Anda di halaman 1dari 6

AKTIVITI MEMBELI BELAH DI MYDIN BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) merupakan satu program yang member

peluang kepada para pelajar khasnya pelajar-pelajar kelas Pendidikan Khas untuk

menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kehidupan dan persekitaran di

sekeliling mereka.

Sehubungan itu, inisiatif diambil bagi mengetengahkan keusahawanan kalangan

murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan bagi merealisasikan bidang

keusahawanan supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang

demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai wadah dalam aktiviti pemupukan, pengayaan dan

pengembangan keusahawanan dalam diri individu murid Pendidikan Khas berdasarkan

penyertaan murid-murid dalam program membeli belah ini.

2.0 RASIONAL

Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian

Pendidikan Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan pentas pendidikan atas prinsip

kesamarataan juga menjadi tanggungjawab dan memastikan murid-murid berkeperluan Khas

di seluruh negara mencapai tahap yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam semua

program yang dilaksanakan. Program membeli belah dijalankan kerana program ini

merupakan satu landasan kearah kecemerlangan kurikulum.


Disampingitu, ia juga member peluang kepada murid bekerluan khas dari pelbagai

kategori dan mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah supaya mereka dapat turut serta

dalam suatu komuniti social serta dapat bertukar-tukar fikiran selain membeli belah

bersama rakan-rakan yang lain .

3.0 MATLAMAT

a) Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui pembelajaran

tidak formal.

b) Memberi peluang, penghargaan, dan pengiktirafan kepada murid dalam

mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.

c) Memdedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan

masyarakat.

d) Mewujudkan rasa yakin dan mampu berinteraksi dengan sesiapa dan di mana

sahaja.

e) Melahirkan murid yang serbaboleh, bertanggungjaawab ,berilmu, serta mematuhi

pelbagai bentuk peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

4.0 OBJEKTIF

Melalui aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini, diharap ianya dapat:
a) Meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu

mendengar, bertutur dan menganalisis melalui membeli belah.

b) Menarik penyertaan murid dalam aktiviti membeli.

c) Merangsang minat murid bertutur dan mendalami ilmu pengetahuan tentang

membeli.

d) Salah satu cara penggalak kecemerlangan murid Pendidikan Khas dalam bidang

akademik.

e) Memberi kesedaran kepada murid pendidikan khas bahawa ilmu adalah penting

kepada mereka.

5.0 HARI DAN TARIKH

Hari : Rabu

Tarikh : 26 Julai 2017

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini memfokuskan kepada Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

yang dapat mengurus diri, berdikari, berminat, dapat mengawal tingkah laku dan mampu

mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Selain itu program ini juga dirancang

khusus untuk Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Sungai Batu

dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan pengamatan terhadap sesuatu bidang

keusahawanan.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN


1

JUMLAH KESELURUHAN

8.0 LOKASI

PASARAYA MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI MASA ATURCARA

26 JULAI 2017 8.00 pagi : - Berkumpul di SK Sungai Batu

RABU - Bertolak ke Mydin Bukit Mertajam

9.00 pagi : - Tiba di Mydin Bukit Mertajam

- Taklimat daripada Guru

- Aktiviti membeli belah

11.00 pagi : - Makan

12.30 tgh hari : - Bertolak balik ke SK Sungai Batu

1.30 petang : - Tiba di SK Sungai Batu

- Bersurai

9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, program terapi ini adalah penting bagi membolehkan murid-murid

melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dari pengalaman yang sangat berharga.

Diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dapat member manfaat dan pengetahuan serta

pengalaman yang bermakna kepada semua pihak yang terlibat.

Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini akan mewujudkan kesungguhan dan

tumpuan dalam diri guru-guru bagi melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu

inspirasi dan semangat kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran

supaya bersemangat dan bersikap proaktif dalam pembelajaran dan pengajaran. Akhir kata,

kami mengharapkan program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama dari

semua pihak dan menjadi inspirasi kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah

Kebangsaan Sungai Batu.

Disediakan oleh,

(NURUL SYAMIM BINTI ADAM)


Pengelola Program lawatan membeli belah.

Disemak oleh,

.
( MERA SYUHANA BINTI MAHAMUD)
Penolong Kanan PPKI,
Sekolah Kebangsaan Sungai Batu,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Disahkanoleh,

(ROHANI BINTI HUSSEIN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Batu,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai