Anda di halaman 1dari 13

ADAB PERGAULAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN PMTAB (2 kaki x 3 kaki) 2pcs

1. Tidak boleh melihat apatah lagi bertembung antara pelajar lelaki dan perempuan.
2. Berusaha sebaik mungkin agar tidak melihat antara satu sama lain.
3. Dilarang berkenalan antara pelajar lelaki dan perempuann
4. Tidak mempedulikan keberadaan pelajar lelaki mahupun perempuan
5. Mempercepatkan urusan jika terpaksa berurusan.

ADAB DENGAN ILMU (3 kaki x 5 kaki) 2pcs


1. Memuliakan dan mengagungkan ilmu yang dipelajari
2. Mengambil kitab dan menuntuti ilmu dengan berwudu’.
3. Tidak menghujur/melunjur kaki kepada kitab.
4. Tidak meletakkan sesuatu barang di atas kitab.
5. Mengelokkan tulisan pada kitab agar mudah dibaca serta di fahami.
6. Tidak melipat akan kitab.
7. Tidak menggunakan warna merah pada kitab
8. Tidak pilih ilmu dengan sendiri dan serah kepada guru apa yang hendak diajari.

ADAB DENGAN GURU (3 kaki x 5 kaki) 2pcs


1. Menghormati guru.
2. Memuliakan guru.
3. Tidak berjalan di hadapannya.
4. Tidak duduk pada tempatnya.
5. Tidak memulai percakapan melainkan izinya.
6. Tidak banyak bercakap di sisinya.
7. Memelihara waktu yang ditentukan oleh guru untuk mengajar.
8. Tidak memukul-mukul akan pintu rumahnya bahkan sabar sehingga keluar gurunya.
ADAB DI DALAM MAJLIS ILMU (3 kaki x 5 kaki) 2pcs
1. Membaca doa sebelum menuntut ilmu.
‫َربِّ ِز ْدنِي ِع ْل ًما َوارْ ُز ْقنِ ْي فَ ْه ًما َواجْ َع ْلنِ ْي ِم َن الصَّالِ ِحي َْن‬
"Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rizqi akan kepahaman, Dan jadikanlah aku
termasuk golongan orang-orang yang shaleh"
2. Ikhlaskan niat mencari ilmu kerana Allah taala.
3. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang di sampaikan.
4. Usahakan berpakaian kemas.
5. Dalam keadaan berwuduk.
6. Duduk dalam keadaan sopan.
7. Jangan menyandar ke dinding atau tiang.
8. Tidak melunjurkan kaki ke arah guru.
9. Kitab hendaklah dibawa dengan mengangkatnya ke atas dan mendekatkan ia didada sebelah
kanan.
10. Jangan kerap melihat jam.
11. Jangan bermain-main ketika menuntut ilmu.
12. Jangan bercakap ketika menuntut ilmu.
13. Jangan makan atau minum.
14. Jangan tidur.
15. Penuhkan tempat duduk di hadapan.
16. Selepas menuntut ilmu perlulah membaca doa.
ADAB MASJID (3 kaki x 5 kaki) 2pcs
Ketika memasuki masjid
1. Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan
2. Berdoa ketika masuk

َ ‫اللَّهُ َّم ا ْفتَحْ لِ ْي َأب َْو‬


َ ِ‫اب َرحْ َمت‬
‫ك‬
"Ya Allah, bukalah pintu rahmat-Mu untukku."
3. Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid.
Ketika di dalam masjid
1. Berniat iktikaf di dalam masjid

‫ْج ِد هّلِل ِ تَ َعالى‬


ِ ‫اف فِي ه َذا ال َمس‬
َ ‫اال ْعتِ َك‬
ِ ‫ْت‬ُ ‫نَ َوي‬
‘Sahaja aku I’tikaf di dalam masjid keran Allah Ta’ala’
2. Tunaikan  solat sunat tahiyyatul masjid. (Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding)

َ ‫ُأ‬
‫صلِّى ُسنَّةَ التَّ ِحيَّةَ ْال َم ْس ِج ِد َر ْك َعتَي ِْن هلل تعالى‬
‘Sahaja aku solat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat kerana Allah Ta’ala’
3. Memakai pakaian yang menutup aurat
4. Berjalan dengan tenang, jangan berlari
5. Dilarang berwangian bagi wanita.
6. Manafaatkan waktu lapang dengan zikir dan doa
7. Memperbanyakkan membaca Al-Quran
8. Menjaga kebersihan di dalam dan sekeliling masjid
9. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh.
10. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab
yang syarie.
11. Elakkan daripada memakan makanan yang berbau.
12. Jangan memakai pakaian yang boleh mengganggu khusyuk solat jemaah lain. 
13. Jangan terlalu bising
14. Menjawab azab ketika berkumandang. 
15. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 
16. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat .
Ketika keluar masjid
1. Keluar masjid dengan kaki kiri
2. Membaca doa

َ ُ‫اَللَّهُ َّم ِإنِّى َأ ْسَأل‬


َ ِ‫ك ِم ْن فَضْ ل‬
‫ك‬
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon fadilah-Mu."
ADAB AZAN (2 kaki x 3 kaki) 2pcs
Sebelum Azan
1. Berwudhuk
2. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
3. Hendaklah menutup aurat
4. Bersiap sedia untuk menunaikan solat
Ketika azan
1. Diam ketika azan
2. Menjawab azan seperti yang ditetapkan
3. Berhenti melakukan kerja dan bersegera ke masjid.
Selepas azan ;
1. Membaca doa selepas azan

ِ َ‫ت َسيِّدنَـَا ُم َح َّمدًا ْال َو ِسيلَةَ َو ْالف‬


َ‫ضيلَة‬ ِ ‫صاَل ِة ْالقَاِئ َم ِة آ‬
َّ ‫اللهم َربَّ هَ ِذ ِه ال َّد ْع َو ِة اَلتَّا َّم ِة َوال‬
‫ف ْال ِم ْي َعاد‬
ُ ِ‫ك اَل تُ ْخل‬ َ َّ‫َوال َّد َر َجةَ ال َّرفِ ْي َعةَ َوا ْب َع ْثهُ ْال َمقَا َم ال َمحْ ُمو َد الَّ ِذيْ َو َع ْدتَهُ ِإن‬
Ya Allah Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan, dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬Kedudukan yang tinggi dan terpuji, Yang telah Engkau
janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji

ADAB TIDUR (2 kaki x 3 kaki) 2pcs


Sebelum tidur
1. Menggosok gigi
2. Mengambil wuduk
3. Memakai pakaian yang bersih
4. Memaafkan semua orang
5. Menyapu tempat tidur menggunakan tangan (Mengibas)
6. Mengiringkan badan ke kanan.
7. Membaca doa tidur

‫ت‬ َ ‫ك اللّهُ َّم اَحْ يَا َو ِب ْس ِم‬


ُ ‫ك اَ ُم ْو‬ َ ‫بِ ْس ِم‬
“Dengan nama Allah aku hidup, dan dengan nama-Mu aku mati”
Selepas tidur
1. Mengusap wajah
2. Membaca doa bangun tidur
‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ الَّ ِذيْ َأحْ يَانَا بَ ْع َد َما َأ َماتَنَا َوِإلَ ْي ِه النُّ ُش ْو ِر‬
Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami, dan kepada-Nya lah
kami dibangkitkan.
3. Mengemas tempat tidur
4. membersihkan diri

ADAB MENGGUNAKAN TANDAS (2 kaki x 3 kaki) 3pcs


Ketika masuk tandas
1. Menyingsing / mengangkat kain sedikit sebelum masuk tanndas
2. Memakai selipar.
3. Menutup kepala.
4. Masuk dengan kaki kiri.
5. Membaca Doa
‫ث َو ْال َخبَاِئ ِـ‬
‫ث‬ ‫ك ِم َن ْال ُخبُ ِـ‬
َ ِ‫بِسْم هللا اللَّهُ َّم ِإنِّي َأ ُعو ُذ ب‬
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
6. Tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran.
7. Duduk mencangkung kekiri ketika menunaikan hajat.
8. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat.
9. Selesaikan ‘hajat’ dan jangan lama di dalam tandas.
10. Tidak bercakap.
11. Tidak membazir air.
12. Jangan membuang air kecil berdiri (bagi lelaki)
13. Berdehem selepas membuang air kecil
14. Jangan bercakap-cakap di dalam tandas.
15. Jangan mandi telanjang.
16. Jangan makan dan minum.
17. Jangan menyanyi di dalam tandas.
18. Jangan melihat najis atau kemaluan.
Ketika keluar tandas
1. Membaca doa keluar tandas

َ َ‫ك هللا الَّ ِذى اَ ْذه‬


‫ب َعنّى األ َذى َو َعا فَانِى‬ َ َ‫ُغ ْف َرا ن‬
Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan
menyihatkanku
2. Keluar dengan kaki kanan
3. Bersegera keluar tandas

ADAB MAKAN (3 kaki x 5 kaki) 2pcs


Sebelum makan
1. Mencuci tangan sebelum makan
2. Membaca doa sebelum makan.

ِ َّ‫اب الن‬
‫ار‬ ِ َ‫الَّلهُ َّم ب‬
َ ‫ َوقِنَا َع َذ‬،‫ار ْك لَنَا فِي َما َر َز ْقتَنَا‬
Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka
3. Tidak mencela makanan
4. Makan bersama didalam talam
5. Makan secara berjemaah
Semasa makan
1. Makan menggunakan tangan kanan.
2. Mengambil makanan di dalam pinggan, bermula dari tepi bukan tengah.
3. Makan dan minum dalam keadaan duduk.
4. Tidak bersandar ketika makan.
5. Makan makanan yang terdekat dahulu.
6. Mengunyah makanan sehingga hancur.
7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
8. Tidak bernafas ketika minum.
9. Berhenti sebelum kenyang
Selepas makan
1. Menilat jari setelah selesai.
2. Memastikan makanan habis dimakan (licin)
3. Menbaca doa selepas makan
ْ َ‫اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ الَّ ِذيْ ا‬
‫ط َع َمنَا َو َسقَانَا َو َج َعلَنَا ِم َن ْال ُم ْسلِ ِمي َْن‬
Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami memeluk agama
islam
4. Membasuh pinggan dan membersihkan tempat makan
5. Menutup makanan dan minuman

ADAB MEMBETULKAN KESILAPAN (3 kaki x 5 kaki) 2pcs


Menegur kesalahan :
1. Membetulkan niat (Tegur untuk memperbetulkan)
2. Tidak membuka aib.
3. Mengikut kesesuaian (Jangan sehingga menjatuhkan air muka)
Memberi nasihat :
1. Tegur dengan suara yang lembut dan dengar cara yang terbaik baik.
2. Tidak menegur dengan suara yang tinggi atau menguatkan suara.
3. Elakkan daripada menegur kesilapan atau kesalahan seseorang di hadapan khalayak ramai.
4. Tegurlah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik agar tidak menyinggung
perasaan orang yang ditegur.
5. Sebelum menyebut kesilapan seseorang cubalah bermukadimah dengan perkara yang boleh
membuatkan seseorang itu gembira.
6. Selepas membuat teguran pastikan anda meminta maaf atas teguran yang dibuat. Cubalah
memujuk hatinya supaya tidak terasa dengan teguran itu.
7. Memperbaiki niat sebelum memberikan teguran.
8. Menasihati diri sendiri terlebih dahulu sebelum menegur orang lain.
9. Menyampaikan teguran berdasarkan ilmu, bukan mengikut nafsu.
Menerima teguran
1. Mengucapkan terima kasih kepada yang menegur.
2. Bersyukur kerana Allah telah menjaga aib diri sendiri.
3. Maniskanlah muka dan dengarlah dengan baik setiap teguran yang diterima.
4. Bersangka baik terhadap sahabat yang menegur dan berusaha untuk berubah.
5. Muhasabah diri dan minta keampunan daripada Allah.

ADAB BERSUKAN (2 kaki x 3 kaki) 2pcs


1. Niat untuk dikurniakan badan yang sihat supaya dapat beribadah
2. Bersukan yang menepati syarak
3. Menutup aurat
4. Tiada pertaruhan
5. Tidak lalai sehingga meninggalkan ibadah yang wajib
6. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.
7. Tidak bergaduh
8. Berusaha mendamaikan sahabat yang ingin bergaduh
9. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
10. Berlapang dada dengan keputusan
11. Tidak mengejek pasukan yang kalah
12. Tidak menipu
13. Menyedari hakikat bahawa sukan bukanlah matlamat, tetapi salah satu jalan untuk kekal
beribadah kepada Allah

ADAB DENGAN MASYARAKAT (4 kaki x 8 kaki) 1pcs


1. Memberi salam lebih-lebih lagi kepada mereka yang kenal
2. Menunjukan muka yang manis
3. Memakai pakaian bersih kemas dan menutup aurat.
4. Menjauhi perkara yang mendatangkan perselisihan.
5. Memberi nasihat dalam perkara agama
6. Tidak membezakan layanan kepada semua
7. Saling bantu membantu dalam kebaikan
8. Jaga percakapan dan tingkah laku
9. Mengajak ke arah kebaikan
10. Saling berkasih sayang
11. Memuliakan anak-anak yatim
12. Berbuat baik kepada jiran dan orang yang lemah
13. Mempercepatkan urusan kebaikan
14. Memanggil mereka dengan gelaran yang baik dan sesuai
15. Bersabar dengan karenah masyarakat

ADAB MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG BAIK (3 kaki x 5 kaki) 2pcs


1. Sentiasa mengucapkan terima kasih dengan bertatasusila dalam keadaan / situasi berikut:
a) Setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
b) Menerima pertolongan daripada guru, rakan-rakan dan orang lain sama ada yang di kenali
atau tidak di kenali.
c) Menerima teguran orang lain yang perihatin untuk membantu mengubah diri lebih baik.
2. Sentiasa meminta maaf sekiranya berada dalam situasi berikut dengan rendah diri dan
mengucapkannya dengan sopan :
a) Menyedari kesalahan diri sendiri.
b) Apabila ditegur membuat kesalahan / kecuaian tingkah laku.sama ada pada ibu bapa, guru-
guru, rakan-rakan dan orang lain.
c) Melakukan pelanggaran displin.
3. Sentiasa memberi salam apabila:
a) Setiap kali bertemu / bersua muka dengan sesiapa sahaja yang beragama Islam di sekolah/
pondok.
b) Mengucapkan salam dengan lemah lembut dan bermanis muka.
c) Menundukkan pandangan ketika memberi salam kepada bukan muhrim.
4. Mengucapkan tahniah apabila :
a) Ahli keluarga / guru / rakan menerima khabar gembira seperti mendapat pencapaian
terbaik, sifat yang terpuji dan sebagainya.
5. Membiasakan diri dengan ucapan-ucapan berikut ketika berkomunikasi.
BIL. KALIMAH SITUASI
1. Bismillahirrahmanirrahim Apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
2. Alhamdulillah Selepas habis melakasanakan sesuatu pekerjaan atau mendapat
nikmat.
3. Masya Allah Ketika melihat / ada sesuatu yang mengkagumkan /
mempersona
4. Subhanallah Ucapan pada saat terdapat sesuatu yang mengejutkan
5. Astaghfirullah Jika melakukan sesuatu yang buruk / menyedari kesalahan diri
atau mendengar perkara yang tidak elok.
6. Insyaallah Jika ingin melakukan sesuatu perkara / pekerjaan pada masa
akan dating.
7. La haulawala quataailla billa Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat
8. Innalillahiwainnailaihirojiun Jika melihat atau mendengar musibah / khabar kematian.
9. La ilaha illallah Lafazkannlah pada siang dan malam tanpa had.
10. Na`uzubillahiminzalik Ucapan ketika ingin terhindar dari perkara buruk yang tidak
diingini.

6. Tidak membalas dengan kata-kata yang boleh mencetuskan lagi pertelingkahan, permusuhan,
sakit hati atau dendam kepada seseorang.
7. Memberikan respon / mengucapkan perkataan yang baik-baik dengan sopan dan merendah
diri.
8. Tidak menggunakan perkataan yang baik-baik dengan niat untuk memerli, memarahi serta
menjatuhkan maruah diri seseorang.

ADAB DENGAN AL-QURAN (3 kaki x 5 kaki) 2pcs


Adab membawa al-Quran
1. Membawa dalam keadaan berwudhuk
2. Meletakkan al-Quran di dada ketika membawanya
Adab membaca al-Quran
1. Membaca dalam keadaan bersuci
2. Membaca di tempat yang bersih dan menghadap kiblat
3. Memulakan dengan isti'azah.

ِ َ‫َأ ُعو ُذ بِاهَّلل ِ ِم َن ال َّش ْيط‬


‫ان ال َّر ِج ِيم‬
4. Membaca secara tartil
5. Meninggikan suara semasa membaca al-Quran
6. Tidak bercakap atau bergurau ketika membaca al-Quran
Adab menghafal al-Quran
1. Membetulkan dan melancarkan bacaan sebelum menghafal
2. Mengulang2 ayat yg dihafal sebelum menghafal ayat baru.
3. Menghafal dalam keadaan yang suci & bersedia
Adab mengulang hafazan
1. Mengulang selepas menghantar kpd guru
2. Mengulang di dalam solat sunat.
3. Mengulang pada bila-bila waktu dengan sebutan yang jelas.

ADAB BERPAKAIAN (2 kaki x 3 kaki)


Membuka pakaian
1. membaca doa membuka pakaian
‫بِس ِْم هللاِ الَّ ِذيْ الَ ِإلَهَ ِإاَّل هُ َو‬
"Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain-Nya."
2. menjaga aurat daripada dilihat orang lain
3. meletakkan baju di tempat yang sesuai
Adab memakai pakaian
1. Membaca doa memakai pakaian

َ ُ‫بِس ِْم هللاِ اَ ٰللّهُ َّم اِنِّى اَ ْسَأل‬


َ ِ‫ك ِم ْن َخي ِْر ِه َو َخي ِْر َماهُ َو لَهُ َواَ ُع ْو ُذب‬
ُ‫ك ِم ْن َش ِّر ِه َو َشرِّ َما هُ َولَه‬
"Dengan nama Allah aku minta kepada Engkau kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya,
dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan yang ada padanya."
2. Mulakan dengan sebelah kanan
3. Betulkan niat (bukan untuk cantik tetapi untuk menutup aurat).
4. Memakai pakaian yang menutup aurat
5. Jangan memakai pakaian berlainan jantina

ADAB BERJALAN (2 kaki x 3 kaki) 2pcs


1. Berjalan dengan tenang & susunan langkah yang teratur
2. Tidak menghentakkan kaki ketika berjalan
3. Tidak sombong ketika berjalan
4. Jangan dilihat seperti bermalasan ketika berjalan
5. Sentiasa menundukan pandangan

ADAB BERGURAU SENDA (2 kaki x 3 kaki) 2pcs


1. Tidak berlebihan ketika bergurau
2. Tidak menggores hati orang lain
3. Tidak memperlekeh dan memerli orang lain
4. Jangan menggunakan bahasa kesat.
5. Jangan sampai menghina fizikal dalam bergurau

Anda mungkin juga menyukai