Anda di halaman 1dari 46

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kolej Vokasional Kemaman ini diadakan adalah
untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, pensyarah dan masyarakat
serta meningkatkan kesedaran tentang konsep dan rentetan sejarah Negara dan perjuangan
pelbagai pihak yang berusaha meraih kebebasan untuk hidup aman dan damai. Di samping itu,
pelbagai pertandingan yang dianjurkan agar dapat mencungkil bakat terpendam pelajar secara
menyeluruh. Seterusnya, pensyarah dapat mengenalpasti potensi pelajar yang mampu
mengharumkan nama baik Kolej Vokasional Kemaman di peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran serta
pengalaman kepada pelajar tahun 2 Diploma Pengurusan Perniagaan dalam menguruskan
sesebuah program. Ilmu tersebut turut boleh digunakan pada alam pekerjaan para pelajar
kelak.

Sambutan ini melibatkan semua pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional Kemaman
serta masyarakat luar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang menarik. Aktiviti yang dilaksanakan
akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada pelajar, pensyarah dan masyarakat luar
sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan
kerjasama dalam kalangan pelajar, pensyarah dan masyarakat. Di samping itu, aktiviti-aktiviti

1
yang diadakan turut dapat mencungkil bakat para pelajar dan sekaligus dapat melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif.

Diharapkan program sebegini dapat diadakan pada setiap tahun bagi menambahkan
ilmu para pelajar, pensyarah dan masyarakat luar berkenaan kemerdekaan yang diperolehi
negara Malaysia pada masa dahulu.

1.2 LATAR BELAKANG

Penyelidikan berkenaan kajian ini bertujuan memberikan pengetahuan dan pengalaman


untuk pelajar Tahun 2 Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional Kemaman (2 DPP)
untuk menjalankan Projek Tahun Akhir (PTA). Kami telah memilih noss “ Office Special Project
Administration ” untuk Projek Tahun Akhir (PTA) kami.

Jabatan Pengurusan Perniagaan telah menganjurkan satu program iaitu Sambutan Hari
Malaysia Peringkat Kolej. Sambutan ini melibatkan semua pelajar Kolej dan juga masyarakat
luar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang menarik.

Selain itu, program yang julung kali diadakan ini memupuk semangat patriotisme dalam
diri kalangan pelajar, pensyarah dan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang
konsep dan rentetan sejarah Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kebebasan untuk hidup aman dan damai. Di samping itu, pelbagai pertandingan telah
dijalankan mencungkil bakat terpendam pelajar dan pensyarah.

Seterusnya, nilai-nilai murni akan dapat diterapkan dalam diri pelajar, pensyarah dan
masyarakat luar seperti semangat cintakan tanah air, berdisiplin, semangat kerjasama yang
teguh, dan banyak lagi.

Dengan terlaksananya program sebegini, para pelajar dapat belajar untuk berinteraksi
dengan masyarakat luar. Program ini diadakan juga untuk mewawarkan kepada orang ramai
akan kewujudan Jabatan Perniagaan di Kolej Vokasional Kemaman. Dengan adanya Jabatan
ini, para pelajar akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya. Program ini
merupakan salah satu usaha pelajar-pelajar tahun akhir Pengurusan Perniagaan bagi
2
mempersiapkan diri ke alam pekerjaan dan untuk meningkatkan daya usaha, kreativiti,
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan juga emosi. Pengalaman yang diperolehi juga
dapat diaplikasikan pada masa hadapan.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan bertujuan bagi melihat tahap pengetahuan pelajar tentang sejarah
negara malaysia. Selain itu juga, pelajar juga tidak mengetahui tentang nilai-nilai murni seperti
cinta akan negara, bekerjasama dan tidak mempunyai sikap berdisiplin yang tinggi.

Para pelajar juga malu untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri meraka.
Dengan adanya program ini, para pelajar dapat mencungkil bakat yang sedia ada melalui
pertandingan yang diadakan seperti nyanyian, lakonan, sajak dan sebagainya lagi. Tambahan
pula, para pelajar masih kurang didedahkan untuk berkomunikasi secara langsung dengan
masyarakat luar.

Selain itu, para pelajar masih tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah
negara dan tidak mengetahui tentang konsep dan rentetan sejarah negara sejak dahulu lagi.
Wajar bagi pelajar untuk membuat kajian yang terperinci mengenai sejarah negara Malaysia
bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka.

Pelaksanaan Program ini turut akan membantu pelajar mengasah keyakinan diri mereka
untuk berdepan dengan masyarakat. Dalam pada itu, program ini akan dapat memberi
pemahaman yang lebih tinggi mengenai sejarah jatuh dan bangun negara kepada pelajar dan
meningkatkan semangat patriostisme dalam diri pelajar.

3
1.4 TUJUAN PROJEK

Melalui penganjuran program ini adalah bertujuan agar pelajar dapat menghayati,
mencintai serta menyayangi negara Malaysia. Selain itu, ia juga untuk memberi pendekatan
berkaitan kepimpinan, disiplin dan juga kemahiran pengurusan kepada pelajar dalam
membentuk ciri-ciri individu yang berjaya pada masa akan datang.

Seterusnya, program ini dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara.
Dengan menyambut Sambutan Hari Malaysia, pelajar, pensyarah dan masyarakat dapat
merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan negara sendiri. Setelah adanya
program sebegini pelajar, pensyarah dan masyarakat luar lebih menghargai dan mengenang
jasa pejuang kemerdekaan negara. Pelajar, penyarah dan masyarakat turut memperolehi,
memahami, menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara
pada suatu masa dahulu. Di samping itu, pelajar juga dapat menerokai ilmu dengan lebih
mendalam dan meningkatkan kesedaran tentang sejarah Negara.

Program ini juga boleh dijadikan sebagai landasan untuk melatih kemahiran insaniah
dalam diri pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta
ketahanan fizikal. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk meningkatkan keyakinan diri
pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan iaitu dengan menyesuaikan diri dengan suasana
berkerja dalam kumpulan dan bergaul dengan masyarakat luar.

1.5 OBJEKTIF PROJEK

1.5.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin, bekerjasama,

mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri pelajar.

1.5.2 Mewujudkan semangat perpaduan, serta menghargai jasa pemimpin.


1.5.3 Melahirkan pelajar kreatif dan inovatif.
1.5.4 Mencungkil bakat para pelajar.

4
1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Program ini perlu diadakan untuk para pelajar, pensyarah dan orang luar mendapatkan
ilmu pengetahuan tentang sejarah negara Malaysia. Selain itu juga, pelajar juga dapat belajar
tentang nilai-nilai murni seperti cinta akan negara, bekerjasama dan mempunyai sikap disiplin
yang tinggi.

Pihak kolej juga akan dapat mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar. Dengan
adanya program ini, para pelajar dapat mencungkil bakat yang sedia ada melalui pertandingan
yang diadakan seperti nyanyian, lakonan, sajak dan sebagainya lagi.

Pelaksanaan Program ini turut akan membantu pelajar mengasah keyakinan diri mereka
untuk berdepan dengan masyarakat. Pelajar juga sekaligus dapat memperbaiki kelemahan
yang ada dalam diri masing-masing dan ilmu yang diperolehi daripada program itu boleh
digunakan ke alam pekerjaan kelak. Dalam pada itu, program ini akan dapat memberi
pemahaman yang lebih tinggi mengenai sejarah jatuh dan bangun negara kepada pelajar dan
meningkatkan semangat patriostisme dalam diri pelajar. Akhir sekali, program ini juga dapat
dijadikan sebagai rujukan untuk program-program akan datang.

1.7 SKOP PROJEK

Kajian ini merupakan kajian untuk pelajar Pengurusan Perniagaan untuk mempraktikkan
subjek yang dipelajari dan mendapatkan pengalaman, pengetahuan untuk diterapkan ke alam
pekerjaan. Penyelidikan ini melibatkan 23 orang pelajar Tahun 2 Diploma Pengurusan
Perniagaan dari Kolej Vokasional Kemaman. Bagi menjayakan program ini, masyarakat
setempat turut terlibat. Program ini akan diadakan pada 18 September 2018, pada hari Selasa
bermula pada jam 8 pagi sehingga 2 petang dan dipantau oleh ahli- ahli jawatankuasa yang
terlibat.

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Di dalam bab 2 ini, penyelidik akan membincangkan dan menyatakan konsep atau model
serta beberapa dapatan kajian yang berkaitan bagi menyokong kajian yang telah dilaksanakan.
Fokus kajian yang akan ditumpukan adalah tentang konsep penghayatan nilai-nilai murni dan
konsep mengenai kerjasama serta keyakinan diri dalam kalangan para pelajar.

Konsep Penghayatan Nilai Murni dari segi definisi, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994)
menjelaskan hayat bermaksud hidup. Menghayati bermaksud mengalami serta merasai (dalam
batin) atau meresap ke dalam jiwa. Penghayatan adalah perihal kepada kata kerja menghayati.
Istilah ini menjelaskan terdapatnya perlakuan tertentu yang dilaksanakan sehingga meninggalkan
kesan kepada jiwa. Ini menunjukkan bahawa sekiranya sesuatu perlakuan dilaksanakan tetapi
tidak meninggalkan kesan kepada jiwa maka perlakuan itu belum dihayati (Azma Mahmood,
2006).

Dari segi konsep, penghayatan ialah pemanduan sikap, kepercayaan, nilai-nilai, pendapat
dan lain-lain ke dalam sahsiah (personaliti) seseorang (Hassan Langgulung, 1987). Ia merupakan
satu bentuk pengukuran di mana penghayatan nilai atau kepercayaan merupakan pengaruh
sosial yang paling kekal dan paling berakar. Ini adalah kerana motivasi untuk menghayati nilai
atau kepercayaan tertentu tertanam di dalam diri seseorang dan berkait dengan keinginan untuk
memperolehi kebenaran (Hassan Langgulung, 1987). Manakala Nik Azis Nik Pa (2007)
menjelaskan penghayatan merujuk kepada aspek menjadikan sesuatu perkara sebagai amalan
seharian atau satu tabiat. Sementara itu, Young (1995) menjelaskan penghayatan nilai
diperhatikan apabila kelakuan yang diterima digenerasikan dari faktor intrinsik dan bukan dari
faktor akibat-akibat luar.

6
Penghayatan adalah salah satu proses jenis pembelajaran (Hassan Langgulung,1987)
iaitu pembelajaran dalam konteks sosial, di mana manusia atau perkara-perkara tertentu menjadi
perangsang bagi seseorang untuk mengamalkan atau menghayati nilai-nilai tertentu (Hassan
Langgulung, 1987). Fungsi utama pendidikan pada zaman dahulu ialah pemindahan nilai-nilai
dari generasi tua ke generasi muda agar identiti suatu masyarakat terpelihara (Hassan
Langgulung, 1987). Oleh itu fungsi pendidikan pada zaman sekarang juga ialah bertujuan
pemindahan nilai-nilai. Yang berbeza hanyalah kaedah dan teknologi pemindahan itu yang
berbeza, dimana sekarang penggunaan komputer dan media massa nilai-nilai dipindahkan
secara besar-besaran (Hassan Langgulung, 1987).

Aspek penghayatan nilai murni merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan


kewarganegaraan (Nik Azis Nik Pa, 1994). Penghayatan nilai-nilai murni merupakan satu faktor
utama yang boleh memastikan pembentukan kesefahaman dan kesepaduan dalam mentafsirkan
dan merealisasikan wawasan 2020 (Nik Azis Nik Pa, 1994).

Menurut Nik Azis Nik Pa (1994) penghayatan nilai-nilai murni menjadi faktor utama kerana
kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian yang berkekalan, tetapi sebaliknya banyak membawa keburukan dan kezaliman.
Malah penghayatan nilai-nilai murni merupakan faktor penghalang dalaman untuk tidak
menyalahgunakan kepintaran, kemahiran, kedudukan atau kekayaan yang dimiliki (Nik Azis Nik
Pa, 1994). Penghayatan nilai-nilai murni boleh menjadi benteng kepada amalan-amalan buruk
seperti penyelewengan, kejahilan, kecuaian dan kezaliman (Nik Azis Nik Pa, 1994). Nik Azis Nik
Pa (2007) turut menjelaskan faktor penghayatan ilmu dan amal yang rendah menyebabkan jurang
antara mengetahui dan mengamalkan.

Penghayatan adalah bersangkutan dengan tindakan menjiwai ilmu dan iman sehingga
diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan tingkah laku (Nik Azis Nik Pa, 2007). Maka
penghayatan daripada sudut akhlak atau nilai murni menuntut seseorang itu memahami dan
mengamalkan banyak daripada akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang baik (Yakan, 1985). Antara
akhlak mulia dan nilai murni yang baik yang dianjurkan untuk dihayati oleh insan ialah malu,
bersangka baik, benar, sabar, menjaga pandangan dan lidah dan sebagainya.
7
Mansor Abd. Kadir (1997) menjelaskan bahawa penghayatan akhlak dan nilai murni boleh
digambarkan melalui tingkah laku, pemikiran, pengucapan dan perwatakan yang dilahirkan dari
hati nurani seseorang. Sementara itu, Jamiah et al. (2004) menjelaskan bahawa terdapat
beberapa prinsip yang perlu ada dalam mengukur penghayatan keagamaan (religiosity)
seseorang. Prinsip-prinsip tersebut ialah penilaian tersebut adalah (a) berasaskan aspek zahir
sahaja, (b) pengukuran boleh dibuat namun pengukuran sebenar yang paling tepat adalah hak di
sisi Allah, (c) pengukuran penghayatan keagamaan adalah berasaskan kepada manifestasi iman,
Islam dan ihsan.

Penghayatan nilai boleh dididik melalui disiplin, pengajaran, contoh atau model,
pengukuhan sosial dengan tingkah laku yang sesuai dan persekitaran yang sesuai yang boleh
membentuk tingkah laku (Grusec dan Goodnow, 1994 dalam Young, 1995). Pelajar perlu
digalakkan mencontohi dan mengamalkan nilai-nilai yang baik sebagai satu penghayatan
keterampilan diri dan kualiti warganegara yang baik serta prihatin terhadap soal-soal kehidupan
dan pembinaan diri (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001).

Keyakinan diri adalah salah satu elemen personaliti yang memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia. Ramai pakar mengakui bahawa keyakinan diri merupakan faktor
penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Ramai tokoh yang hebat dapat mencapai
kejayaan dalam kehidupan kerana mereka mempunyai watak yang disebut keyakinan diri.

Seperti yang diungkapkan oleh Spencer (1993) bahawa keyakinan diri atau keyakinan diri
adalah model umum yang dimiliki oleh para pemain yang unggul. Sementara Surya (2009)
menyatakan bahawa keyakinan diri merupakan bahagian penting dalam perkembangan
keperibadian seseorang, sebagai penentu atau penggerak bagaimana seseorang berperilaku .

Seperti yang dikatakan oleh Afiatin (1998) bahawa keyakinan diri berkembang melalui
interaksi individu dengan alam sekitar. Persekitaran psikologi dan sosiologi yang kondusif akan
memupuk dan meningkatkan keyakinan diri seseorang.

8
Begitu juga, didedahkan oleh Surya (2009) yang menyatakan bahawa perkembangan
keyakinan sangat bergantung pada kematangan pengalaman dan pengetahuan seseorang. Oleh
itu, untuk menjadi seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang kuat memerlukan proses dan
suasana yang menyokong.

Selain itu, menurut Hurlock (2000) beliau mengatakan seseorang remaja sedang melalui
perubahan psikologi seperti emosi yang mudah tersinggung dan mudah berubah. Perubahan ini
akan membuatkan remaja menjadi tidak puas hati dengan dirinya dan keadaan begitu biasanya
membuatkan hilangnya keyakinan diri seseorang.

Disamping itu, menurut Yusuf dan Nurihsan (2005) menyatakan salah satu masalah yang
dihadapi oleh seseorang remaja ialah perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri. Kurang
keyakinan diri ini akan menimbulkan beberapa perkara seperti tidak dapat menerima kritikan dan
nasihat orang lain, suka mengkritik atau mencela orang lain, dan seseorang itu juga akan selalu
menyendiri , menjadi seorang yang pemalu dan takut.

Menurut Lie, sesorang yang percaya akan diri akan dapat menyelesaikan tugas atau
pekerjaan yang sesuai dengan tahap perkembangan dengan baik, merasa diri berharga,
mempunyai keberanian dalam diri, dan kemampuan untuk meningkatkan prestasi,
mempertimbangkan pelbagai pilihan, serta dapat membuat keputusan sendiri merupakan
perilaku yang mencerminkan percaya diri.

Menurut Lauster (2002:4) kepercayaan diri merupakan suatu sikap atau keyakinan
atas kemampuan diri sendiri sehingga dalam segala tindakannya dilakukan tidak terlalu cemas ,
merasa bebas untuk melakukan hal-hal yang sesuai keinginan dan tanggungjawab atas
perbuatannya, sopan dalam berinteraksi dengan orang lain, memiliki dorongan prestasi serta
dapat mengenal kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Lauster menggambarkan bahawa orang
yang mempunyai kepercayaan diri memiliki ciri-ciri tidak mementingkan diri sendiri (toleransi),
tidak memerlukan dorongan orang lain, optimis dan gembira.

9
Menurut Rahmat (2000:109) kepercayaan diri dapat didefinisikan sebagai suatu
kepercayaan diri sendiri yang dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupannya serta bagaimana
orang tersebut memandang dirinya secara utuh dengan mengacu kepada konsep diri.

Menurut pendapat Angelis (2003:10) Percaya diri bermula dari tekad pada diri sendiri,
untuk melakukan segalanya yang kita inginkan dan perlukan dalam hidup. Percaya diri terbina
dari keyakinan diri sendiri, sehingga kita mampu menghadapi segala rintangan hidup apapun
dengan berbuat sesuatu

Menurut Seojono Soekamto (1987:278) dalam Anjawaningsih (2006) menerangkan


bahawa kerjasama merupakan “Suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama iaitu lebih
dari satu orang. Kerjasama ada dalam bentuk, namun semua kegiatan yang dilakukan adalah
untuk mewujudkan tujuan bersama. “Sesuai dengan kegiatannya, maka kegiatan yang wujud
ditentukan oleh suatu pola yang disepakati secara bersama-sama. Misalnya kerjasama dari
bidang pendidikan, kerjasama ini tentunya dilakukan oleh orang-orang yang berada dalam
lingkungan pendidikan yang mana memiliki pandangan dan tujuan yang sama.

Menurut Ahcmad S. Ruky, kelompok adalah sejumlah orang yang telah berhubungan
antara satu sama lain secara psikologi dan sedar akan kehadiran orang lain yang menganggap
diri mereka adalah satu kumpulan

Menurut Zainudin (2009), kerjasama merupakan kepedulian satu orang atau satu pihak
dengan orang atau pihak lain dalam suatu kegiatan yang menguntungkan semua pihak dengan
prinsip saling percaya dan menghargai. Maknanya, kerjasama dalam hal ini adalah kerjasama
dalam konteks organisasi, iaitu kerja organisasi untuk mencapai tujuan organisasi (seluruh
organisasi)

10
Menurut Hormans (1950) mengatakan bahawa kelompok adalah sejumlah individu
berkomunikasi antara satu sama lain dalam jangka waktu tertentu yang jumlahnya tidak banyak
sehingga setiap orang dapat berkomunikasi dengan semua ahli yang lain secara langsung.

Menurut Muzafer, kelompok adalah kesatuan yang terdiri daripada dua atau lebih individu
yang telah mengadakan interaksi yang cukup intensif dan teratur, sehingga di antara individu itu
sudah terdapat pembahagian tugas,struktur dan norma-norma tertentu.

11
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan metodologi yang menerangkan mengenai kaedah atau teknik
yang digunakan sepanjang kajian yang berkaitan dengan objektif dan skop kajian yang telah
ditetapkan. Metodologi kajian adalah merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,
mengumpul data dan menganalisiskan data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi juga adalah menerangkan cara sesuatu masalah yang
dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk
membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian
kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Metodologi juga didefinisikan berkaitan
kajian dengan lebih ringkas sebagai sesuatu pencarian yang sistematik terhadap maklumat
serta suatu proses penyelidikan. Kaedah ini juga adalah satu proses mengemukakan satu
senarai semak atau maklum balas yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji berkaitan
perlaksanaan reka bentuk kajian eksperimen.

Bagi mencapai kajian yang telah dijalankan, beberapa kaedah telah digunakan.
Dengan kaedah ini, kajian yang dijalankan akan lebih teratur serta selari dengan matlamat dan
objektif kajian. Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah dengan
menegtahui kaedah bagi pelaksanaan kajian tersebut. Untuk menyiapkan dan menjayakan
12
kajian ini, segala langkah perlu dibuat secara berperingkat supaya perjalanan projek dapat
disiapkan dengan lancar.

3.2 PEMILIHAN TAJUK

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum memulakan
kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dicari perlulah bersesuaian dengan
taraf diploma kerana ianya merupakan salah satu projek akhir sepanjang pengajian dalam
Kursus Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional Kemaman. Bagi membuat pemilihan tajuk,
tajuk haruslah sesuai dengan masalah yang dihadapi bagi memperkukuhkan lagi masalah
tersebut.

Setelah membuat keputusan, bercadang untuk membuat satu program berkaitan hari
Malaysia dan memberi tajuk iaitu “ Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kolej Vokasional
Kemaman “. Penyelia projek bersetuju dengan tajuk dan program tersebut.

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, bercadang untuk mengadakan Pameran


daripada pihak berkaitan. Antaranya dari pihak Jabatan Kesihatan, Polis, Bank Rakyat, dan
Bank Islam. Selain itu, bercadang juga untuk menjemput pihak A & W bagi menganjurkan
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan di
senaraikan didalam program tersebut. Antara aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan
adalah seperti berikut :

PERTANDINGAN SAJAK & NYANYIAN

BIL. NAMA PERTANDINGAN SASARAN KUANTITI PEMAIN


1. Pertandingan Nyanyian Pelajar 1-3

2. Pertandingan Sajak Pelajar 1-3


3. Pertandingan nyanyian Pensyarah 1-3

4. Pertandingan sajak Pensyarah 1-3


5. Pertandingan Mewarna Pelajar tadika 50
6. Pertandingan Melukis Pelajar 10
JADUAL 1
13
SENARAI PERMAINAN

NAMA KUANTITI
BIL. CARA BERMAIN
PERMAINAN PEMAIN
Pemain perlu mengasingkan rempah ratus
1. Musang tersebut mengikut bekas nama yang betul. 50
Berjanggut
Masa diberikan adalah 2 minit.

Dimanakah Pemain perlu meneka negeri manakah di


2. 50
saya berada ? dalam peta Malaysia tersebut.
Pemain perlu bermain batu seremban

Batu sehingga ke pusingan 5. Batu seremban tidak


3. 50
Seremban boleh jatuh, sekiranya jatuh, pemain dikira
gagal.

Rukun Pemain perlu mengisi kertas rukun Negara


4. 50
Negara dengan jawpan yang betul.
Pemain perlu menyusun gelas menjadi
5. Susun Gelas 50
pyramid. Masa diberikan adalah 1 minit.

Teka Wajah Pemain perlu meneka wajah pemimpin


6. 50
Siapakah Ini? dengan jawatan yang betul.

Teka Jumlah Pemain perlu meneka jumlah coklat yang ada


7. Coklat Dalam di dalam dalang tersebut. jumlah yang tepat 50
Balang? atau berhampiran akan dikira pemenang
JADUAL 2

Selain itu, kami juga membincangkan tentang anggaran perbelanjaan bagi projek
tersebut. Kami dapati, perbelanjaan untuk melaksanakan pgram tersebut adalah besar. Kami
juga meminta sedikit sumbangan daripada beberapa pihak. Antara pihak yang kami minta
adalah daripada Unit Pengurusan Perniagaan, Pusat Sumber Kolej, Kelab Kebudayaan Kolej,
dan PIBG Kolej. Berikut adalah anggaran perbelanjaan projek kami :

14
SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. PIBG RM 600

2. UNIT PENGURUSAN PERNIAGAAN RM 200

3. KOPERASI KVK RM 195

4. PANITIA BAHASA MELAYU RM 100

5. UNIT PUSAT SUMBER RM 300

6. GERAI JUALAN {10 x RM15 ) RM 150

7. FOODTRUCK RM 20

JUMLAH RM 1565

JADUAL 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

BANNER

1.  6” x 3” 1 RM 40

 5” x 3” 1 RM 50

BANTING
2.
 2” x 4” 1 RM 15

HADIAH
3.

i. CABUTAN BERTUAH 100 RM 200

ii. SIJIL PENYERTAAN 1 pack RM 40

15
iii. PERTANDINGAN

 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 10 RM 250

 Pertandingan Deklamasi Sajak


patriotism ( Pelajar ) 3 RM 100

 Pertandingan Deklamasi Sajak


patriotism ( Pensyarah ) 3 RM 100

 Pertandingan Melukis 3 RM 100

iv. PERMAINAN

 Musang Berjanggut

 Dimanakah saya berada ?

 Batu Seremban
RM 100
50
 Rukun Negara

 Susun Gelas

 Teka Wajah Siapakah Ini?

 Teka Jumlah Coklat Dalam Balang? 1 RM 20

MAKANAN & MINUMAN AJK


4.

 Pagi 50 RM 100

 Tengahari 150 RM 150

5. PERALATAN

 Belon
10 Paket RM 20
- Merah & Putih

 Rempah 5 jenis RM 5

 Gelas Kertas 1 RM 5

 Coklat Bola 2 RM 5

16
 Plastik Hamper 1 gulung RM 10

 Reben 2 paket RM 10

 Pita Pelekat & cop 3 paket RM 10

 Cat dan berus 4 RM 50

 Bendera secukupnya RM 90

 Plastik goodies 1 pack RM 10

 Plastik sampah 1 pack RM 2

6. BELANJA LUAR JANGKA RM 83

JUMLAH RM 1565

JADUAL 4

3.3 MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

Kami telah membuat pemilihan tajuk bagi Projek Tahun Akhir kami dan kami bersetuju
akan mengadakan satu program iaitu “ Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kolej Vokasional
Kemaman “. Kami memulakan menyiapkan kertas kerja berdasarkan rangka yang telah kami
buat. Kami memasukkan maklumat yang diperlukan seperti objektif projek, pernyataan
masalah, tujuan projek, skop projek dan lain-lain lagi.

3.4 MENDAPATKAN KELULUSAN KOLEJ

Kertas kerja projek telah disiapkan, kami berjumpa guru penyelia projek untuk penyelia
membuat semakan terlebih dahulu. Setelah penyelia projek menyemak kertas kerja tersebut
dan tiada sebarang kesalahan, kami berjumpa dengan Pengarah Kolej iaitu Tuan Abdullah Bin
Abdul Rahman bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak kolej untuk melaksanakan Projek
Tahun Akhir kami ini. Sedikit penerangan berkaitan program tersebut diterangkan secara
terperinci serta mengemukakan surat kelulusan program dan kertas kerja. Setelah Tuan
17
Pengarah menyemak kertas kerja kami, Beliau memberikan keputusan kepada kami. Tuan
Pengarah telah meluluskan promohonan kami bagi melaksanakan Projek Tahun Akhir kami dan
menandatangani surat tersebut.

Selain itu, kami berjumpa pensyarah Pn Kazimah bagi mendapatkan kebenaran untuk
menggunakan dewan. Kami juga berjumpa dengan Pn Noorazina bagi mendapatkan kebenaran
untuk menggunakan perpustakan bagi aktiviti mewarna. Berikut adalah surat surat permohonan
menggunakan dewan dan perpustakaan :

GAMBAR RAJAH 1 : GAMBAR RAJAH 2 :


SURAT PERMOHONAN DEWAN SURAT PERMOHONAN PERPUSTAKAAN

3.5 MENGADAKAN MESYUARAT

Kami telah mengadakan perjumpaan kali ke-2 bersama guru penyelia projek kami
serta rakan sekelas kami. Tujuan kami mengadakan perjumpaan tersebut adalah untuk
menerangkan secara terperinci tentang program yang akan dilaksanakan. Kami juga telah
membahagikan Ahli JawatanKuasa kepada rakan sekelas kami. Senarai Ajk adalah seperi
berikut :

18
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENYELIA Encik Mohd Hafizuddin Bin Yaa’far

KETUA PROJEK Salsabila Fauzee

SETIAUSAHA Siti Nurul Ayunie Bt Abd Lahli

BENDAHARI Nur Zati Hanani Bt Rosli

TUGAS NAMA SKOP TUGAS

i. Menyediakan segala keperluan


untuk membuat liputan
Muhammad Al-Hadi Bin ii. Membuat liputan sepanjang
PA Sistem
Azman majlis.
iii. Menyediakan dan mengawasi
peralatan PA system.
i. Menyediakan hadiah dan
cenderamata kepada peserta
Nurul Eqma Fadila Bt Che pertandingan dan peserta
Zakari persembahan
ii. Menyediakan dan menguruskan
AJK Hadiah sijil-sijil bagi peserta-peserta
iii. Mengawas kesempurnaan
hadiah dan cenderamata.
iv. Memastikan sesi penyampaian
Nurul Atikah Bt Rosdi
hadiah dan cenderamata
berjalan dengan lancar.

Nurul Najwa Syuhada Bt i. Memastikan tapak pameran dan


Abu Bakar jualan dalam keadaan yang baik
ii. Melabel tempat pameran
AJK Gerai iii. Memastikan bahan dan
Nur Farhana Idayu Bt
dan Pameran peralatan mencukupi sepanjang
Faizul
program berlangsung.
Siti Nur Alia Bt Ahmad

Wan Nuradriana Syafiqah i. Menyediakan tempat


Bt Wan Mustafa persembahan /pentas.
Memastikan kehadiran peserta-
AJK Siti Nur Farhana bt Abdul peserta
Persembahan Halin ii. Memberi penerangan yang jelas
kepada para peserta.
Nurul Suhailah Bt Hashim iii. Menguruskan keperluan peserta

19
i. Memastikan jumlah makanan
Nor Farhanah Bt Rusle
peserta untuk peserta.
ii. Memastikan menu dan waktu
AJK Makanan Qhairatul Syaimaa Bt Aizan makan yang tetap.
iii. Menempah makanan
iv. Menyediakan tempat makan.
Nur Fatihah Bt Hasmadi v. Membahagikan makanan

i. Merakam dan merekod segala


Nurul Syahira Bt Yahya aktiviti yang berlangsung
AJK sepanjang program
Dokumentasi ii. Membuat laporan / dokumentasi
Noorishya Bt Razal setelah program berakhir

i. Memastikan proses
pembuangan sisa sampah
dalam keadaan yang terkawal.
ii. Menyediakan peralatan yang
AJK
Semua pelajar lengkap.
Kebersihan
iii. Memastikan kerja pembersihan
di luar dan di dalam dewan
berada dalam keadaan yang
memuaskan.
i. Memastikan peralatan
Siti Nur Maisarah Bt Aswadi permainan mencukupi.
AJK ii. Menjaga dan memastikan tapak
Permainan permainan sentiasa bersih
iii. Mengawasi pembahagian
Nur Azwani Bt Ismail
hadiah peserta.
i. Menyenaraikan segala peralatan
yang perlu dibawa
Nur Iffah Bt Shaharuddin ii. Menyediakan peralatan yang
AJK perlu dibawa.
Peralatan iii. Memastikan peralatan sentiasa
mencukupi
Nur Shuhairah Bt Ibrahim iv. Memastikan peralatan selamat
untuk digunakan
JADUAL 5

20
3.6 MENGEDARKAN SURAT MAKLUMAN PROGRAM

Bagi melancar program tersebut, kami merancang untuk mengadakan pameran. Kami
telah menghantar surat permohonan kepada pihak yang terlibat. Selain itu, kami juga
menghantar surat permohonan sumbangan kepada Unit Pengurusan Perniagaan, Pusat
Sumber Kolej, Kelab Kebudayaan Kolej, dan PIBG Kolej.

GAMBAR RAJAH 3 : SURAT SUMBANGAN PIBG

21
GAMBAR RAJAH 4 : GAMBAR RAJAH 5 :
SURAT PAMERAN JABATAN KESIHATAN SURAT PAMERAN BANK ISLAM

GAMBAR RAJAH 6 : GAMBAR RAJAH 7 :


SURAT PAMERAN POLIS SURAT PAMERAN BANK RAKYAT

22
3.7 MENYEDIAKAN PERALATAN DAN KEPERLUAN

Kami telah berbincang bersama guru penyelia projek kami berkaitan peralatan dan
keperluan yang diperlukan untuk melaksanakan program tersebut. Antara yang diperlukan
adalah seperti berikut :

SENARAI BARANG DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN :

i.Mikrofon
ii.Speaker
iii.Skrin putih
iv.LCD projector
v.Laptop
vi.Meja
vii.Kerusi
viii.Karpet merah
ix.Bendera
x.Gelas cawan
xi.Pensil warna
xii.Pensil kayu
xiii.Pemadam
xiv.Gunting
xv.Stapler
xvi.Kertas lukisan
xvii.Kertas mewarna
xviii.Bekas polisterin
xix.Pita pelekat
xx.Tali riben
xxi.Plastik hamper
xxii.Plastik goodies
xxiii.Balang
xxiv.Coklat
xxv.Rempah ratus
xxvi.Hamper
xxvii.Hadiah
23
xxviii.Tali kecemasan
xxix.Banner
xxx.Bunting
xxxi.Sijil
xxxii.Tupperware

3.8 MEMBUAT PERSIAPAN TEMPAT

Bagi menjalankan Projek Tahun Akhir kami, kami mengunakan beberapa tempat untuk
aktiviti-aktiviti yang kami rancang. Antara tempat yang kami gunakan adalah di Dewan Al-
Khawarizmi bagi pertandingan sajak dan nyanyian, garaj kereta pensyarah bagi gerai jualan,
pameran dan permainan, dan di perpustakaan adalah untuk pertandingan mewarna. Kami telah
mengagihkan kerja kepada Ajk kami untuk membuat persiapan tempat. Mereka perlu
memeriksa dan menyediakan peralatan yang diperlukan.

3.9 PELAKSANAAN PROGRAM

MASA PERKARA LOKASI TINDAKAN

8.30 a.m.
Muhammad Al
–  Bacaan doa
Hadi bin Azman
8.35 a.m.
8.35 a.m.
 Gimik
– Pelajar Aspura
 Nyanyian Lagu
8.50 a.m.
8.50 a.m.  Ucapan pengarah dan Encik Abdullah
– perasmian program dari tuan Dewan Al - bin Abdul
9.20 a.m. Khawarizmi Rahman
pengarah
 Pertandingan nyanyian lagu
patriotik
* Wakil Setiap Bengkel
Semua pensyarah
9.30 a.m  Pertandingan deklamasi sajak dan pelajar Kolej
– Vokasional
patriotisme
1.30 p.m. Kemaman
*Wakil Setiap bengkel
*Terbuka kepada Pensyarah

 Pertandingan melukis

24
*penyertaan terbuka

 Mini games
- Musang berjanggut
- Dimanakah saya
berada ?
- Batu seremban
- Rukun Negara
- Susun gelas
- Teka wajah siapakah Garaj
ini? kereta
- Teka jumlah coklat pensyarah
dalam balang?

 Pameran hari Malaysia

 Gerai-gerai jualan

 Foodtruck

 Cabutan bertuah

2.30 p.m. Majlis bersurai


JADUAL 6

3.10 MENYEDIAKAN BORANG MAKLUMBALAS

Kami telah menyediakan borang maklumbalas kepada responden/pelajar. Untuk


mendapatkan data dan maklumat bagi memenuhi segala tujuan program ini, borang maklum
balas ini akan diedarkan secara rawak kepada pelajar kolej selepas daripada program
berlangsung. Kami telah menyediakan 10 soalan maklumbalas kepada para pelajar dimana
setiap penyataan perlu ditanda (YA) atau (TIDAK).

Selain itu, Daripada borang maklum balas ini juga, para pelajar dapat menerima
objektif program ini dijalankan. Antara soalan yang dikemukakan di dalam borang tersebut
adalah berdasarkan objektif dan harapan selepas program berlangsung.

25
GAMBAR RAJAH 8 : BORANG MAKLUM BALAS

26
3.11 CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROGRAM

MULA

MENGADAKAN MESYUARAT

MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

GAGAL

MENDAPATKAN
KELULUSAN KOLEJ
VOKASIOANAL KEMAMAN

LULUS
MENGADAKAN MESYUARAT KALI KE-2

MENGEDAR SURAT MAKLUMAN PROGRAM

MENYEDIAKAN PERALATAN DAN KEPERLUAN

MEMBUAT PERSIAPAN TEMPAT

PELAKSANAAN PROGRAM

PENGUMPULAN MAKLUMBALAS

MENYEDIAKAN LAPORAN PROJEK KEPADA PIHAK


PENTADBIR

PEMBENTANGAN LAPORAN

MENYEDIAKAN LAPORAN

CARTA 1 :
PROSES PELAKSANAAN PROGRAM TAMAT

27
CARTA GAMYY

28
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Bab 4 ini membincangkan tentang dapatan dan analisis yang diperoleh melalui daripada
kaedah maklum balas yang diedarkan kepada pelajar Kolej Vokasional Kemaman. Kaedah
maklum balas yang dilakukan ini adalah berdasarkan kepada keperluan dan keberkesanan
program.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan nilai-nilai murni dalam diri pelajar,
pengetahuan tentang patriotisme, sikap kerjasama dan keyakinan diri pelajar 2 Diploma
Pengurusan Perniagaan tentang pengurusan sesebuah program. Data yang telah diperolehi
adalah hasil daripada borang maklum balas yang telah dikemukakan dan diedar kepada para
pelajar Kolej Vokasional Kemaman di dalam bab ini. Keputusan yang telah diambil adalah
berdasarkan pentafsiran ke atas pemprosesan data yang telah diperolehi. Seramai 50 orang
responden/pelajar yang telah memberikan kerjasama dalam menjawap borang maklum balas
yang telah diedarkan.

Untuk mendapatkan data dan maklumat bagi memenuhi segala tujuan program ini,
borang maklum balas ini telah diedarkan secara rawak kepada pelajar kolej selepas daripada
program berlangsung. Kami telah menyediakan 10 soalan maklum balas kepada para pelajar
dimana setiap penyataan perlu ditanda (YA) atau (TIDAK).

Selain itu , kami telah memperolehi maklumat dan pandangan daripada pelajar yang
menyertai dan menjawab borang maklum balas program yang telah dijalankan. Daripada
29
borang maklum balas ini juga, para pelajar dapat menerima objektif program ini dijalankan.
Antara soalan yang dikemukakan di dalam borang tersebut adalah berdasarkan objektif dan
harapan selepas program berlangsung.

4.2 PROFIL RESPONDEN MENGIKUT JANTINA DAN PERINGKAT UMUR

Jadual 4.2.1 menunjukkan dapatan analisis maklum balas yang menunjukkan kekerapan
dan peratusan maklumat mengikut profil responden. Responden terdiri daripada 25 orang
pelajar 1 Diploma dan 25 orang pelajar 2 Diploma Kolej Vokasional Kemaman yang terlibat
semasa program berlangsung.

CIRI-CIRI DEMOGRAFI KEKERAPAN PERATUSAN


Jantina :
Lelaki 25 50%
Perempuan 25 50%
JUMLAH 50 100%
Peringkat Umur :
18 Tahun 25 50%
19 Tahun 25 50%
JUMLAH 50 100%

Jadual 7 : Profil Responden Mengikut Jantina Dan Peringkat Umur

30
Carta 4.2.2 dan 4.2.3 Menunjukkan pecahan responden mengikut peringkat jantina dan umur.

LELAKI PEREMPUAN

50% 50%

Carta 2 : Peratusan Responden Lelaki dan Perempuan

18 Tahun 19 Tahun

50% 50%

Carta 3 : Peratusan Responden Mengikut Peringkat Umur

31
4.3 HASIL KIRAAN DARIPADA BORANG MAKLUM BALAS

BIL . SOALAN YA TIDAK JUMLAH


Soalan 1 20 30 50
Soalan 2 18 32 50
Soalan 3 35 15 50
Soalan 4 45 5 50
Soalan 5 48 2 50
Soalan 6 47 3 50
Soalan 7 45 5 50
Soalan 8 40 10 50
Soalan 9 48 2 50
Soalan 10 50 0 50
JUMLAH KESELURUHAN 391 109 500
Jadual 8 Menunjukkan Jumlah Jawapan Yang Diberi Oleh Responden

BIL . SOALAN YA TIDAK JUMLAH


Soalan 1 40% 60% 100%
Soalan 2 36% 64% 100%
Soalan 3 70% 30% 100%
Soalan 4 90% 10% 100%
Soalan 5 96% 4% 100%
Soalan 6 94% 6% 100%
Soalan 7 90% 10% 100%
Soalan 8 80% 20% 100%
Soalan 9 94% 4% 100%
Soalan 10 100% 0% 100%
Jadual 9 Menunjukkan Jumlah Peratusan Jawapan Yang Telah Ditukar

32
4.4 HASIL ANALISA JAWAPAN MAKLUM BALAS

“Masa program berjalan mengikut tentatif yang telah ditetapkan?”

SOALAN 1

40%
YA
TIDAK
60%

CARTA 4 : SOALAN 1

Berdasarkan soalan “Masa program berjalan mengikut tentatif yang telah ditetapkan?” daripada
analisa borang maklum balas dari soalan 1, kami mendapati sebanyak 60% daripada
responden tidak bersetuju bahawa masa program yang dijalankan mengikut tentative. Manakala
40% bersetuju bahawa program yang dijalankan mengikut tentatif. Hal ini menunjukkan bahawa
program yang dijalankan kurang mengikut tentatif yang ditetapkan.

33
“Waktu pelaksanaan program tepat pada waktunya?”

SOALAN 2

36%
YA
TIDAK
64%

CARTA 5 : SOALAN 2

Berdasarkan soalan “waktu pelaksaan program tepat pada waktunya?” daripada analisa borang
maklum balas dari soalan 2, kami mendapati sebanyak 64% daripada responden tidak
bersetuju bahawa masa program yang dijalankan mengikut tentatif. Manakala 36% bersetuju
bahawa program yang dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan . Hal ini menunjukkan
bahawa waktu program yang dijalankan kurang mengikut sesuai mengikut yang ditetapkan.

34
“Pelajar lebih mencintakan malaysia?”

SOALAN 3

30%

YA
TIDAK

70%

CARTA 6 : SOALAN 3

Berdasarkan soalan “pelajar lebih cintakan negara?” daripada analisa borang maklum balas
dari soalan 3, kami mendapati sebanyak 70% daripada responden bersetuju bahawa dengan
adanya program ini pelajar lebih cintakan negara. Manakala 30% didapati tidak bersetuju. Hal
ini telah menunjukkan bahawa adanya program seperti ini dapat membuatkan pelajar lebih
cintakan negara.

35
“Pelajar dapat mengetahui tentang sejarah Malaysia?”

SOALAN 4

10%

YA
TIDAK

90%

CARTA 7: SOALAN 4

Berdasarkan soalan “pelajar dapat mengetahui tentang sejarah malaysia?” daripada analisa
borang maklum balas dari soalan 4, kami mendapati sebanyak 90% daripada responden
bersetuju bahawa program yang dijalankan ini para pelajar mengetahui tentang sejarah
malaysia. Manakala 10% tidak bersetuju bahawa program yang dapat membuat pelajar
mengetahui sejarah . Hal ini menunjukkan bahawa program sambutan hari Malaysia ini , pelajar
dapat mengetahu tentang sejarah Malaysia lebih mendalam

36
“Program dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar?”

SOALAN 5

4%

YA
TIDAK

96%

CARTA 8: SOALAN 5

Berdasarkan soalan “program dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar?” daripada
analisa borang maklum balas dari soalan 5, kami mendapati sebanyak 96% daripada
responden sangat bersetuju bahawa nilai-nilai murni dapat diterapkan melaui program sebegini.
Manakala 4% sahaja tidak bersetuju tentang penerapan nilai-nilai murni . Hal ini menunjukkan
bahawa para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

37
“Pelajar mendapat maklumat tentang pemimpin negara ?”

SOALAN 6

6%

YA
TIDAK

94%

CARTA 9 : SOALAN 6

Berdasarkan soalan “pelajar mendapat maklumat tentang pemimpin negara?” daripada analisa
borang maklum balas dari soalan 6, kami mendapati sebanyak 94% daripada responden
bersetuju bahawa pelajar dapat mengetahui tentang pemimpin-pemimpin negara. Manakala 6%
tidak bersetuju dengannya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar dapat mengenali dan
mengetahui tentang pemimpin – pemimpin negara melalui permainan teka wajah siapakah ini
dalam aktiviti mini game .

38
“Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar melalui berkomunikasi?”

SOALAN 7

10%

YA
TIDAK

90%

CARTA 10 : SOALAN 7

Berdasarkan soalan “Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar melalui berkomunikasi?”


daripada analisa borang maklum balas dari soalan 7, kami mendapati sebanyak 90% daripada
responden bersetuju dengan program ini para pelajar dapat berkomunikasi. Manakala 10%
kurang bersetuju bahawa program dapat meningkatkan tahap komunikasi pelajar . Hal ini
menunjukkan bahawa komunikasi yang berkesan dapat ditingkatkan dlam program seperti ini.

39
“Pelajar mengetahui rukun negara ?”

SOALAN 8

20%

YA
TIDAK

80%

CARTA 11 : SOALAN 8

Berdasarkan soalan “pelajar mengetahui rukun negara?” daripada analisa borang maklum balas
dari soalan 8, didapati 80% pelajar bersetuju bahawa dapat mengetahui dan mengingati rukun
negara. Manakala, 20% pelajar tidak bersetuju. Hal ini telah menunjukkan bahawa aktiviti
mengisi rukun negara ini pelajar dapat mengetahui rukun negara.

40
“Pelajar lebih mengenali peta malaysia ?”

SOALAN 9

4%

YA
TIDAK

96%

CARTA 12 : SOALAN 9

Berdasarkan soalan “pelajar dapat mengenali peta malaysia ?” daripada analisa borang
maklum balas dari soalan 9, sebanyak 96% yang bersetuju bahawa pelajar mengenali peta
Malaysia. Manakala, 4% tidak bersetuju bahawa pelajar dapat mengenali peta Malaysia. Hal ini,
didapati melalui aktiviti “dimanakah saya berada?” di dalam mini games ini pelajar dapat
mengenali kedudukan negeri yang terdapat dalam peta Malaysia.

41
“Adakah pelajar dapat memupuk semangat patriotik?”

SOALAN 10

0%

YA
TIDAK

100%

CARTA 13 : SOALAN 10

Berdasarkan soalan “Adakah pelajar dapat memupuk semangat patriotik?” daripada analisa
borang maklum balas dari soalan 10. Didapati 100% yang bersetuju bahawa dengan adanya
program sambutan hari Malaysia ini para pelajar dapat memupuk semangat patriotik yang
sangat tinggi.

4.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, para pelajar perlulah sentiasa diisi dengan program-program seperti ini
supaya ianya dapat memberikan pendedahan yang lebih meluas tentang bagaimana untuk
menguruskan sesuatu program. Oleh yang demikian, pihak Kolej Vokasional perlu mengadakan
lebih banyak program seperti ini kepada pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran yang lebih tinggi.

42
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini terdiri daripada perbincangan, cadangan dan kesimpulan. Bahagian


perbincangan akan menyentuh tentang perkara yang berkait rapat dengan objektif projek yang
dijalankan. Dapatan pula adalah untuk mengukuhkan lagi data-data yang telah diperolehi. Akhir
sekali, bab ini turut merumuskan projek yang telah dijalankan secara keseluruhan termasuklah
daripada hasil dan pencapian projek sama ada mencapai objektif yang telah ditetapkan atau
pun tidak di samping perancangan dan harapan untuk projek akan datang. Penemuan
kelemahan, kelebihan dan cadangan penambahbaikan serta inovasi dalam reka bentuk akan
dinyatakan juga dalam bab ini secara ringkas.

5.2 PERBINCANGAN

Pengurusan program secara kreatif dan tersusun memerlukan komitmen daripada


pensyarah dalam memainkan peranan untuk membimbing pelajar bagi mencapai objektif projek
yang telah ditetapkan.

Pelajar dapat pengetahuan berkaitan sejarah setelah mengikuti program ini seperti
dapat mengetahui jasa-jasa pemimpin terdahulu yang telah bersusah payah untuk
memerdekakan negara Malaysia dan pelajar juga lebih menghargai jasa pemimpin.

43
Nilai-nilai murni turut dapat diterapkan dalam diri pelajar seperti pelajar lebih cintakan
akan tanah air, berdisiplin, bekerjasama dan lain-lain lagi. Semangat patriotic dalam diri pelajar
juga turut meningkat.

Melalui aktiviti-aktivit yang diadakan, bakat pelajar juga dapat dikesan seprti bakat
bersajak dan nyayian. Hal demikian, pensyarah dapat mengilapkan lagi bakat pelajar-pelajar.

Dengan adanya program sebegini para pelajar tahun akhir akan lebih bersedia untuk
menghadapi alam pekerjaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Program ini juga dapat melatih
para pelajar terutama bagi pelajar pengurusan perniagaan untuk menguruskan sesebuah
program atau majlis di masa akan datang. Melalui program ini juga pelajar akan mendapat
pendedahan yang lebih meluas tentang sejarah-sejarah negara Malaysia.

Selain itu, para pelajar akan lebih bekerjasama dalam menjalankan apa jua kerja yang
telah ditugaskan . Seterusnya, ia juga merupakan salah satu cara agar pelajar dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat luar. Program ini juga dapat meningkatkan
keyakinan diri pelajar dan memupuk nilai murni dalam diri pelajar, pensyarah dan juga
masyarakat.

Program ini turut dapat memberi manfaat yang sangat berguna kepada pelajar,
pensyarah dan masyarakat. Program sebegini patut diadakan pada setiap tahun agar pelajar,
pensyarah dan masyarakat luar dapat mengimbau dan mengenangkan sejarah yang diperjuang
oleh pejuang-pejuang tanah air yang tidak mengenal erti penat lelah demi mendapatkan
kebebasan negara.

44
5.3 CADANGAN

Keberkesanan projek diukur melalui borang maklum balas yang diberikan kepada
responden. Hasil yang diperoleh menunjukkan keputusan yang sangat positif apabila ramai
responden bersetuju dan berpuas hati dengan program dan aktiviti yang dijalankan. Namun
terdapat juga kelemahan dan ia memerlukan penambahbaikan yang perlu diambil kira dalam
pengurusan program yang akan datang.

Antara cadangan untuk penambahbaikannya ialah dengan memastikan program yang


dijalankan perlulah mengikut masa dan tentatif yang betul agar program dapat dijalankan
dengan lancar dan teratur tanpa timbul sebarang masalah. Selain itu, dengan memastikan
semua kelengkapan yang digunakan mencukupi supaya tidak berlaku sebarang permasalahan
semasa program. Cara yang boleh digunakan untuk memastikan semua barang mencukupi
ialah dengan membuat borang senarai semak. Seterusnya, dengan memastikan ahli
jawatankuasa projek mengetahui skop tugas masing-masing supaya projek berjalan dengan
lancar. Akhir sekali, cadangan penambahbaikannya ialah memilih tempat yang sesuai untuk
membuat tempahan makanan dan minuman ahli jawatankuasa projek dengan teliti supaya
makan dijamin bersih, mencukupi dan tahan lama.

5.4 KESIMPULAN

Bab ini membincangkan hasil projek yang dilaporkan dan kesesuaiannya dalam
menjawab objektif projek yang digariskan. Perbincangan juga telah menerangkan tentang
perbandingan setiap hipotesis. Dengan harapan agar hasil program ini dapat memberikan input
yang berguna kepada pelajar dalam penambahbaikan tersebut. Peranan semua pihak seperti
pihak pengurusan kolej, tenaga pelajar, ahli jawatankuasa dan peserta-peserta lain yang terlibat
bagi menjayakan program juga turut penting. Secara keseluruhannya, program ini telah
mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Diharapkan program sebegini dapat
dijalankan di masa akan datang.

45
SUMBER RUJUKAN

1. Siti Amirah (Jun 2005) – Kertas Kerja Hari Kemerdekaan


https://www.slideshare.net/sitiaminah/kertas-kerja-hari-kemerdekaan

2. Syahirah Umairah (2015) – Kamus Dewan – Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.

3. Amirul Hanafie (2004) – Laporan Akhir Program Sambutan Hari Malaysia


https://www.blogspot/amirulhanafie/laporan-program-sambutan-hari-malaysia

4. Wikipedia (2002) – Sambutan Hari Malaysia


https://ms.m.wikipedia.org

5. Santri Makaryo (September 2017) – Pengertian Kualitatif Serta Contoh


https://www.semperio/santrimakaryo/pengertian-kualitatif-serta-contoh/

6. Hamidah Jaafar (2013) – Universiti Malaysia Pahang (UMP) Report Sambutan Hari
Malaysia
7. Uin Malang.ac (2002) – Kajian Literature
http://etheses.uin-malang.ac.id/655/5/09410142%20Bab%202.pdf

8. Utm.my epusat sumber (2012) - Listseminar


http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/98.pdf

9. Studentsrepo (2003) – Sorotan Literatur


http://studentsrepo.um.edu.my/3928/3/2_SOROTAN_LITERATUR.pdf

10. Al-bantany (2009) – Kumpulan Teori Kerjasama


http://al-bantany-112.blogspot.com/2009/11/kumpulan-teori-kerjasama.html

11. Academia (2006) – Definisi Kelompok


http://www.academia.edu/4626796/Definisi_Kelompok

12. Hendrians diamond (2012) – Pengertian Kerjasama


http://hendriansdiamond.blogspot.com/2012/01/pengetian-kerjasama.html
46

Anda mungkin juga menyukai