Anda di halaman 1dari 64

BUKU

PENCALONAN
MESYUARAT AGUNG
PERWAKILAN
TAHUNAN
KE-
8
ISI KANDUNGAN

Pencalonan Anggota Lembaga 02

Biodata Calon Anggota Lembaga 06

Pencalonan Jawatankuasa Penentusah Minit 55

1
PENCALONAN
ANGGOTA
LEMBAGA
PENCALONAN
ANGGOTA LEMBAGA

MELANTIK LIMA BELAS (15)


ANGGOTA LEMBAGA
Mengikut Undang-undang Kecil KOPSYA:
Tempoh memegang jawatan anggota Lembaga
36 (1) – Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara
bergilir-gilir pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.
36 (4) – Sekiranya mesyuarat agung perwakilan tahunan tidak diadakan maka penggiliran pengosongan jawatan tetap
berlaku. Pengguguran akan berlaku pada mesyuarat agung perwakilan tahunan yang terdekat diadakan.
Berikut merupakan lima belas (15) orang Anggota Lembaga yang gugur sepanjang tempoh tiga (3) tahun 2019 – 2021: -

TAHUN BIL NAMA JAWATAN


1 Haji Mohamad Azmi Bin Omaruddin Setiausaha
2 Dato’ Ismail Bin Nordin Anggota Lembaga
2019 3 Haji Usuf Bin Samah @ Abu Samah Anggota Lembaga
4 Datuk Hajah Noraini Binti Datuk Seri Panglima Haji Salleh Anggota Lembaga
5 Dato’ Haji Nik Hassan Fauzi Bin Haji Nik Abdullah Anggota Lembaga
1 Dato’ Haji Kamarudin Bin Ismail Timbalan Pengerusi
2 Datuk Sahadivanaidu A/L Baliah Anggota Lembaga
2020 3 Datuk Haji Mohamad Ali Bin Hassan Anggota Lembaga
4 Hajah Armi Binti Zainudin Anggota Lembaga
5 Dato’ Haji Aliasak Bin Haji Ambia Anggota Lembaga
1 Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Bin Haji Abdullah Pengerusi
2 Haji Mansor Bin Ab Rahman Bendahari
2021 3 Haji Mutadho Bin Bahri Anggota Lembaga
4 Mohd Zamal Abidin Bin Wahit Anggota Lembaga
5 Haji Ahmat Murtza Bin Saleh Anggota Lembaga

3
PENCALONAN
ANGGOTA LEMBAGA

Pemilihan lima belas (15) anggota lembaga akan dipilih melalui undian oleh perwakilan. Berikut adalah senarai nama calon
yang bertanding: -

Bil Nama Calon Nama Koperasi Yang Diwakili


1 Haji Alimen Bin Ahmad Koperasi Kebajikan Am Langgar Berhad
2 Dato' Jurey Latiff Bin Mohd Rosli Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad
3 Mohd Fauzi Bin Mohammed Saif Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad
4 Prof. Dr. Abdul Razak Bin Chik Koperasi Universiti Utara Malaysia Berhad
5 Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Bin Haji Abdullah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
6 Datuk Haji Azih Bin Muda Koperasi Kospeta Malaysia Berhad
7 Mohamad Mortadza Bin Mantrang Koperasi Guru Bumiputera Sarawak Berhad
8 Haji Ismail Bin Muda Koperasi Peka Malaysia Berhad
9 Haji Hamdan Bin Haji Othman Koperasi Pembangunan Daerah Seremban Berhad
10 Haji Mohamad Noor Bin Mohamad Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
11 Haji Ts. Mohd Mudasir Bin Abdullah Koperasi Celcom Berhad
12 Dato' Haji Ibrahim Bin Haji Abdullah Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad
13 Azhari Bin Rose Koperasi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Al-Ihsan Lipis Berhad
14 DSP Suhaimi Bin Haji Ahmad Koperasi Bumiputera Jasin Melaka Berhad
15 Datuk Kamarulazli Bin Jaafar Koperasi Pengusaha Pekerja Malaysia Berhad
16 Dato' Haji Mat Rejab Bin Kassim Koperasi Alumni KCS Darul Aman Berhad
17 Hajah Noorizan Binti Abd Latif Koperasi Keluarga Haji Abdul Latif Seremban Berhad
18 Syahrudin Bin Hanib Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad
19 Haji Abdul Rahman Bin Ali Koperasi Kariah Masjid Bukit Sentosa Dan Bukit Beruntung Berhad
20 Jamaluddin Bin Sulaiman Koperasi Orang Melayu Parit 4/5 Sungai Besar Berhad
21 Haji Zaharuddin Bin Alias Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad
Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab/ Pusat Latihan Harian Pahang
22 Haji Mansor Bin Ab. Rahman
(KOGURU) Berhad
23 Dato’ Haji Kamarudin Bin Ismail Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
24 Haji Mohamad Azmi Bin Omaruddin Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad
25 Datuk Haji Mohamad Ali Bin Hasan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad
26 Dr. Haji Abu Hanipah Bin Ramli Koperasi Batu Talam Berhad
27 Meor Mohd Faizul Bin Abd Karim Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
28 Hajah Riguan Binti Rashidi Koperasi Kakitangan Petronas Berhad

4
PENCALONAN
ANGGOTA LEMBAGA

29 Dato' Haji Nik Hassan Fauzi Bin Haji Nik Abdullah Koperasi Koswip Malaysia Berhad
30 Prof. Ts. Dr. Razali Bin Hassan Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad
31 Ustaz Muhammad Amir Bin Abdullah Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
32 Haji Zakaria Bin Zainol Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
33 Ahmad Bin Gidi Koperasi Kariah Surau Ikhwanul Muslimin Kuching Berhad
34 Misilamani A/L Ramasamy Koperasi Maju Jaya Malaysia Berhad
35 Dato' Haji Ismail Bin Nordin Koperasi Perianita Taiping Berhad
36 Letchumanan A/L Ponnan Koperasi Yatra Hindu Malaysia Berhad
37 Hajah Rashidah Binti Haji Ismail Koperasi Bersatu Gading Ledang Berhad
38 Haji Mohd Jamil Bin Othman Koperasi Bersatu Kepala Bukit Permatang Pauh Berhad
39 Norizah Binti Abdullah Koperasi Usahawan Kecil Raub Berhad
40 Nor Hisham Bin Abdullah Sani Koperasi Aspirasi Berhad
41 Dato' Wong York Mung Koperasi Sahabat Fulda Malaysia Berhad
42 Lt Kol Azarul Azuan Bin Abdullah Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad
43 Datuk Hajah Noraini Binti Datuk Seri Panglima Haji Salleh Koperasi Jaya Diri Papar Berhad
44 Haji Mohamad Khozali Bin Junus Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Kulim Berhad
45 Prof. Dr. Haji Wan Mohtar Bin Wan Yusoff Koperasi Unikeb Berhad
46 Shamsinar Binti Dato’ Mohamed Noor Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad
47 Haji Nor Zahari Bin Zakaria Koperasi Kakitangan Felcra (Malaysia) Berhad
48 Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Bin Sedi Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad

(i) Diperakui bahawa permohonan pencalonan telah disemak dan memenuhi kehendak syarat-syarat pencalonan.
(ii) Calon-calon ini layak bertanding berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut Undang-
undang Kecil dan telah disahkan oleh Jawatankuasa Pencalonan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPSYA
ke-8 (MAPT)

Haji Mutadho Bin Bahri


Pengerusi
Jawatankuasa Pencalonan
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPSYA Ke-8 (MAPT)

Tarikh: 20 September 2022

5
BIODATA CALON
ANGGOTA
LEMBAGA
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

1 HAJI ALIMEN BIN AHMAD

Beliau berasal dari Negeri Kedah Darul Aman, berkelulusan Ijazah dan Diploma
Pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga mantan guru
yang telah berkhidmat selama 35 tahun.
Beliau merupakan anggota Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Darul Aman Berhad
(KGMKB) (1988 – kini) dan diberi kepercayaan serta amanah sebagai Setiausaha JAD
(KGMKB) (2000 - 2002), Pengerusi JAD (KGMKB) (2003 - 2004), Setiausaha (KGMKB)
(2005 - 2014) dan dilantik semula menjadi Setiausaha (KGMKB) (2016 – 2018). Pada
tahun 2022, beliau diberi kepercayaan serta diamanahkan sebagai Pengerusi KGMKB.
Selain itu, beliau juga merupakan Anggota Lembaga Koperasi Kebajikan Am Langgar Bhd
(KKALB) (2010 - kini) dan Timbalan Pengerusi (KKALB) (2020 - kini), menjadi anggota
dalam Koperasi Peserta Rancangan Felcra Kubang Kenyeng Kedah Bhd (KPR) (2005 -
kini), menjadi Setiausaha (KPR) (2007 – kini), Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA
Negeri (JPAN) Kedah (2015 - kini) dan menjadi Setiausaha (2018 – kini).
Beliau telah menjadi perwakilan ke Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA
(MAPA) sejak tahun 2005 - kini, perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan COOPBank
sejak tahun 2005 - kini dan perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Kerjasama
Rakyat Berhad (BKRM) sejak tahun 2005 - kini. Berpengalaman sebagai Jawatankuasa
Menentusah Minit Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan COOPBank PERTAMA.
Beliau juga diberi kepercayaan dan diamanahkan untuk memimpin Persatuan Ibubapa
SMK Bandar Baru Darulaman, Jitra, Kedah selaku Jawatankuasa PIBG sejak tahun 2008
dan Yang DiPertua sejak 2018 – kini.

7
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

2 DATO’ JUREY LATIFF


BIN MOHD ROSLI
DIMP.

Beliau mempunyai kelayakan Professional Master in Creative Industry daripada Open


University. Beliau adalah seorang penerbit dan pengarah filem yang prolifik di Malaysia
dan pengasas syarikat World Evolution Brain (M) Sdn Bhd (1996 - kini). Beliau merupakan
seorang yang aktif dalam gerakan NGO di Malaysia dengan memegang jawatan
sebagai Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (2008 - kini). Selain itu, beliau
juga merupakan Pengasas Lenggong TV yang merupakan platform mempromosikan
Lenggong Di Mata Dunia.
Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad
(2015 - kini). Antara kejayaan besar Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad adalah
menganjurkan Majlis Gegar Anak Seni yang menghimpunkan lebih 1000 penggiat seni
tanah air di PWTC.
Antara jawatan yang pernah beliau sandang adalah Penasihat Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional (FINAS) (2016 - 2018), Ahli Lembaga Pengarah ASWARA (2016 -2018),
Penasihat Industri kepada POLITEKNIK Malaysia (2016 - 2017), Pengerusi Creative
Content Industry Guild Malaysia (2011 - 2019), Presiden Persatuan Gabungan Karyawan
Filem Malaysia (GAFIM) (2011 - 2017) dan Penasihat Fakulti Musik dan Seni Persembahan
UPSI (2022 - 2024).
Pada tahun 2006, beliau telah dinobatkan sebagai Pengarah Drama TV terbaik Anugerah
Seri Angkasa di mana drama arahan beliau ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan’ dipilih
sebagai Drama TV terbaik. Pencapaian beliau dalam Festival Filem Malaysia kali ke-24
juga amat memberangsangkan apabila beliau diangkat sebagai Pengarah Harapan bagi
filem arahan pertama beliau berjudul LIBAS.

8
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

3 MOHD FAUZI
BIN MOHAMMED SAIF

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Sukan dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan
Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Beliau pernah menjadi pendidik di SK Taman Melawati, Kuala Lumpur dan SMK Sungai
Kertas, Batu Caves Selangor. Beliau juga merupakan seorang pegawai yang bertugas
sebagai Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia.
Dalam bidang koperasi, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA
Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan (2021 - kini) dan Setiausaha Kehormat Koperasi
Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS) (2016 - kini). Selain daripada
bidang koperasi, beliau adalah Anggota Lembaga Pengarah MYKOPENAS Sdn. Bhd
(2019 - kini) dan Ahli Lembaga Pengarah Oxford Fajar Sdn. Bhd (2019 - kini).

9
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

4 Prof. Dr. ABDUL RAZAK


BIN CHIK

Beliau berasal daripada Pulau Pinang dan menetap di Alor Setar sejak 1985 dan
melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) (1980-1984) dan mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kepujian
(pengkhususan Ekonomi Perancangan & Pembangunan).
Beliau mendapat tawaran berkhidmat sebagai tutor di Sekolah Ekonomi dan Pentadbiran
Awam, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Ogos 1984 dan melanjutkan pengajian
di University of Kent at Canterbury, UK (1985-1986) dengan kelulusan MA (Economic
Development). Pada 1987, beliau dilantik sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi
pembangunan dan perancangan, UUM. Pada tahun 1993 hingga 1996, beliau
melanjutkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Pembangunan
Bandar & Wilayah/Ekonomi Pelancongan, di University of Birmingham, UK dan dilantik
sebagai pensyarah Kanan di Sekolah Ekonomi, UUM (1997).
Sepanjang perkhidmatan di UUM, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan,
Timbalan Dekan dan Dekan di Sekolah Ekonomi & Pentadbiran Awam (1996 - 2003).
Beliau terlibat aktif dalam pembangunan pelajar UUM melalui jawatan Felo & Pengetua
Kolej Penginapan Pelajar (1984 - 1993), Penyelaras ko-kurikukum, Ketua Cawangan
Latihan dan Timbalan Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), (1998 –
2019). Beliau telah dilantik sebagai Profesor di Sekolah Ekonomi, Kewangan & Perbankan
(2008) dan telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa) (2003 – 2009), Ahli Lembaga Pengarah University Property Sdn Bhd
(2006 – 2010) dan pemangku Naib Canselor UUM (Mac – Ogos 2005).
Beliau terlibat aktif dalam aktiviti berkoperasi sejak di PFS dan kini menjawat jawatan
sebagai Pengerusi Koperasi UUM Bhd, ALK Koperasi Kebajikan Am Mukim Derga, Alor
Setar dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah.
Antara pengiktirafan dan pingat yang diterima beliau adalah Sijil Perkhidmatan Cemerlang
UUM, Anugerah Kepimpinan Terbaik (Kursus Ketua Kompeni, Askar Wataniah),
Ambassador of Peace, Universal Peace Federation (UN/Korea), Pingat Perkidmatan Setia
UUM, Pingat Kebaktian (ATM), Bintang Cemerlang Negeri (PP), Ahli Mahkota Kedah
(AMK) dan Kesatria Angkatan Tentera (ATM).

10
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon
DATUK SERI Dr.

5 HAJI ABDUL FATTAH


BIN HAJI ABDULLAH
SMW., DIMP., SMP., AMP., PPN.

Beliau adalah seorang pesara Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang berasal
dari Kuala Lipis, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan
Pembangunan (Universiti Utara Malaysia), Ijazah Sarjana Pengurusan Awam (Universiti
Utara Malaysia), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Universiti Putra Malaysia) dan
Diploma Profesional Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan (Universiti Malaya).
Beliau merupakan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
(KOPSYA) (2011 – kini) dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi KOPSYA (2015 - kini).
Beliau menjawat jawatan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(ANGKASA) (2013 – kini), Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) (2014
- kini), Pengerusi ICA-AP MBO Council (2013 - kini), Naib Presiden ICA-AP (2021 –
2025), Ahli Lembaga ICA-AP (2015 - kini), Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan
Perniagaan ICA-AP (2017 - kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis (2000
- kini), Pengerusi Koperasi 1Malaysia Berhad (2010 - kini), Pengerusi Koperasi Kariah
Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad dan Pengerusi Konsortium Koperasi Kariah
Masjid Malaysia Berhad.
Selain koperasi, beliau adalah Presiden Persatuan Peniaga Kelapa Sawit Malaysia
(MOPDA), Pengerusi MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, Pengerusi MyANGKASA Az
Zahra Sdn Bhd, Pengerusi Tetap Pertubuhan Bekas Ahli Belia 4B Malaysia (2004), dan
Ahli Tetap Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (2019 - kini).
Beliau berpengalaman dalam perkhidmatan sektor Kerajaan sebagai Penolong Pegawai
Pemasaran FAMA (1979 – 1995), Pemberita Sambilan BERNAMA (1984 – 1990),
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Pahang, Ahli Jawatankuasa Publisiti Pertanian
Negeri Pahang, Ahli Jawatankuasa Pemandu Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
Pahang Barat, Ahli Majlis Penasihat Haji Lembaga Tabung Haji Malaysia (1999 – 2003),
Ahli Jemaah Penasihat Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Ahli Jemaah
Penasihat Industri Tembakau Negara (1995 – 1999).
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad (2009 – 2018)
dan diberi tanggungjawab menubuh dan menjayakan perniagaan anak-anak syarikat
Felcra seperti Felcra Niaga Sdn Bhd, Felcra Sundar Awat-Awat Sdn Bhd (2007 – 2018)
dan Felcra Training dan Consultancy Sdn. Bhd.
Beliau telah menerima anugerah Pingat Penghargaan Tertinggi CUEPACS Malaysia –
Bintang Jasa Terbilang CUEPACS (2019), Anugerah Khas CUEPACS (2018), Malaysia
Tourism Council Gold Award (2017), Co-operative Leadership Excellence – Malaysian
Indian Entrepreneur Co-operative (2017), Ikon Sekolah Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang.

11
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

6
DATUK HAJI AZIH
BIN MUDA
PJN., DPSM., JMW., PPN., PJK., PLB.,
PKB., BJTC.,

Beliau berasal dari Kuala Terengganu dan sedang menyiapkan tesis akhir bagi jurusan
Doctor Of Business Administration (DBA) di Asia E University.
Beliau pernah berkhidmat di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (1978 - 2019) sebagai
Penolong Pegawai Tadbir Tinggi N36. Antara pengalaman yang dimiliki oleh beliau
semasa berada di dalam dan luar kerajaan termasuk Badan Kerajaan dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) diantaranya adalah di lantik Presiden Kongress Kesatuan Pekerja-
Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) (2013 - 2019), Timbalan
Presiden Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
(CUEPACS) (2006 - 2013), Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Pihak
Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) (2009 - 2019), Pengerusi Koperasi
Kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Berhad (1997 - 2017), Pengerusi Majlis
Bersama Kebangsaan Am, Ahli Penasihat, Ahli Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).
Beliau juga merupakan Ahli Majlis Sara Hidup Negara, Ahli Majlis Negara Bagi
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Ahli Majlis Sekretariat Bebas Muflis, Ahli Majlis
Penasihat Keselamatan Dan Kesihatan (MSOSH), Ahli Majlis Lembaga Perubatan
Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Ahli
Lembaga Pengarah PERKESO, Ahli Penal Pelaburan PERKESO, dan Ahli Jawatankuasa
Bandar Selamat Dan Focus Group Bandar Selamat Perbadanan Putrajaya.
Beliau bergiat aktif dalam gerakan koperasi di dalam negara. Beliau merupakan Pengerusi
Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad iaitu sebuah koperasi Pihak Berkuasa Tempatan
Semenanjung Malaysia. KOSPETA pada masa ini berada dalam kedudukan 100 koperasi
terbaik sejak tahun 2008. Selain daripada itu, beliau juga merupakan Presiden Persatuan
Persara Kerajaan Dan Swasta (PEJASAMA), Executive Director (ED) MyAngkasa Bina Sdn.
Bhd, Pengerusi Federasi Koperasi Hartanah dan Industri Pembinaan Malaysia Berhad, Ahli
Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Wilayah
Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Sektor Hartanah ANGKASA, dan Ahli Jawatankuasa
Sektor Pembangunan Kewangan ANGKASA.
Beliau juga pernah mengetuai semua perundingan berkaitan kebajikan penjawat awam
dengan YAB Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam Malaysia, YAM Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ketua-ketua Perkhidmatan
Peringkat Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Sehubungan dengan itu, beliau telah memperolehi Pingat Panglima Jasa Negara (PJN)
oleh yang Di Pertuan Agung, Darjah Pengkuan Sri Melaka (DPSM), Johan Mahkota
Wilayah (JMW), Pingat Pangkuan Negara (PPN), Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat
Lama Berkhidmat (PLB), Pingat Khidmat Berbakti (PKB), Bintang Jasa Terbilang Cuepacs
(BJTC) dan juga pernah menerima Anugerah Koperator pada tahun 2015.

12
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

7 MOHAMAD MORTADZA
BIN MANTRANG

Beliau berasal dari Sarawak dan merupakan seorang bekas guru yang mempunyai
kelulusan Master dalam bidang Sarjana Pendidikan iaitu Sarjana Sastera Bahasa Melayu
lulusan UPM, Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu (PBMP) juga di Universiti Putra
Malaysia (UPM).
Beliau adalah Pengerusi Koperasi Guru Bumiputera Sarawak Berhad (KOBAGUS)
(2013 - kini). Sejak mengambil alih sebagai Pengerusi KOBAGUS, banyak kejayaan
telah berjaya diusahakan antaranya memperoleh sebidang tanah seluas 10.5 ekar untuk
perumahan guru daripada kerajaan negeri Sarawak, mengusahakan kedai dobi layan diri
dan berjaya memperoleh sebagai kontraktor dan pembekal.
Semasa berkhidmat sebagai guru, beliau telah menjawat jawatan guru penolong kanan
Hal Ehwal Murid (HEM) di SMK Agama Tun Ahmad Zaidi. Beliau juga bergiat aktif dalam
persatuan dan pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Guru Bumiputera
Sarawak sehingga bersara pada tahun 2018. Oleh kerana penglibatan beliau yang aktif
dalam persatuan, beliau telah dipilih untuk menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Majlis
Bersama Kebangsaan (MBK-PNP) (2016-2018).
Beliau telah dianugerahkan pingat penghargaan Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) dan
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) oleh kerajaan negeri Sarawak.

13
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

8 HAJI ISMAIL BIN MUDA

Beliau berasal dari Kuala Terengganu dan mempunyai latar belakang pendidikan dalam
bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dalam bidang Pengurusan
Perniagaan dari IDA, Dublin, Ireland.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan pernah
menjawat pelbagai jawatan antaranya, Pengurus Rancangan Felda di FELDA (1974),
Pegawai Pembangunan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1975 - 1976), Pengurus
Pembangunan Pemasaran di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) (1976 - 1980)
dan menguruskan perniagaan keluarga sendiri di bawah Syarikat Zaqwan Trading &
Services (1981 - kini).
Selain itu, beliau bergiat aktif dalam badan NGO dengan menjawat jawatan sebagai
Timbalan Presiden, Persekutuan Orang Pekak Malaysia (1997 - 2006) dan Pengerusi
Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu (1974 - kini). Beliau juga terlibat secara aktif selama
10 tahun dalam Pertubuhan Peladang dan telah memegang jawatan seperti Lembaga
Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu dan Juruadit Dalam sehingga
kini, Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu selama 6 tahun dan
sebagai Lembaga Pengarah Pertubuhan Pelandang Kebangsaan (NAFAS) selama 3
tahun.
Di dalam gerakan Koperasi, beliau telah menjadi ahli Koperasi (1973 – kini) dan
menyandang beberapa jawatan dalam Koperasi antaranya Pengerusi Koperasi Peka
Malaysia Berhad, Pengerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad,
Pengerusi Koperasi Khidmat Bakti Juru Cakap Berhad, Anggota Lembaga Koperasi
Shamelin Berhad (2012 - kini), Bendahari Federasi Koperasi Hartanah Dan Industri
Pembinaan Malaysia Berhad dan menjadi salah seorang Juruaudit Dalam di KOPSYA
(2019 - 2020).
Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan di ANGKASA sebagai Jawatankuasa
Sektor Komuniti, Wanita Dan Kesihatan, Jawatankuasa Sektor Hartanah Dan Pembinaan
ANGKASA, Jurucakap Negeri Terengganu (2016 - 2022) dan Ketua Jurucakap
Persidangan ANGKASA Pusat (2017 - 2022).

14
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

9 HAJI HAMDAN BIN OTHMAN

Beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam (2010) serta mengambil Kursus Jangka Pendek Vokasional Kementerian
Pendidikan Malaysia selama 6 bulan pada tahun 1979.
Beliau merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau adalah Pengerusi Koperasi
Pembangunan Daerah Seremban Berhad (2010 - kini), Pengerusi Koperasi Senawang
Berhad (2013 – 2020), Pengerusi Koperasi Surau Al-Azim Taman Senangin (2017 - kini)
dan Pengerusi Koperasi Alumni Sekolah Tunku Ampuan Durah (2018 - kini).
Selain bergiat aktif dalam sektor koperasi, beliau adalah Presiden Kelab Bolasepak
Affimaz (2013 - kini), Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (2021 – 2025),
dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia Persatuan
Bolasepak Negeri Sembilan (2022 – 2025).
Beliau juga sedang berkhidmat sebagai YDP PIBG Sekolah Tunku Ampuan Durah (2013
– 2022), Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-kanak Rembau (2021 – 2024), Pengerusi
Komuniti Keluarga Malaysia (2022) dan Pengerusi Bomba Sukarela Kg. Batu 3 Mambau
(2011 – 2018), Rakan Strategik Korporat (KPM), Pertubuhan (Penglibatan Ibu Bapa,
Komuniti Dan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia), Pengerusi Biro Pembangunan
Murid, Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

15
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

10 HAJI MOHAMAD NOOR


BIN MOHAMAD

Beliau berasal dari Terengganu dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1980). Sewaktu di kampus beliau dipilih
sebagai EXCO Persatuan Mahasiswa UKM (1979) dan Presiden Persatuan Anak-anak
Terengganu (PERMATA) UKM (1980).
Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa
(MAPA) (2021), Setiausaha Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (2008 – kini). Beliau
juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Koperasi Serbaguna Kakitangan UDA Berhad
(UDACO) (1989 - 1995).
Selain Koperasi, beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Badan Khairat Kematian Kariah
Masjid Bandar Tun Hussein Onn (2007 - kini) dan Mantan Timbalan Nazir Masjid Bandar
Tun Hussein Onn (2014 - 2018). Beliau berpengalaman berkhidmat di Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA) sebuah Badan Berkanun dari tahun 1981 hingga 1996
di beberapa Bahagian termasuk Bahagian Pengurusan Dan Pemasaran Harta serta
Bahagian Kewangan.

16
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

11 HAJI Ts. MOHD MUDASIR


BIN ABDULLAH

Beliau berasal dari Shah Alam, Selangor. Beliau telah melanjutkan pelajaran di
peringkat Diploma in Power Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan
melanjutkan pengajian dalam Bachelor of Science (HONS) Engineering in Electronic
Telecommunication & Electrical (1985 - 1988) di University of Aberdeen, Scotland, United
Kingdom dan telah berjaya memperolehi Master in Business Admin - MBA di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) (2004 - 2006).
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera di Syarikat Telekom Malaysia
di Miri Sarawak selama 3 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Syarikat Cellular
Communications Malaysia Sdn Bhd (Celcom), di Kuching Sarawak sebagai Ketua
Jurutera Wilayah Sarawak (1993 - 1999).
Beliau bertugas di Ibu Pejabat Celcom (2000 - 2020) dan akhirnya memegang jawatan
penting sebagai Pengurus Besar, Senior Leader, Network Group, Celcom Axiata Berhad.
Beliau telah dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi Celcom Berhad sejak tahun
2004 dan telah memegang portfolio pembangunan perniagaan, hartanah dan tugas-
tugas khas. Beliau telah dilantik oleh perwakilan sebagai Pengerusi Koperasi sejak tahun
2009 sehingga kini. Beliau bergiat aktif didalam Persatuan Bekas Pelajar, Alumni University
of Aberdeen Scotland, United Kingdom dan kini menyandang jawatan Presiden.
Beliau telah diiktiraf dan dianugerahkan oleh Lembaga Teknologi Malaysia, (MBOT),
dengan gelaran Technical Specialist (Ts) (2021). Beliau kini telah menjalankan perniagaan
sendiri iaitu Syarikat RichPoor Man Estate Sdn. Bhd, sebagai jururunding, Tele-komunikasi
dan telah bekerjasama dengan beberapa Syarikat berkaitan dengan telekomunikasi
samaada Pembekal Perkhidmatan dan juga Pembekal Peralatan & Perkakasan Komunikasi
seperti Digital Johor, Nastech Technology Limited, UK, Endeavour Technology Limited, UK,
Lothic Limited, UK, Serba Dynamic Cyber Security, Pengerusi Ash Shura Institute Quranic
Sciences – ASIQS dan lain-lain.
Di samping itu, beliau juga menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai, Pembangunan
Perniagaan untuk syarikat Symphonet Sdn. Bhd yang merupakan syarikat pengeluar
produk Rangkaian Gentian Fiber untuk rangkaian telekomunikasi 5G di Malaysia untuk
Syarikat eDotco Malaysia Berhad.

17
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon
DATO’ HAJI IBRAHIM

12 BIN HAJI ABDULLAH


DBNS., DNS., AMN., PPT., PMC., PJK.,
PBBM.

Beliau berasal dari Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Sastera Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1978).
Beliau ialah seorang pesara Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan. Dalam tempoh perkhidmatan, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 1995, 2002 dan 2006.
Seorang yang sangat aktif dalam aktiviti NGO dan kemasyarakatan terutama dalam
gerakan koperasi dan belia. Beliau sekarang menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA (JPAN) Negeri Sembilan disamping sebagai Pengerusi
Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Astana Raja Berhad dan
Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad. Beliau telah dilantik sebagai Anggota
Panel Tribunal Koperasi Malaysia (2011 - 2022). Selain itu, beliau juga adalah Yang
Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Undang Rembau
(2006-2015), Pengerusi LPS Sekolah Agama Rakyat Datuk Abdullah Rembau, Bendahari
Masjid Jamek An-Nur Rembau (2004-2016) dan Penasihat Majlis Belia Daerah Rembau.
Di samping itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Bukit Hijau Security Sdn. Bhd. iaitu
sebuah syarikat kawalan keselamatan.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (1998
– 2006) dan pernah menganggotai Majlis Perundingan Belia Negara dan Majlis
Perundingan Belia Negeri Sembilan di samping sebagai Exco Majlis Belia Malaysia
(1988 – 1990) dan Exco Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Kebangsaan (1987 - 1989).
Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Daerah Tampin/Rembau (2007), Tokoh
Guru Negeri Sembilan (2009), Tokoh Belia Berjasa Negeri Sembilan (2009) dan Tokoh
Maal Hijrah Daerah Rembau (2013).
Pada masa ini, ketiga-tiga koperasi yang dipengerusikan oleh beliau sedang menjalankan
aktiviti projek perumahan sama ada sebagai pemaju atau pun kerjasama dengan pemaju
swasta. Koperasi Astana Raja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Negeri Sembilan
Berhad adalah antara 10 koperasi terbaik Negeri Sembilan. Pada tahun 2021, Koperasi
Astana Raja Berhad mendapat keuntungan dua kali ganda berbanding tahun 2020.
Dengan itu, Koperasi Astana Raja Berhad telah mengeluarkan dividen sebanyak 15%.
Koperasi Astana Raja Berhad juga menerima Anugerah Koperasi Terbaik Sektor
Perladangan sempena Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sembilan (2022).

18
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

13 AZHARI BIN ROSE

Beliau berasal dari Kuala Lipis, Pahang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Matematik daripada Universiti Terbuka Malaysia dan Ijazah Sarjana Pengurusan Projek
Universiti Malaysia Pahang. Beliau adalah seorang guru besar selama 23 tahun sehingga
kini.
Beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim
Islam Al-Ihsan Lipis Berhad (KoPkaya Lipis Berhad) (2020 - kini) yang menjalankan aktiviti
perniagaan iaitu sebuah pasar mini yang terletak di Kuala Lipis, Pahang.
Selain koperasi, beliau juga merupakan Pengerusi Malaysia Crime Prevention Foundation
(MCPF) Daerah Lipis (2020 - 2022) di mana beliau menganjurkan program taklimat
kesedaran dan anti-jenayah di sekolah-sekolah dan tempat umum. Beliau turut mengadakan
majlis makan malam bersama Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (2015
& 2018). Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah, Raub (ASTA) (2014 - kini), Timbalan Pengerusi Angkatan Sukarelawan
Parlimen Lipis (2019 - 2022) dan Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Lipis (2013 - kini).
Beliau berkhidmat dalam menyusun dan menyelaras aktiviti masyarakat dan bantuan
seperti bantuan banjir dan gerakan kawalan endemik COVID-19.

19
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

14 DSP SUHAIMI BIN HJ. AHMAD


PJPN., PPP.

Beliau menetap di Jasin, Melaka dan mempunyai kelulusan Diploma Sains Siasatan
Universiti Malaya (2007).
Beliau bertugas di Cawangan Hal Ehwal Awam/ Pesara Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Melaka. Pengalaman selama 41 tahun dalam PDRM dan pernah bertugas sebagai PPH
/ CAD / CID / pegawai pendakwa Mahkamah / Trafik dan Pengurusan. Beliau terlibat
dalam NGO sebagai YDP Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak (2016 –
kini)
Pengalaman beliau dalam koperasi pernah menjadi Bendahari Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka 2018 hingga 2020 kemudian telah
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi (JPAN) Angkasa Negeri Melaka (2021 - kini). Beliau
juga memimpin beberapa koperasi di daerah Jasin, Melaka, antaranya sebagai Pengerusi
Koperasi Kariah Masjid Al Ghaffir Jasin Melaka Berhad (2016 - kini), Pengerusi Koperasi
Jasin Melaka Berhad (2016 - kini), ALK KOGMAS Melaka Bhd (2017 - kini), ALK Koperasi
Polis Melaka Bhd (2020 - kini) dan Setiausaha Koperasi Bumiputra Jasin Melaka Bhd
(2015 - kini).
Beliau sangat berpengalaman dalam undang-undang dan pernah menjawat jawatan
sebagai Pegawai Pendakwa Mahkamah Majistret 1, Ayer Keroh Melaka selama 2 tahun
dan juga pernah memangku Pegawai Pendakwa Mahkamah Seksyen 1, Ayer Keroh
Melaka (2000 - 2002). Beliau telah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N)
daripada Ketua Polis Negara pada 16 April 2019 dan juga telah menerima Darjah
Kepahlawanan Pasukan Polis iaitu Pahlawan Pasukan Polis pada 2 Disember 2021 oleh
Yang Dipertuan Agong.
Beliau berpengalaman dan aktif dalam selok belok koperasi selama 22 tahun serta banyak
berurusan melibatkan tadbir urus koperasi. Salah satu koperasi dibawah pentadbiran
beliau telah menerima Anugerah Terbaik Koperasi di peringkat negeri Melaka bagi tahun
2022 sempena 100 tahun koperasi diwujudkan. Beliau juga memiliki koperasi keluarga
yang dikenali sebagai Koperasi Keluarga Suhaimi Hj. Ahmad Jasin Melaka Berhad.

20
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

15 DATUK KAMARULAZLI
BIN JAAFAR
DPSM.

Beliau berasal dari Selangor dan berkelulusan Diploma Perakaunan dari Institut Teknologi
MARA (ITM). Beliau juga merupakan seorang usahawan.
Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pengusaha Pekerja Malaysia
Berhad (KPPMB) (2015 – kini) dimana telah membawa kejayaan kepada Koperasi
dengan menjalankan aktiviti kredit melalui dana pembiayaan yang diperolehi berjumlah
RM40 Juta.
Beliau juga bergerak aktif dalam gerakan Koperasi dimana beliau merupakan mantan
Setiausaha Koperasi Sungai Rambai Berhad. Koperasi ini menjalankan aktiviti perladangan
kelapa sawit dan rumah sewa di Sungai Rambai.
Beliau juga pernah berkhidmat dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia
Berhad (MOCCIS) sebelum meletak jawatan untuk menjadi Franchisee bagi MOCCIS
Trading. Beliau menjadi Franchisee Muar selama 13 tahun.
Selain sektor Koperasi, beliau memegang jawatan sebagai Business Development Director,
Faithview Group, Melaka dimana ia menjalankan aktiviti pemaju perumahan.
Beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden Bolasepak Melaka dan Presiden Bolasepak
Melayu Melaka. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Penolong Pengurus Pasukan Negeri
Melaka (1994), Pengurus Pasukan Piala Presiden Negeri Melaka termasuk SUKMA
Selangor dan SUKMA Sabah dan turut menjadi Pengurus Pasukan Negeri Melaka dalam
pertandingan Piala Emas Raja-Raja.
Beliau merupakan mantan YDP PIBG Kolej Vokasional Melaka Tengah, Mantan NYDP
PIBG SK Jalan Datuk Palembang, Melaka dan Mantan NYDP SM Teknik Bukit Piatu,
Melaka.
Beliau melibatkan diri dalam NGO, Amal Team Melaka yang menyediakan khidmat
pengurusan jenazah secara percuma, membantu asnaf yang memerlukan sumbangan dan
menyediakan kerusi roda serta katil pada golongan yang memerlukan.
Beliau telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) diatas taat setia dan
jasa bakti kepada negeri Melaka pada 9 Oktober 2015.

21
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

16 DATO’ HAJI MAT REJAB


BIN KASSIM
DSDK., BCK.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (1972), Diploma
Pentadbiran Awam Universiti Malaya (1975), Sijil Pentadbiran Tanah (INTAN) (1973) dan
Sijil Penilaian Hartanah (INSPEN) (1990).
Beliau adalah seorang pesara Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman. Jawatan dalam
kerajaan yang pernah disandang oleh beliau ialah Pengarah Urusan/Ketua Pegawai
Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (1995 - 2003), Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Kota Setar (1993 - 1995) dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (1985 - 1990).
Beliau berpengalaman luas dalam bidang koperasi dan hartanah serta pernah memegang
jawatan Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Berhad selama
37 tahun (1978 - 2013). Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Alumni KCS Darul
Aman Berhad (2013 - kini), Pengerusi Koperasi Keluarga Dato’ Haji Mat Rejab Alor Setar
Berhad (2005 - kini), Anggota Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri
Kedah Berhad, Anggota Lembaga Koperasi Shamelin Berhad (2002 - kini), Anggota
Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Berhad (1980 - 2013),
Pengerusi Koperasi Pengangkutan Dan Kepenggunaan Melayu Utara Berhad (1998 -
2016) dan Pengerusi Ganti Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Kedah (1998
- 2013) dan kini merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA
Kedah sejak tahun 2021.
Selain penglibatan dalam bidang koperasi, beliau juga berpengalaman dan terlibat
secara aktif dalam pertubuhan. Beliau merupakan mantan, Yang Dipertua/Pemegang
Amanah Dewan Perhimpunan Melayu Kedah dari tahun 2016, Yang Dipertua/Pemegang
Amanah Madrasah Amanatul Muslimin Pengkalan Kapal Alor Setar dari tahun 2014,
Penasihat/Pemegang Amanah Madrasah Tarbiyatul Atfal Dan Khairat Kematian Alor
Semadon Alor Setar dari tahun 2018, Pengerusi Persatuan Alumni Pegawai Tadbir Negeri
Kedah dari tahun 2019 serta Presiden Alumni Ibrahim School Sungai Petani dari tahun
(2005-2013).
Antara anugerah dan penghargaan yang diperolehi oleh beliau adalah Tokoh Koperasi
Peringkat Negeri Kedah (2022), Anugerah Kepimpinan Koperasi sempena Hari Koperasi
Negara (2006), Koperator Terbaik Negeri Kedah (2003), Tokoh Modal Insan Konvensyen
Transformasi Koperasi (2012), Koperator Terbaik ANGKASA (1996) dan Anugerah Ketua
Setiausaha Negara Pegawai Daerah / Pejabat Daerah Terbaik (1992).

22
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

17 HAJAH NOORIZAN ABD LATIF

Beliau berasal dari Kampung Labu, Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana
Pengurusan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM, Skudai), Ijazah Sarjana Muda
Sains (Biologi) dengan Kepujian Universiti Kebangsaan Malaysia dan Post Graduate
Certificate of Education (Leadership, Policy and Change) Universiti Monash, Australia.
Beliau adalah seorang pesara Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tuanku
Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa
Wanita ANGKASA (2022 - kini), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri Sembilan (2018 - kini), Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA
Negeri Sembilan (2010 - kini), Ahli Jawatankuasa Wanita ICA Asia - Pasifik (2017 - kini),
Pengerusi Koperasi Keluarga Hj. Abdul Latif Seremban Bhd (2011 – kini), Pengerusi Koperasi
Wanita Wawasan Negeri Sembilan Bhd (2016 – 2021) dan Pengerusi Konsortium
Koperasi Keluarga Negeri Sembilan Bhd (2022 - kini).
Selain bergiat aktif dalam sektor koperasi, beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan
Cempaka Berkat Negeri Sembilan yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Beliau
berpengalaman selama 34 tahun sebagai penjawat awam dan pernah menerima
anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan anugerah Khas Pengetua (Bai’ah) oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga telah menerima Anugerah Kepimpinan
Teknologi maklumat dan komunikasi. Manakala di peringkat organisasi yang ditadbir,
beliau telah berjaya membawa organisasinya menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.
Sepanjang penglibatan beliau dalam koperasi, beliau telah menerima Anugerah Tokoh
Koperasi Sepanjang Hayat daripada ANGKASA sempena Majlis Anugerah Koperasi
Sekolah (AKKS), Anugerah Koperator Wanita Terbaik Peringkat Kebangsaan. Di peringkat
negeri, beliau telah dianugerahkan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) oleh Yang Teramat
Mulia Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

23
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

18 SYAHRUDIN BIN HANIB

Beliau berasal dari Ipoh, Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Komunikasi Massa (Penyiaran) (2000) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau memulakan karier sebagai pengacara secara sambilan pada tahun 1999 di Radio
Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa syarikat produksi tempatan. Beliau berkhidmat
di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai Penerbit Rancangan dan ditugaskan
di Radio UiTM (2000 – kini). Di UiTM beliau pernah dilantik menjadi Jawatankuasa
Istiadat Konvokesyen, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ketua Skim
Perkhidmatan Bakat dan Seni.
Penglibatan beliau dalam koperasi bermula pada tahun 2005 sebagai anggota biasa.
Kemudiannya beliau dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi Kakitangan Universiti
Teknologi MARA Berhad (UiTMKoop) pada tahun 2015. Setahun selepas itu beliau
dilantik pula sebagai Setiausaha Kehormat hingga tahun 2018 sebelum dilantik menjadi
Timbalan Pengerusi hingga tahun 2021. Bermula sesi 2021 beliau dilantik menjadi
Pengerusi UiTMKoop hingga kini. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang
Amanah Pendidikan (KWAPd), Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga merupakan Ahli
Jawatankuasa Penilaian Biasiswa KWAPd. UiTMKoop juga tersenarai dalam Indeks
100 Koperasi Terbaik Malaysia 2022 di kedudukan ke-37 dan juga tersenarai dalam 50
koperasi terbaik Selangor 2022, di kedudukan ke-9.

24
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

19 HAJI ABDUL RAHMAN


BIN ALI

Beliau menetap di Bukit Sentosa, Serendah, Selangor dan berasal dari Kota Tinggi, Johor.
Beliau mempunyai kelulusan dalam Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara
(UiTM) pada tahun 1978.
Beliau mula terlibat dengan sektor perbankan sejak tahun 1974 dan bertugas sebagai
pegawai di Standard Chartered Bank. Beliau mempunyai pengalaman dalam urusan bil
export & import, remittance, perbankan runcit dalam unit akaun simpanan, akaun semasa
& simpanan tetap.
Beliau telah berhijrah ke Perbankan Islam dengan menyertai Bank Islam sebagai pegawai
operasi dan ditugaskan penubuhan cawangan baru Alor Setar pada tahun 1984 dan
kemudian dilantik sebagai Penolong Pengurus Cawangan Bank Islam Temerloh, cawangan
yang baru ditubuhkan.(1988 - 1995). Seterusnya ditukarkan ke cawangan Kuala
Terengganu untuk menerajui Jabatan Pembiayaan (1995 – 1996). Buat pertama kalinya
beliau diberi kepercayaan menjadi Pengurus di cawangan baru ketika itu di Bayan Baru,
Pulau Pinang sehingga 1998. Sejarah dicatit ketika itu apabila mencatat keuntungan dalam
tempoh 8 bulan ditubuhkan. Pada tahun 1998, beliau telah menjadi Pengurus Cawangan
Tawau selama hampir 3 tahun. Pada tahun 2000, sebagai Pengurus cawangan di Kuching,
Sarawak dan pada tahun 2002 kembali ke Semenanjung berkhidmat sebagai Pengurus di
cawangan Kemaman, Terengganu.
Pada tahun 2003, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Wilayah serta diberi
kepercayaan mentadbir cawangan di Wilayah Timur (Negeri Pahang, Terengganu
& Kelantan) yang lebih memfokus kepada perbankan konsumer, komersial, korporat,
automobil, susulan akaun tak berbayar dan lain-lain. Pada tahun 2006 beliau telah
ditukarkan pula sebagai Ketua Wilayah Selatan di Johor Bharu untuk menguruskan
cawangan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan diiktiraf sebagai Wilayah terbaik
ketika itu. Beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Besar untuk Wilayah Tengah
(Selangor & Wilayah Persekutuan) (2008 – 2011). Akhirnya pada tahun 2011, beliau telah
bersara wajib setelah berkhidmat selama 37 tahun dalam perbankan.
Beliau dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi Kakitangan Kumpulan Bank Islam
Holding Bhd dan seterusnya diminta menerajui koperasi kredit tersebut sebagai Pengurus
Besar (2012 – 2014) . Beliau dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Bukit
Sentosa & Bukit Beruntung Bhd. (dulu dikenali Koperasi Islam Bukit Sentosa & Bukit
Beruntung Bhd) (2015 – kini). Beliau juga telah dilantik sebagai Nazir@Pengerusi Masjid
As-Salam Bukit Sentosa (2018 – 2022).
Beliau juga berkhidmat sebagai Non-Executive Director di sebuah syarikat pengurup
wang Jalinan Duta Sdn Bhd (2019 – kini). Di samping itu, beliau juga adalah Konsultan
jemputan di Muamalah Consulting Sdn Bhd sejak 2018. Projek terakhir beliau adalah
mewujudkan sebuah perbankan Islam iaitu TAJ Bank di Abuja, Nigeria pada tahun 2019
selama 4 bulan. Antara tugas khas adalah penyediaan SOP dan manual perbankan.

25
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

20 JAMALUDDIN
BIN SULAIMAN

Beliau berasal dari Sungai Besar, Selangor dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc.
Hons) Universiti Sains Malaysia, Penang (2000), Diploma Perguruan Maktab Perguruan
Persekutuan Pulau Pinang (Matematik) tahun 1982. Beliau adalah seorang bekas guru
matematik dan sains.
Beliau adalah Setiausaha Koperasi Orang Melayu Parit 4/5 Sg Besar (KOMPEL) (2007
- kini), Bendahari Koperasi Guru Daerah Sabak Bernam (KOSPEP) (2009 - kini) dan Ahli
Jawatankuasa Kecil ANGKASA Selangor merangkap Biro Kewangan Dan Hartanah
(2021 - kini).
Selain daripada kelompok gerakan Koperasi, beliau juga dilantik sebagai Pengerusi
Kulaan Malaysia Bhd (KOKULAAN) (2021 - kini). Beliau turut berpengalaman sebagai
ketua pengawas peperiksaan PMR dan SPM, Ahli Jawatankuasa membina soalan sains
PMR Malaysia (2005 - 2010), Guru Disiplin Sekolah, Guru Koperasi Sekolah, Setiausaha
Rumah Anak Yatim Sg Besar (2010 - 2015) dan mengurus serta mengetuai lawatan luar
negara mewakili Koperasi.

26
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

21 HAJI ZAHARUDDIN
BIN ALIAS

Beliau berasal dari Petaling, Selangor dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran
Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau adalah seorang Pelatih Profesional Bertauliah dari “Financial Accreditation
Agency (FAA)”. Beliau juga merupakan Pelatih Bertauliah untuk Sumber Insan, “Celestrial
Management Training (CMT)” serta Ketua Penilai Bertauliah ISO 9001:2008 SIRIM.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang pengajar di Sekolah Rendah, Petaling
dan seterusnya menceburi bidang perbankan di Bank Muamalat Malaysia Berhad
(BMMB). Kini beliau memegang jawatan Penolong Kanan Naib Presiden (SAVP)
bahagian Pemasaran Strategik di BMMB dan juga turut aktif sebagai Pengerusi Koperasi
Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA). Sehingga kini,
pengalaman beliau dalam bidang perbankan adalah selama 36 tahun dan pengalaman
dalam bidang koperasi adalah selama 30 tahun.
KOPUTRA dengan No. Pendaftaran 88, adalah koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM). Bergiat aktif sekian lama sebagai Anggota Lembaga Koperasi
(ALK), pimpinan ALK yang diketuai oleh beliau berjaya meletakkan KOPUTRA di tangga
30 teratas di antara lebih 80,000 koperasi di Malaysia, dan juga pencapaian tertinggi
adalah di tangga ke 28 iaitu pada tahun 2020.
Beliau juga aktif melibatkan diri dalam organisasi Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA) selama 12 tahun yang berfungsi sebagai badan apex
gerakan koperasi negara. Penglibatan beliau bermula sebagai Setiausaha di dalam
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi JAD
ANGKASA. Beliau juga kini memegang jawatan ALK di Koperasi Ekuiti Malaysia.
Beliau juga terlibat di dalam pertubuhan sebagai salah seorang Penasihat Majlis untuk
ASEAN MALL dan juga Penasihat kepada Kolej UNITI, Negeri Sembilan.

27
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

22 HAJI MANSOR
BIN AB. RAHMAN
AMP., PKT.,

Beliau menetap di Temerloh Pahang semenjak 1973 dan berasal dari Negeri Sembilan.
Mantan Pendidik, Guru Penolong Kanan, Guru Besar dan Penyelia Kanan di Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang (1973-2007) kemudiannya bersara pada tahun 2007.
Berkelulusan MCE (1969), Sijil Guru Maktab Penguruan Harian Kuala Lumpur (1971-
1972) dan Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan dari Institut Amirudin Baki
(IAB) Seri Layang, Genting Highland (1996). Beliau merupakan Anggota Lembaga
Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) (2011 – kini) dan menjawat
jawatan Bendahari KOPSYA (2019 - kini).
Beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Tengah, Temerloh (2008 - kini), Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan
ANGKASA (2008 - kini), Pengerusi Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab/Pusat
Latihan Harian Pahang (KOGURU) Berhad (2003 - kini), Pengerusi Konsortium Koperasi
Ternakan Ikan Negeri Pahang (2020 - kini), Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pelajaran
Nasional Berhad (KOPENAS)(2011 - 2017), Anggota Lembaga Koperasi bagi Koperasi
Pembangunan Daerah Temerloh Berhad (2009 - kini), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah
MYANGKASA Dialisis (PDMA), Temerloh (2008 - kini), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah
Pusat Dialisis Alor Setar (2018 - kini) dan Ahli Lembaga Pengarah Oxford - Fajar (2011
- 2017). Malahan, beliau turut serta sebagai Ahli Panel Tribunal Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) (2011 - kini).
Beliau menerima pelbagai anugerah diantaranya Anugerah Khas Tokoh Koperasi
Wilayah Temerloh, Pahang (2013), Anugerah Koperasi (Lelaki) Negeri Pahang Sempena
Hari Koperasi Negara, Negeri Pahang (2012), Ahli Mahkota Pahang Kebawah Duli
Sultan Pahang (2012), Pingat Kelakuan Terpuji Kebawah Duli Sultan Pahang (2002) dan
Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Pelajaran Pahang (1994).

28
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

23 DATO’ HAJI KAMARUDIN


BIN ISMAIL
DIMP.

Beliau berkelulusan Ijazah Pendidikan (TESL) dari Universiti Edinburgh, Scotland. Beliau
merupakan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA)
(2015 – kini), Bendahari KOPSYA (2016 - 2018) dan Timbalan Pengerusi KOPSYA (2019
- kini).
Beliau adalah Anggota Lembaga ANGKASA (Disember 2021 – kini), Timbalan Presiden
ANGKASA (2017-2021). Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Koperasi Antarabangsa
(ICA) (2017 - kini), Ahli Lembaga Koperasi Antarabangsa (ICA)- Sektor Pertanian (2017
- kini), Naib Pengerusi Koperasi Pengguna Seluruh Dunia (CCW), Naib Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (2018 - kini), Setiausaha Agung Pertubuhan Koperasi
ASEAN (ACO), Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Pengerusi
Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah Melaka Berhad (KPD) (1998 - kini), Anggota
Lembaga Koperasi SEKIM Berhad (2016 - kini), Anggota Lembaga Koperasi Banyan
Close Berhad (2018 - kini), Ahli Lembaga MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (2013 -
kini), Ahli Lembaga MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (2013 - kini) dan Anggota Lembaga
MyANGKASA Amanah Berhad (2021 – kini). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Pertanian & Industri Asas Tani (JPPAS).
Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Sekolah, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan Hartanah (MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi,Kedah
(MAAR), Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Khas Kompleks Baru ANGKASA,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kepimpinan & Modal Insan Koperasi (JPKMIK),
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Pemborongan dan Peruncitan (JPPP) BA 100.Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA), Timbalan Pengerusi Pembangunan
Perladangan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan & Sidang Pengarang.
Beliau pernah menjawat jawatan Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Kokurikulum
& Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (bersara pilihan pada 2 Julai 2013).
Beliau telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menganggotai Jawatankuasa
4P ANGKASA dari tahun 2000 hingga 2012. Bagi mempromosikan kegiatan koperasi
sekolah di luar negara, beliau telah mengadakan beberapa taklimat dan bengkel seperti
di India, Korea, Jepun, Iran dan Indonesia, Pegawai Pengiring selaku Naib Presiden &
Pengerusi JB4P ANGKASA ke 18 th Conference Of Commonwealth Education Ministers
di Mauritius pada Ogos 2012, menghadiri Cooperative United: World Festival & Expo di
Manchester UK pada Oktober 2012.
Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke 84 ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Pahang-Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 5 Jun 2015. Antara anugerah
yang diterima adalah Anugerah Tokoh Kebangsaan Kokurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM)-2015, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan
Malaysia Tahun 2001 dan 2011, Anugerah Kepimpinan Guru Dalam ANGKASA sempena
Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas ke 50 tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018
Peringkat Kebangsaan dan Anugerah Tokoh Alumni sempena Program Sambutan Hari
Guru 2018 (Peringkat UPS).
29
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

24 HAJI MOHAMAD AZMI


BIN OMARUDDIN

Beliau berasal dari Teluk Intan, Perak dan berkelulusan Diploma Pengurusan dan
Pentadbiran (MKM) dan Cert. Agriculture (IPSM) pada tahun 1984. Beliau merupakan
Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) (2011 -
kini) dan menjawat jawatan Setiausaha KOPSYA (2011 – Ogos 2022)
Beliau adalah ahli perniagaan dan merupakan Pengarah Urusan Kasanur Printing Sdn.
Bhd.
Beliau adalah mantan Naib Presiden ANGKASA (2016 - 2019), Pengerusi Perhubungan
ANGKASA Negeri Selangor (2004 - 2016), Panel Tribunal Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (2010 - 2019), Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pembangunan
Koperasi (2016 - 2018) dan Pengerusi Koperasi Tanaman Padi Kampung Sungai Buluh
Teriang Hilir Jelebu Berhad (2011 - 2015).
Antara jawatan yang beliau sandang pada masa kini adalah sebagai setiausaha
Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) (1995 - kini), Anggota Lembaga
Pengarah Koiman Sdn Bhd (2012 - kini), Anggota Lembaga Pengarah Koiman Travel Sdn
Bhd dan Pengerusi Koperasi Pengguna Muslim pada tahun 2018.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi Sungai Manik
Berhad (2006 - kini), Penasihat Koperasi Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Sagor Langkap Berhad (2019 - kini), dan Penasihat Koperasi Helwa Bandar Baru Bangi
(2018 - kini).
Selain itu, beliau juga pernah dilantik menjadi Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA
Holdings Sdn. Bhd (2016 – 2019), Anggota Lembaga Pengarah MyANGKASA Bina Sdn,
Bhd (2013 - 2019) dan Pengerusi MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd (2016 – 2019).

30
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

25 DATUK HAJI MOHAMAD ALI


BIN HASAN
DMSM.

Beliau berkelulusan B.Sc (Universiti Malaya), M.Phil (University of Ulster, Coleraine,


Northern Ireland), PHD (Penyelidikan) dalam Hydrogeology (University of Lancaster,
England) dan Post Sebatikal (University of Waikato, New Zealand). Beliau pernah
menjadi Pensyarah, Prof. Madya dan Ketua Jabatan Geologi di Universiti Malaya serta
Timbalan Dekan, Fakulti Sains Universiti Malaya (1990-1998). Beliau merupakan Anggota
Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) (2015 - kini).
Beliau adalah Anggota Lembaga ANGKASA (Disember 2021 - kini), Naib Presiden
ANGKASA (1999 - 2021). Beliau diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Utama ANGKASA seperti Jawatankuasa Kewangan, Biro Pekhidmatan
ANGKASA (BPA), Jawatankuasa Bahagian Pengurusan & Pembangunan Syariah dan
Sumber Manusia. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga subsidiari ANGKASA
seperti MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd, Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad dan
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan ANGKASA.
Beliau bergerak cergas dalam pelbagai kegiatan koperasi di peringkat koperasi, negeri,
nasional dan antarabangsa. Beliau adalah Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu
Negeri Johor Berhad (2004 - 2018). Beliau pernah memegang jawatan sebagai
Setiausaha, Naib Pengerusi dan Pengerusi di Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya
Berhad (2002 - 2014), Pengerusi Gabungan Koperasi Universiti Berhad, Naib Pengerusi
Koperasi Warga Wawasan Malaysia Berhad (2006 - 2017), Pengerusi Koperasi Buku
Malaysia Berhad (2005 - 2017), AJK Koperasi Pembangunan Daerah Johor Bahru
Berhad (2005 - 2017), Penasihat Koperasi Pemandu Teksi Bumiputra Malaysia Berhad
(KOSPETRA) (2007 - 2017) dan Anggota Lembaga Koperasi SHAMELIN (2002 - kini).
Di samping itu, beliau pernah diberi amanah sebagai Presiden PIBGN (1998-2017) dan
MAPIN (2000 - 2015).
Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dipertanggungjawabkan sebagai Naib
Presiden ICA Committee on University/Campus Cooperatives for Asia and the Pasific,
Naib Presiden ICA Committee on Consumer Cooperative for Asia and the Pasific. Beliau
sekarang terus dilantik sebagai Board ICA Global Cooperative Housing International
(2015 hingga sekarang). Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Presiden, Transparency
International Malaysia sejak 2006 hingga 2014 dan pernah mewakili Negara di
Perhimpunan World Congress Anti-Corruption di Guatemala pada akhir tahun 2006 serta
peringkat Asia Tenggara pada Julai 2007 (Bangkok, Thailand).
Beliau adalah penerima Anugerah Peserta Terbaik Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
sekarang dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia (IKMa) (1998), Tokoh Koperasi
Kebangsaan (2001), Tokoh Koperasi Johor (2005), Tokoh Koperasi ANGKASA Wilayah
Persekutuan (2005), Anugerah Kepimpinan Koperasi Negara (2007), Tokoh Koperasi
Terbaik Negeri Johor (2016) dan Tokoh Koperasi Negara 2022 yang diterima daripada
DYMM YDP Agung sempena Perayaan 100 tahun Koperasi Malaysia (23 Julai 2022).

31
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

26 Dr. HAJI ABU HANIPAH


BIN RAMLI

Beliau berasal dari Raub Pahang dan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan
Keselamatan Industri (Universiti Malaya), Ijazah Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri
(Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Universiti
Teknologi Malaysia).
Beliau merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau kini menjawat jawatan sebagai
Setiausaha Koperasi Batu Talam Berhad (2010 - kini), Pengerusi Kelab Sukan dan
Kebajikan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Jerantut (2002 - 2007), Pengerusi
Surau An Nur Institut Pembangunan Modal Insan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
(2013 - 2015), Ketua Biro Sukan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (2014 - 2016).
Beliau juga merupakan seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang
ditauliahkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan pernah melaksanakan tugas sebagai
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia (2014 - 2018).
Selain itu, beliau juga berpengalaman berkhidmat di sektor kerajaan sebagai pensyarah
di Kementerian Pendidikan Malaysia (1990 - 1998) dan Jurutera di Jabatan Pengairan
dan Saliran Malaysia (1998 - 2018). Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang sektor awam daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (2015).

32
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

27 MEOR MOHD FAIZUL


BIN ABD KARIM
BAT., PJK.,

Beliau berasal dari Chemor, Perak dan berkelulusan Diploma Pengurusan Sumber
Manusia (Universiti Putra Malaysia), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Universiti
Malaya) serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Putra Malaysia). Beliau
juga kini sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Program Pendidikan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Disamping itu juga beliau mempunyai pensijilan CompTIA A+ dan Sijil Teknologi
Maklumat.
Beliau merupakan Anggota Lembaga Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (2019 -
kini) dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Koperasi (2020 - 2022). Beliau juga
dipilih untuk mewakili Koperasi sebagai Pengarah bagi syarikat Desatera Sdn. Bhd (2021
- 2022) dan Penasihat di syarikat Wira Logistik Sdn. Bhd (2021 - 2022).
Selain daripada sektor Koperasi, beliau juga bergerak aktif di dalam badan-badan Non-
Government Organization seperti Persatuan Prihatin Bous Label dimana beliau bergerak
sebagai Setiausaha (2014 - kini), Gerakan Ehsan Selangor sebagai Ahli Jawatankuasa
(2019 - kini) dan Pengerusi kelab permotoran Selangor (2016 - 2021). Antara aktiviti yang
dijalankan adalah memberi bantuan kepada masyarakat seperti agihan bantuan mangsa
banjir Selangor (2021)
Perkhidmatan beliau yang cemerlang telah diberikan pengiktirafan dengan pengurniaan
pingat dari Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) iaitu pingat Bintara Angkatan
Tentera (BAT) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) Negeri Kedah yang mana kedua-dua
penghargaan tersebut disampaikan pada tahun 2017.

33
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

28 HAJAH RIGUAN
BINTI RASHIDI

Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bahru, berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Perniagaan (Pemasaran).
Beliau menyertai keanggotaan KOPETRO sejak tahun 1994 dan bergiat aktif di dalam
koperasi. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi (2007),
Naib Pengerusi KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd (2017), Pengerusi KOPETRO Katering
Sdn Bhd, Naib Pengerusi KOPETRO Trading & Services Sdn Bhd, Naib Pengerusi
KOPETRO Ventures Sdn Bhd, Pengerusi KOPETRO Travel & Tour Sdn Bhd, Pengerusi Travel
& Leisure Division, Naib Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Ahli Jawatankuasa
Audit Lembaga, Ahli Jawatankuasa Pelaburan & Perancangan Perniagaan dan Ahli
Jawatankuasa Perkhidmatan Keanggotaan & Kewangan.
Beliau mempunyai pengalaman luas sejak berkhidmat bersama PETRONAS semenjak
tahun 1991. Beliau telah berkhidmat di PETRONAS Group Strategic Communications
(GSC), PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) Branding Department, PETRONAS
Dagangan Berhad (PDB) Non-Fuel Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad
(PDB) Customer Service, Global Human Resources Services (GHRS), Group HRM and
Talent Acquisition, Human Capital Expertise (HCE) dan Group HRM PETRONAS.
Kini, beliau merupakan salah seorang daripada EXCO KOPETRO (Naib Pengerusi)
disamping memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia
KOPETRO.

34
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

29 DATO’ HAJI NIK HASSAN FAUZI


BIN HAJI NIK ABDULLAH
PPN.

Beliau merupakan lepasan Institut Teknologi MARA jurusan Undang-Undang dari tahun
1983-1987. Beliau merupakan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa
Berhad (KOPSYA) (2011 – kini) dan menjawat jawatan Setiausaha KOPSYA (Ogos 2022
- kini).
Beliau merupakan seorang pesara pegawai kerajaan Malaysia di mana beliau
memulakan perkhidmatannya sebagai seorang pendidik bermula dari tahun 1975 hingga
1980. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penyiasat dan Pendakwa di Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dari tahun 1981hingga 8
Mac 2017.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (Commissioner of
Oath) selama 16 tahun dan pernah menganggotai Jawatankuasa Khas Urusan Pemilihan
SPR yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia sebelum PRU 13.
Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Bersama Jabatan Pendaftaran Negara
seluruh Malaysia dari tahun 1985-2017, Pengerusi Koperasi Pegawai dan Kakitangan
Kerajaan Malaysia Berhad (KOSWIP) dari tahun 2007 hingga 2020, Pengerusi Koperasi
Ekonomi Muda Kuala Lumpur (KOJANA) (2016 – kini), Timbalan Pengerusi Koperasi MCIS
Berhad dari tahun 2010 hingga 2020, Lembaga PengarahKoperasi Konsumer Malaysia
Berhad (MCCS) dari tahun 2010 hingga 2020.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kewangan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) selama 9 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Petugas Khas Jabatan
Pendaftaran HEDJAZ di Madinah Munawarah Mukaramah kepada Jemaah Haji
Malaysia Sesi 2004.

35
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

30 Prof. Ts. Dr. RAZALI


BIN HASSAN

Beliau berasal dari Pagoh, Muar Johor dan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari
University of Warwick, United Kingdom dan mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Sains
Teknik dan Vokasional (TVET) di Universiti Putra Malaysia (UPM), selain penerima Ijazah
Sarjana Muda Teknologi dan pendidikan dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), serta Sijil Perguruan Teknik dari Maktab Perguruan Teknik,
Kuala Lumpur. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) dan memegang jawatan sebagai Profesor di Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang pekerjaan. Antaranya
adalah sebagai Pendawai Elektrik, Guru Pendidikan Vokasional di Sekolah Vokasional
Bintulu dan Segamat, Pensyarah di Maktab Perguruan Teknik dalam bidang Grafik
Kejuruteraan, Pensyarah di UTHM selain terlibat dengan pelbagai kerja-kerja perundingan
di peringkat nasional dan antarabangsa dengan penglibatan lebih 15 negara antaranya
Australia, German, United Kingdom, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos,
Filipina, Ethiopia dan Jordan.
Beliau telah berkecimpung dalam koperasi sejak 20 tahun yang lalu sebagai Pengerusi
Anggota Lembaga Koperasi UTHM Berhad (2014) sekaligus menjadi platform kepada
beliau untuk terus menyusun langkah dan strategi dalam memimpin KoopUTHM bagi
mencapai hasrat dan matlamat kejayaan agar objektif memartabatkan KoopUTHM
ke arah kemajuan berterusan terlaksana sepenuhnya. Secara tuntasnya, kepimpinan
berintegriti menjadi teras utama kepada kecemerlangan sesebuah perstrukturan koperasi.
Langsung, memberikan kejayaan kepada KoopUTHM dalam peningkatan penjualan
runcit melalui Coopmart, Myfarm Outlet, Pos Mini, Kredit pinjaman kepada ahli, selain
berjaya dengan cemerlang dalam memiliki kolej kediaman pelajar UTHM Pagoh bernilai
RM220 juta.
Kini, industri Food & Beverage menjadi bidang baharu yang sedang diusahakan bagi
memperluaskan lagi persada dan empayar perniagaan KoopUTHM melalui pengunaan
jenama SECANGKIR Coopitiam, SECANGKIR Mart, SECANGKIR Akademi dan
SECANGKIR Wellness.
Beliau telah menganggotai Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor (2018
– kini). Dengan pembabitan diri sebagai pengerusi kluster peruncitan, pelancongan,
kesihatan dan ICT dalam JPAN Johor, telah membantu beliau melebarkan sayap
sepanjang bersama ANGKASA melalui pelbagai program termasuklah menghadiri
ceramah profesional, bengkel dan pelbagai seminar selain turut terpilih menjadi penentu
minit mesyuarat MAPA (2021 & 2022).

36
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

31 USTAZ MUHAMMAD AMIR


BIN ABDULLAH

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) (2013 - 2019). Beliau pernah mengikuti Pengajian Syariah Islamiah
di Universitas Agama Islam Negeri (UAIN), Ar Raniri, Banda Acheh, Indonesia (2006
- 2007), Pengajian Syariah Wal Qanun di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (2002 -
2005) dan Sijil dalam bidang Ekonomi, Politik dan Sosial Malaysia di Universiti Cairo,
Mesir (2004).
Beliau merupakan Ahli Lembaga Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan
Berhad (KOMBEKNS) yang berportfolio sebagai Pengerusi Biro Arrahnu & Emas (2017
- kini) dan AJK Biro Integriti dan Perundangan (2021 - kini), ahli Koperasi Guru- Guru
Agama Negeri Sembilan Berhad (2011 - kini).
Beliau merupakan Pengarah Urusan bagi Syarikat Arduland Management & Consultant
yang berpengalaman luas dalam bidang hartanah dan perancang kewangan (2017 -
2021). Beliau juga pernah terlibat dan mengendalikan sesi rundingan perniagaan dan
pelaburan perniagaan logam antara Malaysia, Indonesia dan India (2016 - 2017).
Beliau juga mempunyai Sijil Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM)
yang berpengalaman dalam memberi khidmat nasihat mengenai saham Unit Trust dan
pelaburan (2007).
Beliau juga merupakan kakitangan kerajaan yang bertugas di Bahagian Pengurusan
Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang berperanan
di peringkat agensi sebagai Kumpulan Inovasi JHEAINS (2022), Perangka dan
Pendokumentasi undang-undang bagi Enakmen Halal Negeri Sembilan (2021 - kini),
Perintis Projek Pembinaan Relau Perlupusan Al-quran (2016 - 2018) dan Pembina Garis
Panduan Ibadah Korban Negeri Sembilan (2016 - 2020) dan Pembina Modul Motivasi
Agama kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa bagi Bahagian Dakwah JHEAINS
(2009 - 2011).
Beliau terlibat dalam NGO sebagai Presiden Pertubuhan Gerakan Pemikir Muda (New
Thinker Movement Society) (2019 - kini), Anak Gelanggang Persatuan Silat Gayung Fatani
Malaysia (2008 - kini) dan Penasihat Pertubuhan Angkatan Islam Malaysia (PAIM) (2011
- 2015).
Beliau juga aktif dalam bidang motivasi khususnya pengisian terhadap kes-kes juvana dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (2009 - kini) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) (2009 - kini). Penceramah bagi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri
Sembilan (2012 - 2018), Artis segmen agama di radio Negerifm, Jabatan Penyiaran Negeri
Sembilan (2012 - 2018) dan sebagai Pemegang Tauliah Mengajar Agama Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan bagi seluruh Negeri Sembilan bagi pengisian agama, hari
kebesaran Islam, motivasi pada peringkat sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, swasta.
Beliau juga merupakan Guru Takmir bagi masjid dan surau daerah Seremban Negeri
Sembilan (2009 - 2026).
Beliau dianugerahkan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) peringkat Negeri (2022),
Anugerah SAHABAT sempena 40 tahun BTN, Jabatan Perdana Menteri (2015), Anugerah
Pekerja Contoh peringkat JHEAINS (2013) dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC)
peringkat Negeri (2012).
37
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

32 HAJI ZAKARIA BIN ZAINOL

Beliau berasal dari Jitra, Kedah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (Universiti
Utara Malaysia) dan Ijazah Sarjana Muda TESL (Hons) (Bristol University, UK).
Beliau adalah seorang pesara Pegawai Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Nazir Negeri Kedah.
Beliau dilantik sebagai Anggota Lembaga Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Bhd
(KGMKB) (2014 - kini). Sepanjang tempoh penglibatan beliau dalam koperasi, beliau
turut berpengalaman sebagai Setiausaha KGMKB (2021), Pengerusi Perhotelan di
bawah naungan KGMKB (2014 - 2021), kemudiannya menjadi Setiausaha Perhotelan
bermula tahun 2021. Tambahan, beliau dilantik sebagai Bendahari Hospital Mahsuri
Centre (MMC) (2022) dan Setiausaha Unit Aset KGMKB (2022).
Di luar sektor koperasi, beliau adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Fateh
(2016 - kini). Antara sumbangan beliau adalah menjadikan masjid tersebut masjid terbaik
di Kedah pada tahun 2017. Beliau juga merupakan Pengerusi Syarikat Khariat Kematian
Tanjung Pauh (2021 - 2022). Beliau pernah dilantik sebagai Presiden MyBha (Malaysia
Budget Hotel and Bussiness Association) bagi Chapter Kedah dan Perlis (2017-2021)
manakala tahun 2022 beliau adalah Naib Presiden MyBha.

38
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

33 AHMAD BIN GIDI

Beliau berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau merupakan mantan Jawatankuasa


Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak (2019 - 2021) dan mantan Pengerusi
Masjid Darul Salam (2006 - 2008).
Beliau merupakan Pengerusi Surau Al-Qubra Lembaga Air Kuching (2017 - kini), Ahli GPS
Sarawak (2021 - kini), Pengerusi Koperasi Keluarga Gidi (2020 - kini), Pengerusi Koperasi
Surau Ikhwanul Muslimin (2014 - kini), Pengerusi Pembangunan Desa JKKK (2000- kini),
Pengerusi Surau Ikhwanul Muslimin (2009 - kini), Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Zon
Matang Kuching (2022 - kini) dan Yang Dipertua PIBG SK Matang (2009 - kini).

39
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

34 MISILAMANI A/L RAMASAMY

Beliau berkelulusan dalam bidang perniagaan dan statistik dari Universiti Malaya (UM)
serta memperolehi MBA dalam bidang kewangan dan pengurusan melalui biasiswa
pengajian sepenuh masa di Universiti New Orleans, Amerika Syarikat.
Beliau adalah penceramah yang menumpukan dalam aspek teori dan amalan
‘kecemerlangan dalam pengurusan’. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah
rendah (1966 – 1970). Beliau telah berkhidmat di PETRONAS selama 24 tahun. Antara
jawatan yang pernah disandang beliau adalah Eksekutif Pengurusan Pekerja PETRONAS,
Penyelidikan Minyak & Gas dan Ahli Kajian Pelan Induk, penyelaras rundingan minyak &
gas Luar Pesisir, pegawai perancangan & belanjawan tahunan minyak dan gas, penilai
ekonomi projek, perancang sistem MIS, perunding pengurusan projek dalaman, jurulatih/
perunding dalaman dalam pengurusan prestasi, kewangan dan kepimpinan (1975 –
1998), COO di Pusat Teknologi Lanjutan Perniagaan (BATC) Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) (1998 – 2001), Pengurus Besar, Kewangan & Perkhidmatan Korporat, di Operasi
Teknologi Peningkatan Multimedia (METEOR SDN. BHD) dan jurulatih dan perunding
METEOR/OUM.
Beliau juga pernah menjadi COO DSA (Dynamic Sphere Associates Ltd dan
Pengarah Urusan Rich Street Consulting Group (2005 – 2007), Perunding Swasta
yang mengendalikan bengkel dan persidangan pengurusan, menyediakan latihan
dan perundingan dalam Balanced Scorecard dan Petunjuk Prestasi Utama serta diberi
tugasan dalam penyelidikan berkaitan dalam pengurusan projek, pengurusan kewangan,
pengurusan prestasi dan kepimpinan.
Beliau telah dianugerahkan pelbagai sijil antaranya adalah International Training
Methodology Course, MAMPU Malaysia (1988), Professional Management Consultancy
Certification, Singapore Institute of Management (2003), Project Management Institute
(PMI), USA. Project Management Professional (PMP), CAPM, PMI-ACP, PMI- RMP
(1995), Axelos Europe, PRINCE2 dan Kelayakan Profesional Pengurusan Projek (2016).
Beliau masih berkhidmat sebagai Pengerusi Kehormat Koperasi Maju Jaya Malaysia
Berhad (2001 – kini).

40
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

35 DATO’ HAJI ISMAIL


BIN NORDIN
D.I.M.P.,A.M.P

Beliau berkelulusan Hastings College Further Education, United Kingdom (1974), B. Sc


Electrical Engineering & Electronic, University of Manchester Institutes of Science and
Technology (UMIST), United Kingdom (1977), Post Graduate Diploma in Administration
Studies (With Distinction), Leeds Metropolitan University, United Kingdom (1983),
Diploma in Telecommunications, Bailbrook College, United Kingdom (1989), Diploma in
Telecommunications, Advanced Human Resource Executive Program, Michigan Business
School, U.S.A (1995), dan Senior Management Development Program (SMDP), Harvard
Business School (1997). Beliau merupakan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan
Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) (2011 - kini).
Beliau merupakan Pengerusi Koperasi Perianita Taiping Berhad, Pengerusi Koperasi
Pengurusan Kewangan Hartanah Berhad (FICCOP), Kuala Lumpur dan selaku Timbalan
Pengerusi bagi Koperasi Pasaraya Berhad (KOPASAR), Kuala Lumpur.
Beliau memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga bagi MyAngkasa Amanah
Berhad (2015 - 2017), Pengerusi Jawatankuasa Kolaborasi Wilayah Persekutuan (2015
- 2017), Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Angkasa Wilayah Persekutuan
(2002 - 2017), Ahli Jawatankuasa Tadbir Angkasa (2002 - 2017), Pengerusi Koperasi
Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas) (1997 - 2017), Ahli Majlis Perundingan Koperasi
Kebangsaan (MPKK) (2015 - 2017), Anggota Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad (2015 - 2017), Anggota Panel Tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2015)
dan Ahli Majlis Perundingan Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan (2015), Anggota
Lembaga Maktab Koperasi Malaysia (2013 - 2015), Pengerusi MKM Global Holdings
Sdn Bhd (MKMGH) (2013 - 2015).
Di luar Koperasi, beliau telah dilantik sebagai Penasihat New Paradigm Sdn Bhd (2018 -
kini) dan Timbalan Pengerusi bagi Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(2005 - kini). Turut berpengalaman sebagai Naib Presiden, Transformasi & Pembangunan
Sumber Manusia TM (2005 - 2009), Naib Presiden Change Management Office TM
(2003 - 2005), Pengurus Besar Sumber Manusia TM (1995 - 2002), Pengurus Besar
Kolej Latihan Telekom (TTC) (1992 - 1995), Presiden Malaysian Society for Training &
Development (1990 - 1996), Presiden Kelab Telekom Malaysia Ibu Pejabat 2000 - 2007),
Timbalan Presiden Kelab Telekom Malaysia, Presiden Telekom Malaysia Toastmasters
Club (1992) dan Kapten Pakar Semboyan Askar Wataniah (2002).
Atas sumbangan tenaga kerja, beliau telah menerima penghargaan anugerah Recognition
of Contribution (Supportive Appreciation Award CSR Leadership Excellence Award)
oleh YBhg Puan Sri Dr. Susan Cheah, Pengerusi One Caring Heart Malaysia (2018).
Beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Hakim “Ten Outstanding Young Malaysians
(TOYM)” anjuran Junior Chambers International (2017 & 2019). Selain itu, beliau juga
telah menerima anugerah Tokoh Koperasi Wilayah Persekutuan (2016) oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan dan anugerah Tokoh Koperator Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan (2019).

41
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

36 LETCHUMANAN A/L PONNAN

Beliau berasal dari Chaah, Johor dan berkelulusan Sarjana Sains dalam bidang Matematik
(M.Sc. Mathematics) dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Matematik (B.Sc.Edu) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Tanjung Malim, Perak. Beliau juga mempunyai Sijil Perguruan Am dari Maktab
Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.
Beliau merupakan seorang Guru Cemerlang dalam bidang Matematik. Beliau mempunyai
pengalaman selama 27 tahun dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah. Kini beliau mengajar mata pelajaran Matematik di SMK Munshi
Ibrahim Labis, Johor bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Beliau merupakan seorang penanda
kertas Matematik SPM dan kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pasukan bagi kertas
Matematik SPM. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Matematik dan
banyak menjalankan bengkel dan teknik menjawab kepada calon-calon yang menduduki
peperiksaan SPM dan juga kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik.
Selain daripada itu, beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2019.
Di luar bidang pendidikan, beliau merupakan salah seorang Anggota Lembaga Koperasi
Yatra Hindu Malaysia Berhad dan kini menjawat jawatan Naib Setiausaha bagi
koperasi tersebut. Selain itu, beliau bergiat aktif dalam Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (KPPK/NUTP) sebagai wakil sekolah. Beliau juga merupakan seorang aktivis
yang aktif dalam beberapa NGO seperti Sri Murugan Centre (SMC), Pertubuhan Tanah
Perkuburan Orang-orang India Labis, Koperasi-koperasi sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), Kadet Bomba dan sebagainya.

42
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

37 HAJAH RASHIDAH
BINTI HAJI ISMAIL
P.I.S.II.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Bidang Komunikasi Korporat dari fakulti
Bahasa Moden Dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (2010), Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (2006) dan Diploma Pentadbiran Awam &
Undang - Undang Fakulti Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (2000).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir Tinggi di Kementerian
Pendidikan Malaysia, Putrajaya dan telah menjadi Pesara Kerajaan (2015). Beliau
bergerak aktif dalam kegiatan koperasi negara, menjadi Bendahari Koperasi Bersatu
Gading Ledang Berhad, Ahli Jawatankuasa Koperasi Pesara Johor, dan Persatuan Pesara
Negeri Johor, Ahli Jawatankuasa Koperasi Guru-Guru Daerah Muar selama 20 tahun.
Pada masa kini, beliau dilantik menjadi Bendahari Peladangnita Daerah Ledang Tangkak
dan Pengerusi Biro Kesihatan PAWE Daerah Muar. Di samping itu, pernah menjadi
Penentusah Minit Mesyuarat Agong Koperasi Pesara Negeri Johor pada 9 Julai 2022
yang lalu. Beliau juga adalah seorang juruaudit Badan Kebajikan Guru-Guru Quran
Negeri Johor (2022 - 2024)
Diluar bidang tugas, beliau dipilih menjadi Jurucakap Angkasa Negeri Johor sejak tahun
2015 hingga tahun 2018 di PWTC, Kuala Lumpur. Beliau menjadi Pengerusi Daerah
mengundi Parit Pajar 144/11/117/2004 dan Pengerusi Daerah mengundi Parit Bunga
Muar pada pilihanraya PRU 14 yang lalu.
Beliau bergiat aktif dalam Persatuan dan badan – badan NGO dan dianugerahkan
Pingat Ismail Sultan (P.I.S II) oleh Sultan Johor Darul Takzim (2008). Di samping itu, beliau
merupakan penasihat Kumpulan Yassin dan Tahlil serta menjadi AJK masjid Jamek di
Taqwa Tanjung Gading Muar Johor.

43
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

38 HAJI MOHD JAMIL


BIN OTHMAN

Beliau berasal dari Pulau Pinang dan berkelulusan Diploma Perguruan dan Ijazah Sarjana
Muda (Bimbingan dan Kaunseling) dengan kepujian dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau pernah bertugas sebagai seorang guru (1981 – 1997) yang kemudian bertugas
sebagai Penolong Pengarah (Ketua Unit Kokurikulum) di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
dari (1997 – 2018). Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Pendidikan (Penolong
Pengarah / Ketua Unit Kokurikulum) di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang selama 21 tahun.
Dalam sektor koperasi, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA
Negeri (JPAN) Pulau Pinang (2018 – kini). Beliau juga adalah Anggota Jawatankuasa
Tadbir Angkasa Kebangsaan (JTK) (2018 - kini). Beliau juga diberi tanggungjawab sebagai
Ahli Jawatankuasa Sumber Manusia ANGKASA, AJK Bahagian Syariah ANGKASA, AJK
Bahagian Sekolah ANGKASA dan AJK Sektor Kepimpinan dan Modal Insan ANGKASA.
Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Bersatu Kepala Bukit Permatang
Pauh Bhd (2012 - kini), Timbalan Pengerusi Koperasi Pendidikan Seberang Perai Pulau
Pinang Bhd (2018 - kini), Timbalan Pengerusi KRT Taman Saujana Indah, Setiausaha Surau
Taman Saujana Indah, dan Penasihat Persatuan Pelayaran Negeri Pulau Pinang. Beliau
juga adalah Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK
Koperasi) (2019 - kini).
Sepanjang perkhidmatan sebagai seorang guru dan Penolong Pengarah, beliau telah
menerima pelbagai anugerah antaranya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
sebanyak lima kali, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua
Negeri Pulau Pinang (2020), Anugerah Tokoh Kokurikulum Malaysia oleh Kementerian
Pendidikan (2018), Anugerah Kepimpinan Daerah Seberang Perai Tengah (2017),
Anugerah Kepimpinan Daerah Seberang Perai Selatan (2017), Anugerah Kepimpinan
Cemerlang Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (2014), Anugerah
Kepimpinan Tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Pulau Pinang (2015) dan Anugerah
Pingat Tangkai Padi oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pulau Pinang (2013).

44
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

39 NORIZAH BINTI ABDULLAH

Beliau berasal dari Kuala Lipis, Pahang dan sedang mengikuti pengajian di peringkat
Ijazah dalam bidang Engineering Business Management di Universiti Malaya (2022).
Beliau adalah Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)
Pahang Barat (2016 - kini). Beliau turut menjawat jawatan Setiausaha Koperasi Permata
Raub Berhad (2011-2022), Ahli Lembaga Koperasi PERKIM Pahang (2020 - kini), Ahli
Jawatankuasa Biro Pembangunan Wanita ANGKASA peringkat Kebangsaan Malaysia
(2016 – kini), Pengerusi Biro Pembangunan Wanita ANGKASA Pahang Barat peringkat
Negeri (2016 – kini), Setiausaha Biro BA100 ANGKASA Pahang Barat (2020 - kini),
Setiausaha Biro Pertanian & Asas Tani ANGKASA Pahang Barat (2020 - kini). Beliau juga
berpengalaman sebagai Ahli Lembaga Koperasi Vanila Negeri Pahang (2018 - 2021)
dan Pengerusi Persatuan Bola Jaring Daerah Raub (2000-2018).
Di luar sektor koperasi, beliau adalah Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ibu
& Anak Raub (2012 - kini), Pengerusi Kelab Usahawan Daerah Raub (2011 - kini), Ahli
Jawatankuasa PEKAP Malaysia (2021 - kini), Ahli Jawatankuasa PERAWAN Malaysia
(2021 - kini), Ahli Jawatankuasa LKPI Daerah Raub (2000 - kini), Ahli Jawatankuasa
Persatuan Wanita Islam (WI) Daerah Raub (2000 - kini), Timbalan Pengerusi Persatuan
Wanita Islam (WI) Bandar Raub (2000 - kini).
Beliau turut menerima anugerah Pegawai Cemerlang dan terpilih No.1 peringkat Malaysia
semasa berkhidmat sebagai pegawai TEKUN (1996-2016).

45
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

40 NOR HISHAM
BIN ABDULLAH SANI

Beliau kini menetap di Bangi dan berkelulusan MBA Finance dari London School of
Economic dari United Kingdom pada tahun 2020. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana
Muda Kepujian Perakaunan dan Kewangan daripada London Metropolitan University
United Kingdom (1996), dan pemenang anugerah Business Technical Education Council
(BTEC, UK), serta telah menamatkan Higher National Diploma (HND) Business & Finance
dari Swansea Institute of Higher Education UK, 1993.
Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan Pengarah Kumpulan Az Zahrah.
Sejak 2016 beliau telah dipilih menjadi Pengerusi Koperasi Aspirasi Berhad sehingga
sekarang dan telah menerajui beberapa usahasama di bawah Koperasi Aspirasi Berhad
bagi memajukan ekonomi ahli-ahli koperasi melalui moto Koperasi iaitu ‘Ujana Ekonomi
Komuniti’.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kewangan, perakaunan serta
konsultansi di mana pada Januari 2012 sehingga Mac 2016 beliau merupakan Business
Advisory and Consulting, di bawah Enrichgroup Consulting and Management/Enrichcorp
Ltd United Kingdom.
Beliau pernah memegang jawatan Financial Controller bagi Europe, Africa dan Oceania
di bawah BF Goodrich, United Kingdom/Symingthon London United Kingdom (1996
– 2000). Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Group Financial Controller/
Executive Director, Enrich Group Malaysia (2001 – 2011).
Beliau dilantik sebagai Ketua Sekretariat Badan Penggerak Ekonomi Majlis Dakwah
Negara (MDN). Beliau juga adalah Pengasas Amanah Dana Wakaf Kolej Mara Banting.
Selain itu, beliau juga Ketua Biro Ekonomi Badan Muafakat Pendidikan Kebangsaan
Malaysia (Muafakat MARA). Atas sumbangan dan kewibawaan, beliau telah dilantik
sebagai Ahli Penasihat Majlis Ekonomi Negeri Selangor Parlimen Bangi, di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan juga Bendahari
Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).
Beliau adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam An-Nur dan juga merupakan
Pemegang Amanah bagi Yayasan An-Nur dan Pengerusi Persatuan Infaq dan Waqf
HillPark Kajang, Selangor. Atas kecemerlangan dan sumbangan dalam NGO pendidikan
dan kebajikan beliau telah dianugerahkan sebagai Ikon Pendidikan Mara pada tahun
2020 dan Anugerah Khas Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2018.

46
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

41 DATO’ WONG YORK MUNG


DIMP., PK.,

Beliau berkelulusan Master of Professional Studies bidang pentadbiran dan pengurusan


(Global University for Lifelong Learning, USA) (2008), Advance Diploma in Business
Administration (Institut Sarjana, Ipoh - 1998). Beliau adalah Ahli International Professional
Managerial Association, UK sejak 2020.
Beliau adalah seorang mantan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Bandaraya Ipoh,
Negeri Perak. Beliau kini menjawat jawatan Pengerusi Koperasi Sahabat Fulda Malaysia
Berhad (2011 – kini).
Selain penglibatan dalam sektor koperasi, beliau adalah Pengerusi Elite JD Solution Sdn.
Bhd., Pengerusi Shang Dao International Sdn. Bhd., Pengerusi Pertubuhan Gandingan
Bersatu Malaysia (2015 - kini) dan Pengerusi Kelab Shang Dao International (2017 - kini).
Pengerusi Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Perak (2011 - 2015). Naib Pengerusi
Majlis Belia Negeri Perak (2011 - 2015).
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Panel Klinik Greentown, Ipoh Negeri Perak (2005 -
2008), Panel Penasihat Pembangunan Latihan Kemahiran IKBN Seri Iskandar, Perak (2012
- 2014), Pegawai Pengesahan Luaran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Malaysia
(2006), Pengerusi Majlis Masyarakat Sivil, Ipoh (2015 - 2018) dan Mentor bagi Program
Anugerah Remaja Perdana Malaysia (2012 - kini).
Beliau menerima Anugerah Keikhlasan Usahawan Asean (2018), Anugerah Khas Perdana
Negeri Perak dalam kategori Penggerak Masyarakat Cina (2012), Anugerah Perdana
Belia Negara, Peringkat Negeri Perak dalam kategori Kepimpinan (2007).

47
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

42 LT KOL AZARUL AZUAN


BIN ABDULLAH
KAT, PNBB, PPS, PPA

Beliau berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan berkelulusan Diploma Pengurusan
(Universiti Malaya) dan Diploma Pengurusan Strategik dan Pertahanan (Universiti
Pertahanan Negara Malaysia).
Beliau merupakan seorang pegawai tentera yang masih berkhidmat (September 1995
– kini) dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Staf 1 Kewangan di Aktiviti Bantuan
Bersama di Markas Angkatan Tentera Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Anggota
Lembaga Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (2017 - 2021) dan seterusnya
menjawat jawatan Pengerusi Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (2021-kini).
Beliau berpengalaman berkhidmat sebagai Pegawai Tentera selama 27 tahun.
Keseluruhan bidang tugas beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia adalah sebagai
Pegawai Kewangan dan Pengurus Aktiviti. Selain itu, beliau pernah bertugas di bawah
misi United Nation (UN) di Lebanon.
Beliau menerima anugerah Darjah Kesatria Angkatan Tentera (KAT) (2022), Pingat
Perkhidmatan Setia (PPS) (2010), Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) 2009
dan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) (1996).

48
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon
DATUK HAJAH NORAINI

43 BINTI DATUK SERI PANGLIMA


HAJI SALLEH
PGDK., AMN., ADK., BSK.

Beliau berasal dari Papar, Sabah. Beliau berkelulusan dari Senior Cambridge – Sabah
College (1963), Diploma in Principle of Practice Management, International Commercial
Institution, United Kingdom (1984) dan juga Ijazah Pentadbiran Perniagaan, Pacific
College, Australia (1985). Beliau merupakan Anggota Lembaga Koperasi Pembiayaan
Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) (2011 - kini).
Beliau memulakan karier sebagai Penterjemah/Juru Bahasa di Ibu Pejabat Polis Kepayan
Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Keningau dan kembali ke Cawangan Khas Ibu Pejabat
Polis. Beliau juga terpilih mengikuti kursus khas pentadbiran untuk pegawai-pegawai
Kerajaan di bawah Native Tutorial Course tajaan Kerajaan Sabah dan pernah berkhidmat
sebagai Setiausaha Eksekutif di Firma Swasta dan Antarabangsa (kerjasama dengan
Syarikat Filipina).
Selain itu, beliau juga berpengalaman sebagai Pegawai Pelancong di Pejabat
Pelancongan Sabah sebelum bertugas kembali dengan agensi kerajaan pada tahun
1969. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Perumahan, Pegawai Tadbir,
Pengurus Tadbir dan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar (memangku) pada (1999 -
2000) dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, di bawah Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sehingga bersara.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam gerakan koperasi, dimana beliau
merupakan Pengerusi Koperasi Jaya Diri Papar Berhad (1984 - kini) dan Pengerusi
Koperasi An-Nissa Sabah Berhad (1999 - September 2022). Beliau juga mempunyai
pengalaman sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)
Sabah (1996). Beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi sebelum menjadi
Pengerusi (2006 - Ogos 2021).
Di luar Koperasi, beliau juga turut aktif dan berpengalaman sebagai Presiden Persatuan
Penulis-penulis Sabah (PERPESA) (1965 - 1970), Timbalan Yang Di-Pertua Badan Bahasa
Sabah (BAHASA) (1970 - 1976), Setiausaha Wanita USIA (United Sabah Islamic
Association) (1973 - 1979), Ahli Majlis Tertinggi USIA (United Sabah Islamic Association)
(1980 - 2012), Ahli Jawatankuasa NACIWED (Majlis Penasihat Wanita Lantikan Jabatan
Perdana Menteri Persekutuan) (1976-1979), Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)
(Lantikan Jabatan Ketua Menteri Sabah) (1987-1989), Ahli Majlis Penasihat Wanita
(MPWS) Lantikan kali ke-2 (2003 - 2004), Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Awam Sabah
(Public Service Commission) (2003 – 2009), Bendahari Perkumpulan Perempuan Sabah
(PPS) (2008 - 2011), Member of ICA Women Committee (International Cooperatives
Alliance) sehingga 2016.
Beliau telah menerima penghargaan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Negeri Sabah
(Kategori Wanita) (2012), Anugerah Tokoh Penyair Islam (2000), dan Pemuisi Negeri
Sabah (1965).

49
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

44
HAJI MOHAMAD KHOZALI
BIN JUNUS
BKM., PCK., PPL.

Beliau merupakan pesara pegawai kerajaan yang mempunyai 40 tahun pengalaman


perkhidmatan. Antaranya adalah dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (1977 -
1997), Jabatan Kerjaraya Kulim/Bandar Baharu (1997 - 2007) dan Pejabat Daerah dan
Tanah Kulim (2007 - 2016).
Beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah
(2014 - kini). Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha bagi Koperasi Pembangunan
Negeri Kedah Berhad (2007 - 2022) yang mana Koperasi berjaya memberi sewaan
kilang bagi pemasangan barangan kereta di Gurun, Kedah.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Setiausaha bagi Koperasi Pegawai-Pegawai
Kerajaan Daerah Kulim Bhd (2002 - 2022) yang telah tersenarai di antara 100 buah
koperasi terbaik yang menjalankan perniagaan stesen minyak, penyewaan bangunan dan
lot serta menjual LPG untuk kediaman. Koperasi tersebut juga berjaya memberi pulangan
dividen yang tinggi pada ahlinya setiap tahun serta bergerak aktif dalam memberi bantuan
kepada anggota dan komuniti setempat dan luar negara. Di samping itu, beliau memberi
khidmat nasihat kepada koperator yang ingin menjalankan perniagaan stesen minyak.

50
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

45 Prof. Dr. HAJI WAN MOHTAR


BIN WAN YUSOFF

Beliau memperoleh Ijazah Kejuruteraan Kimia (1975) dari Leeds University, UK dengan
biasiswa MARA/SHELL dan PhD bidang Bioteknologi Industri / Mikrobiologi Industri
dari Queen Elizabeth College, London University (1985) dengan biasiswa UKM. Dipilih
oleh Biotech Corporation dengan tajaan penuh meraih ilmu dalam Bengkel Research
Management di Cambridge University untuk perluaskan penguasaan bidang pengurusan
secara berstruktur dan bertertib.
Beliau memperolehi APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UKM) semasa
menjawat jawatan Pengerusi Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, FST, UKM dan
dianugerah PSK (Pingat Setia Kelantan). Kini berperanan sebagai Corporate Liasons
Director di Certification International Sdn Bhd sesuai dengan usaha untuk melestarikan
gagasan Pemiawaian Industri untuk negara. Beliau telah dipilih sebagai Presiden Pengasas
iWAQF dan SRI Malaysia. Kedua-dua adalah NGO untuk memperdanakan wakaf
dan pemantapan pertanian agroekologi. Pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor selama dua penggal.
Beliau berkhidmat dalam koperasi sebagai Anggota Lembaga Koperasi UNIKEB bermula
(2006 – kini) dan dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Koperasi UNIKEB bermula 2010
sehingga 2021. Beliau kini juga adalah Timbalan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Sg
Merab (KOMAS) dan ALK Koperasi Penduduk Bandar Baru Bangi (KOBANGI). Beliau
adalah Pereka-Pemudahcara Bengkel Perancangan Strategi berasas Analisis SWOT
9-Petak dengan pensepaduan pembinaan Matrix Pelan Pelaksanaan (PPM) untuk
pensuburan syarikat dan entiti terpilih.

51
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

46 SHAMSINAR BINTI
DATO’ MOHAMED NOOR

Beliau berkelulusan Diploma In Law dan Advanced Diploma in Law daripada Institut
Teknologi MARA dan Diploma in Syariah Law and Practice daripada Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia. Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya
dalam bidang Masters in Law.
Beliau adalah seorang peguambela dan peguamcara yang beramal di Semenanjung
Malaysia juga merangkap ahli Majlis Peguam, Malaysia semenjak tahun 1993.
Pengkhususan dalam bidang conveyancing, pengurusan harta pusaka dan korporat
conveyancing.
Pernah berkerja di firma Tetuan Kumar Jaspal Quah & Aishah sebagai Legal Assistant dan
kemudian sebagai rakan kongsi. Beliau telah membuka firmanya sendiri di bawah nama
Tetuan Shamsinar Mohamed Noor & Co pada tahun 2004. Kemudian beliau menjadi
rakankongsi di Tetuan HK Ang & Partners (2014 - kini).
Beliau pernah dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam Malaysia
untuk beberapa tahun dan pada tahun 2022, beliau telah dilantik semula.
Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di UiTM pada akhir tahun 2000an dan
awal tahun 2010an di mana beliau mengajar pelajar tahun ke-empat (terakhir) dalam
aspek praktikal perundangan conveyancing dan pengurusan harta pusaka.
Beliau juga aktif dalam Persatuan Wanita Antarabangsa Kuala Lumpur (International
Women’s Association Kuala Lumpur) semenjak tahun 2015 dan pernah memegang
jawatan sebagai Setiausaha Kehormat dan Naib Presiden Pertama. Sekarang beliau
memegang jawatan Presiden.
Beliau adalah seorang anggota Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad dan menjadi
Anggota Lembaga Koperasi tersebut selama 6 tahun sehingga kini.

52
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

47 HAJI NOR ZAHARI


BIN ZAKARIA

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Dengan Kepujian) dan
Universiti Utara Malaysia pada 2005 dan Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian
Malaysia pada tahun 1982.
Beliau adalah seorang pesara FELCRA Berhad (1982 - 2021) dengan jawatan terakhir
sebagai Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Negeri Pahang (2020 – 2021). Sejak
2018, beliau telah dipilih sebagai Anggota Lembaga Koperasi Kakitangan FELCRA (M)
Berhad (KKF), dan diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi
yang sama (2019 – kini). Beliau aktif dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan Koperasi
yang bermula dengan aktiviti pembiayaan dan meneruskan perniagaan di dalam bidang
perladangan, penyediaan benih sawit untuk pasaran dalaman FELCRA dan luaran,
pembekalan peralatan jentera mekanisasi untuk aktiviti perladangan, insuran kenderaan
bermotor dan kontrak kerja, Takaful Hospitaliti dan Surgeri untuk anggota dan pesara dan
pelbagai aktiviti yang mementingkan kebajikan anggota.
Terkini di Peringkat Kebangsaan, beliau adalah Setiausaha kepada Malaysia Oil Palm
Nursery Association (MOPNA) yang terlibat secara langsung menjaga kebajikan
Pengusaha-Pengusaha Tapak Semaian Sawit serta pembangunan biji benih sawit di
seluruh negara.
Berpengalaman di dalam beberapa aktiviti NGO seperti Ahli Jawatankuasa Bersama,
Apartment Spring Villa, Taman Ukay Perdana (2015 - 2016), Pengerusi Persatuan Ibubapa
dan Guru di beberapa buah sekolah dan terkini selaku Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa
dan Guru di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan (2005 – kini).
Kejayaan terakhir beliau antaranya adalah telah berjaya mengumpul dana dan telah
membina sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa dengan kos keseluruhan
berjumlah RM350,000.00.

53
BIODATA CALON
ANGGOTA LEMBAGA

No. Calon

48 DATO’ SERI DR HAJI ARSIT


BIN SEDI

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi pengkhususan dalam
keusahawanan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran sebagai Doctorate Philosophy of Social Work (PHD) In International University
Of Peace United Nation, New York. Di samping itu, latar belakang pendidikan beliau
antaranya adalah Pengurusan Perakaunan dan Kewangan (INTAN), Pengurusan Kredit
(MIA), Pengurusan Risiko (MIA), National Co-operative Management (MKM) Kertas
Pengurusan Pencen (JPA), Store tender Pengurusan Perolehan Dan Bekalan (INTAN),
Pengucapan Awam (UPM), Harta dan Pembangunan Tanah (MMS), Sijil Pemantapan
Jentera Pilihan Raya (UMNO Negeri Sabah), Sijil Perniagaan Melalui Sistem Francais
(MKM), Sijil Kursus ASAS Kontraktor Binaan (Kementerian Kerja Raya Malaysia), Sijil
Kursus Wajib Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (ANGKASA dan MKM).
Beliau kini adalah seorang Penasihat Kewangan & Teknikal / ALK Koperasi Pembangunan
Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (Kop-Pusamaju) (2005 hingga kini). Beliau
juga adalah Pengerusi Anak Syarikat Kopusamaju Sdn. Bhd (Subsidiari) (2009 - kini),
Pengerusi Permodalan Capital Berhad (PCB), Pengerusi Bio-Tech Permodalan Capital
Berhad (BPCB), Pengerusi Kinabalu Land Sdn Bhd (Pembangunan Hartanah), Pengerusi
Quantum Capacity Sdn Bhd (Pembangunan Free Trade Zone & Premium Outlet Tg Dumpil
Putatan), Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PPNS) (2007 - kini), Pengerusi
Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu (2016 - kini), Pengerusi Persatuan Peladang
Kawasan Putatan (2015 - kini), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Dan
Koperasi Negeri Sabah (BERSATU), Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Kebangsaan
(NEKMAT) (2015 - kini). Beliau juga merupakan Timbalan Yang Dipertua USIA Negeri
Sabah (United Sabah Islamic Association) dan Exco Badan Perhubungan Bersatu Negeri
Sabah.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA
Negeri (JPAN) Sabah (1995 - 2010), Ahli Lembaga Pengarah ANGKASA, Ahli Lembaga
Pengarah Jawatankuasa Kewangan, Pentadbiran dan Pembangunan (ANGKASA Negeri
Sabah) (1996 - 2006), Pengerusi Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat
Maju Sabah Berhad (Kop-Pusamaju), Pengerusi Usahawan Parlimen Putatan, Pengerusi
Lembaga Pelawat Hospital Daerah Putatan, Ahli Lembaga Pengarah Perancang Bandar
dan Pembangunan Wilayah Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan
Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Putatan, Timbalan Pengerusi Asian Base
Supply Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Penampang (MDP), Setiausaha Politik
Kementerian Kerjasama Tempatan Dan Perumahan serta Setiausaha Politik Kementerian
Perhubungan Kerja Raya Negeri Sabah.

54
PENCALONAN
JAWATANKUASA
PENENTUSAH
MINIT
PENCALONAN
JAWATANKUASA PENENTUSAH MINIT

MELANTIK JAWATANKUASA PENENTUSAH MINIT

Mengikut undang-undang Kecil:


Fungsi mesyuarat agung perwakilan tahunan dan mesyuarat agung perwakilan khas
32 (1) Fungsi perwakilan tahunan hendaklah termasuk yang berikut: -
(k) melantik jawatankuasa yang terdiri daripada enam perwakilan dan empat anggota Lembaga untuk
menentusahkan draf minit mesyuarat agung perwakilan tahunan, jika ada;
Sehubungan dengan itu, pemilihan enam (6) perwakilan bagi jawatankuasa penentusah minit adalah mengikut undian
Perwakilan.

Berikut adalah senarai nama calon Anggota Jawatankuasa Penentusah Minit:

NO.
NAMA DAN WAKIL KOPERASI CALON
CALON

USTAZ MUHAMMAD AMIR BIN ABDULLAH


1 KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI
SEMBILAN BERHAD

HAJI ADNAN BIN AWANG


2
KOPERASI GURU-GURU DTC MALAYSIA BERHAD

HAJI SAIDON BIN OTHMAN


3
KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH KUANTAN BERHAD

56
PENCALONAN
JAWATANKUASA PENENTUSAH MINIT

SHARUL BAHA BIN ABD RAHMAN


4
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BERHAD

ZAHARIN SHAH BIN ZAINAL ABIDIN


5
KOPERASI SEMANGAT WAWASAN BERHAD

HAJI MAJIB BIN JUSSOH


6 KOPERASI PENGANGKUTAN DAN KEPENGGUNAAN
MELAYU KEDAH UTARA BERHAD

HAJI IBRAHIM BIN ABDUL RAUF


7
KOPERASI INTEGRASI MUSLIM PERAK BERHAD

57
PENCALONAN
JAWATANKUASA PENENTUSAH MINIT

HAJI MOHAMAD HANIFAH BIN B K KOYA MOIDEEN


8 KUTTY
KOPERASI GURU MELAYU PAHANG SELATAN BHD

ANIS AKMAL BINTI ARSHAD


9 KOPERASI KAKITANGAN PERBADANAN PENGURUSAN SISA
PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM MALAYSIA BERHAD

MOHD YATIM BIN ZAKARIA


10
KOPERASI PENEROKA FELDA PASIR RAJA KULAI JAYA BERHAD

DATO’ HAJI MAT REJAB BIN KASSIM


11
KOPERASI ALUMNI KCS DARUL AMAN BERHAD

58
CATATAN

59
CATATAN

60
Koperasi Pembiayaan Syariah
ANGKASA Berhad (KOPSYA)
Unit 209 - 509, Blok C,
Glomac Business Centre,
No. 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: +603-7803 1214


Faks: +603-7803 1204
E-mel: info@kopsya.coop
www.kopsya.coop

Anda mungkin juga menyukai