Anda di halaman 1dari 48

SMK SRI RAHMAT

KELAS PENDIDIKAN KHAS


MATA PELAJARAN
VOKASIONAL
PERTANIAN

BAHAGIAN 1

PENANAMAN SAYURAN

intisari
1.0 PENANAMAN SAYURAN
1.1 Jenis sayuran

1.2 Pemilihan tapak

1.3 Penyediaan tapak

1.4 Pembinaan batas

1.5 Pemilihan benih

1.6 Kaedah menanam sayuran

1.6.1 Menyemai benih besar

1.6.2 Menyemai benih kecil

1.6.3 Semaian terus


1.6.4 Mengubah/memindah semaian

1.6.5 Mengekalkan kesegaran

1.6.6 Perlindungan semaian

1.6.7 Sungkupan

1.6.8 Penjarangan

1.6.9 Memancang

1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga

1.6.10.1 Jenis racun

1.6.10.2 Teknik Meracun

1.6.11 Membaja

1.6.11.1 Jenis baja

1.6.11.2 Teknik membaja

1.1 JENIS SAYURAN


Sayuran daun Sayuran kekacang

Sawi Kacang panjang

Kailan Kacang botor

Bayam Kacang buncis

Kangkung Kacang sepat

Sayuran berubi / akar Sayuran Berbuah


Bendi Petola

Keledek Bendi

Ubi kayu Cili

Sengkuang Peria

Lobak putih Timun

Lobak merah Tomato

Latihan 1

1. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun

 Kubis _____________ petola ______________


 Timun _____________ kangkung ______________

 Bayam _____________ buah naga ______________

 Peria _____________ kalian ______________

2. Gariskan sayuran buah

 Cili bendi
 Peria keledek

 Ubi kayu kacang tanah

 Kacang buncis kacang sepat

3. BULATKAN sayuran berubi


 Keledek labu
 Labu air kentang

 Keladi rozel

 Lobak merah sengkuang

4. Sayuran ______________ memerlukan junjung untuk menjalar.

A. daun B. berbuah

C. kekacang D. berubi

BATAS
1.2Pemilihan Tapak Batas

o Tanah sebaik-baiknya rata


o Kawasan yang lapang

o Dekat jalan raya

o Dekat bekalan air

o Dekat dengan rumah

o Saliran yang baik

1.3Penyediaan Batas

o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput


o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm
bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai

o Gemburkan tanah dengan penggembur

o Buat parit saliran

o Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan


pencahayaan
o Bina batas dengan ukuran yang sama

1.4Pembinaan batas

o Terdapat 2 jenis batas iaitu :


 Batas tunggal

 Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,

 Batas rata

 Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang


– 5-9 meter

o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm

o Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan


memudahkan menjaga tanaman

1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih

o Cukup matang/tua

o Besar dan berisi penuh

o Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti


kulat

o Simpan benih di bekas kedap udara

o Labelkan bekas simpan benih

1.6 Kaedah menanam sayuran

Terdapat 3 cara menanam sayuran:

o Penanaman 4 segi
o Penanaman 3 segi
o Penanaman silang/ kuinkuk

1.6.1 Menyemai benih besar

o Semaian terusMenyemai benih kecil

o Semaian terus ( seperti langkah di atas)

1.6.2 Semaian terus

 Langkah –langkah semaian:

 Rendamkan biji benih sehari bagi


memudahkan percambahan

 Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang

 Selepas bercambah ,buang semaian yang


kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang
sihat saja.

 Terdapat 2 kaedah semai tabur:

o 1. Kaedah Jalur

 Bina jalur

 Tabur benih dan timbus tanah

 Selepas bercambah buat penjarangan dalam


jarak tertentu

o 2. Semai Tabur

 Tabur benih

 Timbuskan dengan tanah nipis

 Siram
 Selepas bercambah, buat penjarangan dalam
jarak tetentu

1.6.3 Semaian di Tapak Semaian

 Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu :

 1. Mengguna Polibeg

o Sesuai untuk cili, tomato dan terung

o Pindahkan ke tanah setelah matang

 2. Kotak Percambahan

o Menggunakan kotak kayu yang berlubang

o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1


bahagian baja organic , 1 bahagian pasir

o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus

o Pindahkan ke tanah selepas percambahan

 3. Batas semaian

o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah


sebelum semaian

o Semai kaedah jalur / tabor

o Siram dan ubah benih selepas bercambah

1.6.4 Mengubah/memindah semaian

 Semai di tapak semaian


 Guna sudip dan pastikan akar benih tidak
rosak

 Ubah/pindah setelah cukup matang

 Tanam ikut jarak yang sesuai

1.6.5 Mengekalkan kesegaran

Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2


cara iaitu:

 1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman


tangan atau penyebar air
 2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring
plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun
kelapa

1.6.6 Perlindungan semaian

Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran


matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang
boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih.

Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang


masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau
rumput menutup permukaan tanah yang telah
disemai benih

Kaedah moden adalah menggunakan jarring


hijau,hitam atau plastic telus cahaya

1.6.7 Penjarangan

 Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat


dan memindahkan kepada jarak tertentu.
 Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya
air, dan zat makanan

1.6.8 Memancang

Memancang ialah proses membuat sokongan kepada


pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan
memanjat.

Terdapat 3 jenis pancangan iaitu :

 1. Pancang 3 segi
 2. Pancang jenis jarring

 3. Pancang jenis pagar

1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga

Haiwan perosak dan serangga akan membawa


pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih.

Haiwan perosak

 Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang,


pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari
( warna kuning yang menbuk dan memakan daun),
nematola,siput dan koya( debu putih)

Jenis racun

 Racun serangga
 Racun rumput

Penyakit Sayuran

 Melecur - akibat kulat


 Reput akar – akibat kulat dan bacteria
 Bintik daun – akibat kulat

 Kulapuk – akibat kulat

 Karat batang- akibat kulat

 Pokok terbantut- akibat virus

1.6.9.1 Langkah Mengawal

 Sembur racun serangga

 Buang siput/ulat bulu

 Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus

 Tanaman giliran

 Menjaga kebun dengan bersih

1.6.10 Tanaman giliran

 Pusingan Giliran:

 I – Tanaman Kekacang

 II- Sayuran daun

 III- Tanaman berubi

 IV- Sayuran berbuah

Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal


makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata
dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika
menanam tanaman kekacang.

1.6.11 Membaja
1.6.11.1 Tujuan Membaja

 Membekalkan zat makanan


 Membaiki struktur tanah

1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K)

 N – Nitrogen ( tumbesaran)
 P – Phosforus (akar)

 K – Kalium ( bunga dan buah)

1.6.11.3 Jenis Baja

Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan dan baja


organan

Baja organan

 Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput


seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing,
kompos dan tanah bakar

Baja kimia

Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan


baja campuran sebatian

 Baja tunggal
o Baja Nitrogen ( urea 46%, ammonium
sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33%

o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal,


Fosfat Super)

o Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan


Kalium sulfat 50%)
 Baja Campuran/sebatian

o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus


dan kalium)

o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 %


dan Magnesium – 2%

Teknik Membaja

 Pembajaan asas – dicampur dengan tanah


o Membaja sebelum menanam

 5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian

 Baja fosforus CIRP 50 gram

 Kapur 0.5 kg

 Pembajaan permukaan

o Tabur sekeliling pokok

o Tabur setiap 2 minggu

o Elak baja terkena pokok

o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5


air 1 baja dan sembur

Pemungutan Sayuran

Sayuran Cara Tanam Jarak tanam Jarak Tanam Mula Kutip


hasil (minggu)

Antara Antara
tumbuhan barisan
Peria Semaian terus
45 cm 60 cm 10 -12 minggu
Perlu junjungan
Semaian terus
Petola 45 cm 60cm 8-10 minggu
Perlu junjungan

Sawi Semai dan pindah 25 cm 30cm 4-6 minggu


ke batas
Semai di polibeg
Terung 45 cm 60 cm 10-12 minggu
Dan ubah ke batas
Semain terus ke
Timun batas 45 cm 60 cm 6-8 minggu

Perlu junjuungan

Tomato Semai terus ke 45 cm 50 cm 12-14 minggu


batas atau polibeg

MAKLUMA
T
TANAMAN

PENANAMAN BENDI

1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)

2. Pendahuluan:

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman
sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang
penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini
boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan
pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga
diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula
digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-
batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan
minuman harian menggantikan kopi

3. Tanah:
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir,
tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran
baik

A. Menyedia Kawasan
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika
perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke
dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5
tan sehektar

B. Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang.
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu,
cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan
untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1).

C. Membaja

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap
2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

D. Menyiram

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat


pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah

E. Merumput
Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label
racun herba tersebut.

F. Sungkupan

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan


plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan.

G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40


sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua.
Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan.
Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas

4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat
pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada
semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan
racun serangga seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-
daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan
berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat
Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

5. Penuaian:

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah.


Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh
menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

i. 50 - 55 hari selepas menanam.


ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan.
iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut,
hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang


paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus
mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran
buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan
sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar.
6. Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan
ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau
plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari
sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya
pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg
plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah
Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.

|
PENANAMAN KACANG PANJANG

1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)

2. Penanaman:

 Penyediaan Tanah:
Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya


pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25
sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara
batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah
bagi kawasan 100 meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi


ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut
sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu.

 Menanam:

Di Ladang

Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki)
antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok.

Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang


sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter
persegi (1000 kaki persegi).

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam,


tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu.

 Menyedia Junjung:

Di Ladang

Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan


kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan
supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada
tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu
sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok


meliliti kayu sokongan.

3. Penjagaan:

 Menyiram air:

Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap
hari kecuali hari hujan

 Membaja:

Di Ladang

Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi


setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan
iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap
minggu.

 Merumput:

Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan


persaingan tanaman dengan rumpai.

4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:

Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun
serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a.
Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a.

5. Memungut Hasil:

Di Ladang

Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip


kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu.
Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi.
Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.


PENANAMAN KACANG BOTOR

1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus


tetragonolobus D.C. )

2. Pendahuluan:

Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat
kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia dipercayai berasal
dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara.

Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung


untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun
sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.
Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang
bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan
mentah sebagai ulam.

3. Tanah:

Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan
berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari
menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik
salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.

4. Penanaman:

A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan akar


tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi
dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas
ialah 30 sm.

B. Menanam

Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari
buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji
benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm
biji benih sebelum menanam.

Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara
barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan
pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih
kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut
dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk
kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.

C. Menyedia Junjung
Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi junjung.
Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran
2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan
supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk
mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada
tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu
sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1)

Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Pacakkan
sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang
dan bergaris pusat 8 - 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap
batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis
pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang
kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar.
Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
PENANAMAN CILI

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

 Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.


 Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang
batas mengikut keadaan kawasan.
 Jarak antara batas - 45 cm.
 Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi
kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

 Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian


tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Menyedia Anak Benih

1. Di ladang

 Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm.


 Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1
bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
 Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup
benih dengan lapisan nipis tanah.
 Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm
 Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
 Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang
berlebihan.
 Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
 Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya
matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Menanam

1. Di Ladang

 Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas.


 Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih
senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan
tanam terus ke batas.
 Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain

 Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm.


Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN
Sungkupan

1. Diladang

 Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai


sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

 Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

 Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul


atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk
mengawalnya.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK

Penyakit   Kawalan
Bintik daun   Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah   Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu daun   Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau
Imidachloprid
Hamama merah   Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot daun dan   (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal
mozek daun kutu daun adalah penting.
(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bakteria   Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar
pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang
 Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
 Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
 Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

 Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil


ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

 Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan


pertumbuhan akar.
 Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor.
 Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum
menyediakan batas.

PENJAGAAN

Membaja

 Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha)
digunakan sebagai baja asas.
 Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan.
 Program pembajaan

Masa Pembajaan Kadar Baja Cara Membaja


(kg/0.4 ha)
3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok
5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok
7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok

Menyiram

 Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

 Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.


 Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama
hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran
bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar.
 Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas
para.
 Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung
dan pembesarannya tidak terganggu.

Membalut buah

 Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.


 Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-beg
kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

MEMUNGUT HASIL

 Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya


boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik buah setiap hari iaitu waktu pagi
dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih
lembut dan belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.


PENANAMAN TERUNG

PENYEDIAAN TANAH

1. Di Ladang

 Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.


 Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang
batas mengikut keadaan kawasan.
 Jarak antara batas - 45 cm.
 Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi
kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

 Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian


tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
 Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan
pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

 Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10


cm tinggi.
 Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1
bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
 Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup
benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan
lapirsan nipis tanah.
 Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih.
 Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali
sehari.
 Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air
hujan yang berlebihan.
 Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.
 Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari
yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

1. Di Ladang

 Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas.


 Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang
digali.
 Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
 Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain

 Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm.


 Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan.
Membaja

1. Di Ladang

 Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan


kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

 Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu
di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan

1. Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak.


Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.

Menyedia Sokongan

1. Di Ladang

 Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak


berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali
rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

 Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di


ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT


 Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10
g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun
dan pengorek buah.
 Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu
besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan
racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g
segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

 Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang.


 Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari.
 Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 - 125 kg dengan
harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga
RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

 Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil


ialah 1 kg sepokok.
PENANAMAN TIMUN

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

 Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.


 Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang batas
mengikut keadaan kawasan.
 Jarak antara batas - 30cm.
 Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi
kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

 Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian


tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
 Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan
pasu.

Menanam

1. Di ladang

 Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.


 Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm
 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi
 Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan sepokok
selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain

 Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm.


 Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.
 

PENJAGAAN

Sungkupan

1. Di Ladang

 Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya


sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain

 Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung

1. Di Ladang

 Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m


pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan
supaya bertentangan dan bertemu di atas.
 Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan
sokongan yang kuat.

Menyiram

Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.

Membaja

1. Di Ladang

 Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi


kawasan seluas 100 m persegi
 Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4
dan 6 selepas menanam.

2. Dalam Pasu dan Bekas lain

 Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap
minggu.
Merumput

 Kawal rumput sepanjang masa.

 
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit / Perosak   Kawalan


Kumbang daun   Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0.1%
bahan aktif (b.a)
Kutu daun   Sembur racun serangga seperti malathion dengan
kadar 0.1% bahan aktif
Kulapuk berdebu/   Semburan benomyl dengan kadar 0.025% b.a.
Kulapok downy

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

 Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang.


 Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga
20 cm.
 Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
 Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan.
 Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.
| Atas |
 
Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru

ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria
(Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan
hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan
varieti yang dicadangkan untuk penanaman.

Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya
boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran.
Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat
berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji
benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.

Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman
terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi
penanam sayur ini. Bagi membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan
Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan
mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105
merupakan hasil daripada kajian ini.

Terung Varieti ARC-BJ-105

>> ARC-BJ-105 yang menarik

Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:

Ciri-ciri tanaman:

Ketinggian 133 cm
Habit Tegak
Batang & daun Hijau keunguan dan diliputi bulu halus

 
Ciri-ciri buah:

Warna   Ungu gelap


Isi   Kehijauan
Bentuk   Memanjang
Saiz   56.7 cm (P) x 3.4 cm (L)
Berat   130 g
Hasil buah   3 kg/pkk (lingkungan 2.7-3.4
kg/pkk)
Hari berbunga   21 hari selepas mengubah
Tuaian   40 hari selepas mengubah

PENGELUARAN TANAMAN

Bahan Tanaman

Terung tumbuh daripada biji benih. Isinya diambil dan dibersihkan biji benih daripada buah
yang masak. Keringkan dalam suhu bilik. Biji benih yang telah dikeringkan dan disimpan
dalam bekas kedap udara masih boleh digunakan dalam 3-4 bulan. s can be used as planting
materials. Dried seeds in air-tight containers can remain viable for 3-4 months.

Semaian

Biji benuh boleh disemai terus di kebun atau ditanam di dalam polibeg terlebih dahulu. Bagi
menyediakan anak benih, 2-3 biji benih ditanam dalam polibeg kecil (10 cm x 12 cm) dengan
tanah atas. Biji benih yang telah bercambah disiram setiap hari dan diberikan beberapa butir
baja pertumbuhan biasa. Selepas 4-5 minggu, ia boleh dipindahkan ke ladang.

Penyediaan Tanah

Terung paling baik ditanam ditanah yang bersaliran baik. Sediakan kawasan dengan
membersihkans semua tumbuhan dan diikuti dengan pembajakan. Sediakan batas 70 cm lebar
dan 20-30 cm tinggi dengan jarak 30 cm setiap batas. Berikan baja tahi ayam 10 t/ha, 1 t/ha
dolomit dan 0.2 t/ha baja campuran 12:12:17:2+TE sebelum menanam.

Penanaman

Satu baris bagi setiap batas adalah dicadangkan. Bagi kedua-dua kaedah tanam terus atau
dipindahkan daripada anak benih, jarak tanaman yang dicadangkan ialah 1m antara baris dan
0.5 m jarak dalam baris. Kepadatan tanaman ialah 13,300 pkk/ha. Sediakan teduhan sementara
bagi anak pokok yang baru diubah ke ladang. Siram setiap hari bagi pertumbuhan awal pokok.
Apabila tanaman telah tumbuh dengan baik, penyiraman sekali dalam 2 hari adalah memadai.

Pancang

Pancang adalah penting untuk memastikan batangnya tegak dan untuk mengelak pokok rosak
akibat tiupan angi. Sekiranya ia tidak disokong oleh kayu pancang, pembuahan yang lebat juga
boleh mematahkan dahan pokok.
Pembajaan

Baja campuran 12:12:17:TE at 0.2 t/ha diberikan sekali seminggu. Selepas pembungaan, kadar
baja perlu ditingkatkan kepada 0.4 t/ha setiap 10 hari.

Kawalan Rumpai

Apabila pokoknya masih muda, merumpai secara manual selalu diamalkan. Apabila pokok
telah mengeluarkan buah, racun herba lepas cambah boleh digunakan untuk mengawal rumpai.
Kini, sungkupan plastik sering digunakan untuk mengawal rumpai dan kehilangan
kelembapan.

>> Sungkupan plastik digunakan untuk mengawal rumpai. Pancang diperlukan untuk
menyokong dahan pokok.

Perosak dan Penyakit

Varieti ini adalah resistan dengan penyakit layu bakteria. Pengorek buah dan pucuk boleh
dikawal dengan penyemburan racun serangga serap (cth: Rogor) atau pyrethroids (cth:.
Kilsect).

Thrip merupakan perosak biasa bagi tanaman terung. Ia menyerang daun bermula dengan
lubang kecil, daun menebal dan bahagian tepinya bergulung ke bawah. Thrip boleh dikawal
dengan semburan Mesurol.

Penuaian

Buahnya boleh dituai 6 minggu selepas mengubah ke ladang atau 3 minggu selepas
pembungaan. Penuaian dibuat setiap 3-4 hari. Buah perlu dipotong daripada tangkainya
menggunakan pisau tajam atau sketeus. Buah terung ARC-BJ-105 berwarna ungu kehitaman
dan kelihatan amat menarik. Hasail sebanyal 36-45 t/ha boleh diperolehi.

PENANAMAN KACANG BUNCIS


1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )

2. Pendahuluan:
  Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat
kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan
Amerika Selatan.

Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi
yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.
3. Jenis:
 
Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa
ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih
oleh MARDI iaitu:
a.
MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa
ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini
ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka.
4. Tanah:
  Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi
hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 -
 
6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.
3. Penanaman:
  A. Menyedia Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm untuk pertumbuhan
Kawasan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi
dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
0.6 m.

B. Menanam Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan jarak 0.6 m
antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah
  dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5
kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.

C. Menyedia Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis perlu diberi
Junjung junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggu
dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m.
Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di
bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut
yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.
 
Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis.
Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan
dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai
sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan
melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok
memanjat junjung.
 
Rajah
menunjukkan
rupa bentuk
junjung
untuk
pokok
kacang buncis

4. Penjagaan:
  A. Menyiram Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.

  B. Membaja Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan untuk 0.4 ha.
Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di
atas batas dan gaulkan dengan tanah.

Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan
sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan
iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
  C. Merumput Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk
mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.
5. Memungut Hasil:
Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum
  matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu.
Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.
 

Anda mungkin juga menyukai