Anda di halaman 1dari 10

PENJAGAAN TANAMAN

JOM KITA MENEROKA


PENJAGAAN TANAMAN

MERUMPUT

MENGGEMBUR

MEMBAJA

MENYIRAM

MENGAWAL PEROSAK
1. MERUMPUT

• Rumpai perlu dibuang dengan menggunakan


tangan. Rumpai ialah pesaing bagi pokok untuk
mendapatkan nutrien, air cahaya, ruang dan
menjadi perumah kepada perosak.
CONTOH RUMPAI
2. MENGGEMBUR
• Aktiviti menggembur bermaksud melonggarkan medium di
dalam bekas penanaman. Tujuannya adalah untuk
memudahkan air mengalir, membaiki pengudaraan dan
memudahkan akar menembusi medium.
• Alatan yang digunakan untuk menggemburkan tanah adalah
serampang tangan

SERAMPANG TANGAN
3.MEMBAJA
• Tanaman perlu dibaja dengan menggunakan baja organik atau baja
kimia. Aktiviti ini bertujuan untuk membekalkan nutrien secara
berterusan dan mengekalkan kesuburan tanaman. Selepas aktiviti
membaja, tanaman perlu disiram.
• Terdapat dua jenis baja iaitu baja NPK dan baja organik

BAJA ORGANIK BAJA NPK


4. MENYIRAM
• Aktiviti menyriam tanaman dilakukan untuk mengekalkan
kelembapan medium. Aktiviti ini boleh dilakukan pada waktu
pagi dan waktu petang jika perlu
• Alatan yang digunakan untuk menyiram adalah penyiram

PENYIRAM
5. MENGAWAL PEROSAK
• Tanaman perlu dilindungi daripada serangan perosak
seperti siput babi, ulat dan kumbang untuk
mengelakkannya tanaman menjadi rosak.
• Untuk mengelakkan serangan perosak, kita boleh
menggunakan racun kimia dan racun organik.

RACUN RACUN
KIMIA ORGANIK
SERANGGA PEROSAK
POP
KUIZ

Anda mungkin juga menyukai