Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA

23000 DUNGUN,TERENGGANU.

Telefon: 09-8484798
Faks: 09-8456601
E-mel: smksura@yahoo.com.my

LAPORAN DAN DOKUMENTASI

PROGRAM JUALAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

1. PENGENALAN
Sejarah koperasi sekolah bermula pada tahun 1968 apabila sembilan buah sekolah
dijadikan projek rintis. Ia terus berkembang pesat dan kini jumlahnya meningkat saban
tahun. Sesungguhnya negara kita mempunyai gerakan koperasi sekolah yang tersusun.
Ia telah diiktiraf di peringkat dunia dan sering dijadikan model rujukan. Ikatan Koperasi
Antarabangsa (ICA) telah mengiktiraf gerakan koperasi negara Malaysia antara yang
terbaik di dunia.

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) sekali lagi disambut pada tahun ini dengan
pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. Sambutan ini diadakan
bertujuan untuk memberitahu warga sekolah akan kewujudan koperasi sekolah dan
peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang
murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Pada tahun ini, HKS telah
disambut mengikut kategori iaitu majlis perasmian, aktiviti jualan dan sebagainya.

2. RASIONAL
Sambutan Hari Koperasi Sekolah bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah
dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang
dimainkan untuk mendidik para pelajar khususnya pelajar PPKI agar mempunyai jati diri
yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
3. OBJEKTIF
Melalui Program Jualan ini, pelajar dapat :
i. Memupuk minat berniaga dalam kalangan pelajar berteraskan koperasi
ii. Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan guru
iii. Memupuk pemikiran yang kreatif dalam kalangan pelajar untuk menjana
pendapatan
iv. Memberi pendedahan, galakan dan rangsangan kepada pelajar dalam bidang
keusahawanan.

4. SASARAN
Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK SURA dan warga pelajar SMK
SURA

5. PELAKSANAAN

Program Keusahawanan telah dilaksanakan pada:

Hari : Ahad hingga Khamis

Tarikh : 28 Jun 2015 hingga 06 Julai 2015

Masa :10.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Kelas PPKI BD

6. PENILAIAN

KEBAIKAN
 Menanam sikap bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan murid
pendidikan khas.
 Pelajar dapat mengetahui asas perniagaan yang dapat digunakan oleh mereka
untuk meneruskan
 Murid memperoleh pengalaman tentang perniagaan.

KEKANGAN

 Tiada kekangan sepanjang Program Keusahawanan ini dijalankan.


PENAMBAHBAIKAN
 Variasi produk jualan perlu ditambah agar pelanggan boleh memilih produk
jualan yang pelbagai.
 Susunan jadual kerja pelajar bertugas perlu diagihkan kepada pelajar.
 Senarai harga perlu ditetapkan dan dimaklumkan lebih awal agar pelajar
bertugas boleh melaksanakan tugasan dengan berkesan dan lancar.

7. KEJAYAAN
Program Keusahawanan ini mendapat sambutan dari semua pelajar SMK Sura serta
warga PPKI SMK Sura. Keuntungan yang diperoleh melalui hasil jualan ini menjadi
pemangkin kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan pada masa akan
datang.

8. PENUTUP
Perancangan Jualan Sempena Hari Koperasi ini berjalan dengan lancar dan mendapat
sambutan dari semua murid dan guru. Sambutan Hari Koperasi Sekolah diharap dapat
melahirkan lebih ramai para peniaga dan usahawan muda. Dalam masa yang sama,
berpaksikan program seperti ini diharap dapat menggembleng penyertaan menyeluruh
antara pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.

Disediakan oleh:

..............................................

(ROS EMILIA BINTI A.JASMI)


Guru Penolong,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura,
23000, Dungun,
Terengganu Darul Iman.

Anda mungkin juga menyukai