah
disunnahkan bagi kita untuk menunjukkan rasa syukur kita atas

91
kelahirannya dengan cara berkumpul, makan bersama, dan
dengan
bentuk-bentuk aktiviti yang lainnya sebagai penzahiran sebuah
kegembiraan. (Rujuk: as-Suyuti, al-Hawi lil Fatawa, 196). .

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

Jawapan/Bantahan:

1 Takhrij Hadis:

Di dalam hadis ini terdapat seorang rawi bernama Abdullah bin


Muharrar al-Jazary. .

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan di dalam Fathul Bari bahawa hadis ini
tidak kuat. Dia menisbatkan pernyataan ini kepada al-Bazzar yang
berkata: Abdullah bin Muharrar sendirian dalam periwayatannya
sehingga ia lemah. (Rujuk: Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, 9/595).

Imam Nawawi menjelaskan berkenaan hadis ini dengan katanya: Ini


adalah hadis batil dan Abdullah bin Muharrar adalah lemah dan
disepakati kelemahannya. Al-Huffaz (Para ulama hadis) berkata, Dia
ditinggalkan . Wallahu alam.
(Rujuk: an-Nawawi, Majmu Syarah al-Muhazzab, 8/431-432).

Ibnul Qayyim menjelaskan: Sesungguhnya Ibnu Muharrar


meninggalkan hadis ini. (Ibnul Qayyim, Tuhfah al-Maulud).
.

Di antara lain yang melemahkan Abdullah Muharrar ini adalah Imam


Ahmad, ad-Daruquthni, Ibnu Hibban, Ibnu Main, al-Bukhary, dan adz-
Dzahabi rahimahullahu jamian. (Rujuk: at-Talkhis al-Habir dan

92
Mizanul Itidal). .

2 Di dalam hujjah mereka ini terdapat suatu bentuk pendalilan yan


pelik di mana mereka cuba mengambil kira perbuatan aqiqah oleh
Abdul Muthalib, sedangkan Abdul Muthalib bukanlah Islam. Oleh
itu, adakah amalan tersebut boleh diambil kira? .

Syubhat Kelima:

Mereka mempergunakan hadis dari Abu Qotadah: .

Rasulullah ditanya tentang puasa hari Isnin. Lalu beliau menjawab,


Itu adalah hari kelahiranku dan hari di mana aku diutus menjadi Nabi.
Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

(Hadis Riwayat Muslim). .

Dengan katanya: .

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengagungkan hari


kelahirannya dan beliau mengagungkannya dengan cara berpuasa. Ini
juga bermakna, dibolehkan mengagungkan beliau dengan cara
meraikan hari maulid. .

Jawapan/Bantahan:

1 Berdasarkan hadis tersebut, Rasulullah SAW berpuasa pada hari


kelahirannya dan bukan pada tarikh kelahiran nya yang
kebanyakan daripada pelaku perayaan Maulid meraya kan nya
sama ada pada 9 atau 12 Rabbiul Awwal atau di sepanjang bulan
tersebut. .

2 Tidak ada dari kalangan ulama salaf dari para sahabat dan tabiin
yang memahami hadis tersebut untuk membolehkan perayaan
Maulid Nabi pada bulan atau tarikh-tarikh tertentu. Maka, sekali
lagi menunjukkan bahawa pelaku perayaan Maulud Nabi cuba
menafsirkan dalil atau nash-nash tertentu mengikut bentuk-bentuk
pemahaman baru. Ia juga termasuk ke dalam konteks takalluf
(pemaksaan dalil supaya mengikuti kehendak mereka). .

93
3 Berdasarkan hadis menunjukkan Nabi SAW melaksanakan ibadah
puasa di hari kelahirannya sebagai tanda syukur. Tetapi, apa yang
telah jelas bahawa para pelaku perayaan Maulid adalah melakukan
sebaliknya di mana mereka mengadakan majlis yang besar
termasuklah makan besar dengan kepelbagaian hidangan.
.

Kesimpulan:

Cukuplah dengan apa yang telah disyariatkan di dalam agama melalui


kalam Nabi SAW.
.

Menjawab 5 Syubhat Utama Golongan Yang Meraikan Perayaan Maulid Nabi (Mari Berkongsi
siri 2)

Kerana beliau sendiri bersabda: .

Sebaik-baik kalam (perkataan), adalah kalamullah. Sebaik-baik


petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw. (Hadis Riwayat Muslim).

Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami


ini sesuatu yang baru yang bukan darinya, maka ianya tertolak.
(Hadis Riwayat Muslim). .

Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal yan bukan atas perintah


kami, maka amal tersebut tertolak. (Hadis Riwayat Muslim).
.

Dengan demikian, hendaklah kita menjauhi dan berlepas diri dari


segala bentuk perkara-perkara baru yang disandarkan atas nama
agama sedangkan agama sendiri tidak pernah mensyariatkan perkara
tersebut. Kerana perkara-perkara baru tersebut tidak lain hanya
menyesatkan dan menjauhkan kita dari agama yang sebenar yang
dibawa oleh Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana
yang difahami oleh para sahabat generasi terbaik umat Islam.

94
.

Dalam rangka menzahirkan rasa cinta kepada Nabi SAW, saya


mencadangkan artikel berikut sebagai bacaan dan sekaligus mungkin
boleh dijadikan panduan, insyaAllah: .

1 Hakikat Mencintai Nabi SAW.

2 Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid


Nabi.

********************

Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam al-Quran

Luqman, sebuah nama besar yang tercatat di dalam kitab suci al-
Quran. Menamai sebuah surah yang terkandung di dalamnya
sebanyak tiga puluh empat (34) ayat. Yang di dalam surah
tersebut terkandung

Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

beberapa untaian nasihat yang begitu utama lagi agung. .

Siapakah Luqman?

Majoriti ulama menjelaskan bahawa beliau adalah seorang hamba


Allah yang soleh dan kuat beribadah. Beberapa riwayat turut
menjelaskan bahawa beliau adalah seorang yang memiliki tubuh fizikal
yang sasa dan kuat. Dia merupakan seorang hamba berketurunan
Habsyi. Di dalam al-Quran (31: 12), Allah menjelaskan bahawa beliau
adalah di antara hamba-Nya yang diberikan hikmah. .

Hikmah di sini membawa maksud kepada kefahaman yang mendalam


dan ilmu yang begitu luas serta cara penyampaian yang begitu baik.
(Rujuk Tafsir Ibnu Katsir). .

95
1 - Syirik Sebagai Sebesar-besar Kezaliman

Allah berfirman (maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata


kepada anaknya, di ketika beliau memberi pelajaran kepadanya:
Wahai anakku, janganlah kamu mem persekutukan (mensyirikkan)
Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar
kezaliman yang besar . (Surah Luqman, 31: 13).
.

Allah SWT telah menjelaskan bahawa Luqman adalah insan yang


sangat terpuji dan Allah telah menganugerahkan hikmah kepadanya.
Yang kemudiannyanya Allah menyatakan pula bahawa dia memberi
pelajaran untuk anaknya yang merupakan manusia yang paling beliau
sayangi serta paling berhak mendapat didikan darinya yang
dengannya beliau memberi beberapa untaian nasihat yang sangat
penting.

Maka, nasihat yang paling utama yang beliau sampaikan untuk


anaknya adalah berupa nasihat supaya mentauhidkan Allah dengan
menjauhi segala bentuk kesyirikan. Beliau menjelaskan bahawa betapa
syirik adalah suatu perbuatan yang merupakan sebesar-besar
kezaliman.

Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di


dalam firman-Nya (mkaksudnya): Sesungguhnya Allah tidak akan
mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang
selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan sesiapa
yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah
melakukan dosa yang besar. (Surah an-Nisaa, 4: 48).
.

Di mana Allah SWT menjelaskan bahawa dosa syirik adalah sebuah


dosa yang tidak terampunkan. Sekiranya manusia itu mati sebelum
sempat bertaubat dari perbuatan syiriknya, maka tiada ruang baginya
untuk diampuni. Berbeza dengan dosa-dosa yang selainnya, di mana
Allah masih memberi ruang kepada pelakunya diampuni.

96
2 - Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa

Setelah menasihati kepada anaknya supaya menjauhi perbuatan syirik,


beliau menasihati anaknya agar sentiasa berbuat kebaikan dan
berbakti kepada kedua ibu bapa. Allah SWT (maksudnya):
.

Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat kebaikan kepada dua


orang ibu-bapa nya; di mana ibunya telah mengandungkannya dalam
keadaan lemah yang ter-amat, dan menyapihnya (mencerai susu)
dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu
bapamu, hanya kepada-Ku lah tempat engkau dikembalikan.
(Surah Luqman, 31: 14). .

Di dalam ayat yang lain, Allah turut menjelaskan perkara yang


sama
iaitu supaya menjauhi kesyirikan sekaligus memerintahkan agar
sen-tiasa berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa sebagaimana
berikut:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.
(Surah al-Isra, 17: 23). .

Dan Allah juga memerintahkan supaya anak-anak sentiasa mendoakan


kebaikan buat ibu bapanya di dalam ayat seterusnya (maksudnya):

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh


kasih sayang dan ucapkanlah (doakanlah): Wahai Tuhanku,
kasihilah
Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku


sewaktu kecil . (Surah al-Isra, 17: 24). .

Berdasarkan ayat 14 dari Surah Luqman tersebut, Imam Ibnu Katsir


rahimahullah menjelas-kan di dalam tafsirnya bahawa Allah sengaja
menyebutkan perjuangan dan pengorbanan seseorang ibu di dalam
mengurus anaknya. Penderitaan dan pengorbanan seseorang ibu
dalam melindungi anaknya adalah di antaranya seperti tidak boleh

97
tidur dengan selesa di setiap siang dan malam (bertujuan
menyusuinya dan menjaganya pen.), ini adalah semata-mata mahu
memberi penjelasan betapa besarnya jasa seseorang ibu. (Rujuk Tafsir
Ibnu Katsir). .

Walaupun begitu, persoalan tauhid tetap adalah sebuah keutamaan


dan memiliki kedudukan yang sangat tinggi. Allah memerintahkan
supaya kita tidak mengikuti kehendak ibu bapa kita sekiranya dia
meminta kita berlaku syirik kepada Allah. Cumanya, perhubungan
dengan keduanya tetap perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Ini
adalah sebagaimana yang telah Allah SWT jelaskan bahawa
(maksudnya):
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan
(mensyirikkan) terhadap Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu
tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan layanilah
keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang-orang yang
kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku-lah tempat
kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu
kerjakan.(S.Luqman, 31: 15). .

Dari sini juga, ayat ini turut menjelaskan betapa tingginya akhlak
seseorang muslim itu terhadap kedua ibu bapanya biar pun mereka
mengajak kepada perbuatan yang tidak baik. Dalam keadaan seperti
itu, Allah tetap memerintahkan supaya setiap anak menjaga hubungan
kepada kedua ibu bapanya dengan sebaik mungkin. Iaitu dengan
mencerminkan akhlak seorang muslim sejati yang taat di dalam
bertauhid. Di mana di antara hikmahnya adalah ia mampu melahirkan
rasa tertarik sang ibu dan ayah dengan keindahan Islam itu sendiri.

Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

3 - Kekuasaan Allah Dan Hari Perhitungan

(Luqman berkata): Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu


perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau
di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya

98
(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha
Mengetahui .
(Qs. Luqman, 31: 16). .

Pada ayat ke-16 dari surah Luqman, Allah menjelaskan bahawa


Luqman kembali memberikan nasihat kepada anaknya berkenaan
dengan persoalan tauhid, bahawa sekecil apa pun perbuatan
seseorang, sama ada berupa ketaatan mahu pun kemaksiatan, pasti
Allah SWT akan membalasnya. Perbuatan baik, maka balasannya juga
baik. Jika perbuatan tersebut buruk, maka balasan dari Allah SWT juga
demikian.

Allah SWT telah berfirman (maksudnya): Kami akan memasang


timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan
seseorang sedikit pun, dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi
pun pasti Kami mendatangkan (pahala)-nya, dan cukuplah Kami
sebagai pembuat perhitungan. (Surah al-Anbiya, 21: 47).

Maka, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari pandangan Allah
Azza wa Jalla. Oleh kerana itu, di akhir ayat 16 surah Luqman ini, Allah
SWT berfirman (mejelaskan): ... Sesungguhnya Allah Maha Halus
( teliti ) lagi Maha mengetahui . .

4 - Perintah Menegakkan Solat, Menegakkan Kebenaran, Dan


Bersabar Dengan Musibah

Allah SWT berfirman (maksudnya): (Luqman berkata) Wahai anakku,


dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan
cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah
terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah). (Surah Luqman, 31:
17). .

Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

Allah menjelaskan bahawa Luqman memerintahkan anaknya supaya


mengerjakan solat yang mana solat adalah merupakan ibadah yang
paling utama bagi seseorang muslim. Imam Ibnu Katsir rahimahullah

99
menjelaskan di dalam tafsirnya bahawa perintah Luqman supaya
anaknya menegakkan solat tersebut adalah dengan melaksanakannya
dengan seluruh tatacaranya (sebagaimana solat Rasulullah SAW
pen.), rukun-rukunnya, dan waktu-waktu yang telah ditetapkannya.
(Rujuk Tafsir Ibnu Katsir).
.

Berkenaan penekanan solat dan pendidikan mengenainya, Rasulullah


SAW telah berpesan kepada kita (maksudnya): Perintahkan anak-
anak kamu untuk melakukan solat bermula ketika mereka mencapai
umur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika tidak mahu melakukan
solat) ketika berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur
mereka.
(Hadis Riwayat Abu Daud. Lihat Shahihul Jami, no. 5868)
.

Selanjutnya, beliau memerintahkan anaknya supaya melaksanakan


amar maruf nahi mungkar (menegakkan kebenaran dan
menghapuskan kemungkaran). Perlaksanaan ini sebenarnya membawa
seseorang agar mengetahui perkara - perkara yang maruf (baik) dan
yang mungkar. Sekaligus, dalam menegakkannya akan membawa
pelakunya supaya sentiasa melazimi sifat sabar. Dari sini, ia turut
menzahirkan bahawa
perbuatan amar maruf nahi mungkar ini agak berat untuk
dilaksanakan dan menuntut kesabaran serta kefahaman yang tinggi.
.

5 - Tidak Sombong, Angkuh, dan Membanggakan Diri

Allah SWT berfirman (maksudnya): (Luqman berkata) Dan janganlah


kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan
diri. (Surah Luqman, 31: 18).
.

Dari sini, maksudnya adalah supaya jangan kita memalaingkan wajah


dari seseorang di ketika sedang berbicara dengannya, atau di ketika
mereka sedang berbicara dengan kita, sehingga ia
menampakkan

100
Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran (Mari Berkongsi siri 2)

kesombongan dan keangkuhan. Tetapi yang sewajarnya adalah kita


diperintahkan supaya sentiasa merendahkan diri/hati, serta sentiasa
menampakkan wajah yang mesra/ramah terhadap mereka.
(rujuk Tafsir Ibnu Katsir). .

Di dalam ayat yang lain, Allah Azza wa Jalla telah berfirman: .

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,


kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi
dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
(Surah al-Isra, 17: 37). .

Rasulullah SAW bersabda: Tidak (akan) masuk Syurga orang yang di


dalam hatinya terdapat kesombongan walau pun sekecil zarah .
(Kemudian) ada seseorang yang berkata: Sesungguhnya seseorang
senang jika bajunya bagus dan kasutnya baik, (maka) Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya Allah itu
indah, dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran
dan meremehkan orang lain . (Hadis Riwayat Muslim).
.

Di dalam hadis yang lain, dari hadis Haritsah bin Wahb al-Khuzai
radhiallahu anhu, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

.......... Mahukah aku beritahu kamu, siapakah penghuni


neraka?
Mereka menjawab: Tentu . Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang
yang kasar, tamak haloba, dan yang sombong. (Hadis Riwayat
Muslim). .

6 - Bersederhana Ketika Berjalan Dan Lembutkan Suara

Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan serta lunakkanlah


suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keldai.(S.Luqman, 31: 19). .

Luqman menasihati anaknya supaya bersifat tawadhu (rendah hati),


tenang, tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu lambat dalam berjalan. Dia
juga menasihati anaknya supaya tidak berlebih-lebihan dalam

101
berbicara, dan tidak meninggikan suara untuk sesuatu yang tidak ada
manfaatnya di dalam apa jua perbualan/bicara. Sehinggakan di sini
beliau meng-

Mutiara Nasihat Luqman al-Hakim Di Dalam Al-Quran, Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah
(Mari Berkongsi siri 2)

ambil perumpamaan bagi suara yang buruk adalah seperti suara


keldai.

Seburuk-buruk perumpamaan bagi orang yang meninggikan suaranya


di ketika berbicara adalah seperti keldai ketika bersuara. Dan adalah
suara seperti ini sangat-sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa
Taala.

Penutup

Nasihat-nasihat Luqman yang dibawakan di atas tadi adalah sangat


bermanfaat dan berguna. Sehingga ianya dirakamkan di dalam kitab
suci al-Quran al-Azim. Ada beberapa hikmah dan nasihat-nasihat lain
yang baik yang cukup banyak selain apa yang telah dibawakan.
Namun, cukuplah dulu dengan beberapa nasihat yang utama di atas
untuk sama-sama kita renungi dan mengambil pengajaran darinya.

Wallahu alam...

********************

Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah

Pintu terbesar yang dimasuki Iblis dalam diri manusia adalah


kebodohan. Iblis menyusup ke dalam diri orang-orang yang jahil
dengan pelbagai bentuk dan cara. Sedangkan orang yang berilmu, Iblis
tidak akan mampu memasukinya, melainkan dengan cara mencuri-curi
jalan. Iblis telah memperdayai para ahli ibadah kerana ceteknya ilmu
mereka. Kerana kebanyakkan di antara mereka hanya menyibukkan
diri di dalam urusan kuantiti ibadah dan tidak mahu mendalami ilmu

102
untuk beribadah dengan benar. .

Dengan itu, perangkap (talbis) Iblis yang pertama kepada mereka


adalah dengan mengajak mereka untuk mementingkan ibadah
daripada ilmu, padahal ilmu itu lebih utama daripada nafilah. Iblis
menampakkan kepada mereka bahawa maksud ilmu adalah amal.
Sementara yang mereka fahami tentang amal ini hanya sekadar
amal
Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah (Mari Berkongsi siri 2)

dengan anggota tubuh, dan apa yang harus mereka ketahui, bahawa
amal itu adalah amal hati (iman/aqidah), dan amal hati lebih utama
daripada amal anggota tubuh. .

Mutharrif bin Abdullah berkata:


Keutamaan ilmu lebih baik daripada keutamaan ibadah.

Yusuf bin Asbath berkata: .

Satu juzuk ilmu yang engkau pelajari, lebih baik daripada tujuh puluh
orang yang berperang. .

Al-Muafi bin Imran berkata: .

Menulis satu hadis lebih aku sukai daripada solat sepanjang


malam. .

Ketika perangkap Iblis ini mengena, lalu mereka lebih mementingkan


ibadah daripada ilmu, maka terbukalah kesempatan bagi sang Iblis
untuk menciptakan perangkap dan menular seterusnya dari
kepelbagaian posisi ibadah seterusnya. .

Berikut adalah beberapa contoh perangkapperangkap Iblis yang


dipergunakan untuk memerangkap manusia. .

Perangkap Iblis Di Dalam Persoalan Wudhu:

103
1 Mengajak menggunakan air berlebih-lebihan untuk mencapai
yakin.

2 Melafazkan dan menyusun nyusun niat sehingga menjadi


satu bentuk ayat.

Sedangkan di dalam berwudhu itu cukup sekadar dengan air yang


sedikit. Dan persoalan niat cukup dengan cetusan hati (kehendak)
yang disertakan perlaksanaan. .

Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah (Mari Berkongsi siri 2)

Talbis Iblis Di Dalam Persoalan Azan:

1 Mengumandangkan bacaan zikir, tasbih, peringatan, lantunan


ayat-ayat suci al-Quran dan seumpamanya sebagai tanda azan
akan berkumandang dalam beberapa ketika lagi.

Sedangkan ini adalah bentuk-bentuk tambahan yang tidak


disyariatkan di dalam agama. Dan semua itu adalah termasuk bentuk-
bentuk kemungkaran.

Talbis Iblis Di Dalam Persoalan Thaharah:

1 Dengan mencuci pakaian berulang-ulang kali kerana tidak yakin


akan kesuciannya. Serta dengan menggunakan air yang banyak
dan membazir.

Talbis Iblis Di dalam Persoalan Solat:

1 Melafazkan dan menyusun nyusun niat sehingga menjadi


satu bentuk ayat.

2 Berzikir, bertasbih, dan membaca surah-surah tertentu seperti


an-Naas sebelum memulakan solat (takbiratul ihram).
.

104
3 Mengajak mengulang-ulang takbir ketika hendak memulakan solat
dengan tujuan untuk memastikan solat yang dilaksanakan adalah
betul-betul di dalam kekhusyukan dan keyakinan.
.

Sedangkan niat itu tempatnya di hati. Dan solat tidak dimulakan


dengan lafaz-lafaz niat tetapi dengan bertakbir dan diakhiri dengan
salam.

Mengulang ulang takbir adalah suatu bentuk kebodohan


terhadap tatacara solat itu sendiri. .

Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah (Mari Berkongsi siri 2)

Talbis Iblis Di Dalam Membaca al-Quran:

1 Memperbanyakkan bacaan al-Quran tetapi melupakan


persoalan tatacara yang betul di dalam membacanya, seperti
persoalan tajwid, ketartilan dan meninggalkan soal penghayatan.

2 Memperlagukan ( memperindahkan bacaan ) al-Quran


dengan tujuan untuk mendapat perhatian dan pujian
manusia. Dan perkara ini adalah termasuk kepada perbuatan
riya.

Perangkap Iblis Di Dalam Persoalan Puasa:

1 Melaksanakan puasa terus menerus setiap hari.

2 Berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum, namun tidak


mahu meninggal- kan perkataan yang buruk dan perbuatan
maksiat lainnya. .

Sedangkan apa yang benar, Nabi juga berpuasa dan Nabi juga
berbuka. Di dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam
menjelaskan bahawa puasa yang paling utama adalah dengan

105
berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari (diselang-selikan).

Perangkap Iblis Di Dalam Persoalan Tawakkal:

1 Iblis menipu manusia dengan cara mengajak untuk malas


bekerja dan berserah semata-mata nasibnya kepada keadaan.
Jika Allah mahu memberi rezeki, nescaya ada rezeki baginya,
jika tidak, maka tiadalah rezeki baginya. .

Sedangkan konsep tawakkal perlu diiringi dengan usaha.

Wallahu alam...

(Mari Berkongsi siri 2)

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama untuk
mendekat kan diri kita kepada Allah swt. Kongsikanlah bersama orang tersayang
kerana pesan Nabi saw: Sampaikan dariKu walaupun satu ayat . Tempatkanlah
diri kita sebagai penyambung tugasan Nabi saw dalam amar maaruf nahi
mungkar untuk dijadikan bekalan ketika mengadap Allah azzawajal. Jika perlu,
perbanyakkanlah untuk dikongsikan agar dapat dimanfaatkan seramai mungkin...
Bertekadlah untuk menjadi pewaris Nabi saw selagi hayat masih ada. Insya Allah
jika diizinkan Allah kita akan bertemu lagi dalam Mari Berdiskusi : Siri 3 .
Sekiranya pembaca mempunyai artikel untuk dimuatkan, sila e-mail kan ke
ramsyah13@yahoo.com agar dapat kita kongsikan bersama.

106

Anda mungkin juga menyukai