Anda di halaman 1dari 49

7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

MANUAL
TEKNOLOGI PENANAMAN
CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI
 

Khairul Asfamawi Khulidin, Aminuddin Hussin,


dan Mohd Hassan Wagiran

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 1/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

MANUAL

TEKNOLOGI PENANAMAN
CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 2/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

MANUAL
 
TEKNOLOGI PENANAMAN
CENDAWAN TIRAM KELABU DAN JERAMI PADI

Khairul Asfamawi Khulidin, Aminuddin Huss in, dan


Mohd Hassan Wagiran

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 3/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

 
KANDUNGAN

Penghargaan ii 6.1 Penanaman cendawan jerami padi menggunakan jerami padi 23


Prakata iii 6.1.1 Penyediaan dan pengkomposan medium penanaman 23
1.0 Pendahuluan 1 6.1.2 Pensterilan kompos (medium penanaman) 28
2.0 Scenario penanaman cendawan di Malaysia 3 6.1.3 Penyuntikan benih 30
3.0 Pengenalan mengenai cendawan 5 6.1.4 Memunggut hasil 31
4.0 Kepelbagaian cendawan terdapat di Malaysia 8 6.2 Anggaran perbelanjaan untuk penanaman cendawan jerami padi 34
5.0 Cendawan tiram kelabu 9 7.0 Pengendalian serangga perosak dan penyakit cendawan 35

5.1 Penanaman cendawan tiram kelabu dengan menggunakan habuk kayu getah 9 7.1 Pengendalian serangga perosak 35

5.1.1 Penyediaan substrat beg makanan 9 7.2 Pengendalian penyakit 37

5.1.2 Pengukusan beg cendawan 14

5.1.3 Penyuntikan benih 16 Penutup 38

5.1.4 Memungut hasil 18 Lampiran 1 : Mesin pengaduk (Mixer machine) 39

5.1.5 Pembungkusan hasil 20 Lampiran 2 : Mesin pengisi bongkah (Bagging machine) 40

5.2 Penjagaan beg dan rumah cendawan tiram kelabu 21 Lampiran 3 : Alat pengukus (Steamer ) 41
5.3 Anggaran perbelanjaan untuk penanaman cendawan tiram kelabu 22 Lampiran 4 : Kebuk laminar (Laminar flow) 42
6.0 Cendawan jerami padi 23 Bibliografi

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 4/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

PENGHARGAAN

Penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengarang Manual Teknologi

Y. H. Dato’ Dr. Masri Muhammad - Pengerusi


En. Mohamad Abd Manas - Setiausaha
Pn. Nor Raizan Abd. Hamid (TS)
En. Aminuddin Hussin (BT)
Dr. Suhaimi Othman (SR)

Dr. Tan Swee Lian (RI)


En. Illias Mohd Khir (HR)
Pn. Noor Azizah Ahmad (TM)
En. Tapsir Serin (ET)
Dr. Musaddin Kamaruddin (LR)
Dr. Teoh Chin Chuang (MA)
Hj. Ab. Halim Ab. Hamid (PT)
Pn. Hj. Wan Rahimah Wan Ismail (PT)

Ribuan terima kasih kepada En. Syed Osman Abadi (Syedila Enterprises), Pn. Norhasyima Hashim (Modern Farmer Agro Resources) dan mereka yang
secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam melaksanakan pengujian teknologi ini dan penerbitan manual ini.

TERIMA KASIH

ii

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 5/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

PRAKATA

Pada tahun 1934, penanaman cendawan jerami padi mula diperkenalkan di Pulau Pinang. Walaupun, perusahaan cendawan telah
lama bertapak namun begitu, perkembangan industri ini agak perlahan. Ini disebabkan kurangnya maklumat dan pengetahuan dari segi
potensi perusahaan, teknik penanaman dan pemasaran. Sekitar tahun 1980an, industri ini mulai berkembang disebabkan adanya galakan dan
kempen-kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga media massa.

Mengikut laporan Jabatan Pertanian pada tahun 2008, hampir 436 pengusaha cendawan di Malaysia, hanya mampu menghasilkan
lebih 7,000 tan/tahun berbanding dengan permintaan yang semakin meningkat sehingga 10,445 tan/tahun. Defisit perdagangan turut
meningkat dari RM13.04 juta pada tahun 2001 kepada hampir RM53.0 juta pada tahun 2007. Ini menunjukkan industri cendawan tempatan
masih jauh ketinggalan dan tidak mampu memenuhi permintaan yang kian meningkat. Oleh itu agensi-agensi kerajaan diharap dapat
membantu pengusaha cendawan tempatan ke arah peningkatan hasilan menerusi seminar, kursus, pemberian insentif, modal dan sebagainya
agar industri ini dapat berkembang serta mengurangkan defisit dagangan

Manual teknologi ini merupakan pemangkin kepada industri penanaman cendawan di Malaysia kerana ianya menjelaskan secara
terperinci dan bertindak sebagai panduan bagi membolehkan pengusaha cendawan mengusahakannya secara lebih sistematik. Semoga
sumbangan manual ini dapat membantu industri penanaman cendawan tempatan untuk terus berkembang dan berdaya maju selaras dengan
dasar kerajaan bagi memastikan perkembangan industri ini.

iii

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 6/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan industri cendawan berasaskan bioteknologi merupakan inisiatif baru bagi memajukan industri cendawan di negara ini.
Pendekatan ini adalah bertepatan dengan arus kemajuan industri penanaman cendawan kini. Penguasaan teknologi kini di dalam industri
penanaman cendawan merupakan pra-syarat kepada kelangsungan industri tersebut.

Usaha awal penanam cendawan di negara ini bermula sejak tahun 1960’an lagi. Pada tahun 1970’an, Cawangan Keselamatan Tumbuhan,
MARDI telah mengorak langkah untuk membangunkan penyelidikan dan mengusahakan penanaman cendawan. Buat permulaan penanaman
cendawan jerami padi telah diperkenalkan di Bintong, Perlis dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Peringkat awalnya, penanaman cendawan
 jerami padi dilakukan di atas longgokan jerami padi pada batas sawah padi. Begitu juga dengan penanaman cendawan tiram dilakukan di atas
batang kayu getah. Pada ketika itu, benih jerami padi dan tiram diperolehi daripada luar negara, France dalam bentuk bundel (1 kg per beg).

Cendawan jerami padi

Rajah 1 : Penanaman cendawan jerami padi dengan menggunakan kaedah


lama. Cendawan jerami padi ditanam atas longgokan jerami padi
pada batas sawah padi.

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 7/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

Disebabkan kekurangan teknologi dan permasalahan yang sering timbul semasa penanaman cendawan, Pusat Penyelidikan Asas, MARDI
telah mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menyelidik permasalahaan yang berkaitan dengan penanaman cendawan. Peringkat awal kajian,

penggunaan pelbagai substrat telah diperkenalkan dalam penanaman cendawan terutamanya cendawan tiram putih dan kelabu. Bahan
subtrat yang digunakan untuk kajian penanaman cendawan tersebut adalah hampas kapas, sabut kelapa sawit dan jerami padi selain
daripada habuk kayu getah. Namun begitu, substrak habuk kayu getah didapati lebih sesuai digunakan sebagai subtrat untuk penanaman
cendawan kerana mudah diperolehi dalam kuantiti yang banyak dan murah.

Pada tahun 1990’an, Program Bioteknologi, MARDI telah memperkenalkan cendawan sebagai bahan tambah kepada makanan ternakan
kerana nilai nutrisinya yang tinggi. Walaupun begitu, penggunaan cendawan sebagai bahan tambah untuk makanan ternakan tidak dapat
diaplikasikan kerana melibatkan kos penghasilan yang tinggi. Secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga makanan
ternakan. Namun begitu, dengan peningkatan harga jagung dan gandum dijangka dapat mengembalikan penggunaan cendawan sebagai
bahan alternatif atau substitut untuk makanan ternakan.

Melihat kepada senario industri cendawan yang mulai berkembang, mulai tahun 2007, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dengan bantuan Pusat
Promosi dan Pembangunan Teknologi, MARDI telah cuba untuk mengiatkan penyelidikan berasaskan cendawan. Serta mempromosikan
cendawan sebagai makanan yang bernutrisi tinggi dan mempunyai nilai perubatan. Ini bertepatan dengan aliran masyarakat kini yang
menyedari nilai pemakanan yang berkhasiat serta mudah untuk disediakan. Pada masa yang sama cuba untuk memperkenalkan spesis
cendawan tempatan seperti cendawan kukur, cendawan susu harimau, cendawan telinga kera dan cendawan senduk yang semakin dilupai.

Ramai pengusaha cendawan kini menghadapi masalah terutamanya dalam mendapatkan benih dan hasilan cendawan yang baik. Justeru itu,
adalah pertepatan Pusat Penyelidikan Bioteknologi cuba untuk mempergiatkan penyelidikan serta menyediakan platform kepada pengusaha

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 8/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

untuk mendapatkan khidmat nasihat serta teknologi yang bersesuaian dengan kehendak industri cendawan kini selaras dengan tema
‘Pertanian adalah Perniagaan’ .

Melalui Dasar Rancangan Malaysia ke – 9 dan Pertanian Negara ke 3, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era
kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi. Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar tersebut tetapi
keperluan cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dengan defisit bekalan bernilai RM 52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 matrik tan
cendawan pada tahun 2007 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007). Bilangan penanam cendawan di negara ini berubah-ubah kerana faktor
pasaran, persaingan dengan sayur-sayur yang lain, kos permulaan projek tinggi, kekangan teknologi dan ketiadaan agensi yang membimbing.
Justeru itu pembabitan pihak yang berwajib adalah bertepatan untuk membangunkan kembali industri cendawan tempatan.

2.0  SCENARIO PENANAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah Negara tropika yang bersuhu panas lembab (25-35oC) dan kelembapan bandingan (80-90%) dengan hujan
sepanjang tahun. Keadaan iklim seperti ini menjadikan hutan hijau Malaysia banyak ditumbuhi bermacam jenis kulat terutama kulat
cendawan yang tumbuh dikebanyakkan pada batang-batang kayu mati. Proses ini adalah sebahagian daripada ekosistem hutan. Kulat

cendawan jenis pengurai bahan reput (selulosa) tanaman, kebanyakkan membawa banyak khasiat makanan dan kesihatan kepada manusia.
Hanya sebahagian kecil kulat cendawan beracun.

Perusahaan cendawan di Malaysia masih berada di peringkat awal dan masih menggunakan teknik-teknik konvensional secara tradisi dengan
pengurusan yang tidak efisien. Oleh demikian, industri ini tidak berkembang. Suntikan teknologi baru melalui bioteknologi perlu dilaksanakan.

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 9/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

Justeru itu, program Bioteknologi Malaysia seperti yang dirancangkan oleh kerajaan, sangatlah sesuai perusahaan tanaman cendawan ini
yang bersifat bioteknologi sederhana dimajukan secara lebih baik dan teratur.

Dua faktor yang menentukan kejayaan perusahaan tanaman cendawan ini iaitu Bioteknologi Kultur Benih dan Bioteknologi Penanaman Kulat
Cendawan. Penanaman cendawan adalah suatu perusahaan yang telah diusahakan kebanyakkannya daripada golongan petani. Terdapat
faktor-faktor utama yang mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini iaitu :

Keuntungan yang tinggi dalam Kos pengeluaran rendah – menggunakan


 jangkamas a yang p endek bahan sampingan pertanian

FAKTOR UTAMA PENANAMAN


CENDAWAN SECARA KOMERSIL

Potensi pemasaran y ang baik Kandungan nutrient pemakanan yang


tinggi

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 10/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

3.0 PENGENALAN MENGENAI CENDAWAN

Cendawan ialah sejenis sayur yang mengandungi zat makanan dan vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran yang lain. Serta
mempunyai citarasanya yang enak dan mempunyai nilai-nilai nutrisi pemakanan yang baik (Chang dan Miles, 1989). Namun begitu,
cendawan merupakan tumbuhan yang tidak mengandungi klorofil. Oleh yang demikian, cendawan tiada keupayaan untuk menjana
makanannya sendiri. Cendawan memerlukan bahan makanan organik yang telah mereput dipersekitaran pertumbuhannya untuk dijadikan
sumber makanannya.

Lazimnya, cendawan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian di atas (upper) dan di bawah (lower) permukaan substrat. Bahagian di
atas permukaan substrat terdiri daripada tudung, insang dan tangkai cendawan. Pada bahagian bawah tudung cendawan terdapat insang-
insang yang mengandungi spora. Spora yang dihasilkan berfungsi sebagai biji benih cendawan. Bahagian tangkai cendawan berfungsi
sebagai pemegang tudung. Bahagian atas cendawan yang biasanya dimakan turut dikenali sebagai jisim berbuah. Manakala bahagian di
bawah pula mempunyai hifa yang menyerupai bebenang halus. Hifa yang terbentuk berfungsi menyerap bahan makanan melalui rembesan
enzim terutamanya selulase, hemiselulase dan lignase. Perembesan enzim tersebut membantu dalam pencernaan bahan organik supaya
memudahkan resapan masuk oleh miselium untuk pertumbuhan dan pembiakan cendawan. Gugusan hifa turut dikenali sebagai miselium.

Pertumbuhan miselium cendawan bergantung kepada bekalan bahan makanan serta faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan.
Terdapat dua jenis miselium bagi kebanyakkan cendawan sebelum proses pembuahan boleh berlaku, iaitu jenis miselium positif dan negatif.
Kedua-dua jenis miselium ini dikenali sebagai miselium primer. Pergabungan kedua-dua jenis miselium ini dikenali sebagai miselium sekunder.
Miselium sekunder akan membesar dalam keadaan yang sesuai untuk pembuahan cendawan. Pembuahan cendawan turut terbentuk apabila

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 11/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

tindakbalas fisiologi berlaku akibat perubahan persekitaran dan kekurangan bahan makanan. Namun begitu, ada di antara cendawan yang
hidup dalam keadaan yang tertentu sahaja seperti cendawan busut yang memerlukan kehadiran anai-anai.

Gambarajah 1 : Morfologi cendawan

CENDAWAN

Tudung Sisik

Jisim berbuah 
Insang
Spora

Gelang

Batang

Sisik
Vulva

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 12/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

Gambarajah 2 : Kitaran hidup cendawan

Miselium negatif Miselium positif

Spora
Pengabungan hifa
yang serasi

Percambahan spora

Hifa tidak

lengkap

Penghasilan spora

Penghasilan
Pembentukansklerotia hifa

Pembentukan
primordia

Pembuahan cendawan
7

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 13/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

4.0  KEPELBAGAIAN CENDAWAN TERDAPAT DI MALAYSIA

Terdapat kira-kira 2,000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan
yang ditanam iaitu :

1.  Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju)


2.  Cendawan Abalone (Pleurotus cystidiosus)
Cendawan Tiram Kelabu 
3.  Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida)
4.  Cendawan Shitake (Lentinus polyticha)
5.  Cendawan Telinga Kera ( Auricularia sp.)
6.  Cendawan Butang ( Agaricus sp.) 
7.  Cendawan Jerami Padi (Volvoviella volvacea)

Cendawan Jerami Padi 

Cendawan Tiram Putih 

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 14/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

5.0 CENDAWAN TIRAM KELA BU

Cendawan tiram kelabu dengan nama saintifiknya Plerotus sajor caju  merupakan cendawan yang popular ditanam dikalangan pengusaha
cendawan. Ini adalah kerana permintaan terhadap cendawan tersebut adalah tinggi.

Cendawan boleh ditanam pada bahan buangan pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara contoh bahan yang
boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, habuk kayu berangan, habuk kayu oak dan akasia. Jerami
padi, sekam padi, tandan kosong kelapa sawit dan sabut kelapa sawit merupakan bahan sampingan pertanian turut boleh digunakan sebagai
substrat. Namun begitu, bahan (substrat) habuk kayu getah adalah sangat baik, ekonomi dan produktif untuk digunakan dalam penanaman

cendawan tiram kelabu.

5.1 Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Dengan Menggunakan Habuk Kayu Getah

5.1.1 Penyediaan subs trat beg cendawan 

1. Bahan dan peralatan :

a. Habuk Kayu Getah


b. Dedak Halus
c. Kapur Pertanian (Kalsium karbonat)
d. Beg Plastik PP (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 15/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

e. Gegelang PVC (panjang 2 - 3cm, garis pusat 3cm)


f. Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

2. Kaedah :

i.  Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100 : 10 : 1.

Habuk kayu
 
getah Habuk kayu getah diratakan
untuk mendapatkan
campuran yang sekata 

Habuk kayu getah


dicampurkan dengan dedak
dan kapur pertanian 

10

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 16/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

ii.  Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

Habuk kayu getah


dicampurkan dengan air
supaya campuran lembab 

iii.  Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

Campuran habuk kayu


getah dihentak supaya
padat 

Habuk kayu getah dimasukkan ke


dalam beg plastik 

11

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 17/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

iv.  Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama
dan diikat dengan getah.

Beg dipasangkan gegelang PVC dan


penyumbat kapas 

Beg siap dipasang gegelang PVC dan


penyumbat kapas 

12

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 18/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

  Kini dengan menggunakan peralatan yang sesuai, proses pencampuran habuk kayu menjadi mudah dan dapat disiapkan dalam
kuantiti yang banyak serta pantas.

Campuran digaulkan dengan


menggunakan mesin pembancuh
(mixer machine) 

Campuran yang sebati dimasukkan ke


dalam beg 

Mesin pengisi
(Bagging machine) 

13

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 19/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

5.1.2 Pengukus an beg cendawan 

1. Bahan dan peralatan :

a. Tong Drum (skala kecil) atau Pengukus 4’ x 7’ (skala besar)


b. Set Dapur Gas

2. Kaedah :

i. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

Letakkan bata di dalam tong drum


untuk proses pengkukusan  Lapik (dari bata dan dawai jaring) 

14

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 20/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

ii. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
iii.  Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

Beg cendawan diletakkan di atas lapik Beg-beg cendawan siap disusun 


di dalam tong drum yang berisi air  

iv.  Kukus selama 5 – 6 jam (bergantung kepada kuantiti beg cendawan yang dimasukkan). Selepas pengukusan
beg cendawan dibiarkan sejuk sebelum suntikan benih dilakukan.

Proses pengukusan
dijalankan  sedang

Pengukus skala besar


(450 - 500 beg cendawan) 

15

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 21/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

5.1.3 Penyunti kan benih 

1. Bahan dan peralatan

a. Benih Cendawan
b. Pencungkil Benih

Beg yang berisi


benih cendawan 

Benih cendawan
dalam botol

16

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 22/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

2. Kaedah :

 
i. Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
ii.  Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

Beg cendawan dibuka untuk


Benih cendawan dihancurkan dengan Penyuntikan benih
memasukkan benih cendawan ke
pencungkil  dilakukan
dalamnya 

iii. Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali
mulut beg cendawan.
iv. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
v Biarkan miselium tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

17

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 23/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

5.1.4 Memungut hasil

1. Setelah miselium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

Beg cendawan disusun secara


mendatar  

Beg cendawan disusun secara


menegak 

2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meningkatkan kelembapan dan
merendahkan suhu.
4. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.

18

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 24/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

Cendawan yang boleh dipungut 

5. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil (beg kulat cendawan perlu dikorek sedikit) dan ditutup
kembali beg tersebut. Tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali (merehatkan miselium serta mengaktifkan
kembali sebelum penghasilan seterusnya) dan disiram.

19

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 25/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

5.1.5 Pembungk usan hasil

 
1. Cendawan dibersihkan terlebih dahulu daripada segala kotoran dan bahagian bawah batang cendawan dibuang.
2.  Cendawan tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik (PP) secara mendatar.
3.  Beg cendawan dihampagas (vacuum) untuk memelihara kesegarannya.
4.  Beg cendawan tersebut disimpan di dalam peti sejuk (4-5oC)
5.  Penyimpanan sebegini dapat mengekalkan kesegaran cendawan dalam tempoh masa 4-5 hari.

Cendawan yang siap dibungkus 

20

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 26/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

 
5.2 Penjagaan Beg Dan Rumah Cendawan Tiram Kelabu

1.  Beg substrat cendawan yang telah disuntik benih cendawan (spawn) ditempatkan di satu ruangan khas untuk proses pemeraman
sebelum dialih ke rumah cendawan.

2.  Keadaan suhu antara 25-30oC adalah sesuai untuk pertumbuhan miselium semasa pemeraman.

3.  Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan badan cendawan (fruiting bodies) adalah 28-30oC.

4.  Kelembapan bandingan (RH) ruang udara yang diperlukan di dalam rumah cendawan ialah 80-90%C.

5.  Untuk mendapatkan suhu rendah (28oC) dan kelembapan yang tinggi (85%) diperlukan, rumah cendawan hendaklah disiram dua kali
sehari iaitu pagi dan petang. Siraman elok dilakukan di dinding, lantai dan jika perlu ke arah bumbung.

6.  Sebelum menyuntik benih cendawan (spawn) pastikan tangan dicuci dengan larutan basmi kuman atau sapukan spirit pada tapak

tangan hingga ke pergelangan tangan.

7.  Sembur bilik dengan larutan basmi kuman (10%) seperti Dettol, Lysol atau Jeypine.

8.  Sembur bilik serta rak kayu selepas setiap kali penghasilan.

21

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 27/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

 
5.3   Ang garan Per belanjaan Untuk Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

 ANGGARAN PERBELANJAA N UNTUK 20,000 BEG MEDIA  ANGGARAN KOS BAHAN

BIL. BAHAN DESKRIPSI RM BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM


1. Dedak padi halus 6 guni x 70 kg 360 1. Dedak padi 70 kg / guni 60
2. Habuk kayu 6 lori / 20 metrik tan 1350 2. Habuk 4 tan / lori 225
3. Plastik 4 guni x 30 kg 840 3. Plastik 6.75" X 14.25" X 0.05" (30 kg / guni) 5000 peket 7
4. Kapur 50 kg 15 4. Kapur kg 50 kg 15
5. Gelung / Tudung 20,000 set 2400 5. Gelung / Tudung set 0.12
6. Benih 500 beg 1150 6. Tutup rehat unit 0.05
7. Kertas 6 keping 6 7. Benih 220 grams / beg 2.3
8. Gas 22 balang 484 8. Kertas keping 1
9. Tutup rehat 20,000 set 1000 9. Gas balang 22
10. Upah 0.2 sen per beg 4000

JUMLAH A 11605

BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM


1. Bangsal cendawan Ukuran 40' x 20' 2 40000
2. Mesin pengisi Untuk mengisi substrat dalam beg 1 32000
3. Mesin pembancuh Untuk pencampuran bahan substrat 1 6800
4. Pengukus Untuk mengukus beg substrat 1 6000

JUMLAH B 84800
JUMLAH A + B 96405

22

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 28/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

6.0 CENDAWAN JERAMI PADI

Cendawan jerami padi dengan nama saintifiknya Volvoviella volvacea merupakan cendawan yang jarang dan sukar untuk diperolehi di
pasaran. Bentuknya yang seakan butang dan matang setelah tudung cendawan jerami padi mengembang. Cendawan tersebut mudah busuk
dan tidak tahan diserang penyakit. Justeru itu, cendawan jerami padi kurang diusahakan oleh pengusaha cendawan.

Penanaman cendawan jerami padi agak berlainan jika dibandingkan dengan cendawan tiram. Untuk penanaman cendawan jerami padi,
pembuatan bongkah atau beg cendawan tidak digunakan. Substrat yang digunakan adalah jerami padi atau sabut kelapa sawit, dedak halus
dan kapur pertanian. Campuran tersebut perlu melalui kaedah pengkomposan.

6.1 Penanaman Cendawan Jerami Padi Dengan Menggunakan Jerami Padi

6.1.1 Penyediaan dan pengkom posan medium penanaman

1.  Bahan dan peralatan

a.  Jerami padi atau sabut kelapa sawit


b.  Dedak
c.  Kapur pertanian

23

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 29/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

Substrat jerami padi

Substrat sabut kelapa sawit 

24

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 30/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

2.  Kaedah pengkomposan

Pengkomposan medium penanaman yang telah dicampur bertujuan untuk menguraikan sebatian-sebatian yang
terdapat di dalamnya, agar menjadi lebih sederhana sehingga mudah diserap dan dicerna oleh cendawan.
Pengkomposan dilakukan dengan cara :

i.  Gaulkan jerami padi atau sabut kelapa sawit, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:20:2 di atas lantai
simen yang telah dibersihkan terlebih dahulu.

Penaburan kapur pertanian di


atas jerami padi 

Campuran digaul sehingga


sebati 

25

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 31/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

ii.  Campuran dibasahkan dengan air pada kadar 60 – 65% dan digaulkan sehingga sebati.

Bahan campuran digaulkan


dengan rata serta dibasahkan
dengan air pada kadar 60 – 65% 

iii.  Campuran tersebut ditutup dengan plastik hitam selama 2 hari sehingga suhunya mencapai 50oC dengan
kadar kandungan air 60 – 65% dan pH 6 – 7.

Campuran tersebut ditutup dengan


plastik selama 2 hari untuk tujuan
pengkomposan 

26

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 32/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

iv.  Campuran perlu digaulkan kembali selang dua hari supaya suhunya kekal pada 50oC. Penetapan suhu
sedemikian adalah bertujuan mengurangkan kehilangan sebatian nitrat melalui pembebasan gas ammonia.

Sebatian ini diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan cendawan.


v.  Pada hari ke – 10 pengkomposan, bahan tersebut boleh digunakan sebagai medium pertumbuhan cendawan
 jerami padi.

Medium penanaman yang telah


mengalami pengkomposan selama
10 hari 

27

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 33/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

6.1.2 Pensterilan kom pos (medium penanaman)

Pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi berbeza dengan medium penanaman cendawan tiram. Ini adalah
kerana, pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi dilakukan di dalam rumah cendawan. Justeru itu, kaedah
pensterilan medium penanaman cendawan jerami padi adalah :

i. Medium penanaman atau kompos tadi diletakkan di atas rak-rak di dalam rumah cendawan.

Rak yang telah tersedia untuk Medium penanaman


menempatkan medium penanaman (kompos) ditempatkan di
(kompos) atas rak 

28

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 34/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

ii. Setelah itu, wap panas dialirkan ke dalam rumah cendawan melalui air yang telah dipanaskan menggunakan
dandang.

Tong dram yang diisi air mendidih


untuk pensterilan rumah cendawan
(skala kecil) 

Tong dram yang diisi air mendidih


untuk pensterilan rumah cendawan
(skala besar) 

iii.  Dandang diperbuat daripada dua tong dram yang berkapasiti 100 liter. Kedua-dua tong dram tersebut diletakkan
dalam keadaan melintang di atas tungku api yang ditempatkan di luar rumah cendawan.

29

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 35/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

 
iv.  Setiap tong dram dibuat lubang untuk mengalirkan wap panas melalui saluran paip aluminium berdiameter 2 – 3 sm
terus ke rumah cendawan.
v.  Wap panas yang dihasilkan dari proses pendidihan air di dalam tong dram menyebabkan berlakunya proses
pensterilan rumah cendawan.
vi.  Pensterilan dilakukan selama 2 – 4 jam sehingga suhu di dalam rumah cendawan meningkat ke 70 oC.
vii.  Setelah itu, dibiarkan rumah cendawan selama 24 jam sehingga suhunya turun menjadi 30 - 35  oC.

6.1.3 Penyunti kan benih cendawan jerami padi

i.  Sebanyak 12 bag benih cendawan padi (350 gram setiap bag) diperlukan untuk 100 kg substrak.
ii.  Penanaman benih cendawan jerami dilakukan dengan cara menaburkannya terus ke rak penanaman yang telah
tersedia medium penanaman (kompos).

Benih cendawan jerami padi

Benih cendawan
ditaburkan di atasjerami padi
medium
penanaman

30

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 36/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

iii.  Suhu optimum pada 30 - 34 oC dan kelembapan sebanyak 95% (relatif humidity) diperlukan untuk pertumbuhan
miselium.
iv.  Kadar kegelapan dalam rumah cendawan pada 98% (gelap). Pertumbuhan miselium mengambil masa selama 10
hari untuk memenuhi medium penanaman.

6.1.4  Memunggut hasil

i.  Pada hari ke – 11, kelihatan pin head cendawan jerami padi mulai kelihatan di atas medium penanaman.

Pin head cendawan jerami padi mulai


kelihatan 

31

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 37/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

ii.  Cendawan jerami padi mula dituai sebelum pin head berukuran maksimum iaitu ketika pertumbuhan tubuh pin head 
baru mencapai tahap butang (button stage) atau pada hari ke – 12 penanaman.

Tahap butang (button stage) terlalu


matang 

Pin head mencapai tahap maksimum


(button stage) 

32

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 38/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

iii.  Di peringkat matang (hari ke – 12), cendawan jerami padi boleh dituai sebanyak 2 kali iaitu pada sebelah pagi dan
petang.
iv.  Cendawan jerami padi yang terlalu matang tidak mempunyai nilai dan harga di pasaran.
v.  Lazimnya, sebanyak 30% hasilan diperolehi setiap 100 kg substrat yang digunakan.

Cendawan jerami padi sedang


dikutip 

Cendawan jerami padi

33

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 39/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

6.2 Anggaran Perbelanjaan Untuk Penanaman Cendawan Jerami Padi 

 ANGGARAN PERBELANJAA N UNTUK 4 UNIT RUMAH CENDAWAN (10' X 10')  ANGGARAN KOS BAHAN

BIL. BAHAN DESKRIPSI RM BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM


1. Dedakpadi halus 6 guni x 70 kg 360 1. Dedak padi 70 kg / guni 60
2. Jerami padi 6 lori / 20 metrik tan 1350 2. Jerami padi 4 tan / lori 350
3. Plastik hitam 1 gulung 350 3. Plastik hitam 1 gulung (50 meter) 1 gulung 350
4. Kapur 50 kg 15 4. Kapur kg 50 kg 15
5. Benih 120 beg (5 beg x 6 rak / rumah x 4 rumah) 420 5. Benih 220 grams / beg 3.5
6. Gas 2 balang 44 6. Gas balang 22
7. Upah RM50 per rumah cendawan (10' x 10') 4 unit rumah 200

JUMLAH A 2739

BIL. BAHAN DESKRIPSI UNIT RM


1. Bangsal cendawan Ukuran 10' x 10' 4 20000
2. Pengukus Untuk mengukus rumah cendawan 1 6000

JUMLAH B 26000
JUMLAH A + B 28739

34

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 40/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

7.0 PENGENDALIAN SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT CENDAWAN

7.1 Pengendalian Serangga Perosak

Kewujudan aroma khas medium penanaman cendawan, mengundang kehadiran beberapa jenis serangga perosak ke dalam rumah
cendawan. Kehadiran serangga perosak cendawan menyumbang kepada kemerosotan nilai dan kualiti cendawan. Di antara
serangga perosak cendawan adalah :

1.  Hama (mite) adalah serangga kecil lembut berwarna coklat jernih berukuran 0.18 – 0.5 mm panjangnya. Hama akan
mengerumuni kelopak cendawan hingga menyebabkan cendawan rosak dan busuk. Hama turut menyebabkan penyakit kulit
terjadi pada pekerja di rumah cendawan. Kehadirannya dibawa oleh lalat.

Serangan hama di bahagian insang


cendawan Kehadiran larva perosak di
bahagian insang cendawan

35

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 41/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

2.  Tikus kadangkalanya merupakan ancaman kepada kerosakan medium penanaman cendawan. Ianya gemar menyerang dan
makan sebahagian medium penanaman cendawan. Ini menyebabkan pertumbuhan miselium terbantut dan menyumbangkan
kepada kerosakan pembuahan cendawan.

3.  Semut sering mengerumuni kelopak cendawan hingga menyebabkan cendawan rosak dan busuk.

4.  Lintah bulan dan siput sering kelihatan dan merosakkan cendawan sekiranya keadaan rumah cendawan yang tidak bersih.

Pengendalian rumah cendawan yang baik dan bersih dapat menghindarkan daripada seranga serangga perosak. Antara kaedah yang

boleh dilakukan adalah :

i.  Menyembur metil bromida dengan sukatan yang betul untuk serangan hama.
ii.  Menyembur racun serangga khusus untuk anai-anai seperti Cypermethrin, Permethrin atau Chloorpyrifos.
iii.  Menyembur racun serangga berbahan aktif seperti Kalthane atau Malathion untuk serangan labah-labah.

36

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 42/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

7.2 Pengendalian Penyakit

Kadangkalanya, cendawan turut diserang penyakit yang boleh merosakkannya. Simpton cendawan diserang penyakit seperti cendawan
berlendir, busuk, berlubang dan sebagainya. Lazimnya, penyakit cendawan disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.

Kehadiran mikroorganisma atau agen penyebab penyakit biasanya disebabkan proses pensterilan tidak dilakukan dengan betul. Oleh yang
demikian, perlu dipastikan setiap aspek pensterilan haruslah dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang tertentu. Penggunaan
pembasmi kuman formalin 0.5%, klorok 70% atau alkohol 10% amat digalakkan ketika mengendalikan proses pensterilan.

Penggunaan racun kulat seperti Benlate, Bavitsin, WP atau Bravo 500 boleh mengelak daripada serangan kulat terjadi. Aspek kebersihan
pekerja turut dititikberatkan supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada cendawan diserang penyakit.

37

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 43/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

PENUTUP

Perusahaan cendawan tempatan mempunyai potensi yang luas untuk dibangunkan secara komersil. Namun begitu, kepincangan pengurusan,
ketandusan strategi pemasaran dan keterbatasan teknologi merencatkan kelangsungan industri penanaman cendawan. Manual teknologi
penanaman cendawan tiram kelabu dan jerami padi merupakan siri permulaan untuk teknologi penanaman cendawan di Malaysia. Serta
mengemudi kelangsungan industri penanaman cendawan ke arah yang lebih efektif dan efisien. Justeru itu, peratusan kejayaan sesuatu
industri penanaman cendawan memerlukan pendekatan secara bersepadu daripada semua pihak yang berwajib.

38

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 44/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

LAMPIRAN 1 : MESIN PENGADUK (MIXER MACHINE)

Mesin pengaduk – alat yang diperlukan untuk seragamkan (homogen) campuran medium penanaman cendawan. 

Bahagian dalam mesin


Spesifikasi mesin pengaduk : pengaduk 

-  Kuasa motor 2.0 HP fasa tunggal. 


-  Kapasiti 60 hingg 70 kg habuk kayu kering. 
-  Penghasilan bongkah – 130 bongkah. 

Campuran bahan
dilakukan 

Mesin pengaduk 

39

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 45/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

LAMPIRAN 2 : MESIN PENGISI BONGKAH (BAGGING MACHINE)

Mesin pengisi bongkah – alat yang diperlukan untuk mengisi campuran medium penanaman cendawan ke dalam beg. 

Spesifikasi mesin pengisi bongkah :

-  Kuasa motor 1.5 HP fasa tunggal.


-  Masa pengisian 200 - 240 bongkah sejam.
-  Kapasiti habuk 45-50 kg (campuran dengan air).
-  Terdapat suis ‘on’ dan ‘off’ semasa pengisian dilakukan.

Campuran medium
penanaman diisikan ke
dalam beg 

Mesin pengisi bongkah 

40

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 46/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

LAMPIRAN 3 : ALAT PENGUKUS (STEAMER)

 Alat penguku s – alat yang digunakan untuk mengukus bongkah cendawan supaya tidak dicemari dengan mikrob.

Spesifikasi alat pengukus :

-  Setiap satu mempunyai kapasiti yang tertentu iaitu :

i.  Kapasiti Mini Saiz 6' x 3' x 3' : 360 bag.


ii.  Kapasiti Kecil Saiz 6' x 4' x 4' : 576 bag.
iii.  Kapasiti Besar Saiz 6'x 6' x 5': 1154 bag.

-  Mempunyai jangkasuhu dan injap manual.


-  Pintu dilingkari dengan getah penebat stim.

Pengukus skala besar  

Bahagian dalam alat


pengukus

Pengukus skala kecil 

41

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 47/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

LAMPIRAN 4 : K EBUK LAMINAR (LAMINAR FLOW)

Kebuk laminar – tempat yang digunakan untuk penyuntikan benih cendawan tiram kelabu dalam keadaan yang bersih. 

Lampu lembayung ungu


(ultraviolet) digunakan untuk
sterilkan kebuk laminar  

Kebuk laminar  

42

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 48/49
7/22/2019 Manual Teknologi Penanaman Cendawan

BIBLIOGRAFI

Che Hasmah, H. (2008). Malaysia market entry policy and edible mushroom trade. Malaysian Mushroom Conference and Foray. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 27 - 29 November.

Dang, L. A. R. dan Khairul, A. K. (2009). Tanaman cendawan menggunakan bahan buangan pertanian. Agromedia 3: 46 – 47.

Khairul, A.K and Dang, L. A. R.  (2009). Schizophyllum commune    (cendawan kukur) : A potential local wild edible mushroom.
International Training Workshop on Edible & Medicinal Mushroom Production Technology, Shanghai, China.1 – 13 November.

Khairul, A. K. (2009). Hala tuju industri c endawan di Malaysia. Seminar Pemantauan Projek, Program Biopemprosesan, Pusat Penyelidikan
Bioteknologi, MARDI. Mines Resort Hotel, Seri Kembangan, Selangor. 25 – 26 Jun.

Lee, B. S. (1990). Siri Panduan Tanaman : Panduan Penanaman Cendawan. Berita Publishing Sdn. Bhd.

Lee, B. S. (1987). Prospects for a mushroom industry in Malaysia. Malaysia. Agricultural Digest 5: 1 – 16.

Noor Auni, H. dan Lee B. S. (1991). Laporan khas : Prospek dan kajian kemungkinan perusahaan cendawan tropika secara komersial 
(Prospect and feasibility studies of commercial tropical mushroom). Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

http://slidepdf.com/reader/full/manual-teknologi-penanaman-cendawan 49/49

Anda mungkin juga menyukai