Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 1 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (ISL)

1)

PERBEZAAN ANTARA HANDICAP, DISABILITY DAN IMPAIRMENT.

*handicap (ketidakupayaan fizikal)* y keistimewaan yang wujud pada individu tertentu y berpunca daripada impairment dan disability y menyekat atau menghalang individu daripada memenuhi sesuatu perkara yang dianggap biasa bagi individu normal y brgantung pada faktor usia/jantina/sosial dan budaya y kekurangan anggota sperti tangan,kaki, dan jari *disability (tidak upaya)* y berkaitan kekurangan atau keterbatasan dalam melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang lain y berpunca daripada impairment y bermasalah dari segi motor halus atau kasar *impairment (kurang upaya)* y ketidaknormalan dari aspek psikologi,fisiologi,anatomi y berkaitan ketidaknormalan struktur @ fungsi tuna pendengaran @ tuna penglihatan

2)
y y y y

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS


Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani, kekuatan kanak-kanak luarbiasa perlu dikesan dan ditegaskan. Memperkembangkan kecekapan-kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak cacat fizikal atau akal boleh menjadi pekerja-pekerja yang memberi manfaat dalam masyarakat. Mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luarbiasa. Menggerakkan kanak-kanak istimewa dengan masyarakat biasa supaya dapat diterima.

3)

HUBUNGKAIT ANTARA FPK DENGAN PENDIDIKAN KHAS


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungkait antara FPK dengan Falsafah Pendidikan Khas Selaras dengan FPK, Falsafah Pendidikan Khas adalah usaha untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri. Dalam melahirkan insah khas yang ada sifat yang dinyatakan harus ada usaha yang selari, usaha satu alur antara penggubal dan pelaksana dalam perancangan satu-satu program yang ingin diperkenalkan dan dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai