Anda di halaman 1dari 52

PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)

Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PANDUAN PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA


Nama Institut
Pusat Latihan Bertauliah MLVK (K06022)

Kemahiran Y-012-1(02)

Pakej PENYELENGGARAAN KANDANG TERNAKAN

02.02 - Menyelenggara kandang ternakan


Tugasan

Modul ini bertujuan untuk membantu pelatih di


dalam membangunkan kemahiran
Penyelenggaraan ternakan dan pada akhir
pembelajaran, pelatih akan berupaya untuk :
Sinopsis
i) Mengenalpasti jenis selenggaraan
ii) Menyediakan peralatan dan bahan
selenggaraan
iii) Menyelenggara kandang ternakan

Pra Syarat Tiada

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 1 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PAKEJ

Penyelenggaraan Kandang Ternakan

TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

Menyelenggara kandang ternakan menggunakan pelan kandang, peralatan dan


bahan pertukangan supaya jenis selenggaraan dikenalpasti, Peralatan disediakan, kerja-
kerja selenggaraan dilakukan dan setiap jenis keperluan selenggaraan disempurnakan.

NO LANGKAH-LANGKAH ENABLING OBJECTIVES

Kenalpasti jenis selenggaraan menggunakan


pelan kandang supaya jenis atau tempat
1 Kenalpasti jenis selenggaraan
selenggaraan ditentukan dan peralatan serta
bahan yang sesuai dapat disediakan.

Sediakan peralatan dan bahan selenggaraan


menggunakan senarai peralatan dan bahan
Sediakan peralatan dan pertukangan supaya bahan serta peralatan
2
bahan selenggaraan pertukangan dikenalpasti dan kerja kerja
selenggaraan dapat dilaksanakan.

Lakukan kerja-kerja selenggaran kandang


ternakan menggunakan gergaji, tukul, papan,
Lakukan kerja-kerja beruti, tukul, cat, berus, atap supaya kerja
3 selenggaran kandang mengecat, menyimen, menukang kandang
ternakan dibuat kerja kerja selenggara kandang
disempurnakan.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 2 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO.1 KENALPASTI JENIS SELENGGARAAN

Kenalpasti jenis selenggaraan menggunakan pelan kandang supaya jenis dan tempat
selenggaraan ditentukan dan peralatan serta bahan yang sesuai dapat disediakan.

NO AKTIVITI PEMBELAJARAN ARAHAN KHAS

Baca helaian maklumat IS/Y-012-1(02) LE 1 Jenis-jenis Rujuk fasilitator sekiranya


1. Selenggaraan untuk memahami jenis kerosakan dan menghadapi halangan atau
penyelenggaraan kandang. masalah.

Untuk menguji kefahaman anda sila selesaikan


Penilaian Pengetahuan Sendiri KAS/Y-012-1(02) LE 1
2.
dan bandingkan jawapan anda dengan kekunci
jawapan di muka surat

Hadiri sesi taklimat Mengenal Jenis Selenggaraan untuk Atur sesi taklimat dengan
3.
mengenali jenis selenggaraan fasilitator

4. Terus ke LE 2 setelah selesai menjalankan aktiviti di atas.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 3 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

IS/Y-010-1(02) LE 1 JENIS-JENIS SELENGGARAAN

1. Pendahuluan :

Kertas maklumat ini disediakan untuk memudahkan pelatih-pelatih


memahami dengan lebih lanjut jenis-jenis kerosakan dan penyelenggaraan
kandang

2. Definisi

2.1 Galvanised iron (G.I) Besi lembut, berbentuk bulat dengan


pelbagai saiz diameter, mempunyai ciri-ciri
tahan karat dan digunakan di dalam
pembinaan pagar, pintu dan kandang
ternakan.

2.2. Rabung Bahagian bumbung paling atas, menutupi


puncak bumbung dan berada pada
kedudukan pertemuan kedua-dua belah atap

2.3 Gulung-gulung Kayu beruti yang menjadi struktur atas sesuatu


bumbung dan menjadi tempat di mana atap di
paku ke atasnya

2.4 Gelegar Kayu beruti yang dipasang di bahagian bawah


kandang untuk memperkuatkan struktur lantai.
Papan atau kayu beruti akan dipaku kepada
bahagian ini untuk menjadikan lantai kandang.

2. Tujuan

Jenis selenggaraan dikenalpasti untuk menentukan kaedah dan tempat


selenggaraan serta menyediakan peralatan / bahan pembaikan yang
diperlukan

4. Jenis-jenis selenggaraan

4.1 Kerosakan bumbung bangunan/kandang

Zink dan asbestos biasanya digunakan sebagai atap kandang ternakan.


Terdapat pelbagai saiz atap, bergantung kepada keluasan, panjang bumbung
dan struktur atas kandang. Bumbung bangunan terdiri daripada atap dan
rabung. Kedua-duanya dipaku kemas kepada bahagian gulung-gulung iaitu
kayu beruti dibahagian struktur bumbung.

Kerosakan atap bangunan kerap berlaku terutamanya kebocoran. Ianya


disebabkan oleh pelbagai punca seperti keadaan atap yang lama/usang,
berkarat, dihempap oleh dahan pokok, ribut dan lain-lain. Terdapat juga
kerosakkan yang melibatkan bahagian rabung bumbung.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 4 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
Kebocoran atap perlu diselenggara dengan segera kerana apabila hujan ianya
akan turut memberi kesan kepada;

Struktur lain bangunan seperti bahagian bumbung (gulung-gulung)


lantai, dinding yang boleh menjadi rosak / reput
Ternakan akan mengalami stress akibat kesejukan.
Kerja-kerja harian kandang akan turut terjejas

Kerosakan bumbung kandang ternakan

4.2 Kerosakan lantai kandang ternakan

Lantai kandang ternakan biasanya dibina daripada konkrit simen kerana


ketahanan dan mudah dibersih. Bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan
najis ternakan, ianya dibina dengan kecerunan tertentu (tinggi di satu bahagian
dan rendah disatu bahagian yang menghala ke parit) supaya air basuhan dan
najis ternakan mudah dan cepat mengalir ke parit. Ini akan membantu kerja-
kerja pembersihan kandang dilakukan dengan cepat. Disamping itu ianya
dapat mengelak dari air bertakung yang lama-kelamaan boleh merosakkan
lantai.

Keadaan lantai yang berlubang adalah dianggap rosak dan perlu dibaiki
segera, kerana Ini akan menyebabkan:

Tempat kekotoran terkumpul


Sukar menjalankan kerja pembersihan
Boleh mendatangkan kecederaan kepada kaki ternakan.
Boleh mendatang kecederaan pada pekerja

Kerosakan lantai kandang ternakan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 5 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
4.3 Mengecat kandang

Bahan yang digunakan untuk pembinaan kandang terdiri daripada besi,


galvanised iron(G.I.), kayu, zink, dan lain-lain. Bagi besi dan G.I, ianya mudah
berkarat dan perlu diselenggara secara berkala. Bahagian-bahagian yang
mudah berkarat adalah bahagian di mana proses kimpalan berlaku. Bahagian
ini akan kehilangan lapisan pelindung karat akibat kesan daripada suhu yang
tinggi semasa proses kimpalan.

Mengecat adalah satu-satunya aktiviti selenggaraan yang perlu bagi besi dan
G.I. Cat yang disapu dengan baik dan sempurna akan dapat melindungi
permukaan besi dan G.I daripada berkarat. Ianya perlu dilakukan sekali pada
setiap 6 bulan 12 bulan begantung kepada keadaan besi atau G.I tersebut
perlu dicat pada selang masa tertentu bagi melindunginya daripada berkarat.

Infrastruktur kandang yang berkarat pula akan berlubang, patah dan boleh
menyebabkan kecederaan kepada ternakan dan pekerja.

Pagar Kandang ternakan

4.4 Kerosakan dinding kandang kambing/bebiri

Dinding kandang bebiri/kambing terdiri daripada papan/ kayu yang dipaku


pada tiang atau palang bertujuan untuk mengawal ternakan dalam
petak/kurungan. Papan bersaiz 6 X 1 diguna sebagai dinding dipaku pada
tiang dgn jarak 4 - 6 antara papan pertama, kedua dan seterusnya. Bagi
mengelak anak kecil lolos dan jatuh ke tanah, jarak antara lantai dengan papan
pertama adalah 2 . Tinggi dinding dari lantai memadai 4 kaki untuk bebiri.
Bagaimana pun bagi kandang bebiri pejantan dan kambing dinding perlu lebih
tinggi bagi mengelak ternakan melompat keluar.

Papan dinding boleh reput, patah, pecah dan tertanggal daripada tiang, Ianya
mungkin disebabkan oleh usia papan yang lama, kualiti kayu/papan yang
rendah, paku-paku berkarat dan patah atau papan papan dinding tersebut
digigit sedikit demi sedikit oleh ternakan. Dinding yang terdedah kepada hujan
dan panas akan mempercepatkan kerosakan pada dinding tersebut.

Kerosakan pada dinding akan menyebabkan ternakan boleh bergerak bebas


keluar dari petak/kurungan tanpa kawalan dan mungkin akan tercedera jika
terjatuh dari kandang.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 6 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

Papan dinding rosak akibat gigitant ternakan

4.5 Kerosakan Lantai kandang kambing/bebiri

Lantai kandang kambing/berbiri terdiri daripada kayu beruti bersaiz 2 (lebar) x


1 (tebal). Kayu-kayu beruti ini disusun dan dipaku pada gelegar dengan jarak
5/8 ( 1.5 cm ) antara satu sama lain. Jarak ini dikira sesuai bagi memastikan najis
boleh melepasi celah-celah lantai dan kaki/kuku ternakan tidak tersesepi pada
celahan lantai tersebut.

Lantai kandang boleh rosak apabila kayu beruti patah, pecah dan tertanggal
daripada gelegar. Ini mungkin berpunca daripada usia lantai terlalu lama, kualiti
kayu rendah, lantai terdedah pada kelembapan akibat atap bocor dan paku
berkarat.

Lantai juga menjadi reput kesan dari air kencing ternakan, tempias hujan yang
lama kelamaan akan patah atau pecah dan boleh tertanggal daripada
gelegarnya.

Kesan kerosakan ini jika tidak dibaiki segera boleh menyebabkan kecederaan
pada ternakan dan pekerja.

Kerosakan lantai kandang bebiri

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 7 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KAS/Y-010-1(02) LE 1 PENILAIAN PENGETAHUAN (SENDIRI)

Bagi soalan 1-5 terdapat empat (4) pilihan jawapan. Pilih dan bulatkan jawapan yang
paling tepat

1. Manakah antara berikut bukan penyebab kerosakan pada atap kandang


ternakan

a. Ditanduk ternakan
b. Dihempap dahan pokok
c. Usia atap yang terlalu lama
d. Dipukul ribut / ditiup angin kencang

2. Kandang lembu biasanya berlantai konkrit simen kerana

a. kos yang murah


b. tahan lama dan mudah dibersih
c. tidak perlu dibaiki jika rosak
d. tidak perlu dibersih

3, Lantai konkrit kandang yang berlubang boleh menyebabkan perkara berikut


kecuali

a. Tempat kekotoran terkumpul


b. Kerja pembersihan kandang sukar dijalankan
c. Kaki ternakan cedera
d. Simen menjadi reput

4, Bagi mengelak bahan-bahan binaan kandang seperti besi dan G. I. berkarat


ianya perlu selalu

a. dibersih
b. dibasmikuman
c. dicat
d. disapu minyak

5. Dinding kandang kambing yang rosak menyebabkan

a. ternakan bebas keluar dari petak kurungan


b. Ternakan bergaduh
c. Lantai kandang reput
d. ternakan terkena penyakit

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 8 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
Bagi soalan 6 hingga 10 tandakan () jika kenyataan berikut benar dan (X) jika
salah.

6. Atap yang bocor boleh menyebabkan lantai kandang bebiri reput. ( )

7. Air kencing ternakan dan tempias hujan tidak memberi apa-apa kesan terhadap
ketahanan lantai kayu kandang kambing, ( )

8. Keadaan lantai simen yang berlubang tidak perlu dibaiki segera. ( )

9. Bahan serta infrastruktur kandang yang berkarat akan berlubang, patah dan
boleh menyebabkan kecederaan kepada ternakan dan pekerja. ( )

10. Kerosakan pada dinding kandang bebiri mungkin menyebabkan ternakan


terjatuh dari kandang. ( )

Bagi soalan 11 hingga15 Isikan jawapan pada tempat kosong yang disediakan.

11. ______________ dan abestos adalah bahan yang sering digunakan sebagai atap
kandang ternakan.

12. Kandang lembu biasanya berlantai konkrit ___________________kerana ianya lebih


tahan dan mudah dibersih.

13. Pagar kandang daripada besi dan G.I. perlu dicat pada sela masa tertentu
bagi melindunginya daripada ____________________.

14. Lantai kandang kambing/berbiri terdiri daripada kayu beruti bersaiz ___ lebar x
___1 tebal disusun dan dipaku dengan jarak ______ cm antara satu sama lain.

15. Bagi kandang yang menempatkan bebiri betina, tinggi dinding dari lantai
memadai ______________ kaki.

Bagi soalan 16 hingga 20 garis jawapan yang betul

16. ( Atap bocor, lantai rosak ) boleh menyebabkan ternakan kesejukan apabila
hujan

!7. ( Pagar, dinding ) kandang daripada besi dan G.I. yang terdedah kepada panas
dan hujan perlu dicat pada sela masa tertentu.

18. Keadaan lantai yang berlubang dianggap telah rosak dan tindakan perlu
diambil untuk ( membasmikuman, membaiki ).

19. Dinding papan kandang bebiri yang terdedah kepada ( petir dan ribut, hujan
dan panas ) akan cepat reput dan rosak.

20. Lantai kandang kambing boleh rosak apabila kayu beruti ( patah atau pecah,
berlubang atau berkarat )dan tertanggal daripada gelegar.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 9 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KEKUNCI JAWAPAN

PENILAIAN PENGETAHUAN SENDIRI

KAS/Y-012-1(02) LE 1 PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO1

Soalan 1 : a

Soalan 2 : b

Soalan 3 : d

Soalan 4 : c

Soalan 5 : a

Soalan 6 : ()

Soalan 7 : (X)

Soalan 8 : X)

Soalan 9 : ()

Soalan 10 : ()

Soalan 11 : zink

Soalan 12 : simen

Soalan 13 : berkarat

Soalan 14 : 2 x 1, 1,5 cm

Soalan 15 : 4

Soalan 16 : Atap bocor

Soalan 17 : Pagar

Soalan 18 : membaiki

Soalan 19 : hujan dan panas

Soalan 20 : patah atau pecah

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 10 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

SEDIAKAN PERALATAN DAN BAHAN


PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO.2
SELENGGARAAN

Sediakan peralatan dan bahan selenggaraan menggunakan senarai peralatan dan


bahan pertukangan supaya bahan dan peralatan pertukangan dikenalpasti dan kerja
kerja selenggaraan dapat dilaksanakan.

NO AKTIVITI PEMBELAJARAN ARAHAN KHAS

Baca helaian maklumat IS/Y-012-1(02) LE 2 Peralatan Rujuk fasilitator sekiranya


1. dan Bahan Selenggaraan untuk mengenal jenis menghadapi halangan atau
peralatan dan bahan penyelenggaraan masalah.

Untuk menguji kefahaman anda sila selesaikan


Penilaian Pengetahuan sendiri KAS/Y-012-1(02) LE 2
2.
dan bandingkan jawapan anda dengan kekunci
jawapan yang di muka surat

Terus ke LE 3 setelah selesai menjalankan aktiviti di


3.
atas.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 11 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
`

IS/Y-012-1(02) LE 2 PERALATAN DAN BAHAN SELENGGARAAN

1. Pendahuluan :

Kertas maklumat ini disediakan untuk memudahkan pelatih-pelatih


memahami dengan lebih lanjut peralatan dan bahan yang perlu digunakan
untuk kerja-kerja penyelenggaraan kandang ternakan.

2. Definisi

2.1 Cotton rug Perca kain yang dijahit berlapis-lapis dan


digunakan bagi mengesat, mengelap minyak,
air dan kekotoran. Ianya biasa digunakan di
dalam bengkel kenderaan

3. Tujuan

Peralatan dan bahan disedia untuk melaksanakan kerja-kerja selenggaraan


kandang secara berkesan serta keselamatan diri dan ternakan terjamin.

4. Peralatan

4.1 Atap asbestos / atap zink

Digunakan untuk mengganti atap kandang atau atap bangunan yang


rosak, bocor dan pecah.
Atap zink dan asbestos mempunyai saiz (panjang) tertentu yang biasanya
di dalam ukuran kaki.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 12 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.2 Tukul kuku kambing

Bahagian muka digunakan untuk memaku atap, papan dinding dan


kayu lantai yang perlu diganti
Bahagian kuku digunakan untuk menanggalkan / mencabut paku-paku
yang tertinggal apabila atap, dinding dan lantai lama dibuang untuk
diganti.

4.3 Paku payung

Digunakan untuk memaku atap zink dan asbestos. Ianya mempunyai


pelbagai saiz (panjang). Pemilihan saiz ini perlu dibuat dengan betul
supaya atap yang dipaku akan kelihatan kemas.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 13 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
4.4 Tangga

-
Tangga aluminium biasa digunakan untuk tujuan pertukangan kerana
sifatnya yang ringan dan tahan karat. Tangga amat perlu untuk
memudahkan kerja-kerja pembaikan pada tempat tinggi.

4.5 Cangkul

digunakan bersama skup untuk membersihkan lubang pada lantai simen


yang rosak dan membuang bahagian simen yang tidak kukuh. Ianya
juga kerap digunakan di dalam kerja-kerja membancuh simen dan pasir.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 14 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4,6 Skup (scoop)

diguna untuk mengambil batu, pasir, simen serta menggaul/membancuh


campuran bahan-bahan tersebut dengan air dan memindah bancuhan
simen ke lubang untuk di tampal (jika kuantiti yang banyak diperlukan)

4.7 Kereta sorong

digunakan untuk mengangkut batu, pasir, simen ke tempat simen akan


dibancuh serta memindah bancuhan simen ke tempat lubang akan di
tampal (jika kuantiti yang banyak diperlukan)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 15 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.8 Perata simen

Terdapat 2 jenis perata simen iaitu berbentuk segiempat dan berhujung


tirus. Kedua-duanya digunakan untuk meratakan simen dan
menyamakan permukaan simen yang ditampal dengan aras lantai yang
sedia ada

4.9 baldi

- digunakan sebagai bekas membacuh simen (jika kuantiti bancuhan simen


yang diperlukan hanya sedikit). Baldi juga digunakan untuk membuat
sukatan pasir, simen dan batu dan juga digunakan sebagai bekas air semasa
membancuh simen. Baldi plastik digunakan dengan meluas kerana sifatnya
yang ringan dan tidak berkarat.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 16 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.10 Scraper

- Scraper digunakan untuk membuang karat, kekotoran yang sukar diberus


dan kesan-kesan cat yang terdahulu.

4.11 Simen

digunakan bersama campuran pasir dan batu (chippingstones) dan


dibancuh menjadi simen konkrit.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 17 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.12 Pasir

digunakan bersama campuran simen dan batu (chippingstones) untuk


dibancuh bagi ditampal pada lantai konkrit yang rosak

4.13 Batu (chipping stones)

digunakan bersama campuran pasir dan simen untuk dibancuh bagi


ditampal pada lantai konkrit yang rosak

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 18 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
4.14 Berus sabut

digunakan untuk memberus dengan air bagi membersihkan tiang pagar


yang akan dicat daripada najis dan kekotoran

4.15 Kertas pasir

digunakan untuk menggosok bahagian pagar yang akan dicat bagi


meratakan permukaan daripada bonjolan dan serpihan karat

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 19 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.16 Cotton rug

digunakan untuk mengering, membersih bahagian pagar yang akan


dicat daripada habuk-habuk selepas digosok dengan kertas pasir

4.17 Berus cat

digunakan untuk menyapu cat red-oxide dan cat aluminium pada pagar
kandang ternakan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 20 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.18 Cat Red Oxide

Disapu kepada bahagian yang dikimpal dan berkarat sebagai lapisan


anti - karat sebelum disapu dengan cat aluminium.

3.19 Cat aluminium

digunakan untuk disapu pada pagar kandang yang dibuat daripada besi
dan G.I. bagi memberikan lapisan pelindung dari panas dan hujan dan
dapat mengelakkan besi daripada berkarat

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 21 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.20 Pita pengukur

digunakan untuk mengukur panjang papan dinding dan kayu beruti


lantai yang perlu diganti
Mempunyai ukuran di dalam meter dan kaki

4.21 Gergaji tangan

- digunakan untuk memotong papan dinding dan kayu beruti.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 22 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.22 Sesiku L

digunakan untuk menanda garis lurus bersudut tepat ( 45 ) tempat


dimana papan dinding dan kayu beruti lantai akan dipotong dengan
gergaji

4.23 Pensel tukang

Digunakan untuk menanda sesuatu ukuran yang dibuat, membuat


garisan pada kayu atau papan bagi tujuan panduan semasa melakukan
keratan.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 23 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.24 Kuku kambing

digunakan untuk mencungkil / menanggalkan kayu beruti yang pecah,


patah dan perlu diganti

4.25 Paku kepala rata 2 inci dan 2 inci

digunakan untuk dipaku pada papan dinding dan lantai kayu beruti

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 24 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
4.26 Papan lebar 6(lebar) x 1 @ 1 (tebal)

digunakan untuk mengganti papan dinding kandang bebiri yang rosak

4.27 Kayu beruti 2 (lebar) x 1(tebal)

digunakan untuk mengganti lantai kandang bebiri yang rosak

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 25 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

4.28 Hos getah (1/2 diameter- bahagian dalam)

digunakan untuk menyalur air daripada pili untuk membancuh simen atau
untuk membasuh tiang daripada najis tenakan seta keotoran lain

4.29 Thinner

Cecair yang diguna untuk membersih berus cat daripada sisa-siasa cat
selepas digunakan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 26 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KAS/Y-012-1(02) LE 2 PENILAIAN PENGETAHUAN (SENDIRI)

PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. 1

Bagi soalan 1-5 terdapat empat (4) pilihan jawapan. Pilih dan bulatkan jawapan yang
paling tepat.

1. Namakan peralatan yang digunakan untuk mencabut paku-paku yang


tertinggal apabila atap yang bocor ditanggal untuk diganti serta memaku atap
atap baru bagi mengganti atap yang rosak

a. Gergaji tangan
b. Tukul kuku kambing
c. Sesiku L
d. Pahat

2. Manakah antara berikut bukan peralatan dan bahan yang diperlukan bagi
menampal lantai konkrit yang berlubang?

a. Tangga
b. Perata simen
c. Batu
d. pasir

3. Cat red oxide dan cat aluminium diguna untuk di sapu pada

a. atap zink
b. lantai konkrit
c. papan dinding kandang bebiri
d. Pagar besi dan G.I.

4. Berikut adalah peralatan membaiki dinding kandang kambing/bebiri kecuali

a. Gergaji tangan
b. berus cat
c. Paku kepala rata
d. Pensil tukang

5, Bagi memastikan papan dinding dipotong pada garis lurus dan bersudut tepat
dengan tepi papan, peralatan berikut digunakan

a. pembaris
b. pita pengukur
c. kayu beruti
d. sesiku

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 27 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
Bagi soalan 4 hingga 6 tandakan () jika kenyataan berikut benar dan (X) jika salah.

6. Cangkul boleh digunakan untuk membuat sukatan pasir, simen dan batu
sebelum dibancuh dengan air ( )

7. Perata simen diguna untuk menyamakan permukaan simen yang ditampal


dengan aras lantai yang sedia ada ( )

8. Tiang pagar yang akan dicat dibersihkan terlebih dahulu daripada najis dan
kekotoran dengan menggunakan cotton rug ( )

9. Kayu beruti 6 lebar x 1 tebal diguna bagi mengganti lantai kandang bebiri yang
rosaki ( )

10. Baldi boleh digunakan sebagai bekas membacuh simen jika kuantiti bancuhan
simen yang diperlukan hanya sedikit ( )

Bagi soalan 10 hingga15 Isikan jawapan pada tempat kosong yang disediakan.

11. Campuran simen, _______________ dan _______________ dibancuh dengan air


untuk ditampal pada simen lantai konkrit yang rosak

12. _________________digunakan bagi menyalur air daripada pili untuk membancuh


simen atau untuk memabasuh tiang daripada najis ternakan seta keotoran lain

13. Bagi mendapat ukuran panjang papan dinding yang perlu dipotong sebelum
dipaku bagi menggantikan papan dinding yang rosak, ________________
digunakan

14. __________________ amat perlu untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan pada


tempat tinggi.

15. Kayu dan papan untuk membaiki lantai dan dinding kandang kambing yang
rosak dipotong menggunakan ______________________.

Bagi soalan 16 hingga 25 padan kenyataan kenyataaan A (peralatan) dengan


kenyataan B (kegunaan) menggunakan anak panah

A B

16. atap zink/abestos (a) mengangkut batu, pasir dan simen

17. paku payung (b) menggaul campuran simen, batu dan pasir
dengan air

18. skup (scoop) (c) mengganti atap kandang yang rosak

19. kereta sorong (d) dipaku pada atap zink

20. scrapper (e) membuang karat dan kesan cat terdahulu


pada tiang besi debelum di cat

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 28 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

21. kertas pasir (f) menggantikan dinding kandang bebiri


yang rosak

22. berus cat (g) untuk dipaku pada papan dan kayu beruti

23. kuku kambing (h) menyapu cat aluminium pada tiang pagar
G.I.

24. papan ( i ) digosok pada tiang pagar besi yang akan di cat

25, paku kepala leper ( j ) menanggalkan kayu beruti rosak daripada


gelegar

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 29 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KEKUNCI JAWAPAN

PENILAIAN PENGETAHUAN SENDIRI

KAS/Y-012-1(02) LE 2 PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO2

Soalan 1 : b

Soalan 2 : a

Soalan 3 : d

Soalan 4 : b

Soalan 5 : d

Soalan 6 : (X)

Soalan 7 : ()

Soalan 8 : (X)

Soalan 9 : (X)

Soalan 10 : ()

Soalan 11 : batu, pasir

Soalan 12 : hos getah

Soalan 13 : Pita pengukur

Soalan 14 : tangga

Soalan 15 : gergaji tangan

Soalan 16 : (c) Soalan 21 : (i)

Soalan 17 : (d) Soalan 22 : (h)

Soalan 18 : (b) Soalan 23 : (J)

Soalan 19 : (a) Soalan 24 : (f)

Soalan 20 : (e) Soalan 25 : (g)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 30 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO.3 SELENGGARA KANDANG TERNAKAN

Lakukan kerja-kerja selenggara kandang ternakan menggunakan gergaji, tukul, papan,


beruti, pemukul, cat, berus, atap supaya kerja mengecat, menyimen, menukang
kandang, dilakukan dan kerja kerja selenggara kandang disempurnakan.

NO AKTIVITI PEMBELAJARAN ARAHAN KHAS

Kaji PS/Y-012-1(02) LE 3.1 Kaedah Membaiki Atap


untuk memahami tentang kaedah dan cara
1.
menjalankan kerja membaiki kerosakan atap
kandang.

Hadiri sesi taklimat cara-cara membaiki atap


Atur sesi taklimat dengan
2. kandang untuk membolehkan membaiki atap
fasilitator
kandang.

Atur sesi latihan dengan


Lakukan latihan langkah-langkah dalam proses
fasilitator
3. memperbaiki kerosakan atap dengan merujuk
Sahkan aktiviti dengan
kepada PS/Y-012-1(02) LE 3.1
fasilitator

Kaji PS/Y-012-1(02) LE 3.2 Kaedah Membaiki


Kerosakan Lantai Konkrit untuk memahami
4.
tentang kaedah dan cara menjalankan kerja
membaiki kerosakan lantai kandang.

Hadiri sesi taklimat cara-cara membaiki lantai


Atur sesi taklimat dengan
5. konkrit untuk membolehkan membaiki lantai
fasilitator
konkrit.

Atur sesi latihan dengan


Lakukan latihan langkah-langkah dalam proses
fasilitator
6. memperbaiki kerosakan lantai dengan merujuk
Sahkan aktiviti dengan
kepada PS/Y-012-1(02) LE 3.2
fasilitator

Kaji PS/Y-012-1(02) LE 3.3 Membaiki pagar


7. kandang untuk memahami tentang cara
menjalankan kerja mengecat pagar kandang.

Hadiri sesi taklimat cara-cara membaiki pagar


Atur sesi taklimat dengan
8. kandang untuk memahami lebih lanjut cara-
fasilitator
cara menjalankan pembaikan pagar kandang.
Atur sesi latihan dengan
Lakukan latihan langkah-langkah dalam proses
fasilitator
9. memperbaiki pagar kandang dengan merujuk
Sahkan aktiviti dengan
kepada PS/Y-012-1(02) LE 3.3
fasilitator

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 31 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

NO AKTIVITI PEMBELAJARAN ARAHAN KHAS

Kaji PS/Y-012-1(02) LE 3.4 Kaedah Membaiki


Kerosakan Dinding dan Lantai Kandang
10. Kambing/Bebiri untuk memahami tentang
kaedah dan cara menjalankan kerja membaiki
kerosakan dinding dan lantai kandang.

Hadiri sesi taklimat cara-cara membaiki dinding


dan lantai kandang kambing/bebiri untuk Atur sesi taklimat dengan
11.
memahami lebih lanjut cara-cara menjalankan fasilitator
pembaikan dinding dan lantai kandang.

Lakukan latihan langkah-langkah dalam proses Atur sesi latihan dengan


memperbaiki kerosakan dinding dan lantai fasilitator
12.
kandang kambing/Bebiri dengan merujuk Sahkan aktiviti dengan
kepada PS/Y-012-1(02) LE 3.4 fasilitator

Setelah anda selesai melaksanakan semua


aktiviti di atas sila jalani :
1. Penilaian Pengetahuan Sebenar KAR/Y-012-1 Atur sesi penilaian dengan
13.
(02) Pegawai Penilai
2. Penilaian kemahiran sebenar PAR/Y-012-1
(02)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 32 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PS/Y-012-1(02) LE 3.1 KAEDAH MEMBAIKI ATAP

1. Kenalpasti tempat / atap yang bocor, pecah atau rosak

2. Tentukan bilangan keping atap bocor, pecah yang perlu dibaiki

3. Sediakan peralatan yang diperlukan:

1. atap zink atau asbestos


2. tukul kuku kambing
3. paku payung
4. tangga

4. Gunakan tangga untuk ke tempat atap yang bocor. Pastikan kedudukan tangga
berada pada tempat yang stabil.

5. Guna tukul kuku kambing untuk buka / buang kepingan atap bocor atau rosak

6. Cabut paku yang tertinggal dengan menggunakan tukul kuku kambing.

7. Ambil kepingan atap baru dan letakkan pada kedudukan asal bahagian yang
diganti dan samakan setiap sisi dengan atap sedia ada.

8. Paku atap dengan cermat pada kedudukan yang betul mengikut barisan yang
sama dengan paku sedia ada. Gunakan bahagian kayu (pemegang) tukul untuk
mengetuk paku payung sehingga menembusi atap zink. Kemudian barulah
menggunakan bahagian besi untuk mengetuk paku payung kebahagian gulung-
gulung sehingga kemas.

9. Bersihkan kawasan kerja dan simpankan peralatan di tempat yang dikhaskan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 33 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PS/Y-012-1(02) LE 3.2 KAEDAH MEMBAIKI KEROSAKAN LANTAI KONKRIT

1. Kenalpasti bahagian lantai yang berlubang.

2. Sediakan peralatan yang perlu:

1. cangkul
2. skup (scoop)
3. Kereta sorong
4. Perata simen
5. baldi
6. simen
7. pasir
8. batu (chipping stones)
9. hos getah
10. Air

3. Keringkan lubang sekiranya mengandungi air menggunakan baldi , skup atau perata
simen.

4. Bersihkan setiap lubang dan buang bahagian simen lain yang rosak menggunakan
cangkul atau skup

5. Anggarkan keperluan bancuhan simen dan ambil pasir, simen, dan batu ( chipping
stone) menggunakan skup dan kereta sorong (jika perlu) . Jika keperluan adalah:

5.1. Sedikit - 1. Masukkan simen, pasir dan batu dengan nisbah


1:2:4 ke dalam baldi. Masukkan sedikit air dan gaul
campuran tersebut sehingga rata dengan
menggunakan perata simen.

5.2. Banyak - 1. Jika keperluan adalah banyak, ambil simen, pasir


dan batu dengan nisabah 1:2:4 dan letakkan di
satu tempat rata/berlantai simen (berhampiran
lubang yang hendak ditampal) dan gaul
campuran tersebut hingga rata, Bentukkan
campuran menjadi seperti busut kecil.

2. Buat satu bentuk takungan di tengah-tengah busut


simen tersebut.

3. Gunakan hos getah atau baldi, masukkan air ke


dalam takungan tersebut dan dengan perlahan
gaulkan campuran simen dan air tersebut
sehingga rata dengan menggunakan skup atau
cangkul. Anggarkan keperluan air supaya
campuran tidak menjadi terlalu cair. (rujuk
fasilitator)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 34 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
6. Bawa bancuhan simen ini dengan kereta sorong dan tuang ke dalam lubang
menggunakan skup (jika kuantiti banyak) atau dengan perata simen daripada
badi (jika kuantiti sedikit)

7. Dengan menggunakan perata simen ratakan bancuhan simen dan samakan


dengan dengan aras permukaan lantai sedia ada.

8. Bersihkan kawasan kerja dan basuh peralatan serta simpan di tempat yang
dikhaskan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 35 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PS/Y-012-1(02) LE 3.3 KAEDAH MEMBAIKI PAGAR KANDANG (MENGECAT)

1. Kenalpasti bahagian pagar yang perlu dicat

2. Sediakan peralatan yang perlu:

i. Berus
ii. Cotton rug
iii. Kertas Pasir
iv. Berus Cat
v. Cat Red-Oxide
vi. Cat Aluminium
vii. Scraper
viii. Thinner.

3. Bersihkan dahulu bahagian yang akan dicat daripada najis tenakan dan kekotoran
serta karat dengan menggunakan scraper.

4. Bersihkan juga bahagian tersebut dengan air dan berus untuk menanggalkan saki
baki najis ternakan dan kekotoran (jika perlu)

5. Gosok bahagian tersebut dengan kertas pasir untuk menanggalkan karat (jika perlu)

6. Lapkan habuk-habuk atau air pada bahagian yang digosok dengan kertas pasir
menggunakan cotton rug

7. Biarkan seketika supaya bahagian tersebut kering

8. Sapu cat red-oxide pada bahagian-bahagian yang berkarat dengan menggunakan


berus cat dan biarkan seketika sehingga bahagian tersebut kering.

9. Sapu cat aluminium pada bahagian yang telah disapu dengan red-oxide dan
keseluruhan bahagian pagar. Gunakan berus yang berlainan. Pastikan kuantiti cat
pada berus tidak terlalu banyak semasa mengecat bagi mengelakkan cat tersebut
dari menitis ke lantai.

10. Bersihkan berus cat dengan menggunakan thinner

11. Tutup penutup tin cat dengan rapat sebelum menyimpan. (ini bagi mengelakkan
cat tersebut menjadi keras semasa disimpan)

12. Bersihkan kawasan kerja dan lain-lain peralatan dan simpan di tempat yang
dikhaskan.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 36 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

PS/Y-012-1(02) LE 3.4 KAEDAH MEMBAIKI KEROSAKAN DINDING & LANTAI


KANDANG KAMBING/BEBIRI

Dinding kandang

1. Kenalpasti dinding / bahagian dinding yang rosak

2. Sediakan peralatan yang perlu:

1. tukul kuku kambing


2. kuku kambing
3. pita pengukur
4. gergaji tangan
5. sesiku L
6. paku kepala leper 2 atau 2 inci
7. Papan lebar 6 inci
8. Pensil tukang

3. Tanggalkan papan dinding yang rosak dan cabut paku yang tertinggal
menggunakan tukul kuku kambing

4. Ukur panjang bahagian papan yang perlu diganti menggunakan pita pengukur dan
dapatkan ukuran.

5. Ambil papan dan buat ukuran dengan menggunakan pita pengukur. Pastikan
ukuran tersebut sama dengan bahagian yang perlu diganti.

6. Buat tanda pada hujung ukuran menggunakan pensil tukang.

7. Buat garisan melintangi permukaan papan melalui tanda tersebut dengan pensil
tukang. Gunakan sesiku L untuk tujuan ini (rujuk fasilitator)

8. Potong papan menggunakan gergaji mengikut garis yang telah dibuat.

7, Paku papan yang dipotong tersebut pada tiang atau palang mengikut kedudukan
asal papan yang rosak. Gunakan tukul kuku kambing dan paku kepala leper yang
sesuai. (Bergantung kepada ketebalan papan)

8. Bersihkan kawasan kerja dan simpan peralatan di tepat yang dikhaskan

Lantai kayu beruti

1. Kenalpasti lantai / bahagian lantai yang rosak

2. Sediakan peralatan yang perlu:

1. tukul kuku kambing


2. kuku kambing
3. gergaji tangan
4. pita pengukur
5. sesiku L
6. paku kepala leper 2 inci

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 37 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
7. kayu beruti 2 x 1
8. pensel tukang

3. Tanggalkan kayu beruti yang rosak mengguna kuku kambing dan paku yang
tertinggal menggunakan kuku kambing atau tukul kuku kambing

4. Ukur panjang bahagian lantai yang perlu diganti. Dapatkan ukuran tersebut.

5. Ambil kayu beruti dan buat ukuran dengan menggunakan pita pengukur.

6. Tanda dan garis tempat kayu beruti yang akan dipotong menggunakan pensil
tukang dan sesiku L.

7. Potong kayu beruti menggunakan gergaji mengikut garis yang ditanda.

8. Letakkan kayu beruti ditempat/kawasan yang hendak diganti. Paku kayu beruti
tersebut pada gelegar. Pasti jarak antara kayu beruti ( 5/8 atau 1.5 cm )

8. Bersihkan kawasan kerja dan simpan peralatan di tepat yang dikhaskan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 38 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KEMAHIRAN/TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN (Y 010 1) / TAHAP 1


PAKEJ
02 PENYELENGGARAAN KANDANG TERNAKAN
PEMBELAJARAN
TUGASAN 02.02 MENYELENGGARA KANDANG TERNAKAN

NAMA CALON

SOALAN LISAN
(ORAL ASSESSMENT)

Nota:
a. Soalan ini ditanya semasa, sebelum atau sesudah calon
menjalankan tugasan yang diberikan
b. Keputusan soalan lisan ini akan disemak bersama SKIM
PENILAIAN PRESTASI

Bil Soalan Terima Tidak terima

1 Nyatakan 2 penyebab lantai kayu beruti cepat reput,


patah atau pecah

2 Berikan 2 kesan kerosakan dinding kandang yang tidak


dibaiki

3 Kenapa atap yang bocor/pecah atau berlubang perlu


segera diganti

4 Berikan nisbah campuran batu, pasir dan simen bila


membancuh campuran tersebut

5 Kenapa bahagian yang pernah dikimpal pada pagar


(besi) kandang perlu disapu dengan cat Red-oxide dan
cat aluminium

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 39 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KEPUTUSAN UJIAN LISAN

TERAMPIL BELUM TERAMPIL

TANDATANGAN PEGAWAI PENILAI

NAMA PEGAWAI PENILAI

TARIKH PENILAIAN

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 40 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KEKUNCI JAWAPAN

JAWAPAN SOALAN LISAN


(ORAL ASSESSMENT ANSWER)

BIL. JAWAPAN

1. usia lantai terlalu lama,


2. kualiti kayu rendah,
3. lantai terdedah pada kelembapan akibat atap bocor
1.
4. paku berkarat.
(mana-mana dua jawapan di atas

1. ternakan bebas tanpa kawalan


2. 2. mungkin tercedera jika terjatuh dari kandang.

1. Struktur lain bangunan seperti lantai, dinding yang boleh menjadi rosak /
reput
3.
2. Ternakan dan pekerja akan mengalami stress kesejukan apabila hujan

4 1 simen : 2 pasir : 4 batu

Kerana bahagian ini mudah berkarat dan dengan mengecat dapat


5
menghalang ianya daripada berkarat.

NOTA:
Untuk panduan Pegawai Penilai
Soalan dan jawapan ujian lisan hendaklah tepat, padat dan pendek

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 41 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

KEMAHIRAN /TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN (Y-012-1)/TAHAP 1

PAKEJ
02 PENYELENGGARAAN KANDANG TERNAKAN
PEMBELAJARAN

TUGASAN 02.02 MENYELENGGARA KANDANG TERNAKAN

NAMA CALON

PENILAIAN PRESTASI SEBENAR


(PERFORMANCE ASSESSMENT REAL)

PERHATIAN :

Soalan penilaian ini adalah untuk menilai prestasi anda bagi Tugasan 02.02
Menyelenggarakan Kandang ternakan sesuai dengan kehendak keterampilan
yang dinyatakan dalan NOSS berkenaan. Anda dikehendaki melaksanakan
tugas yang diberikan dengan sempurna sebagai bukti keterampilan anda.

TUGAS :

1. Gunakan peralatan yang sesuai untuk menyelenggara kandang


ternakan.
2. Ikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan susunan kerja yang
sistematik dan selamat.
3. Patuhi langkah-langkah keselamatan yang sesuai dan tunjukkan sikap
serta budaya kerja yang baik semasa anda melakukan tugasan tersebut.

MASA YANG DIBERIKAN : 2 JAM

KRITERIA PENILAIAN

Prestasi anda akan dinilai berasaskan kriteria berikut :

1. Hasil kerja dan tempoh masa yang diperlukan


2. Proses dan prosedur kerja yang betul
3. Keperihatinan anda terhadap keselamatan diri, peralatan dan hasil
kerja.
4. Sikap dan kebersihan sewaktu bekerja.

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 42 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
BAHAGIAN I : KAEDAH MEMBAIKI ATAP

KEMAHIRAN / TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN Y-012-1/TAHAP 1


PAKEJ PEMBELAJARAN 02 Penyelenggaraan Kandang Ternakan
TUGASAN 02.02 Menyelenggara Kandang Ternakan

NAMA CALON

SKIM PENILAIAN PRESTASI


(PERFORMANCE ASSESSMENT SCHEME)

PENILAIAN 1 PENILAIAN 2
Tidak Terampil Tidak Terampil CATATAN
terampil terampil

A. HASIL KERJA

Atap dipasang dengan


sempurna
1. Dipaku dengan kemas
kepada gulung-gulung
2. Atap sedia ada (yang
bersebelahan) tidak
rosak
3. Tugas dilaksanakan
dalam masa
ditetapkan

B. PROSES KERJA

Calon menjalankan tugas


mengikut langkah yang betul.

a. Ikut prosedur
penyelenggaraan

b. Peralatan disediakan
1. atap
2. tukul kuku kambing
3. paku payung
4. tangga
5. Kuku kambing

c. Atap bocor /serpihan


dibuka

d. Kesemua paku lama


dicabut

e. Atap dipasang
sebaris/sama rata dengan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 43 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan
yang asal

f. Dipaku kemas kepada


gulung-gulung.

g. Kawasan kerja dibersihkan

h. Peralatan disimpan di
tempat yang dikhaskan

c) SIKAP

1. Mengutamakan
keselamatan diri
- Memakai pakaian kerja
- prosedur keselamatan
dipatuhi

TARIKH PENILAIAN
Belum Terampil Belum Terampil
KEPUTUSAN PENILAIAN terampil Terampil

NAMA & TANDATANGAN PP

ULASAN PP (Jika ada)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 44 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

BAHAGIAN 2 : KAEDAH MEMBAIKI KEROSAKAN LANTAI KONKRIT

KEMAHIRAN / TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN Y-012-1/TAHAP 1


PAKEJ PEMBELAJARAN 02 Penyelenggaraan Kandang Ternakan
TUGASAN 02.02 Menyelenggara Kandang Ternakan

NAMA CALON

SKIM PENILAIAN PRESTASI


(PERFORMANCE ASSESSMENT SCHEME)

PENILAIAN 1 PENILAIAN 2
Tidak Terampil Tidak Terampil CATATAN
terampil terampil

A. HASIL KERJA

Lubang lantai konkrit ditampal


dengan sempurna
1. Semual lubang
ditampal
2. Permukaan ditampal
rata
3. Aras ditampal sama
dengan aras lantai asal
4. Tugas dilaksanakan
dalam
masa ditetapkan

B. PROSES KERJA

Calon menjalankan tugas


mengikut langkah yang betul.

a. Ikut prosedur
penyelenggaraan

b. Peralatan disediakan
1. cangkul
2. skup (scoop)
3. Kereta sorong
4. Perata simen
5. baldi
6. simen
7. pasir
8. batu (chipping stones)
9. hos getah

c. Lubang dikering dan


dibersihkan

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 45 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

d. Simen dibancuh
- bahan-bahan
bancuhan
- Nisbah bahan
dicampur
- Kaedah bancuhan
- Kepekatan bancuhan

e. Lubang ditampal
- Permukaan tampalan
diratakan dengan
kemas
- Aras tampalan sama
rata dengan lantai
asal
- Semua lubang
ditampal

f. Kawasan kerja dibersihkan

g. Peralatan dibersih dan


disimpan di tempat yang
dikhaskan

c) SIKAP

1. Mengutamakan
keselamatan diri
- Memakai pakaian kerja
- Prosedur keselamatan
dipatuhi

TARIKH PENILAIAN
Belum Terampil Belum Terampil
KEPUTUSAN PENILAIAN terampil Terampil

NAMA & TANDATANGAN PP

ULASAN PP (Jika ada)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 46 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

BAHAGIAN 3 : KAEDAH MEMBAIKI PAGAR KANDANG (MENGECAT)

KEMAHIRAN / TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN Y-012-1/TAHAP 1


PAKEJ PEMBELAJARAN 02 Penyelenggaraan Kandang Ternakan
TUGASAN 02.02 Menyelenggara Kandang Ternakan

NAMA CALON

SKIM PENILAIAN PRESTASI


(PERFORMANCE ASSESSMENT SCHEME)

PENILAIAN 1 PENILAIAN 2
Tidak Terampil Tidak Terampil CATATAN
terampil terampil

A. HASIL KERJA

Pagar kandang dicat dengan


sempurna
1. Permukaan pagar
dicat sama rata
2. Tiada titisan atau
tumpahan cat di lantai
3. Tugas dilaksanakan
dalam masa
ditetapkan

B. PROSES KERJA

Calon menjalankan tugas


mengikut langkah yang betul.

a. Ikut prosedur
penyelenggaraan

b. Peralatan disediakan
1. berus
2. kertas pasir
3. berus cat
4. cat aluminium
5. Cat red-oxide
6. rag
7. scraper
8. thinner

c. Tiang pagar dibersihkan


- Najis ternakan/kekotoran
dibersih/diberus

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 47 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

d. Permukaan yang akan


dicat digosok
- Permukaan menjadi
rata
- Permukaan bebas
daripada
serpihan/bonjolan
karat
- Permukaan dibersihkan
daripada habuk-habuk
karat

e. Pagar dicat
- Permukaan dipastikan
kering
- Permukaan dicat
dengan rata
-
i. Kawasan kerja dibersihkan

j. Berus cat dibersihkan

k. Peralatan dibersih dan


disimpan di tempat yang
dikhaskan

c) SIKAP

1. Mengutamakan
keselamatan diri
- Memakai pakaian kerja
- Prosedur keselamatan
dipatuhi

TARIKH PENILAIAN
Belum Terampil Belum Terampil
KEPUTUSAN PENILAIAN terampil Terampil

NAMA & TANDATANGAN PP

ULASAN PP (Jika ada)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 48 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

BAHAGIAN 4 A : KAEDAH MEMBAIKI DINDING KANDANG KAMBING/BEBIRI

KEMAHIRAN / TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN Y-012-1/TAHAP 1


PAKEJ PEMBELAJARAN 02 Penyelenggaraan Kandang Ternakan
TUGASAN 02.02 Menyelenggara Kandang Ternakan

NAMA CALON

SKIM PENILAIAN PRESTASI


(PERFORMANCE ASSESSMENT SCHEME)

PENILAIAN 1 PENILAIAN 2
Tidak Terampil Tidak Terampil CATATAN
terampil terampil

A. HASIL KERJA

Dinding kandang dibaiki


dengan sempurna
a. Dipaku dengan kemas
b. Dinding sediada (yang
tidak diganti) tidak
rosak
c. Tugas dilaksanakan
dalam masa
ditetapkan

B. PROSES KERJA

Calon menjalankan tugas


mengikut langkah yang betul.

a. Ikut prosedur
penyelenggaraan

b. Peralatan disediakan
1. tukul kuku kambing
2. pita pengukur
3. gergaji tangan
4. sesiku L
5. paku kepala leper
6. Papan lebar 6 inci
7. Kuku kambing
8. Pensil tukang

c. Papan dinding yang rosak


dibuka

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 49 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

d. Kesemua paku lama


dicabut

e. Papan dinding dipasang

1. Panjang papan
diperlukan diukur,
ditanda, digariskan

2. Dipotong kemas
mengikut garisan

3. Dipaku kemas
mengikut barisan asal

f. Kawasan kerja dibersihkan

g. Peralatan disimpan di
tempat yang dikhaskan

c) SIKAP

1. Mengutamakan
keselamatan diri
- Memakai pakaian kerja
- mematuhi prosedur
kselamatan

TARIKH PENILAIAN
Belum Terampil Belum Terampil
KEPUTUSAN PENILAIAN terampil Terampil

NAMA & TANDATANGAN PP

ULASAN PP (Jika ada)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 50 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

BAHAGIAN 4 B : KAEDAH MEMBAIKI LANTAI KANDANG KAMBING/BEBIRI

KEMAHIRAN / TAHAP PEKERJA LADANG RUMINAN Y-012-1/TAHAP 1


PAKEJ PEMBELAJARAN 02 Penyelenggaraan Kandang Ternakan
TUGASAN 02.02 Menyelenggara Kandang Ternakan

NAMA CALON

SKIM PENILAIAN PRESTASI


(PERFORMANCE ASSESSMENT SCHEME)

PENILAIAN 1 PENILAIAN 2
Tidak Terampil Tidak Terampil CATATAN
terampil terampil

A. HASIL KERJA

Lantai kandang dibaiki


dengan sempurna
a. Dipaku dengan kemas
b. Lantai sediada (yang
tidak diganti) tidak
rosak
c. Tugas dilaksanakan
dalam masa
ditetapkan

B. PROSES KERJA

Calon menjalankan tugas


mengikut langkah yang betul.

a. Ikut prosedur
penyelenggaraan

b. Peralatan disediakan
1. tukul kuku kambing
2. pita pengukur
3. gergaji tangan
4. sesiku L
5. paku kepala leper
6. Papan lebar 6 inci
7. Kuku kambing
8. pensel tukang

9. Lantai kandang rosak


dibuka

10. Kesemua paku lama


dicabut

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 51 drpd 52


PAKEJ PEMBELAJARAN Y-012-1(02)
Penyelenggaraan Kandang Ternakan

f. Lantai dinding dipasang


- Panjang kayu
beruti yang
diperlukan diukur
- Dipotong kemas
mengikut garisan
- Dipaku kemas
mengikut barisan
asal

h. Kawasan kerja dibersihkan

i. Peralatan disimpan di
tempat yang dikhaskan

c) SIKAP

1. Mengutamakan
keselamatan diri
- Memakai pakaian kerja
- Mematuhi peraturan
keselamatan

TARIKH PENILAIAN
Belum Terampil Belum Terampil
KEPUTUSAN PENILAIAN terampil Terampil

NAMA & TANDATANGAN PP

ULASAN PP (Jika ada)

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BUKIT TANGGA Mukasurat 52 drpd 52

Anda mungkin juga menyukai