Anda di halaman 1dari 5

3.

STRATEGI MENGATASI MASALAH MURID PEMULIHAN MATEMATIK Masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ini adalah satu masalah yang serius. Di mana masalah ini merupakan asas kepada penguasaan Matematik. Mengenal nombor adalah penting dalam menguasai bidang ilmu Matematik. Pengetahuan dan kemahiran ini akan digunakan secara berterusan. Sekiranya murid gagal dalam menguasai nombor bulat 0 hingga 10 kesan terhadap pembelajaran yang mendatang amatlah ketara seterusnya akan menerbitkan rasa tidak minat dalam mempelajari subjek Matematik. Pepatah ada menyatakan alur bertempuh jalan berturut, begitu juga di dalam subjek Matematik murid perlulah mahir menguasai nombor bulat terlebih dahulu sebagai asas sebelum menguasai konsep Matematik yang lain. Pelbagai strategi yang boleh dipilih dalam mengatasi masalah tersebut iaitu dalam mengenali nombor 0 hingga 10. Antara strategi yang dilihat sesuai dalam membantu masalah ini ialaha melalui Kaedah V.A.K.T. Kaedah ini melibatkan empat perkara yang asas iaitu visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinesthetic (pergerakan) dan tectile (sentuhan).kaedah ini dilihat amat sesuai kerana melibatkan semua anggota badan dan pancaindera. Penglibatan semua sensor ini akan membantu pemahaman murid dalam mempelajari sesuatu terutama topik yang lebih bersifat abstrak. Pemilihan kaedah ini adalah berdasarkan kesukaran dan latih tubi yang sesuai di jalankan susulan proses Pengajaan dan Pembelajaran yang telah dilakukan. Kaedah V.A.K.T

Visual (penglihatan)

Audio (pendengaran)

Kinesthetic (pergerakan)

Tectile (sentuhan)

Rajah 3.1 : Kaedah V.A.K.T

Di dalam kaedah ini ransangan adalah elemen utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Murid yang menghadapi masalah ini akan dirangsang melalui deria masing-masing. Setiap langkah boleh digunakan secara serentak di dalam sesi pengajaran. Sebagai contoh guru menggabungjalinkan visual dengan audio, ataupun dengan mengunakan visual, audio dan kinesthetic. Malahan dalam kaedah ini rangsangan boleh diberikan serentak keempat-empat perkara asas dalam Kaedah V.A.K.T ini. Menjalankan kaedah ini selain dapat memudahkan murid memahami pelajaran yang disampaikan ianya juga dapat membantu pengawalan kelas, tumpuan murid di dalam kelas dan juga melatih kemahiran kendiri serta kemahiran motor yang lain. Bagaimana langkah ini berkesan dalam mengatasi masalah mengenal nombor bulat 0 hingga 10 dengan melalui beberapa peringkat. Pada peringkat pertama bagi langkah permulaan murid akan didedahkan melalui visual

bersama audio. Ketika langkah ini berlangsung deria yang terlibat ialah deria penglihatan dengan pendengaran. Guru akan menunjukkan nombor bulat sama ada melalui tayangan video mahupun kad imbasan dan disusuli dengan bunyian atau audio. Audio ini bileh dijalankan dengan menggunakan rakaman yang telah dibuat ataupun penerangan secara lisan oleh guru sewaktu sesi pengajaran. Pada langkah yang melibatkan dua sensori ini mampu memberikan pengalaman serta memudahkan murid memahami sesuatu perkara yang diajarkan. Guru

Tayangan gambar (visual) Murid

Audio

Menggabungjalin maklumat dari kedua-dua deria. Rajah 3.2 : Langkah Visual dan Audio

Pada peringkat seterusnya bagi mengatasi masalah mengenal nombor menggunakan Kaedah V.A.K.T ini ialah melibatkan Kinesthetic (pergerakan). Murid boleh diberikan aktiviti yang melibatkan pergerakan mereka di dalam kelas. Salah satu objektif mengapa di dalam kaedah ini menerapkan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bagi menarik minat murid supaya tidak hilang tumpuan disamping dapat melatih pergerakan motor kasar dan halus. Dalam pada masa yang sama juga pergerakn yang dilakukan ini menjadikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjadi lebih menarik. Pihak kementerian juga telah menekakankan konsep didik hibur dalam setiap sesi PdP. Pergerakan yang dilakukan juga sedikit sebnayak dapat membantu murid dalam membuat perkaitan mengenai nombor 0 hingga 10. Pergerak yang dilakukan adalah sebagai satu langkah pengukuhan dalam membina sesebuah konsep yang lebih konkrik. Murid Mendapat input dari guru.

Langkah pengukuhan Melakukan aktiviti melibatkan pergerakan. Rajah 3.3 : Kinesthetic (pergerakan) Bagi melengkapkan kaedah ini terdapat satu lagi langkah yang digunakan dalam membantu murid dalam memahami apa yang diajarkan di dalam sesi PdP. Langkah tersebut ialah tectile (sentuhan) yang melibatkan pengalaman murid untuk menyentuh bahan ransangan yang telah disedian oleh guru atau disediakan bersama-sama murid. Langkah ini juga merupakan lanjutan dari beberapa langkah sebelum itu iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan.

Tectile (sentuhan) ini merupakan langkah yang boleh dijadikan juga sebagai langkah pengukuhan terhadap murid. Walupun sudah terdapat langkah pergerakan yang turut memberikan pengalaman pembelajaran kepada murid dengan adanya langkah sentuhan dalam kaedah ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. Kaedah V.A.K.T ini boleh dilaksanakn sama ada melibatkan keempat-empat langkah ataupun hanya melibatkan beberapa langkah tetapi tidak boleh dilaksanakan kurang dari dua langkah kerana objektif bagi kaedah ini antaranya adalah memberikan pengalaman belajar kepada murid dalam membentuk satu pengetahuan. Sebagai contoh guru menunjukkan nombor, seterusnya menyebut nombor tersebut kepada murid dan murid mengulang sebutan guru. Peringkat berikutnya guru menjalankan aktiviti seperti membuat kolaj nombor dan akhir sekali murid akan merasai permukaan kolaj yang telah selesai dibuat oleh murid. Murid Tectile (sentuhan)

Memperkukuh maklumat pembelajaran.

Sesi pembelajaran menjadi menarik

Memberikan pengalaman kepada murid.

Rajah 3.4 : Tectile (sentuhan) Guru Visual (penglihatan) pengajaran Audio (pendengaran) Murid

Kinesthetic (pergerakan)

Pengukuhan.

Tectile (sentuhan) Rajah 3.5 : Cadangan Perlaksanaan

Bagi melihat bagaimana kaedah ini sesuai digunakan di dalam mengatasi masalah mengenal nombor 0 hingga 10 langkah pertama yang digunakan ilah menunjukkan tayangan kepada murid. Selesai menunjukkan tayangan yang disediakan sama ada menggunakan teknologi ataupun kad imbasan, peringkat seterusnya guru menyebut ataupun memainkan rakaman audio kepada murid. Langkah ini juga boleh dilaksanakan dengan meminta murid untuk menyebut kembali apa yang telah mereka dengan. Melalui pengulangan dan dilakukan sendiri oleh murid tersebut secara tidak langsung murid dapat membina pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri. Pada peringakat atau langkah visual dan audio ini guru memainkan peranan penting yang mana lebih berpusatkan kepada guru. Peringkat ini merupakan langkah pertama dalam membina pengetahuan murid. Pada peringkat yang selanjutnya guru bolehlah merencana aktiviti yang sesuai. Aktiviti yang dirancang adalah bagi menambah kefahaman murid murid selain dapat menarik minat murid dalam sesi PdP. Aktiviti yang dijalankan ini perlulah melibatkan pergerakan dan sentuhan. Pergerakan yang dilihat sesuai bagi membantu murid mengenal nombor ialah seperti murid diminta memilih nombor yang disebutkan oleh guru menggunakan tangan. Bagi menambah kepelbagaian aktiviti penggabungjalinan seni boleh dilakukan dalam langkah pergerakan ini seperti membuat kolaj atau membuat doh. Lajutan dari aktiviti tersebut guru boleh mengaitkan dengan langkah seterusnya iaitu sentuhan. Melalui sentuhan murid akan merasa sendiri menggunakan anggota tangan. Cadangan aktiviti ini ialah seperti menyentuh hasil kolah yang telah disediakan atau membentuk nombor menggunakan doh yang telah berjaya diadun. Apabila keempat-empat langkah ini dilaksanakan sewaktu PdP berlangsung masalah dalam mengenali nombor akan dapat diatasi oleh guru dengan mudah dan murid seronok menjalani PdP yang dilaksankan di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai