Anda di halaman 1dari 35

MANDAT- MANDAT LAIN

Pelaksanaan Program Transisi,Perkhidmatan Intervensi Awal dan Pengubahsuaian Kemudahan Awam Kepada Individu Berkeperluan Khas

PROGRAM TRANSISI

Program transisi bertujuan melatih pelajar berkeperluan khas melibatkan diri di dalam aktivitiaktiviti kehidupan individu dewasa yang bercorak berdikari dan menjurus ke arah alam kerjaya. Mulai tahun 2009, program transisi yang disediakan adalah kelas fotokopi dan pembungkusan makanan. Latihan prakerjaya ini hanya diberikan kepada pelajar pelajar berkeperluan khas yang berpotensi, berkebolehan dan berupayaan yang berumur dalam

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan

TUJUAN PROGRAM

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun

OBJEKTIF
Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu. Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar. Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi

Murid prasekolah perlu diberi bantuan agar mereka dapat membuat persediaan awal sebelum masuk ke Tahun satu. Persediaan yang mereka perlukan termasuklah penerangan dan pengalaman tentang suasana persekitaran serta budaya sekolah di Tahun satu di samping persediaan dari aspek fizikal, mental, dan emosi.

CONTOH AKTIVITI TRANSISI KE SEKOLAH RENDAH 1. Menyesuaikan murid dengan budaya sekolah Tujuan: i. Memberi gambaran ii.awal tentang suasana persekitaran di tahun satu iii.Menyesuaikan diri dengan keadaan dan budaya sekolah

Langkah-langkah pelaksanaan: i. Guru menunjukkan gambaran sebenar suasana kelas di tahun satu di sekolah rendah. ii.Guru memperkenalkan kepada murid budaya sekolah seperti: Budaya bunyi loceng Rutin kelas Perhimpunan pagi Bilangan guru yang ramai di tahun satu

Suasana persekitaran sekolah Kemudahan di sekolah seperti kantin, tandas, kedai buku, dan tempat menunggu bas iii. Guru membantu murid dengan mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan seperti apapa yang harus dibuat semasa loceng berbunyi

2. Mengadakan lawatan ke sekolah rendah yang akan menerima mereka di tahun satu Tujuan: i. Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah rendah melalui pengalaman sebenar ii. Membina keyakinan diri untuk menghadapi suasana baru di tahun satu

Langkah-langkah perlaksanaan: i. Pengurus tadika dan guru tadika Merancang lawatan ke sekolah mengikut prosedur lawatan seperti menyediakan surat kebenaran dari ibu bapa dan membuat temu janji dengan guru besar atau pihak sekolah Menyediakan program /atur cara atau jadual aktiviti lawatan

ii. Lawatan ke sekolah bersama murid prasekolah Semasa lawatan ke sekolah rendah murid dibawa untuk melihat: Budaya sekolah Kemudahan sekolah seperti kantin, tandas, bilik kelas tahun satu, tempat menunggu bas dan tempat perhimpunan

PERKHIDMATAN INTERVENSI AWAL

Definisi Intervensi awal(early intervensi) diaturkan untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi social dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenalpasti(Hanson &Lynch,1989.)

Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan megelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.

Kepentingan intervensi awal Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanakkanak berkeprluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanakkanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi

Intervensi awal juga menawarkan penjimatam wang bagi sesuatu masyarakat, Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.

Pelaksanaan Intervensi Awal


Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Sepertimana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas keseluruhan kelas, sekumpulan kecil

Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan. Pendekatan intervensi awal terbahagi kepada tiga aspek: Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar Berpusatkan keluarga

Intervensi Berpusatkan Guru


Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku(Gersten, 1998). Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar tersebut sudah

Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, member berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

Intervensi Berpusatkan Pelajar


Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri(Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilahberpustakan pelajar membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan

Dalam intervensi berpustakan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberpa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistic, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri

Intervensi Berpusatkan Keluarga


Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada system sesebuah keluarga. Apabila ibu bapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di

Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluaraga. Secara tida langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.

Rumusan
Meningkatkan intelek, meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas, Menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan

Pengubahsuaian Kemudahan Awam Kepada Individu Berkeperluan Khas

Kemudahan Pengangkutan Awam Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan Akses di Bangunan Awam Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Dimasukkan dalam pindaan kepada Undangundang Kecil Bangunan Seragam 1984. Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam

RUJUKAN
1. 2. 3. 4.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/ http://www.adap.com.my/info.php?id=721 http://transisi.blogspot.com/search/label/Mukadimah?m http://pmspk.moe.gov.my/index.php?option=com_con

Anda mungkin juga menyukai