Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

NO SOALAN: 74

TAJUK SOALAN: Dasar pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. Jelaskan lima (5) aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mencapat matlamat di atas.

JAWAPAN:

1.0

PENDAHULUAN

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Oleh itu, bagi mencapai matlamat DPN, Rancangan Malaysia Keenam ( Tahun 1991- Tahun 1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (Tahun 1996 Tahun 2000) dirangka untuk tempoh perlaksanaan DPN ini.

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) meletakkan beberapa strategi untuk mencapai misi dan visi yang ditetapkan. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah untuk membasmikan kemiskinan di kalangan penduduk pelbagai kaum dan mewujudkan negara Malaysia yang maju,aman dan makmur mengikut acuan sendiri sebagaimana yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) mengambil kira beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan bagi mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. Strategistrategi asas DEB masih dikekalkan tetapi DPN merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

a) Pertama, dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin, penekanan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberi. b) Kedua, kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih berdaya saing perlu diambil kiradalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. c) Ketiga, penyertaan semua kaum hendaklah diambil kira dalam mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Ini bermakna DPN akan digubal dalam

melaksanakan strategi Serampang Dua Mata.

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

Dalam aspek pembasmian kemiskinan, strategi yang dijalankan oleh DPN adalah memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping

mengurangkan kemiskinan relatif. DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Dimensi baru DPN dalam aspek pembasmian kemiskinan adalah memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Kerajaan berusaha untuk memastikan matlamat DPN tercapai sepertimana kejayaan DEB dengan bergiat menjalankan pelbagai aktiviti bagi membasmi kadar kemiskinan di Malaysia terutamanya.

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

2.0

AKTIVITIAKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN.

Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan untuk menjalankan aktiviti bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat di negara ini. Peruntukan bagi aktivitiaktiviti yang dijalankan dalam tempoh Dasar Pembangunan Nasional (DPN) terkandung di dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7).

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini sepanjang tempoh DPN adalah seperti:

i.

Mengurangkan

jurang perbezaan pendapatan antara kaum,antara

kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. ii. iii. iv. Memodenkan kehidupan di luar Bandar Mewujudkan kumpulan perusahan dan perdagangan bumiputra . Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang mengganggur. v. vi. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memindahkan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif. vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum Malaysia. viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

2.1

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang mengganggur.

Kadar pertumbuhan pekerjaan yang lebih perlahan menyebabkan kadar pengangguran meningkat daripada 5.8 peratus dalam tahun 1984 kepada kadar paling tinggi iaitu 8.3 peratus dalam tahun 1986. Bilangan pekerja yang diberhentikan semasa kemelesetan ekonomi adalah tinggi. Walaubagaimanapun, definasi

penganggur turut mengambil kira mereka yang tidak mencari pekerjaan secara aktif. Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Kira-kira 1.2 juta pekerjaan baru telah diwujudkan sepanjang tempoh RMK-6 dan RMK-7 iaitu pertambahan sebanyak kirakira 26 peratus dari yang dicapai dalam tempoh Rancangan sebelumnya. Peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah kebanyakkannya dalam sektor pembuatan dan pembinaan bagi menampung keperluan ekonomi negara.

Sektor pembuatan yang mencatatkan pertumbuhan output yang tinggi telah menyumbangkan kira-kira satu per empat daripada jumlah gunatenaga dan mewujudkan hampir 60 peratus peluang pekerjaan baru. Sektor perkhidmatan pula menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah gunatenaga dan merupakan 47 peratus daripada jumlah pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh 1991 hingga 1995. Penyumbang utama kepada gunatenaga sektor ini adalah sektor-sektor kecil perkhidmatan lain; perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran; dan kewangan yang mewujudkan 443,500 pekerjaan.

Gunatenaga dalam sektor pembinaan telah berkembang pada kadar purata 9.2 peratus setahun dan merupakan 19 peratus daripada jumlah pekerjaan yang diwujudkan. Pekerjaan dalam kategori perkhidmatan berkembang pada kadar 4.8

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

peratus setahun iaitu 16.6 peratus atau 203,900 pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh 1991 hingga 1995. Kira-kira 40 peratus pekerjaan yang ditawarkan dalam industri pelancongan adalah seperti sektor kecil penginapan, agensi pelancongan, penerbangan dan organisasi bukan pengembaraan. Perkembangan industri perhotelan yang pesat telah meningkatkan permintaan ke atas pekerja yang berkaitan dengan industri pelancongan. Bilangan pekerjaan yang paling banyak diwujudkan ialah dalam kategori pengeluaran berjumlah 702,800 pekerjaan baru atau 57.2 peratus daripada jumlah pewujudan bersih pekerjaan dalam tempoh tersebut. Permintaan untuk pekerja pengeluaran yang mahir dan tidak mahir telah berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun terutamanya dalam sektor pembuatan.

Kebanyakan golongan yang menganggur adalah di kalangan belia yang mempunyai pendidikan yang rendah. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan pusat latihan belia serta penyediaan latihan sambil kerja untuk belia yang menganggur. Projek-projek belia niaga dan belia peladang akan diteruskan bagi meningkatkan peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan para belia. Di antara bidangbidang yang akan diberi penekanan termasuklah pertanian moden, perkilangan dan perdagangan yang bertujuan untuk mewujudkan semangat keusahawanan di kalangan belia.

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

2.2

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), program pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat sedia ada akan diperluas dan diperkukuhkan untuk menambah keberkesanannya bagi mencapai matlamat dan sasaran pengagihan, termasuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan kumpulan sasar serta memperbaiki corak agihan pendapatan. Khususnya, program

Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program-program membantu kumpulan miskin yang lain akan memberi tekanan yang lebih kepada projek-projek yang dapat menambah pendapatan dan memberi tumpuan kepada kawasan, kumpulan dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan atau golongan termiskin yang tinggi.

Program pembasmian kemiskinan akan mengutamakan projek yang dapat menambah pendapatan. Projek yang boleh menambah pendapatan adalah seperti tanaman kontan, pemeliharaan ternakan, akuakultur, perniagaan secara kecil-kecilan serta industri kampung. Untuk melaksanakan projek di bawah PPRT, peruntukan sebanyak RM522 juta akan disediakan di bawah RMT dengan jumlah yang terbesar diperuntukkan bagi projek penambahan pendapatan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha ini dengan mengutamakan projek-projek yang dapat menambah pendapatan, menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik serta melaksanakan program yang dapat menerap nilai positif di kalangan golongan miskin. Usaha mengurangkan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dalam tempoh Rancangan diterajui oleh PPRT yang diperkembang dan dilaksanakan secara lebih tersusun bagi meningkatkan keberkesanannya. PPRT yang

diperkenalkan pada tahun 1989 khusus untuk menangani masalah isirumah

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

termiskin telah dirangka bagi memenuhi pelbagai keperluan kumpulan-kumpulan kecil yang berbeza di kalangan golongan termiskin. Ianya meliputi projek untuk meningkatkan pendapatan dan menerap nilai-nilai positif seperti berdikari dan bekerja keras, disamping menyediakan bantuan kebajikan secara langsung. Kira-kira 16,740 isirumah termiskin menerima manfaat daripada projek-projek meningkatkan pendapatan, sebanyak 39,060 turut serta dalam program perubahan sikap dan 37,200 menerima bantuan kebajikan secara langsung dengan sebilangan isirumah menerima lebih daripada satu jenis bantuan.

Kerajaan telah melancarkan skim pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB)-PPRT pada tahun 1992 yang membolehkan setiap isirumah termiskin menyertai Skim ASB melalui penerimaan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000. Ini bertujuan meningkatkan pendapatan golongan isirumah termiskin. Sehingga akhir tahun 1995, sejumlah RM75.7 juta dalam bentuk dividen dan bonus telah dibayar kepada isirumah termiskin yang terlibat dalam Skim ini. Bagi memaksimumkan manfaat skim ASB-PPRT, jadual pembayaran balik akan dikaji semula dengan

tujuan memberi kelonggaran tempoh memulakan pembayaran balik pinjaman ASB. Ini akan membolehkan golongan termiskin memperolehi jumlah dividen dan bonus sepenuhnya dalam tempoh tersebut yang seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isirumah.

Di samping PPRT, pelaksanaan berbagai program oleh NGO, khususnya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) peringkat negeri dengan sokongan daripada syarikat swasta, turut membantu usaha Kerajaan mengurangkan jumlah golongan termiskin. Dalam tempoh Rancangan, AIM telah mengeluarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM77.1 juta kepada kira-kira 36,200

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

isirumah miskin dan termiskin bagi membolehkan mereka menceburi bidang ternakan ayam, itik, lembu dan kambing serta perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual barangan runcit dan menyelenggara serta membaiki kenderaan.

Kebanyakan perniagaan mereka telah memperolehi kejayaan sebagaimana yang dapat dilihat dalam peningkatan pendapatan isirumah peserta dan kadar pembayaran balik pinjaman hampir 100 peratus. Program-program YBK memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan, bantuan pendidikan dan perumahan yang lebih selesa. Sektor swasta memberi sokongan kepada program-program NGO melalui bantuan kewangan dan latihan kemahiran.

Tambahan

lagi,

dalam

tempoh

Rancangan,

sejumlah

RM589.5

juta

dibelanjakan bagi 10 program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Program tersebut memberi tumpuan kepada projek ekonomi dan sosial yang melibatkan golongan miskin tegar. Di samping itu, badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pelbagai Yayasan Basmi Kemiskinan di peringkat negeri telah menyediakan bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk membantu isi rumah miskin tegar meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Di samping itu, NGO lain dan sektor swasta akan digalakkan untuk memulakan program dan projek yang menyediakan peluang kepada kumpulan sasar untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil membantu dalam meningkatkan pendapatan mereka. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

mereka. Latihan semula merupakan langkah kerajaan untuk menempatkan para lepasan SPM dan graduan untuk ditempatkan di sektor yang lebih produktif. Penubuhan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sabah Skill Training Centre(SSTC) dan lain-lain badan latihan membolehkan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan atau lebih produktif.

2.3

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

Ketidaksamaan pendapatan di kalangan kumpulan etnik dan antara kawasan bandar dengan luar bandar masih besar dan telah meningkat sejak kebelakangan ini. Salah satu strategi atau aktiviti dalam Dasar Pembangunan Nasional ialah

mengurangkan jurang pendapatan antara semua lapisan rakyat. Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan

pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan

10

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

PPRT dan program pembasmian kemiskinan yang lain akan ditujukan kepada pembasmian kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Keutamaan akan diberi kepada negeri-negeri dan daerah-daerah termiskin, masyarakat Orang Asli serta golongan miskin di bandar. Usaha pembasmian kemiskinan yang ditujukan ke daerah-daerah termiskin dan masyarakat Orang Asli akan dipergiat melalui kaedah bersepadu, meliputi berbagai sektor dengan pendekatan berasaskan kampung yang melibatkan semua kategori projek PPRT.

Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha ini, peruntukan bagi membaikpulih dan membina semula rumah bagi golongan termiskin khususnya di luar bandar akan ditambah daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi sebuah rumah. Bagi golongan miskin di bandar, keutamaan akan diberi kepada projek penambahan pendapatan serta penyediaan kemudahan asas yang mencukupi termasuk perumahan kos rendah.

Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia). Di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu mencatat kadar

kemiskinan yang paling tinggi. Ketidaksamaan antara negeri dan antara wilayah

11

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

berterusan dilaksanakan

dan

kekal

lebar.

Strategi-strategi

pembangunan yang

wilayah ketara

akan dalam

untuk

mengurangkan

ketidakseimbangan

pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri supaya dengan itu dapat diperbaiki agihan pendapatan.

Salah satu daripada matlamat penting pembangunan wilayah adalah untuk meningkatkan integrasi ekonomi negeri-negeri Sabah dan Sarawak bagi memupuk perpaduan negara, di samping menggalakkan pembangunan ekonomi yang saling melengkapi di antara negeri-negeri tersebut dengan negeri-negeri di Semenanjung.. Oleh kerana ketidakseimbangan pembangunan wilayah dan jurang pendapatan antara kaum adalah saling berkait, usahausaha memperbaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah akan memudahkan pencapaian kesamaan pendapatan antara kaum di negara ini. Dengan itu, walaupun keseimbangan dalam

pembangunan wilayah mungkin tidak dapat dicapai atau tidak optimum kerana terdapatnya perbezaan potensi pembangunan antara wilayah, Kerajaan akan terus membangunkan negerinegeri yang kurang maju untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk mereka. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita negeri-negeri ini, terutamanya Kedah, Perlis dan Kelantan adalah di bawah paras purata negara. Walaupun usaha-usaha yang lebih gigih untuk mengurangkan ketidakseimbangan akan melibatkan kos yang tinggi, Kerajaan akan terus berusaha ke arah mempercepatkan lagi proses mengurangkan ketidakseimbangan wilayah yang masih ketara di negara ini.

Selaras dengan ini, program-program untuk mempelbagaikan asas ekonomi negeri-negeri yang berkenaan akan terus di perluaskan. Memandangkan

pertumbuhan yang pesat adalah lebih mudah dicapai melalui perkembangan sektor-

12

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

sektor pembuatan dan perkhidmatan, tumpuan yang lebih akan diberi untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai ditambah serta memperkukuhkan rantaian dan aktiviti hiliran di sektor pertanian dan perindustrian di negeri-negeri tersebut. Peningkatan dalam aktiviti pertanian akan diperolehi melalui penyatuan tanah bagi membolehkan pengurusan yang lebih cekap dan penanaman tanaman kontan yang bernilai tinggi. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (P&P) berhubung dengan tanaman komersial akan dipertingkatkan. Penyebaran industri secara terpilih akan juga digalakkan dengan mendorong sektor swasta untuk menempatkan semula kilang-kilang tambahan di negeri-negeri yang kurang maju. Oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan tenaga buruh, adalah perlu bagi industriindustri ditempatkan lebih hampir kepada punca-punca tenaga kerja di kawasan-kawasan luar bandar.

Dalam melaksanakan konsep pengkhususan industri mengikut kawasan, Kerajaan akan menggalakkan proses taburan industri dengan menyediakan kawasan-kawasan perindustrian yang dilengkapkan dengan kemudahan fisikal dan kemudahankemudahan lain dengan secukupnya seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan di kawasan tertentu di negeri-negeri kurang maju untuk menjadikan kawasan luar bandar lebih menarik kepada pelabur-pelabur swasta. Pelaburan dalam bidang kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sosial akan dirancang bagi memajukan kawasan-kawasan tersebut untuk menjadikan pusat pertumbuhan baru yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan wilayah.

Pendapatan isirumah semua kumpulan etnik meningkat dalam tempoh Rancangan. Ini disebabkan pewujudan banyak peluang pekerjaan yang

membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan etnik mendapat

13

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

pekerjaan. Pendapatan purata isirumah Bumiputera meningkat pada kadar 9.3 peratus setahun daripada RM940 sebulan pada tahun 1990 kepada RM1,600 pada tahun 1995, manakala pendapatan bulanan purata isirumah kumpulan etnik Cina pula meningkat daripada RM1,631 kepada RM2,895 dalam tempoh yang sama. Pertumbuhan pendapatan isirumah Bumiputera yang lebih perlahan berbanding dengan 10 peratus pertumbuhan yang dicatatkan oleh isirumah kumpulan etnik Cina telah menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan antara isirumah Bumiputera dan kumpulan etnik Cina meningkat sebagaimana ditunjukkan oleh kenaikan nisbah ketidaksamaan pendapatan antara Bumiputera dan kumpulan etnik Cina daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.81 pada tahun 1995. Berkaitan dengan ketidakseimbangan pendapatan antara Bumiputera dan kumpulan etnik India, disebabkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 10.1 peratus setahun yang dicatatkan oleh kumpulan etnik India, nisbah ketidaksamaan pendapatan telah meningkat daripada 1:1.29 kepada 1:1.35 dalam tempoh yang sama.

Bagi merapatkan jurang kadar pendapatan antara kaum ini, kerajaan telah menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor yang berpendapatan lebih tinggi. Antara program yang diperkenalkan adalah Mewujudkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam sektor ekonomi yang strategik. Bagi tujuan ini, program tersebut telah menetapkan syarat yang ketat bagi menyertai program pembangunan (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera) MPPB dan memberi penekanan kepada kualiti usahawan Bumiputera yang akan dipupuk dan tidak hanya menambah bilangan mereka semata-mata. Bagi meningkatkan lagi

keberkesanannya, setiap program telah dipakej dengan menggabungkan pelbagai jenis kemudahan seperti latihan formal, pengalaman praktikal, saluran pemasaran,

14

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

penyediaan ruang niaga, nasihat teknikal dan bantuan kewangan. Pada masa yang sama, Kerajaan dan sektor swasta terus menyediakan bantuan tidak berpakej kepada masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha untuk mewujudkan MPPB juga telah diperkukuhkan melalui pelaksanaan resolusi-resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga yang telah diadakan pada tahun 1992. Ini termasuk penubuhan Skim Usahasama Bumiputera oleh sebuah konsortium bank perdagangan untuk membiayai penubuhan usahasama tulen antara usahawan Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

2.4

Memodenkan kehidupan di luar bandar.

Koperasi mempunyai jasa yang cukup besar dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Malaysia sekali gus perlahan-lahan dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat di luar bandar. Pengenalan koperasi dalam sektor pertanian sedikit sebanyak telah membangunkan sektor ini dan wilayah serta meningkatkan taraf hidup golongan pekebun kecil, nelayan, dan penanam padi di kawasan luar bandar. Koperasi berganding bahu dengan Kerajaan dalam memodenkan kehidupan di luar bandar. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), kerajaan

memperuntukkan RM16.5 juta untuk memberi kemudahan kredit jangka pendek bagi keperluan bermusim petani dan untuk pembelian secara berkumpulan bekalan baja kimia; kredit jangka sederhana untuk menebus harta tergadai, pembelian tanah baru; penjenteraan operasi perikanan memperluaskan kemudahan-kemudahan kawasan baru untuk pemprosesan dan pemasaran ikan; meluaskan rancangan pemprosesan dan pemasaran padi dan mendirikan kilang-kilang padi yang besar dan moden di kawasan sesuai; dan memperbaiki dan memperluaskan rancangan-rancangan untuk

15

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

memproses getah, kelapa kering, kopi dan nenas. Ini merupakan satu contoh projek dari banyak projek dalam setiap tempoh rancangan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan menggunakan koperasi sebagai satu jentera untuk membangunkan kawasan luar bandar melalui sektor pertanian.

Pembangunan

luar

bandar

akan

dipergiat

melalui

pemodenan

dan

pengkomersilan aktiviti pertanian serta pelbagaian ekonomi luar bandar bagi mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara kawasan luar bandar dengan bandar dan antara negeri yang kurang membangun dengan yang lebih membangun. Pemodenan dan pewujudan aktiviti ekonomi baru di kawasan luar bandar terutamanya melalui program Satu Daerah Satu Industri dan pembangunan estet perindustrian luar bandar akan menyediakan lebih banyak peluang kepada isi rumah luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor berproduktiviti tinggi.

Di kawasan luar bandar, golongan miskin mendapat manfaat daripada pelaksanaan berbagai projek Kerajaan seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP), penyediaan infrastruktur pertanian, skim tanam semula, penyatuan dan pemulihan tanah serta khidmat sokongan. Program-program ini, antara lain, telah memperluaskan lagi penggunaan jentera dan amalan agronomik yang menghasilkan peningkatan dalam produktiviti pekerja pertanian kira-kira 6.1 peratus setahun dalam tempoh Rancangan. Produktiviti yang tinggi dan harga yang lebih baik bagi kebanyakan komoditi pertanian dalam tempoh Rancangan telah meningkatkan pendapatan isirumah luar bandar. Di samping itu, peningkatan pendapatan daripada aktiviti luar ladang dan bukan ladang berpunca daripada pertambahan peluang pekerjaan telah membantu mengurangkan tahap kemiskinan.

16

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

2.5

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspekaspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program seperti pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan,

perumahan, bekalan air dan elektrik. Pelaburan sektor awam dalam infrastruktur, pendidikan dan kesihatan akan ditambah untuk menyokong proses pembangunan perindustrian dan memperbaiki kualiti kemudahan awam seperti kemudahankemudahan pengangkutan, perhubungan dan latihan terutama di kawasan-kawasan industri yang cepat berkembang di samping memenuhi permintaan yang meningkat bagi kemudahan awam yang lebih berkualiti.

Pihak kerajaan telah menubuhkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Penubuhan KKLW ini adalah dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar. Penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur lebih tertumpu mengikut daerah-daerah yang masih ketinggalan seperti di Daerah Hulu Perak, Perak tengah, Kerian, Hilir Perak dan Pengkalan Hulu. Perkara paling penting dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar adalah tertumpu kepada Pembinaan Jalan Luar Bandar, Program Jalan Kampung dan program-program bercorak ekonomi komersial. Tumpuan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi taraf hidup dan kualiti penduduk serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Usaha-usaha akan terus dipergiatkan untuk meningkat, memperbaiki, melengkap

17

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

dan menaiktaraf semua prasarana awam, meliputi jalan raya, sistem bekalan air, elektrik dan jaringan telekomunikasi. Pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan negeri terus diberi perhatian, baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, bekalan air bersih di kawasan luar bandar turut diperbaiki dan diselenggara untuk menjamin keselesaan penduduk. Program ini merupakan program sambungan bagi menyediakan kemudahan air di kawasan luar bandar terhadap penduduk yang masih belum menikmati kemudahan ini di samping menggantikan sistem paip yang sudah uzur. Bekalan air secara alternatif juga turut disediakan bagi kawasan-kawasan yang sukar dan berjauhan daripada paip utama. Hasilnya, 92 peratus daripada isirumah miskin di bandar dan 65 peratus di luar bandar mendapat bekalan air minum yang selamat.

Manakala bagi projek pembangunan Bekalan Elektrik Luar Bandar turut menjadi salah satu usaha untuk memajukan luar bandar. Program ini tetap diteruskan demi kesejahteraan rakyat di kawasan pendalaman termasuk masyarakat orang asli. Program ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan tetapi ianya menggunakan peruntukan daripada Tabung Amanah (Penjana Bebas Semenanjung Malaysia). Dalam arus pemodenan kini juga kita perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, apa ertinya pembangunan sekiranya kebajikan rakyat dipertikaikan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan program kesejahteraan rakyat iaitu salah satunya ialah program PPRT yang mempunyai sub-projek yang pelbagai. Walaubagaimanapun, diharapkan program ini dapat mengurangkan kadar

kemiskinan dengan lebih berkesan melalui kaedah perancangan yang lebih teratur dan terkini. Hasil daripada pelaksanaan program-program ini, kira-kira 88 peratus

18

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

daripada isirumah miskin di bandar dan 72 peratus di luar bandar telah menerima bekalan elektrik pada akhir tempoh Rancangan.

Dari segi penyediaan kemudahan kesihatan, kirakira 88 peratus daripada golongan miskin di bandar dan 77 peratus di kawasan luar bandar berada dalam lingkungan sembilan kilometer dari klinik Kerajaan atau swasta. Kawasan luar

bandar juga mendapat khidmat pasukan pergigian dan perubatan bergerak, pasukan kesihatan kampung dan perkhidmatan doktor melalui udara ke kawasan pedalaman dan terpencil.

Beberapa kemajuan juga telah dicapai dalam penyediaan kemudahan pendidikan bagi isirumah miskin. Sehingga tahun 1995, kira-kira 94 peratus daripada isirumah miskin di luar bandar dan hampir keseluruhan golongan miskin di bandar berada dalam lingkungan sembilan kilometer dari sekolah rendah, sementara kirakira 60 peratus di kawasan luar bandar dan 96 peratus di kawasan bandar berada dalam lingkungan sembilan kilometer dari sekolah menengah. Di samping itu, beberapa bantuan lain yang berkaitan dengan pendidikan, seperti biasiswa dan pemberian buku teks, makanan dan tempat tinggal serta pakaian sekolah juga dibekalkan kepada pelajar miskin secara percuma.

19

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

3.0

RUMUSAN

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Program pembasmian kemiskinan secara tersusun dan komprehensif bermula dalam fasa Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1971-1990) dan seterusnya diteruskan dengan lebih berfokus dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN, 1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Secara konvensional, pendekatan dan strategi pembasmian kemiskinan dalam fasa DEB, DPN dan DWN terangkum dalam pembangunan pertanian, industri, infrastruktur dan pembangunan sosial. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9, 2006 - 2010) kerajaan mensasarkan pembasmian kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada 2.8 peratus pada akhir tahun 2010. Dalam tempoh dua tahun dilaksanakan (20062007) kadar kemiskinan keseluruhan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2007.

Usaha-usaha pelbagai projek ekonomi perlu dirancang (secara langsung atau tidak langsung) untuk mengeluarkan golongan rakyat miskin daripada terus dibelenggu kemiskinan. Usaha sebegini mesti dilakukan segera agar rakyat benarbenar menikmati kemanisan kemerdekaan yang dikecapi selama 50 tahun ini.

20

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM Kumpulan 1 Kohot 5 (Tahun 2012)

RUJUKAN

Md. Zhahir Kechot dan Mansor Jusoh, 2000. Ekonomi Malaysia-Menghadapi dan Menangani Cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Perdana Menteri, 1991. Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri, 1996. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri, 2000. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi. Dasar Pembangunan Nasional. Diperoleh http://www.pmo.gov.my/webnotes September 21, 2012 daripada

Diperoleh September 21, 2012 http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/sejarah.html

daripada

Diperoleh September 23, 2012 daripada http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/terasperkhidmatan.html Pembangunan Luar bandar. Diperoleh September 23, 2012 daripada http://pembangunan162.blogspot.com/2008/09/pembangunan-luar-bandar mjt2053.html Mencapai Pertumbuhan dengan Pengagihan. Diperoleh September 24, 2012 daripada http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/385/BAB-16MENCAPAI-PERTUMBUHAN-DENGAN-PENGAGIHAN

21

Anda mungkin juga menyukai