Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI


GENERASI BELIA/ REMAJA/ GENERASI X ATAU Y

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TARIKH :
6 – 7 OKTOBER 2018
TEMPAT :
MAKTAB RENDAH SAINS MARA SUNGAI
BESAR, SELANGOR
ANJURAN :
PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
MAHASISWA DAN MAHASISWI PENGAJIAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA CAWANGAN IPOH, PERAK

DENGAN KERJASAMA :
MAKTAB RENDAH SAINS MARA SUNGAI
BESAR, SELANGOR

TEMA :
“ILMU PENCETUS KEGEMILANGAN BANGSA ”
KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


BAGI GENERASI BELIA/ REMAJA/ GENERASI X ATAU Y
PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan memohon kelulusan daripada pihak Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), UUM bagi melaksanakan
Program Pembangunan Pendidikan bagi Generasi Belia/ Remaja/ Generasi X atau
Y yang akan dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia
Mahasiswa/Mahasiswi Pengajian Luar Kampus (PACE), UUM Kampus Cawangan
Ipoh, Perak.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program Pembangunan Pendidikan ini merupakan salah satu program


kemasyarakatan yang akan dijalankan di Maktab Rendah Sains Mara, Sungai Besar,
Selangor.
2.2 Lahirnya idea untuk mengadakan program ini adalah untuk memupuk semangat
kesukarelaan dan juga kemasyarakatan dalam diri mahasiswa/mahasiswi Pengajian
Luar Kampus UUM di samping dapat menerapkan aspek kemahiran insaniah dan
melatih pelajar tentang pengalaman berorganisasi.
2.3 Program ini juga bertujuan memupuk motivasi diri melalui beberapa aktiviti di
dalam program tersebut.

2.4 Program-program bersifat kemasyarakatan, kepimpinan dan latihan kendiri,


motivasi dan akademik, ilmiah dan kerjaya serta kreativiti dan inovasi untuk
golongan belia. Semua ini digerakkan melalui program-program yang telah
dirancang dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Pengajian
Luar Kampus (PACE), UUM Kampus Cawangan Ipoh, Perak.

2
3.0 MISI

Membantu pelajar membuat persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan di


samping memotivasikan diri mereka dengan memberi kesedaran kepada para
pelajar tentang kepentingan aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Memberi motivasi dan semangat serta panduan halatuju kepada para
pelajar sekolah dalam meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas
peperiksaan.

4.0 MATLAMAT

4.1 Melahirkan pelajar yang seimbang, mempunyai pelbagai kemahiran, kebolehan


dalam pelbagai aktiviti dan tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-
mata dan seimbang dengan hasrat universiti iaitu melahirkan mahasiswa/
mahasiswi yang bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi mampu untuk
menyumbang kepada masyarakat.

4.2 Mendukung falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universiti Utara Malaysia di
samping melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketerampilan dan
berwawasan agar dapat menjalinkan hubungan yang erat antara pensyarah,
kakitangan dan mahasiswa/mahasiswi Universiti Utara Malaysia serta memberi
pendedahan kepada mahasiswa/ mahasiswi untuk membantu kerajaan dalam
mencapai wawasan kerajaan Malaysia.

3
5.0 OBJEKTIF

5.1 Memupuk dan menyemai sifat kesukarelaan dalam diri mahasiswa/mahasiswi


Pengajian Luar Kampus UUM dan peka tentang peranan mereka terhadap
tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling sejajar dengan kemahiran sosial
dan kebertanggungjawaban.

5.2 Membentuk mahasiswa/mahasiswi yang boleh menguruskan sesuatu aktiviti


ataupun program dan melatih kemahiran berkomunikasi terhadap sosial dengan
baik sejajar dengan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dan juga
kemahiran komunikasi.

5.3 Menggalakkan mahasiswa/mahasiswi supaya bergiat secara aktif dalam setiap


program yang dijalankan serta melatih dan mencungkil bakat-bakat baru yang
mempunyai kredibiliti kepimpinan sejajar dengan kemahiran kepimpinan dan
kerja berpasukan.

5.4 Mendedahkan para pelajar kepada strategi pembelajaran yang lebih efektif
dan efisyen seterusnya lebih menyeronokkan.
5.5 Memberi peluang kepada para pelajar membina kemahiran interpersonal dan
komunikasi melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dianjurkan
bersama.
5.6 Melatih mahasiswa Universiti Utara Malaysia dalam berorganisasi dan
berinteraksi dengan pelajar dan masyarakat.
5.7 Mendedahkan para pelajar kepada strategi dan perancangan dalam
menghadapi perubahan corak kehidupan iaitu daripada alam prasekolah
kepada alam universiti.
5.8 Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah dalam kalangan pelajar
serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa/mahasiswi, pelajar sekolah
dan masyarakat sekeliling.

4
6.0 TEMA

“ ILMU PENCETUS KEGEMILANGAN BANGSA ”

7.0 ANJURAN

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia


Mahasiswa Dan Mahasiswi Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia
Cawangan Ipoh, Perak

Dengan Kerjasama :

Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar, Selangor

8.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : 6 – 7 Oktober 2018

9.0 TEMPAT

Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar, Selangor

10.0 PUBLISITI

 Poster dan banner di sekitar kawasan program.


 Laman web Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar, Selangor
 Laman web Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia.

11.0 CADANGAN PERASMI

Nama : YB HJ. MUSLIMIN BIN YAHYA


Jawatan : Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor.

5
12.0 PESERTA

Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Maktab Rendah Sains Mara
Sungai Besar, Selangor serta 30 orang urus setia dan fasilitator yang terdiri daripada
Mahasiswa Dan Mahasiswi Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia Cawangan
Ipoh, Perak.

13.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 KAEDAH PELAKSANAAN/ PENGISIAN PROGRAM

15.1 Program Pendidikan


Bagi membantu kecemerlangan pelajar, beberapa slot ceramah akan
disampaikan oleh penceramah khusus. Pengisian program seperti Latihan
Dalam Kumpulan (LDK) dan Bengkel Kecemerlangan Pendidikan bagi
membantu meningkatkan motivasi, kefahaman dan kemahiran dalam
kalangan peserta / pelajar. Satu ceramah khas program juga akan diadakan
bagi membantu para pelajar dalam persediaan menghadapi kehidupan
mendatang iaitu pendedahan awal tentang kehidupan di Institusi Pengajian
Tinggi.

15.2 Program Keagamaan


Bagi menjayakan program ini, maka satu majlis keagamaan akan diadakan.
Antara pengisiannya ialah Muhasabah Diri, Qiyamullail dan Majlis Tahlil
serta Kesyukuran. Selain itu, akan diadakan slot tazkirah yang akan
membincangkan soal tanggungjawab masyarakat dalam menangani
permasalahan gejala sosial.

6
15.3 Program Pembentukan Sahsiah
Aktiviti-aktiviti berbentuk kumpulan besar dan kecil yang berobjektifkan
untuk menyedarkan pelajar tentang pembentukan sahsiah-sahsiah dan jati
diri yang baik dalam kalangan pelajar.

16.0 BELANJAWAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi :

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia


Mahasiswa Dan Mahasiswi Pengajian Jarak Jauh
Universiti Utara Malaysia Cawangan Ipoh, Perak

Telefon : +604-928 3514


Faks : +604-928 4605

7
18.0 PENUTUP

Kewujudan program yang seumpama ini merupakan langkah awal kepada


pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar, Selangor dalam usaha untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, berdedikasi, berdaya saing, kreatif
serta memiliki daya tahan yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam meneruskan
‘pemerkasaan’ dan ‘pemantapan’ dalam menerajui kepimpinan negara pada masa
hadapan.

Adalah menjadi harapan Mahasiswa Dan Mahasiswi Pengajian Jarak Jauh


Universiti Utara Malaysia agar program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dan
seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang dirancang.

Sokongan dan kerjasama dari pihak Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan
Lanjutan (PACE), UUM bagi meluluskan kertas kerja kami dan memberikan bantuan
dari segi kewangan kepada kami amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih. Semoga program ini akan mendapat limpahan kurnia dan
keberkatan dari Allah S.W.T dan akan berjalan dengan lancar.

8
Disediakan Oleh,

……………………………..
CHE MOHD TARMIZI BIN CHE ABDULLAH (265301)
Pengerusi Projek
Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia
Kampus Cawangan Ipoh, Perak
No. Tel : 019-617 5323

Disemak Oleh,

………………………………
EN. MUHAMMAD IQBAL BIN MOHAMED AZHARI
Pensyarah Pembangunan Kemasyarakatan 1
Semester Julai Sesi 2018-2019 (JJ182)
Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia
Kampus Cawangan Ipoh, Perak
No. Tel : 016-770 9844

Diluluskan Oleh,

……………………………
Prof. Madya Dr. Fairol Bin Hj. Halim, BCK
Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia
No. Tel : +604-928 4641
Faks : +604-928 4605

9
LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI

PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


BAGI GENERASI BELIA/ REMAJA/ GENERASI X ATAU Y
PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PENAUNG : Y.BHG. PROF. DATO’ SRI DR. MOHAMED MUSTAFA BIN ISHAK
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia

Y.BHG. PROF. MADYA DR. FAIROL BIN


PENGARAH :
HAJI HALIM, BCK
Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia

Y.BHG. PROF. MADYA DR. HUSSIN BIN ABDULLAH


PENYELARAS :
Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia

PENASIHAT : EN. MUHAMMAD IQBAL BIN MOHAMED AZHARI


Pensyarah Pembangunan Kemasyarakatan 1 Semester 1 Sesi 2018/2019 (JJ182)
Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia
Kampus Cawangan Ipoh, Perak

PENGERUSI CHE MOHD TARMIZI BIN CHE ABDULLAH (265301)


PROJEK :

NAIB MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMMAD JAMAL (260718)


PENGERUSI :
SETIAUSAHA : ABDUL HAKIM BIN ABDUL RAHIM (260546)

BENDAHARAI : THILAGAWATHI A/P GANESAN (260882)

AJK : 1. ZURIA BINTI ABD RAHIM (250348)

2. SITI NORHIDAYAH BINTI MOHD NOR (265345)

3. NOR FARAHANIN BINTI ABD MANAN (260761)

10
SEKRETARIAT

PROTOKOL CHE MOHD TARMIZI BIN CHE ABDULLAH (265301)


PUBLISITI MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMMAD JAMAL (260718)
PROGRAM & TEKNIKAL ABDUL HAKIM BIN ABDUL RAHIM (260546)
KEBAJIKAN & KEROHANIAN THILAGAWATHI A/P GANESAN (260882)
CENDERAHATI ZURIA BINTI ABD RAHIM (250348)
JAMUAN SITI NORHIDAYAH BINTI MOHD NOR (265345)
JURUACARA NOR FARAHANIN BINTI ABD MANAN (260761)
SENARAI NAMA FASILITATOR
1. ABD BASSET BIN ABD RUSSALAM (265823)
2. ADIFAZLI BIN RADZI PRADAP (265833)
3. AHMAD FITRI BIN MOHAMED NAZIR (265837)
4. AHMAD JOHARI BIN AHMED FAUZI (265839)
5. DHIYAUDDIN BIN HILALUDDIN SABRI (265887)
6. FATIN ADEELA BINTI ABDUL MANAF (265910)
7. HAZLINA BINTI ABDULLAH (265930)
8. MAZLIA BIN MAZLAN (265988)
9. MOHD ALIFF FAISYAL BIN KHALID (266036)
10. MOHD FARHAN BIN JAMION (266049)
11. MOHD JAFRI BIN WAN CHEK (266066)
12. MOHD KHAIRUL REZUAN BIN ZAHARI (266067)
13. MUHAMAD AIZAT BIN KHAIRIL ANUAR (266087)
14. MUHAMMAD DAIM BIN AHMAD SANI (266104)
15. MUHAMMAD FAIZ HASIF BIN ABDUL BASIR (266108)
16. NOR AZLINDA BINTI ISHAK (266166)
17. NOR FADHATUL SHAHIDA KAMARUDDIN (266167)
18. NUR AIN SHAKIRAH BINTI HAMIZAN (266210)
19. NUR FARRAHANA BINTI ZAMZURI (266223)
20. NUR IZZATTY FARHANA BINTI MEDZIUM (266231)
21. NURUL SULIANA BINTI MOHD SUHAIMI (266286)
22. ROSIDA BINTI ABDUL MAJEED (266311)
23. ROSMAWATI BINTI IBRAHIM (266314)
11
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI BELIA/


REMAJA/ GENERASI X ATAU Y
PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MASA PERKARA
6 Oktober 2018

8.00 Pagi Pendaftaran Peserta

8.30 Pagi Sarapan pagi

9.00 pagi Taklimat daripada Pengerusi Program


9.30 pagi Pembahagian Kumpulan
10.00 pagi Sesi pengenalan
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Bengkel 1 (Teknik Menghadapi Peperiksaan)
- Penceramah menerangkan teknik-teknik menghadapi
peperiksaan SPM. (penceramah jemputan MRSM)
1.00 petang Rehat/solat/ makan tengahari

2.30 petang
Latihan Dalam Kumpulan 1

- Membina nama kumpulan, mencipta logo dan berkenalan


dengan ahli kumpulan.
4.00 petang Rehat/kudapan/solat asar
5.00 petang Sukaneka
6.30 petang Rehat/makan petang
7.30 malam Solat maghrib/kuliah maghrib/solat isyak

12
9.00 malam Bengkel 2 ( Motivasi Pelajar )
- Disampaikan oleh penceramah jemputan. Bertujuan
memberikan suntikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah.
(penceramah Unit Akademik UUM)
10.45 malam Minum malam dan rehat.
11.00 malam Tidur.

7 Oktober 2018

5.00 pagi Qiamullail


Tadbir diri dan solat Subuh
7.00 pagi Latihan Fizikal / senamrobik

8.00 pagi Sarapan pagi

8.30 pagi Latihan Dalam Kumpulan 2


- Mengadakan permainan berbentuk santai bagi menguji ingatan
di samping membentuk keterampilan pelajar untuk berani
berhadapan dengan khalayak umum seperti permainan telefon
rosak dan kotak beracun.
10.00 pagi Bengkel 3 ( Tautan Kasih )
- Merupakan bengkel terakhir di mana fasilitator akan berkongsi
pengalaman mereka sepanjang menuntut di UUM serta perjalanan
yang mereka lalui selepas SPM dan akan merangsang mereka
untuk terus melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
- Dikendalikan oleh fasilitator.
12.00 pagi Latihan Dalam Kumpulan 3
Rumusan keseluruhan program

1.00 petang Makan tengahari / Solat Zuhur

2.30 petang Majlis Perasmian Penutupan

13
ATUCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM

MASA PERKARA
7 Oktober 2018

2.30 petang Ketibaan para tetamu


Ketibaan dif-dif kehormat
Ketibaan Perasmi

YB HJ. MUSLIMIN BIN YAHYA


Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor.
Bacaan doa
Ucapan
Y.BHG. ENCIK MOHD. ZAIDI BIN MUSTAFA
Pengetua,
Maktab Rendah Sains Mara, Sungai Besar, Selangor
Y.BHG. PROF. MADYA DR. HUSSIN BIN ABDULLAH
Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia
Ucapan Perasmian Penutupan

YB HJ. MUSLIMIN BIN YAHYA


Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor.
Gimik Perasmian Penutup
Penyampaian Sijil dan Cenderamata
Sesi Bergambar
5.00 petang Jamuan/majlis bersurai

14
LAMPIRAN C

BELANJAWAN PROGRAM
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI GENERASI BELIA/
REMAJA/ GENERASI X ATAU Y
PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM
1. Peruntukan/Sumbangan
Parlimen Sungai Besar 3000.00
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) 1600.00
Tabung Kelab Pelajar 1000.00
Sumbangan Korporat 2000.00
Lain-lain 1000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 8600.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN RM


1. JAMUAN
Jamuan Majlis Perasmian
(VVIP) Jamuan Program (RM10 x 20 orang) 200.00
(Urusetia) Jamuan Program (RM15 x 2 hari x 30 orang) 900.00
(Peserta) (RM15 x 2 hari x 120 orang) 3600.00

2. PUBLISITI 100.00
(RM100 x 1 unit)
Backdrop 100.00
(RM2 x 50 unit)
Buku Program 200.00
(RM100 x 2 unit)
Banner

3. MOTIVASI/CERAMAH/
BENGKEL
(RM300 x 2 orang) 600.00
Penceramah
(fail/pen/kertas/bahan- 700.00
Peralatan program
bahan)

15
HADIAH/CENDERAMATA/
4.
SAGUHATI
(RM100 x 1 orang) 100.00
Perasmi
(RM50 x 12 unit) 600.00
Hamper Peserta

5. PENGURUSAN
(fotostat/print)
Percetakan/Kerja awal (RM1.00 x 120 orang) 100.00
Sijil 1000.00
Pengangkutan (sebuah bas)

6. Runcit 400.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 8600.00

16

Anda mungkin juga menyukai