Anda di halaman 1dari 33

WUDHU (Mengambil air sembahyang) Untuk menunaikan solat, diwajibkan kita berwudhu (mengambil air sembahyang atau mengangkat

hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:1. Solat-solat sunat. 2. Thawaf di Baitullah. 3. Menyembahyangkan mayat. 4. Sujud tilawah atau sujud syukur. 5. Memegang (menyentuh) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh / membawa / memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

SYARAT-SYARAT WUDHU Syarat sah Wuduk itu ada enam:1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk) 2. Mumayyiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan. 3. Air mutlak ( air yang suci lagi menyucikan ). 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar. 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang menghalang air daripada membasahi kulit / rambut dan kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dan sebagainya. 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

RUKUN-RUKUN WUDHU Rukun wudhu itu ada enam perkara:Sebelum berniat sunat berkumur dan bersihkan hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca Basmalah dan niat. 1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

Ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala"

2. MEMBASUH MUKA Mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

NIAT & BASUH SELURUH MUKA

DARI TELINGA KIRI-KANAN

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU,

Dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

HUJUNG JARI HINGGA SIKU

MULAKAN TANGAN KANAN

4. MENYAPU AIR KE SEBAHAGIAN KEPALA ( UBUN-UBUN ) Meratakan / menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut - 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALA

5. MEMBASUH KEDUA KAKI

Mengalir dan meratakan air kepada dua belah kaki serta celah-celah jari kaki, tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI

MULAKAN KAKI KANAN

6. TERTIB Mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk

SUNAT-SUNAT WUDHU Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:1. Menghadap ke arah Kiblat. 2. Membaca " Taawwuz dan Basmalah . 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk. 4. Berkumur atau bersugi. 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali. 6. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari. 7. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata. 8. Menjelai jari-jari tangan dan kaki. 9. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri. 10. Mengulang 3 Kali setiap basuhan. 11. Berjimat ketika menggunakan air. 17. Membaca Doa Selepas Wudhu setelah selesai berwudhu.

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU Enam perkara membatalkan wudhu :1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (Qubul atau Dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya. 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk. 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya. 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati. 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya). 6. Murtad.

SOLAT Syarat - Syarat Wajib Solat Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun solat itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:1. Orang Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Berupaya melihat dan mendengar.

Syarat - Syarat Sah Solat Syarat-syarat sah solat ialah:1. Islam. 2. Mumayyiz. 3. Masuk waktu solat. 4. Menghadap ke arah Kiblat. 5. Suci dari hadath kecil dan hadath besar (sudah berwudhu dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). 6. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. 7. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Rukun Solat Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. 1. BERDIRI BETUL : jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh solat dalam keadaan berbaring.

2. NIAT : sewaktu mengangkat takbiratul ihram. 3. TAKBIRATUL IHRAM : mengucapkan perkataan Allahu Akbar. 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan BASMALAH hingga akhir ayat. 5. RUKU DENGAN THOMANINAH, membongkok 90 darjah. 6. ITIDAL DENGAN THOMANINAH, berdiri betul selapas ruku. 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THOMANINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THOMANINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. 9. DUDUK BAGI TAHIYYAT AKHIR. 10. MEMBACA TAHIYYAT AKHIR. 11. MEMBACA SELAWAT KE ATAS RASULULLAH PADA TAHIYYAT AKHIR 12. MEMBERI SALAM : memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. 13. TERTIB : mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. * Perkara lain yang dilakukan dalam Solat dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Solat Ertinya tidak Sah Solat serta terbatal jika berlaku perkara-perkara seperti berikut : 1. Berlaku hadath kecil atau besar. 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun ( sisa makanan di dalam mulut ). 3. Terbuka Aurat. 4. Melakukan tiga pergerakan secara berturut-turut anggota besar. 5. Terdapat najis di badan atau pakaian. 6. Ketawa terbahak-bahak dan bermain-main. 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. 8. Berubah Niat. 9. Mendahului Imam sampai dua rukun. 10. Menambah atau meninggalkan rukun Solat dengan segaja. 11. Dada berpaling dari arah kiblat.

SOLAT ISYAK, ZOHOR DAN ASAR ( EMPAT RAKAAT )

Ertinya: Sahaja aku Solat fardhu (Isyak) empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala. * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan kearah badan.

Hendaklah berdiri betul menghadap ke arah Qiblat. Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.

Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika memasang niat dalam solat yakni sebelum mengangkat takbir.

TAKBIRATUL IHRAM

BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Maksudnya: Allah Maha Besar

Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersolat.

Lelaki paras bawah telinga

Perempuan tidak melebihi paras bahu

Takbir

BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)

Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah Perempuan - bukanlah aku dari golongan orang-orang yang Lelaki - Tangan memegang kepada Allah danTangan di atas menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekalikali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

TERUSKAN DENGAN BACAAN

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam. SURAH AL-FATIHAH

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Yang Berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orangorang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami) * sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:-

Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. TAKBIR KERANA RUKU BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Maksudnya: Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

RUKU TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Maksudnya: Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

Kedudukan kebadan.

tangan

bagi

muslimat

ketika melakukan ruku, siku dirapatkan

I'TIDAL ( KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKU ) BERDIRI SAMBIL MEMBACA

Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat diatas.

Ertinya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

Maksudnya: Allah Maha Besar

Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud yang pertama.

SUJUD PERTAMA

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNya. Kedua telapak tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan sebelah. KEMUDIAN LAKUKAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD seperti di

Maksudnya: Allah Maha Besar

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Maksudnya:

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

TAHIYYAT AWAL DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYYAT AWAL

Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah-mudahan dianugerahkan kepada kita dan

kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

Apabila bacaan sampai kepada dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyyat awal berakhir.

TAHIYYAT AKHIR

Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah-mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Apabila bacaan sampai kepada dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyyat awal berakhir.

SALAM YANG PERTAMA

Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam. * jika solat berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu. SALAM YANG KEDUA

Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam.

DO'A SELEPAS SOLAT

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

DO'A QUNUT

Maksudnya: Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

DOA SELEPAS WUDUK

Maksudnya:

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR 77500 SELANDAR, MELAKA TEL./FAX : 06 5253288 Email : mct1001@ppdjasin.edu.my

NOTA PANDUAN

KEM ANAK SOLEH 2012


ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM SEKOLAH RENDAG ARAB JAIM SELANDAR DAN MAHASISWA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA TARIKH 13 DAN 14 JULAI 2012 / BERSAMAAN 23 DAN 24 SYAABAN 1432 H

TEMPAT SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR 77500 SELANDAR, MELAKA TEL./FAX : 06 5253288 Email : mct1001@ppdjasin.edu.my

KEM ANAK SOLEH 2012


ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR DAN MAHASISWA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA TARIKH 13 DAN 14 JULAI 2012 / BERSAMAAN 23 DAN 24 REJAB 1432 H TEMPAT SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR 77500 SELANDAR, MELAKA TEL./FAX : 06 5253288 Email : mct1001@ppdjasin.edu.my

KEM ANAK SOLEH 2012


ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR DAN MAHASISWA IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA TARIKH 13 DAN 14 JULAI 2012 / BERSAMAAN 23 DAN 24 REJAB 1432 H TEMPAT SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM SELANDAR

PETUA KHUSYUK Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya[Surah AlMukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5] Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakanakan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk

memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul sembahyang Kolbih), menyedari bahawa itu. Allah memperhatikan

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau apapun syarat khusyu yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam AlGhazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah

Sabar

dan

Solat

sebagai

penolongmu.

Dan

sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]. DO'A SELEPAS AZAN

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam. Maksudnya: Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda. DOA SELEPAS WUDUK

Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

DO'A QUNUT

Maksudnya: Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orangorang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina" "Wa'a fini" kepada "Wa'a fina" ''Watawallani" kepada "Watawallana" "Wabarikli" kepada "Wabariklana" "Waqinii" kepada "Waqina" Sujud Sahwi:

Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:

Subhaaman laa yanaamu laa yas hu Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

DO'A SELEPAS SOLAT

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta

siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Anda mungkin juga menyukai