Anda di halaman 1dari 1

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka

Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu
program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak
pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di
negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan
dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu
aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar
untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada
pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti
sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan
suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.

Anda mungkin juga menyukai