Anda di halaman 1dari 38

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR.

YUSUF AL-QARADHAWI) 1
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 2
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

(rumusan)
Akidah salaf & khalaf
(Dr. yusuf al-qaradhawi)

MENYATUKAN UMAT & MEMPERKEMASKAN SOF

MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN


(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 3
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

“ILMU KALAM LAHIR DARIPADA KEDEGILAN AKAL MANUSIA


YANG MAHU BERFIKIR SESUATU YANG TIDAK MAMPU DIFIKIR.
SEPERTI PANDANGAN YANG MEMPUNYAI BATASAN HALNYA SAMA PADA
AKAL FIKIRAN”
M. HIDIR BAHARUDIN
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 4
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI)


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN
013-2223513
KAMPUNG SG. CHINCHIN
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 5
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

ISI KANDUNGAN

PRAKATA 6

METOD RUMUSAN 8

MUQADDIMAH 9

MENGENALI MANHAJ SALAFI 14

DEFINISI MANHAJ SALAFI 14


DALIL-DALIL KEMULIAAN MANHAJ SALAFI DAN PENGIKUTNYA 14
ILMU KALAM DARIPADA PANDANGAN SALAFUS SOLEH 17

SIKAP KITA TERHADAP SIFAT ALLAH 20

IMAM HASSAN AL-BANNA 20


AL-ALLAMAH RASYID RIDA 20
IMAM IMADUDDIN AL-WASITHI 20
IMAM IBNU KATHIR 21
DR. YUSUF AL-QARADHAWI 21

BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF 23

KELEMAHAN AKAL MANUSIA 23


DOSA DALAM KESALAHAN TAKWIL 23
TAKWIL MEMBUKA PINTU KESESATAN 24
MADZHAB SALAF DISEPAKATI SELAMAT 24
BERPEGANG TEGUH KEPADA KESEPAKATAN LEBIH UTAMA 25
PARA PENTAKWIL KEMBALI KEPADA MADZHAB SALAF 25

IMAM ABUL HASSAN AL-ASY’ARI 25


IMAM HARAMAIN 27
IMAM GHAZALI 28
IMAM FAKHRURRAZI 28

3 PERSOALAN 30

CARA BERINTERAKSI DENGAN ORANG AWAM 30


MENDEKATKAN MADZHAB SALAF & MADZHAB KHALAF 32
SIKAP KITA 33

PENUTUP 35

RUJUKAN 37

BIODATA PENULIS 38
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 6
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

PRAKATA

Allah s.w.t. berfirman;


(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 7
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

“Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan
terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan
mereka.” (Surah Al-An’am: 1)

Alhamdulillah di atas segala limpah kurnia dan taufikNya telah mengizinkan saya
menyiapnya rumusan buku karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini bertajuk ‘Akidah
Salaf & Khalaf’. Buku ini adalah terbitan Pustaka Al-Kautsar, cetakan tahun 2009, Jakarta

Timur. Judul asli ini adalah ‘ ’ terbitan Maktabah Wahbah

Cairo pada tahun 20051.

Rumusan ini saya siapkan pada Ramadhan 1434H ketika cuti semester universiti sesi
2012/2013. Sebenarnya saya telah siap membaca, siap meneliti, dan siap membuat nota kecil
tentang isi kandungan buku ini pada tarikh 31 Ogos 2010. Ketika itu saya sudah berhasrat
membuat rumusan secara lebih tersusun dan menghidangkan kepada sesiapa yang mahu
mengambil manfaat. Akan tetapi hasrat ini tertangguh kerana kesibukan saya sepanjang
semester samada semester panjang atau semester pendek kuliyyah di universiti. Alhamdulillah
semester ini saya mempunyai kelapangan menyiapkan rumusan ini. Kelapangan ini merupakan
satu nikmat yang besar untuk saya.

Tujuan daripada rumusan ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menambah
pemahaman saya sendiri tentang prinsip-prinsip akidah Islam. Dengan pemahaman ini saya
dapat membaiki diri dan menyemai benih-benih menjadi lelaki soleh yang memberi manfaat
pada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Saya berharap rumusan ini menjadi amalan soleh
yang dinilai Allah dengan ganjaran pahala dan syurga dan kekal ganjarannya selamanya.

Saya juga mengharapkan rumusan ini menjadi tulisan yang ringan yang mudah difahami
oleh sekalian lapisan pembaca yang mahu mengambil manfaat. Saya ucapkan ribuan terima
kasih kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, dan guru-guru kerana mendidik saya mengenal Islam
dan memberi sokongan kepada saya mempraktikkan Islam dalam hidupan seharian. Jasa kalian
saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah s.w.t. membalas jasa kalian.

1
Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – BP165, 5Q13F
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 8
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Saya mengakui rumusan ini perlukan banyak teguran dan penambahbaikkan. Jika saya
tidak mulakan tulisan lebih besar salah dan ruginya. Walaubagaimanapun saya mengharapkan
teguran. Saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sekian terima kasih.

Mohammad Hidir Baharudin


Kampung Sg. Chinchin Gombak
24 Julai 2013M/ 15 Ramadhan 1434H
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 9
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

METOD PENULISAN

Di bawah, saya sertakan beberapa metod rumusan yang diguna pakai;

I. Buku ‘Akidah Salaf & Khalaf’ mempunyai 10 Bab utama.

1. Ayat-Ayat Dan Hadits-Hadits Sifat Allah Menurut Kaum Salaf Dan Khalaf
2. Perbezaan Pendapat Tentang Ayat-Ayat Dan Hadits-Hadits Sifat Allah
3. Sikap Kaum Salaf Terhadap Sifat-Sifat Allah
4. Sikap Kaum Khalaf Terhadap Sifat-Sifat Allah
5. Sikap Kita Terhadap Sifat-Sifat Allah
6. Beberapa Alasan Keharusan Mengambil Madzhab Salaf
7. Beberapa Catatan Tambahan
8. Wali Dan Karamah
9. Sunnah Dan Bid’ah Dalam Ziarah Kubur
10. Tawassul

Saya tidak akan merumuskan Bab 1, 2, 3, dan 4 kerana saya merasakan pembaca
mengetahui tentang hal ini. Saya juga tidak akan merumuskan Bab 8, 9, dan 10 dalam tulisan
ini. Dengan izin Allah, saya akan merumuskan di dalam tulisan yang lain.

II. Saya akan menambah;

1. Maklumat daripada buku-buku yang berkaitan


2. Tarikh wafatnya ulamak yang saya sebutkan
3. Maklumat pencarian buku di Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)

III. Saya tidak akan membawa jawapan balas Al-Allamah Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi kepada kritikan-kritikan ulamak.

IV. Saya menyusun rumusan saya ini sesuai dengan pemahaman saya.
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 10
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

MUQADDIMAH

Imam Hassan Al-Banna menyebut di dalam prinsip ke-102 Usul 20 bahawa;

.(7 () (

“Mengenal Allah, mentauhid dan membersihkan-Nya daripada sesuatu yang menyekutui-


Nya adalah akidah yan paling tinggi dalam Islam. Ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh
sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi
perselisihan ulama dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah diterima pakai oleh
Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Firman Allah yang bermaksud:“Dan orang-orang yang
mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya
itu dari sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7).”

Kata Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim Mahmud, “Tanpa menceburkan diri ke kancah falsafah
dan upacara kesufian, mengenal Allah yang sebenar-benar kenal adalah mengikut dan
beriltizam serta berserah diri dengan segala ruh, cahaya, penawar, petunjuk, dan rahmat yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak mengikuti dan tidak beriltizam serta
menerima jalan ini, sebaliknya bernaung dengan jalan yang selainnya maka dia telah sesat.”3

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 7;

2
Syarah Usul 20, Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003
3
Ibid
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 11
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian
besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya
serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan
yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) -
adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka
selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari
Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang
mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang
yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami
beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang
mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Ayat di atas merupakan titik mula perbezaan antara Madzhab Salaf dan Madzhab

Khalaf tentang memahami sifat-sifat Allah. Madzhab Salaf mewaqafkan bacaan pada ‘

’ dan Madzhab Khalaf mewaqafkan bacaan pada ‘

’ Dengan tempat waqaf yang berlainan, maka maksud ayat juga

berlainan. Jadilah maksud ayat seperti yang difahami Madzhab Salaf ialah ‘Padahal tidak ada
yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.’ dan Madzhab
Khalaf ialah ‘Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar)
melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu agama’.

Saya memilih tempat waqaf Madzhab Salaf dan jumhur seperti yang dilakukan oleh
Ibn Mas’ud r.a., Ibn Abbas r.a., Ubay bin Ka’ab r.a., Aisyah r.a. As-Sayuthi r.a. kerana;

I. ‘ ’ pada ‘ ’ adalah ‘ ’ isti’naf dan bukanlah ‘ ’ ‘athof seperti

yang difahami Mujahid, Ad-Dhahhak, Ar-Rabi’, Muhammad bin Ja’afar,


An-Nawawi, dan non-jumhur yang lain.
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 12
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

II. Adalah janggal mewaqafkan bacaan pada ‘ ’ samada

janggal pada bacaan dan janggal pada maknanya.

III. Saya mendengar 12 Qurra’ terkenal pada zaman ini4. Mereka ialah Syeikh
Misyari Al-Afasi, Syeikh Abdurrahman As-Sudais, Syeikh Shuraim,
Syeikh Saad Al-Ghamidi, Syeikh Ahmed Al-Ajmi, Syeikh Salah Al
Budair, Syeikh Abu Hajar Al-Iraqi, Syeikh Mahmood Khalil Al-
Hussary, Syeikh Khalid Al-Jalil, Syeikh Nasser Al-Qatami, Syeikh
Moutasem Al-Hameedi, dan Syeikh Abu Bakr Al-Shatri. Hasilnya

mereka mewaqafkan bacaan pada ‘ ’.

IV. Saya juga melihat cetakan Al-Quran daripada 7 cetakan. Hasilnya kesemua

cetakan meletakkan tanda bacaan ‘ۗ’ atau ‘ ’ yang bermaksud ‘lebih baik

berhenti’ atau ‘’mesti berhenti’ pada ‘ ’. Tiada yang

menyebut baik diteruskan.

Antara contohnya ialah persoalan di mana Allah. Dalam ‘At-Tamhid’, Imam Al-
Qadhi Abu Bakar Al-Baqillani (w.403H) menulis, “Jika ada yang bertanya, “Apakah kalian
berpendapat bahawa Allah ada di setiap tempat?” Dia harus menjawab, “Aku berlindung
kepada Allah daripada mengatakan bahawa Dia ada di setiap tempat! Dia bersemayam di atas
‘Arsy sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran;

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

“... Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di
angkatnya naik...” (Surah Fathir: 10)

4
www.youtube.com – Surah Ali Imran
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 13
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di
langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan
serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (Surah Al-Mulk: 10)

Jika Allah ada di setiap tempat, Dia pasti ada di dalam perut, mulut manusia, tandas,
dan tempat-tempat lainnya yang tidak layak untuk disebutkan. Serta hal ini pasti akan
menambah tempat yang Dia ciptakan dan tidak ciptakan sebelumnya. Juga akan mengurangi
jika Dia membatalkan tempat yang Dia ciptakan. Ini beerti Dia dapat datang ke bumi (Saya
berkata bahawa berjisim), belakang, kanan, dan kiri kita. Umat Islam telah sepakat bahawa
pendapat seperti ini adalah keliru.”

Saya berkata bahawa pendapat Allah di mana-mana adalah pendapat Haruriyah,


Jahamiyah, dan Muktazilah.5
______________________

5
Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdul Fattah Haron, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2008
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 14
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

MENGENALI MANHAJ SALAFI

1. Definisi Manhaj Salafi 6

Akidah ialah ketetapan hati yang pasti seseorang7. Ketetapan hati seseorang Muslim
adalah tentang keimanan kepada Allah, Para Malaikat, Para Rasul, Kitab-Kitab, Hari Kiamat,
dan Qada’ dan Qadar. Akidah adalah usul. Allah dan Rasul telah menjelaskan usulNya ini di
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Maka ia tidak mempunyai ruang untuk akal fikiran
menetapkannya.

Manhaj Salafi ialah adalah jalan Nabi s.a.w. yang terang yang mudah yang diikuti oleh
generasi pertama iaitu para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, dan kaum Muslimin yang mengikut
jejak mereka. Mereka ini satu dalam fikiran dan perbuatan.

Imam Abu Muzhaffar As-Sam’ani (w.489H) berkata, “Jika kamu memerhatikan


seluruh kitab-kitab karya mereka daripada pertama sampai terakhir, yang klasik dan
kontemporer, sedang zaman mereka berbeza dan tempat tinggal mereka berjauhan, masing-
masing tinggal di tempat terpisah, nescaya kamu akan dapati mereka dalam menjelaskan
akidah adalah dengan metod yang sama, dan cara tidak berbeza. Mereka mengikuti sebuah
metod yang tidak akan melencong dan condong daripadanya. Perkataan mereka dalam hal
tersebut adalah satu dan kamu tidak akan dapati perbezaan di antara mereka dalam suatu
perkataan sedikit pun. Bahkan jika kamu kumpulkan apa yang keluar daripada mulut mereka
dan apa yang mereka nukilkan daripada pendahulu mereka, nescaya kamu akan dapati seolah-
olah perkataan itu keluar daripada satu hati dan muncul daripada satu lisan.” 8

2. Dalil-Dalil Kemulian Manhaj Salaf Dan Pengikutnya

Allah s.w.t. memberi pujian kepada Manhaj Salaf dan pengikutnya di beberapa tempat
di dalam Al-Quran. Ini adalah kerana mereka adalah generasi terawal mendapat didikan
wahyu secara langsung daripada Nabi s.a.w. dan amanah menyebarkan Islam adalah pada
mereka. Allah meredhai mereka. Allah berfirman;

6
Manhaj Salafi Imam Syafi’i, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012
7
Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad, Pustakan Imam Ahmad, 2009
8
Manhaj Salafi Imam Syafi’i, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 15
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula dari orang-orang "Muhajirin" dan
"Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan
taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk
mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 100)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman;

“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran
pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang
beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka
jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisa’: 115)

Imam Ibnu Abi Jamrah (w.699H) berkata, “Sesungguhnya yang dimaksudkan ‘

’ adalah jalan generasi pertama kerana merekalah yang menerima wahyu, mereka

langsung bertanya daripada hal-hal yang belum jelas maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.
dengan jawapan yang terbaik dan dijelaskan dengan penjelasan yang sempurna.

Saya menambah bahawa ‘ ’ dalam ayat di atas bukanlah jalan kaum

Muslimin di sesuatu zaman dan tempat kerana kaum Muslimin di sesuatu zaman dan tempat
tidaklah dijamin kesolehan mereka oleh Nabi s.a.w. Adapun para sahabat, tabi’in, dan tabi’
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 16
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

tabi’in adalah generasi yang dijamin kesolehan mereka oleh Nabi s.a.w 9. Tambahan pula ayat
ini menggunakan gelaran ‘Mukminin’ yang tentunya berbeza dengan ‘Muslimin’.

Allah berfirman;

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Surah Al-Fatihah: 7)

Kata Imam As-Sayuthi (w.911), “Dalam ayat ini terdapat isyarat untuk mengikuti
salafus solih.”

Juga Nabi s.a.w. bersabda;

“Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian


generasi berikutnya.”10

Kata Ibnu Mas’ud,

“Sesungguhnya Allah melihat ke dalam hati hamba-hambaNya maka Dia bertemu dengan hati
Muhammad sebagai hati yang terbaik diantara hati hamba-hambaNya yang lain. Allah pun

9
HR. Bukhari & Muslim. Hadist mutawatir seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah (1/12)
10
HR. Bukhari & Muslim. Hadist mutawatir seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah (1/12)
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 17
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

memilihnya secara khusus untukNya. Lalu Dia mengutuskan untuk membawa risalahNya.
Sesudah itu Allah melihat lagi ke dalam hati hamba-hambaNya setelah mendapat hati
Muhammad maka Dia menemukan hati para sahabatnya (Muhammad) sebagai hati yang
terbaik diantara hati-hati hambaNya yang lain. Lantas Dia menjadikan mereka sebagai
pendamping NabiNya. Mereka berperang di atas jalanNya. Apa sahaja yang dilihat kaum
Muslimun baik maka itu juga baik di sisi Allah. Dan apa sahaja yang dilihat kaum Muslimun
buruk maka itu juga buruk di sisi Allah.”11

Maka saya katakan bahawa kaum Muslimun di sini adalah para sahabat. Apa sahaja
yang dilihat para sahabat sebagai baik adalah baik. Sebaliknya apa sahaja yang dilihat para
sahabat sebagai buruk adalah buruk.12

Imam As-Syafi’i (w.204H) berkata, “Hendaklah kalian mengikuti ashabul hadits


kerana mereka adalah golongan yang banyak benarnya.”

Dan banyak lagi yang saya tidak mampu nukilkan di sini.

3. Ilmu Kalam Daripada Pandangan Salafus Soleh

Ilmu kalam mula lahir pada penghujung abad pertama Hijrah di Baghdad 13. Ia lahir
kerana dipengaruhi dengan ilmu-ilmu falsafah Yunani yang diterjemahkan ke dalam Bahasa
Arab. Titik awal ilmu kalam ini ialah peristiwa yang berlaku dalam majlis ilmiyah Imam
Hassan Al-Basri (w.110H). Dalam majlis itu seorang yang bernama Wasil bin ‘Atha’
mengatakan bahawa pelaku dosa besar tidak kafir dan bukan mukmin tetapi fasiq terletak di
antara kedua syurga dan neraka. Hassan Al-Basri lalu menyisihkan iaitu mengeluarkan Wasil
bin ‘Atha’ daripada majlis ilmunya. I’tazala iaitu menyisihkan maka lahirlah muktazilah iaitu
orang-orang yang disisihkan. Mereka menggunakan akal yang dipengaruhi falsafah Yunani

11
HR. Ahmad - Hasan
12
10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad ‘Isa, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, 2011
Senada dengan hadits di atas ialah kata-kata Ibn Umar r.a.;

13
Allah Antara Tasawuf Dan Akidah , Abdulfattah Haron, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2008
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 18
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

dalam hal akidah. Kerana penggunaan akal ini maka lahirlah soalan-soalan yang sia-sia yang
tidak mengarah kepada amal14 yang antaranya;

Di manakah Allah sebelum wujudnya langit dan bumi?


Adakah sifat Allah itu sama dengan ZatNya atau berlainan?
Adakah penentuan husn dan qabih itu dikenali dengan syarak atau akal?
Adakah wajib Allah melakukan salah dan aslah?
Adakah manusia itu mukhayyar atau mujbar?
Adakah wajib Allah membalas nikmat dan menyiksa pelaku maksiat?
Apakah hukum pelaku dosa besar yang mati tanpa sempat bertaubat?
Adakah iman itu tasdiq di hati sahaja atau tasdiq serta amal?
Adakah boleh melihat Allah di akhirat atau mustahil?

Di bawah saya sertakan beberapa pandangan salafus soleh tentang ilmu kalam;

Imam Asy-Syafi’i (w.204H), “Sesungguhnya akal itu memiliki batas sebagaimana


pendangan mata juga memiliki batas.”

Imam Adz-Dzahabi (w.748H), “Telah mutawatir daripada Imam Syafi’i bahawa


beliau mencela ilmu kalam dan ahli kalam. Beliau adalah seorang yang semangat dalam
mengikut athar samada dalam akidah atau fiqh.”

Imam Sayuthi (w.911H), “Tiga alasan mencela ilmu kalam iaitu (1) Faktor penyebab
bid’ah kerana bid’ah dimulakan akal. (2) Ilmu kalam tidak pernah diajar Al-Quran dan As-
Sunnah. (3) Ilmu kalam adalah penyebab Al-Quran dan As-Sunnah ditinggalkan.”

Imam Al-Karji (w.532H) yang merupakan guru kepada Imam Al-Haramain, “Maka
mengikuti madzhab salah seorang imam fiqh dan menyelisih dalam aqidah (adalah batil).
Demi Allah ini merupakan kemungkaran secara syariat dan akal. Maka sesiapa yang
mengatakan, “Saya bermadzhab Syafi’i dan beraqidah Asy’ari.” Maka kita katakan, “Ini

14
Prinsip Ke-9 Usul 20 menyatakan bahawa, “Membincangkan masalah yang tidak jejak kepada kenyataan
(tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-beratkan
suatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang masih
belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang masih
belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah s.a.w
atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sehabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang
sahabat. Mereka diganjari menurut niat mereka, tambahan pula masalah takwil merupakan jalan keluar.”
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 19
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

adalah sikap yang kontradiktif bahkan merupakan penyimpangan dan kesesatan kerana tidak
pernah Syafii beraqidah Asyirah.”

Saya katakan bahawa berlaku mulanya timbul firqah sesat adalah disebabkan
penggunaan akal dalam hal sifat-sifat Allah. Timbullah soalan-soalan yang tidak mampu
diselesaikan oleh akal akan tetapi kerana kedegilan akal, soalan-soalan tersebut cuba
diselesaikan. Sampai akhirnya hati tidak akan puas dengan jawapan akal.

__________________________________________________________
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 20
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

SIKAP KITA TERHADAP SIFAT ALLAH

Dalam bab ini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebut sikap beliau dan sikap salafus soleh
yang diikuti oleh beliau dalam hal sifat-sifat Allah. Antaranya ialah Imam Hassan Al-Banna,
Al-Allamah Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, Al-Allamah Imaduddin Al-Wasithi, Imam
Izzuddin Abdul Salam, Imam Ibnu Daqiq Al-Id, Imam Ibnu Kathir, dan lain-lain.

Saya akan membawa sebahagian pendapat-pendapat mereka.

1. Imam Hassan Al-Banna (w.1368H)

Kata beliau dalam prinsip dasar beliau yang kesepuluh, “Kita mengimani ayat-ayat
dan hadits-hadits sahih tentang sifat serta yang ada kaitan dengannya sebagaimana adanya,
tanpa takwil dan menafikannya. Kita tidak menentang perbezaan ulamak tentang hal tersebut.
Kita akan berusaha supaya lapang dada seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
dan para sahabat, “Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu agama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi
Tuhan kami” (Surah Ali Imran: 7)

2. Al-Allamah Syaikh Muhammad Rasyid Ridha (w.1354)

Al-Allamah berpendirian sebagaimana pendirian kaum Salaf. Dalam menerangkan


tentang sifat dan emosi seperti kasih saying, ridha, marah, dan benci, Al-Allamah menyebut,
“Sesungguhnya kaum Salaf membiarkan sifat-sifat tersebut sebagaimana adanya dengan
menyucikan Allah daripada segala emosi makhluk. Mereka berkata bahawa Allah memiliki
rasa cinta yang sesuai dengan keadaanNya bukan emosi seperti rasa cinta makhluk.”

3. Al-Allamah Imaduddin Al-Wasithi (w.712H)

Allamah menyebut, “ … Allah telah mensifati diriNya dengan sifat-sifat tersebut agar
dengan sifat-sifat tersebut dapat kita mengenalNya. Yang demikian itu jika kita diam untuk
mengimani dan menafikan sifat-sifat tersebut, ini bererti kita telah menyimpang daripada
maksud Allah yang memperkenalkan diriNya kepada kita. Sifat yang Dia sebutkan tentang
diriNya harus kita imani sesuai dengan yang Dia sifati tentang diriNya bukan diam atas sifat-
sifat tersebut…”
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 21
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

4. Imam Ibnu Kathir (w.774H)

“Manusia mempunyai pendapat yang banyak sekali tentang tema ini. Namun tempat
ini bukanlah untuk menjelaskannya. Dalam tema ini kita menempuh cara Madzhab Salafus
Soleh seperti Malik (w.179H), Al-Auza’i (w.157H), Ats-Tsauri (w.161H), Al-Laits bin
Sa’ad (w.175H), Asy-Syafi’i (w.204H), Ahmad (w.241H), Ishaq bin Rahawaih (w.238H),
dan ulamak lainnya samada zaman dahulu atau zaman sekarang. Cara tersebut adalah
membiarkannya sebagaimana adanya dengan tanpa membuat bentuk, menyerupakan, dan
mendistorsi.” Beliau menambah, “Bahkan pendapat seperti ini adalah pendapat para imam
seperti Nu’aim bin Hammad (w.***H), Al-Khuza’i, dan Al-Bukhari (w.256H)”

Juga Abdullah bin Abbas (w.68H), Abdullah bin Umar (w.74H), Umar bin Abdul
Aziz (w.101H), Hassan Basri (w.110H), Al-Zuhri (124H), Ja’far Sadiq (w.148H), Ibn
Kullab (w.240H), Abu Hassan Al-Asy’ari (w.324H), Ibn Hazm (w.456H), dan Ibn
Taimiyyah (w.728H)15

5. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Al-Allamah menutup topik ini dengan membuat kesimpulan bahawa, “Dengan


demikian pembaca dapat mengetahui bahawa dalam permasalahan sifat-sifat Allah, saya
mengambil Manhaj Salaf.”

Saya berkata bahawa ini adalah penjelasan sebahagian ulamak pewaris Nabi s.a.w.
yang menerangi umat pada zaman mereka dan zaman selepas zaman mereka. Mereka
menyatakan pendirian mereka walaupun kelompok sesat dan melampau tidak menyukai.

Ulamak ini sedaya upaya memberi manfaat kepada umat dan tidak hanya berzikir dan
beratib siang dan malam. Mereka menulis, mensyarah, menafsir, dan lain-lain sama maknanya
kepada kaum Muslimin supaya kaum Muslimin berada di atas jalan yang lurus iaitu jalan
salafus soleh.

Bukanlah tugas mereka mengkafir kaum Muslimin yang lain yang tetap beriman
dengan enam rukun iman. Tugas mengkafirkan dan menyesatkan sesama kaum Muslimin ini
diceburi oleh beberapa ahli agama yang bekerja di jabatan agama kerana kaum Muslimin
yang lain berbeza dengan mereka pada permasalahan furuq. Alangkah menyesalnya mereka

15
‘Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 22
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

nanti ketika mereka di hadapan Allah tatkala dipersembahkan buku catatan amalan yang
hanya penuh dengan debu-debu.

__________________________
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 23
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengemukakan beberapa alasan dan hujah keharusan


mengambil Madzhab Salaf sebagai pegangan dan bukannya Madzhab Khalaf.

1. Kelemahan Akal Manusia

Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat sifat-sifat Allah iaitu Maha Pencipta.
Lebih daripada itu, manusia juga terbatas untuk mengetahui hakikat dirinya sendiri. Meskipun
perkembangan ilmu meluas, hakikat sifat-sifat Allah tidak dapat diketahui kerana keterbatasan
akal manusia. Ini disepakati Salaf dan Khalaf.

Kerana hal yang demikian, jalan yang paling lurus dan selamat ialah menerima sifat-
sifat Allah daripada wahyu yang maksum iaitu daripada Dia sendiri kerana Dia lebih
mengetahui akan hakikat diriNya.

2. Dosa Dalam Kesalahan Takwil

Dengan metakwilkan sifat-sifat Allah, kita sebenarnya menggunakan akal yang sudah
kita sepakati keterbatasannya. Ini akan terdedah kepada kesalahan dan kesilapan. Dan kita
kerana hal yang demikian akan termasuk ke dalam golongan manusia yang bercakap tentang
Allah tanpa ilmu pengetahuan. Allah berfirman;

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh
yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-
perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang
kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah Al-Baqarah: 168-169)
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 24
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji,


sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh
dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu
dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan
(diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak
mengetahuinya. (Surah Al-A’raf: 33)

Kata Abu Bakr As-Siddiq r.a., “Langit manakah yang akan menaungiku dan bumi
manakah yang akan melindungiku jika aku berbicara terdahap Al-Quran sedangkan aku tidak
mengetahuinya.”

3. Takwil Membuka Pintu Kesesatan

Membuka pintu takwil akan membuka pintu kesesatan kerana takwil akan menjadi
wasilah masuknya orang-orang zindik, atheis, ahli batin, filasof, para sufi yang menyimpang,
dan lain-lain. Kerana hal yang demikian, para salafus soleh menutup pintu takwil dalam hal
sifat-sifat Allah.

4. Madzhab Salaf Disepakati Selamat

Kerana di dalamnya ada ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah dan penafian
dalam hal yang telah dinafikan oleh Allah. Sebaliknya Madzhab Khalaf yang melakukan
takwil tidak akan luput daripada bahaya takwil.

Ketika kita berdiri di hadapan Allah untuk dihisab pada hari kiamat, kebergantungan
kita hanyalah pada wahyu yang maksum. Jika kita bayangkan nanti Allah bertanya kepada
kita, “Mengapa kalian menisbahkan kepada DzatKu kasih sayang, cinta, ridha, marah,
bahagia, tertawa, atas, tinggi, dan yang lainnya?” Kita akan menjawab, “Kerana di dalam Al-
Quran yang Engkau turunkan kepada Muhammad untuk hambaMu, Engkau berfirman seperti
itu. Kami tidak pernah mensifati Engkau kecuali dengan sifat yang Engkau sifati.” Bahkan
jawapan ini benar dan tidak akan tertolak.

Berbeza dengan sikap orang-orang yang melakukan takwil. Mungkin takwil mereka
itu salah dan mungkin benar. Kerana yang demikian itu, Madzhab Salaf itu lebih selamat.
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 25
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

5. Berpegang Teguh Kepada Kesepakatan Lebih Utama

Hal yang utama dalam permasalahan akidah ialah berpegang teguh kepada
kesepakatan dan bukannya perselisihan. Dalam kata yang lain kesepakatan yang dimaksudkan
ialah kesepakatan salafus soleh yang terdiri daripada para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in.
Mereka adalah umat yang terbaik dan mereka bersepakat dalam hal sifat-sifat Allah.

Saya menambah kerana hal yang demikian itu, kita tidak akan melihat mereka
mentakwilkan sifat-sifat Allah.

6. Para Pentakwil Kembali Kepada Madzhab Salaf

Madzhab Salaf adalah ubat kepada kekeliruan takwil mereka selama ini dan mereka
mengumumkan kembali kepada Madzhab Salaf kerana ubat itu. Kita tidak akan menemukan
pendukung Madzhab Salaf kembali kepada Madzhab Khalaf.

Imam Ash-Syaukani (w.1251H) membuat kesimpulan dalam ‘Irsyad Al-Fuhul’


(2/49)’, “Mereka bertiga iaitu Al-Juwaini, Al-Ghazali, dan Ar-Razi adalah orang yang
meluaskan dan memanjangkan cakupan takwil. Sebagaimana diketahui akhirnya mereka
kembali kepada Madzhab Salaf. Segala puji hanyalah bagi Allah. Dialah yang layak mendapat
pujian tersebut.”

I. Imam Abul Hassan Al-Asy’ari (w.324H)

Imam Abul Hassan Al-Asy’ari menulis di dalam karya terakhirnya ‘Al-Ibanah’16


bahawa “ ... Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Allah berfirman;

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

16
Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – BP166A 819I
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 26
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (Surah Ar-
Rahman: 27)

Allah mempunyai tangan yang tidak boleh diserupakan, Dia berfirman;

Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam)
yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur,
ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " (Surah Sod: 75)

“... Bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-
limpah). (Surah Al-An’am: 64)

Orang telah sesat jika dia menyangka bahawa Allah mempunyai nama-nama lain.
Allah mempunyai ilmu seperti dalam firmanNya;

“ ... Allah menurunkannya dengan ilmuNya...” (Surah An-Nisa’: 166)

“... Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-
satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui
Allah...” (Surah Fathir: 11)

Kita beriman bahawa Allah mempunyai pendengaran dan penglihatan. Kita juga
berpendapat bahawa ucapan Allah bukanlah makhluk. Juga kita percaya bahawa di akhirat
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 27
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Allah akan dilihat dengan mata sebagaimana bulan yang dilihat pada lailatul qadar..
Sebagaimana terdapat dalam banyak riwayat, orang-orang beriman akan melihatNya.”

II. Imam Al-Haramain Abul Ma’ali Abdul Malik Al-Juwaini (w.476H)

Disebut di dalam tulisan beliau, ‘Ar-Risalah An-Nizhamiyah Fi Al-Arkan Al-


Islamiyah’17 pendirian beliau yang berbunyi, “Pendapat yang saya redha dan keyakinan yang
saya peluk adalah mengikuti Madzhab Salaf. Kerana yang lebih utama adalah mengikuti dan
meninggalkan bid’ah.”

Beliau juga berkata, “Para Imam Qiraat berpendapat bahawa berhenti pada ayat,

“ ... Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar)
melainkan Allah...” (Surah Ali Imran: 7)

Kemudian Imam Haramain menyebut kata-kata Imam Malik bin Anas.

Ghanin Al-Musyili menulis, “Saya mendengar Imam Abul Ma’ali (iaitu Imam
Haramain) berkata, “Kalaulah aku mengambil keputusan yang telah lalu, pasti aku tidak akan
disibukkan dengan ahli kalam.”

Imam Adz-Dzahabi menulis, “Saya membaca tulisan Abu Ja’far (Muhammad bin
Ali), “Saya pernah mendengar Abul Ma’ali berkata, “Saya telah membaca lima puluh ribu per
lima puluh ribu. Kemudian saya memisahkan orang-orang Islam dengan keislaman dan ilmu-
ilmu mereka. Saya mengharungi lautan yang besar dan berenang ke dalam hal yang dilarang
oleh umat Islam. Semua itu adalah untuk mencari kebenaran. Pada saat itu saya lari daripada
taklid.

Namun sekarang saya telah kembali kepada pendapat kebenaran. Hati-hatilah kalian
terhadap agama orang-orang yang lemah. Kalaulah kelembutan dari kebenaran tidak

17
Saya tidak berjaya mencari buku ini di Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 28
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

menemuiku pasti aku akan mati dalam agama orang-orang yang lemah. Namun aku
mengakhiri hidupku dengan kalimah yang ikhlas, La ilaha illa Allah. Celakalah Abul
Juwaini.”

III. Imam Al-Ghazali (w.505H)

Disebut di dalam ‘Iljam Al-‘Awam ‘An ‘Ilm Al-Kalam’18.

IV. Imam Fakhrurrazi (w.606H)

Dalam ‘Ta’sis At-Taqdis’ Ibn Hajar Al-Asqalani juga dalam ‘Siyar ‘Alam An-
Nubala (21/500)’ “Saya telah meneliti metod kalam dan metid filsafat tetapi saya tidak dapat
memdapat ubat yang dapat mengubati penyakit serta menghilangkan dahaga. Saya
berpendapat bahawa metod yang paling dekat adalah metod Al-Quran. Lalu beliau membaca
ayat

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

Sesiapa yang mahukan kemuliaan kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah
lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai
amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya:
orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka
azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Surah Fathir: 10)

18
Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – BP166G411I
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 29
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari
jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan
(bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan)
kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Asy-Syura:
11)

Jika ada orang yang melakukan uji-cuba seperti uji-cuba saya, dia pasti akan
mengetahui seperti saya.”
____________________
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 30
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

3 PERSOALAN

1. Cara Berinteraksi Dengan Masyarakat Awam

Persoalan yang timbul ialah manakah yang lebih utama diantara menjaga akidah orang
awam dengan melakukan takwil - daripada mereka menyamakan Allah dengan makhluk atau
itsbat terhadap sifat-sifat Allah sebagaimana ada di dalam Al-Quran. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
memerhatikan empat perkara penting dalam persoalan ini;

I. Kita harus menetapkan hal yang ditetapkan Allah sebagaimana di dalam Al-
Quran dan As-Sunnah.
II. Kita tidak harus menambah atau mengubah ungkapan walaupun sesuai
dengan ungkapan kita.
III. Kita tidak boleh mengumpulkan sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatan
Allah yang sama dalam satu bentuk. Kita faham secara terpisah.
IV. Kita mesti menegaskan dalil-dalil qat’i dan kesepakatan madzhab samada
Madzhab Salaf atau Madzhab Khalaf.

Saya membuat kesimpulan bahawa pendapat Imam Ibnu Jauzi (w.597H), Imam
Haramain (w.476H), dan Imam Ghazali (w.505H) adalah sama dalam hal ini iaitu tidak
mentakwilkan dan mengikut pemahaman salafus soleh.

Kata Ibn Jauzi (w.597H), “Perkataan yang paling baik bagi orang awam adalah
sikapilah hal ini seperti apa adanya dan jangan cuba pernah mencuba menakwilkannya.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata bahawa Imam Haramain (w.476H) menjelaskan


bahawa dengan sebuah penegasan bahawa hal yang sangat diinginkan olehnya adalah
menyatukan manusia kepada Madzhab Salaf iaitu orang awam memahami sifat Allah dengan
pemahaman Madzhab Salaf.

Tambah Imam Haramain (w.476H), salafus soleh adalah manusia yang berotak
cergas dan memiliki hujah yang sangat kuat. Akan tetapi mereka berhati-hati dengan tidak
menerobos ke dalam hal yang samar dan tidak jelas iaitu sifat Allah. Maka adalah lebih utama
untuk orang awam tidak menerobos ke dalam hal yang samar.

Kata Imam Al-Ghazali (w.505H), “Ketahuilah bahawa kebenaran yang jelas dan
tidak diragukan lagi bagi orang-orang yang berakal adalah Madzhab Salaf iaitu madzhab
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 31
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

sahabat dan tabi’in (da tabi; tabi’in). Di sini saya ingin memberikan bukti dan menegaskan
bahawa hakikat Madzhab Salaf adalah bahawa setiap hadits yang sampai kepada mereka dan
mempunyai hubungan dengan orang-orang awam harus disikapi dengan beberapa cara,
menyucikan (taqdis), membenarkan (tasdiq), mengakui kelemahan (i’tiraf bil ‘ajz), diam
(sukut), menahan (imsak), cukup (kaff), dan menyerahkan kepada orang-orang berilmu
(taslim li ahlil ma’rifah).”

Tambah beliau, “Inilah tujuh hal yang diyakini oleh Madzhab Salaf dan diharuskan
kepada orang awam.”

Maka jika ada manusia yang berkata, “Hal ini akan menjadikan kita tidak meneliti
kebenaran dan akan berlaku taklid.” Kita menjawab, “Bukan seperti itu kerana yang
dimaksudkan adalah iman secara umum dan keseluruhan. Kekuatan akan manusia tidak akan
mempu memperincikan kebenaran ini. Dalilnya ketika Nabi Ibrahim a.s. berkata;

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? ...”
(Surah Al-Baqarah: 260)

Allah pun memperlihatkan kepadanya burung yang mati dihidupkan bukan


memperlihatkan caraNya menghidupkan kerana Nabi Ibrahim tidak akan mampu memahami
hal itu.

Dalil lain;

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan
Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. (Surah Al-
Isra’: 85)

Penjelasan Allah hanya umum sahaja. Iaitu memahami secara keseluruhan. Tidak
terperinci. Hal yang sama adalah sikap Nabi Muhammad s.a.w. ketika menjelaskan hal ini
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 32
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

secara umum tidak terperinci. Demikian yang dilakukan oleh sahabat dan generasi awal.
Kerana akal yang tidak mampu memperincikan.

2. Mendekatkan Madzhab Salaf Dan Madzhab Khalaf

Sebenarnya usaha ini bukanlah pertama dilakukan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Usaha ini telah dilakukan oleh Imam Hassan Al-Banna (w.1368H), Al-Wasithi (w.712H),
Rasyid Rida, As-Safarini (w.1188H), dan lain-lain.

Allah berfirman;

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang
menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan
sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan
memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An-Nisa’: 114)

Abdulfatah Haron Ibrahim menyebut, “Sikap Salaf itu lebih selamat dan sikap Khalaf
itu lebih teguh. Kaum Salaf tidak perlu kepada takwil kerana roh kepimpinan Rasulullah
s.a.w. masih dirasakan hangat bersinar-sinar. Perlunya kepada takwilan selepas zaman Salaf
itu kerana susunan masyarakat setempat zaman itu adalah memerlukan begitu. Sekarang kita
dengan suasana zaman kita, kita boleh mengambil kedua-duanya sekali kerana semuanya
adalah Ahli Sunnah belaka.”19

Sebenarnya perbezaan pendapat tidaklah serius seperti yang digambarkan oleh orang-
orang jahil. Polemik kedua-dua madzhab hanyalah pada pemahaman dengan satu tujuan iaitu
mensucikan Allah. Beberapa alasan diberikan ialah;

I. Kedua-Dua Madzhab Samada Salaf atau Khalaf Menyucikan Allah

Madzhab Salaf menyucikan Allah dengan mengambil pemahaman ayat-ayat sifat


secara literal tanpa penyerupaan. Adapun ahli kalam melakukan takwil untuk menafikan
penyerupaan. Maka ‘tangan’ dalam (Surah Al-Mulk: 1)(Al-Mukminun: 88) difahami secara

19
‘Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 33
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

literal tanpa penyerupaan kerana bertanya tentangnya adalah bid’ah. Juga ‘tangan’ difahami
dengan kekuasaan untuk penafian penyerupaan.

II. Kedua-Dua Madzhab Sepakat Bahawa Erti Literal Lafaz-Lafaz Sifat


Allah Bukanlah Erti Sebenar.

Ini adalah kesepakatan Madzhab Salaf dan Madzhab Khalaf dalam penyucian Allah.

III. Madzhab Salaf Melakukan Takwil Ijmali Dan Madzhab Melakukan


Takwil Tafsili

Madzhab Salaf juga melakukan takwil. Apabila disebut ‘tangan’, Madzhab Salaf
berkata bahawa ‘tangan’ Allah tidak sama dengan tangan kita. Inilah takwil ijmali iaitu takwil
secara umum. Dengan satu tujuan iaitu mensucikan Allah.

Saya berkata bahawa musuh Madzhab Salaf bukanlah Madzhab Khalaf dan
sebaliknya. Musuh kita yang sebenarnya ialah orang-orang kafir yang melawan Islam samada
Kristian, Yahudi, Budha, Hindu, Komunis, Atheis, dan lain-lain.

Tugas kita adalah menguatkan jemaah dan meluruskan sof Islam.

3. Sikap Kita

I. Ketidakharusan Mengkafirkan Para Pentakwil

Al-Qaradhawi menyebut bahawa meskipun beliau menguatkan dan menjadi


pendokong Madzhab Salaf, akan tetapi beliau tidak menkafirkan para pentakwil yang juga
daripada kalangan ulamak. Mereka ini kata beliau ikhlas memberi nasihat dan berijtihad
sesuai dengan ilmu mereka. Jika ia benar akan diberi ganjaran dua pahala. Jika tidak benar
akan tetap diberi satu pahala. Mereka mentakwilkan untuk memenuhi keperluan akal kaum
Muslimin di setiap masa dan tempat.

Kata Imam Hassan Al-Banna dalam ‘Risalah Al-‘Aqa’id’, “Kita harus berkeyakinan
bahawa takwil kaum Khalaf tidak harus dihukum dengan kafir atau fasik. Kita tidak perlukan
polemik antara dua mereka baik zaman dahulu atau zaman sekarang. Kerana Islam lebih luas
daripada itu.”
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 34
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Beliau menambah di tempat yang lain, “Perkara yang menjadi perhatian sebahagian
kaum Salaf dan lebih penting dilakukan pada zaman sekarang oleh umat Islam adalah
menyatukan barisan dan kalimat semampu kita.”

Az-Zarkasyi (w.794H) telah menukilkan bahawa Ibnu Daqiq Al-Id (w.702H)


berpendapat, “Jika ada orang yang mentakwilkan sebagaian lafaz-lafaz tersebut (iaitu sifat-
sifat Allah), dan jika takwilnya dekat dengan yang diinginkan serta difahami oleh Bahasa
Arab, kita tidak mengingkari serta membid’ahkannya. Namun jika takwilnya jauh, kita diam,
menjauhinya, dan kembali kepada dasar keimanan dengan erti mensucikan.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menambah, “Pada zaman sekarang takwil seperti ini (iaitu
yang dekat dan diterima) diperlukan untuk menterjemahkan Al-Quran ke dalam pelbagai
bahasa. Adalah tidak dapat diterima akal jika kita berkata kepada orang asing, “Kita diam,
tidak membincangkannya, dan menyerahkan maknanya kepada Allah.” Kerana mereka
memerlukan penjelasan, bukan diam.” Beliau juga menambah, “Takwil yang dapat diterima
di sini akan lebih jelas dan lebih kuat untuk melakukan dakwah.”

Tambah Al-Qaradhawi, “Selama seseorang itu mengucapkan bahawa tiada Tuhan


selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya, dia tetap ada dalam keislamannya. Jika ada
orang mengucapkan syahadah, darah dan hartanya menjadi suci, kecuali oleh hak. Hisabnya
ditentukan oleh Allah. kita tidak perlu menguak hati manusia. Kerana kita memperlakukan
manusia pada hal yang zahir dan Allahlah yang mengetahui akan hal yang tersembunyi.”

Saya berkata bahawa inilah yang sepatutnya dipelajari oleh ahli-ahli agama. Ahli-ahli
agama belajar tentang akidah pertama, fiqh kedua, akhlak dan adab akhir sekali di tempat
ketiga. Maka jadilah kafir mengkafir dan sesat menyesat pada tempat yang salah. Ahli-ahli
agama jenis ini memahami tugas mereka sebagai ahli agama ialah menghalang kaum
Muslimin yang tidak sealiran dengan mereka dalam permasalahan furuq daripada masuk ke
dalam syurga. Kerana hal itu mereka mengkafirkan dan menyesatkan. Asal akal mereka
lemah dan mereka mahu menjadikan kaum Muslimin yang lain lemah seperti mereka.

____________________________________________________________________
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 35
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

PENUTUP

Menyatukan kaum Muslimin di atas Madzhab Salaf adalah satu cita-cita yang
memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Seperti kata Imam Malik bahawa umat ini tidak
akan baik melainkan umat ini menggunakan formula pemahaman agama seperti formula
pemahaman agama umat yang terbaik iaitu Salafus Soleh.

Hal ini menjadi titik mula umat akan menjadi baik. Kerana akidah yang benar akan
melahirkan amal ibadah yang benar. Menjadikan Salafus Soleh sebagai tauladan dalam hidup
di dunia dan akhirat kelak akan melahirkan sosok tubuh yang berkerja untuk dunia dan
bersungguh-sungguh untuk akhirat. Inilah sosok-sosok manusia yang siang harinya seperti
pahlawan dan malam harinya seperti hamba.

Kata Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, “Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya kerana Kitab
Allah dan Sunnah RasulNya tidak mementingkan sesuatu selepas tauhid melainkan memberi
perhatian yang utama kepada usaha mengukuhkan perpaduan umat dan membuang
perselisihan pendapat di kalangan mereka serta mengatasi segala sesuatu yang dapat
menengeruhkan keharmonian perhubungan diantara orang-orang Islam atau yang merosakkan
ukhuwah mereka.”20

Di halaman yang lain beliau berkata, “Mudah-mudahan Allah takdirkan penyelamat


umat ini di tangan generasi-generasi putera-puteranya yang baik ini, sekiranya niatnya benar
kepada Allah dan ia menempuh jalan yang menjamin keselamatan untuk memimpin bahtera
menuju pantai yang aman setelah sekian lama terapung-apung di tengah lautan.”

Allah berfirman;

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan, kerana jalan-jalan (yang lain
itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan
kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-An’am: 153)

20
Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu Sdn Bhd, 1993
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 36
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Saya menutup rumusan ini dengan berdoa;

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami
mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang
mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (Surah Ali Imran: 53)
_________________________________________________________
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 37
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim

I. Miracle The Reference, Sygma Creative Media Corp.


II. The Zikr Quranic Project
III. At-Tafsir Al-Muyassar
IV. Majma’ Al-Buhuth Al-Islamiyah Al-Kaherah
V. Mushaf Al-Madinah Al-Nabawiyah
VI. Majid
VII. The Open School

2. Akidah Salaf & Khalaf, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Pustaka Al-Kautsar, 2009

3. 6002 -

4. Syarah Usul 20, Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003
5. Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdulfatah Haron Ibrahim, DBP, 2008
6. Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad,
Pustakan Imam Ahmad, 2009
7. Manhaj Salafi Imam Syafi’i, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-
Furqoon, 2012
8. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM,
2002
9. Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu
Sdn. Bhd., 1993
10. 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad ‘Isa, Pustaka Imam Asy-
Syafi’i, 2011

11. 1911

12. 1915 -

13. Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, Ismail bin Omar, Access Infotech
(M), 2006
14. Al-Firqotun Najiyah, Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Media Hidayah, 2003
15. www.youtube.com – Surah Ali Imran
(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 38
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

BIODATA PENULIS

Dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 24


April 1988. Bapa saya bernama Baharudin bin
Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah
Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian
melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor
Star sehingga tingkatan 5. Selepas itu, saya
menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di
Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz Al-
Quran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah Undang-
Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Saya berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya
mata perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Saya suka mengulangkaji hafazan
Al-Quran dan membaca buku.

Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran ‘Pra-Tahfiz’ di Masjid At-


Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati.

Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan mohammadhidirbaharudin@gmail.com.

Anda mungkin juga menyukai