Anda di halaman 1dari 20

Stereotaip dan salah tanggapan

Pencapaian Akademik

Maksud Stereotaip
McLemore (1994: 124), Healey (2009: 110)
Mengistilahkan stereotaip sebagai kenyataan-kenyataan umum yang

negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Misalnya gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain terutama kepada etnik minoriti. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman steretoip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Mengikut Bruner dan rakanrakannya (1975),


Mengikut Bruner dan rakan-rakannya (1975), manusia

berusaha dengan secepat mungkin untuk mengkategorikan rangsangan dengan harapandapat meramal dengan tepat tingkahlaku golongan subjek. Dengan demikian proses penyusunan rangsangan yang terdapat dalam persekitaran individu mencerminkan nilai budaya yang ada padanya (Bruner, 1975).

Kajian Gallup
Stereotaip

merupakan satu fahaman sesebuah kelompok dengan mengeneralisasikan kelompok yang lain berdasarkan sikap, perbuatan serta fahaman seseorang individu daripada kelompok tersebut. Sebagai contoh, dalam kajian Gallup yang dibuat terhadap 1,007 responden yang terdiri daripada orang dewasa Amerika mendapati mereka enggan berjiran dengan orang Islam. Ini kerana mereka berpendapat orang Islam bersifat ekstremis (Utusan Malaysia, 13 Ogos 2006).

Contoh-contoh Stereotaip
Contohnya: Mamat mengganggap pemandu yang memandu dengan perlahan itu adalah pemandu perempuan. Minah beranggapan bahawa semua lelaki adalah pengotor. Semua orang Arab itu beragama Islam. Orang Belanda itu bersifat kedekut.

Proses Pengkategorian Sosial


Berfikir secara mengkategorikan manusia sama ada manusia itu ahli

kelompok kita atau dikategorikan kepada ahli kelompok lain. Ia berlaku melalui proses: asimilasi ciri-ciri orang yang sekelompok dengan kita itu disesuaikan/disamakan dengan ciri-ciri kelompok kita (diterima). Kontra ciri-ciri orang yang bukan kelompok kita semakin kita bezabezakan dengan ciri-ciri kelompok kita. Cenderung melihat ahli-ahli kelompok luar sebagai serupa berdasarkan stereotaip yang diberikan (pada hakikatnya mereka tidak sama antara satu dengan lain). Penstereotaipan ini membentuk skema dalam pemikiran manusia, dan manusia menggunakan skema untuk menilai orang lain. Menggunakan proses induksi? atau/dan deduksi?

Pembahagian Stereotaip
Simpson dan Yinger (1985)
Pertamanya dengan memberi sifat rendah yang melampau seperti

pemalas dan tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung berlaku semasa institusi perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti menjadi sering dieksploitasi oleh kumpulan dominan. Keduanya stereotaip turut berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti dengan kumpulan dominan semakin rapat . Kumpulan minoriti juga telah mengalami mobiliti ke atas dan memiliki beberapa kejayaan sama ada di sekolah atau perniagaan. Kejayaan relatif mereka tetap dipandang negatif sehingga muncul ungkapanungkapan seperti terlalu pintar, terlalu materialistik , terlalu licik dan sebagainya.

Stereotaip Terhadap Kaum Tionghoa


Kaum Cina Sinonim Dengan Berniagaan.
Rajin dan bersungguh-sungguh dalam perniagaannya. Kaum cina lebih gemar hidup berdikari dan menguruskan sendiri

perusahaan dan menjadi majikan. Kaum Cina majoritinya kaya dan berpendapatan tinggi berbanding kaum lain. Kaum Cina dikagumi dengan kebijaksanaan dalam strategi perniagaannya Kemampuan kaum Cina untuk memikat memikat pelanggan yang datang dari pelbagai kaum.

Cina adalah beragama Buddha


Masih ada yang beranggapan bahawa bangsa cina semestinya beragama buddha.
Di Malaysia, sebenarnya telah ramai bangsa Cina yang telah memeluk agama Islam dan dikenali dengan muallaf. Antara tokoh yang terkenal di tanah air adalah Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Bin Abdullah yang menjadi pensyarah di UPNM sebagai contoh kaum Cina yang telah memeluk agama Islam.

Biodata Tee Chuan Seng

Name: Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah Chinese Name: Tee Chuan Seng Race: Chinese Religion: Islam Qualification BA(Hons)Political Science (UKM), MA Strategic Studies (UKM), PhD Politics and Government (UPM), Dip. Islamic Studies (UIA) Marital status: Married No. of Children: 5 Social Activity Committee Member of Islamic Consultative Council, Prime Minister Department (Jabatan Perdana Menteri), Secretary General, Malaysian Islamic Chamber of Commerce, Vice President, Malaysian Chinese Muslim Association, National Council Member of The Muslim Welfare Organization Of Malaysia (PERKIM), Executive Facilitator, Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam, JAKIM,JPM, President, Resident Assoc, Chairman, Perbadanan Pengurusan De Casa, Chairman, Parent-Teacher Association, Chairman of the At-Taqwa Surau, Editor for 4 books, Maal Hijrah Award Recipient (Convert)1424 H Selangor, 1427 H Wilayah Persekutuan, 1428 H Perak Tengah. Student's leader in UKM, Previous: President, Royal Military College's Parent-Teacher Assoc, Council Member, Malaysian Islamic Chamber of Commerce etc Employer: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Occupation: Associate Professor

Implikasi Stereotaip
Jangkaan stereotaip boleh mempengaruhi tingkahlaku

individu ke atas ahli kelompok sasaran stereotaip tertentu (Word, Zanna & Cooper, 1974; Zanna &Pack, 1975). Akhirnya ciri-ciri stereotaip yang dipegang oleh seseorang itu, apabila dijadikan asas untuk menilai individu lain, boleh mengakibatkan penilaian negatif walaupun tingkahlaku sebenarnya adalah berbeza sama sekali dengan ciri-ciri stereotaip tersebut (Costrich et al., 1975). Ini adalah kerana ciri-ciri asas stereotaip itu kaku, tidak berubah mengikut peredaran masa dan mampu pula bertahan menentang sebarang kenyataan dalam proses kognitif manusia (Brigham, 1971; Brislin, 1981).

Mengubah Stereotaip
Menerangkan tentang fungsi negatif prasangka. Melatih mereka yang diprasangkakan mempunyai sifat-sifat positif,

iaitu lawan sifat-sifat yang diprasangkakan. BELAJAR TENTANG PRASANGKA. Boleh dilakukan melalui role-play (main peranan) seseorang akan dapat menghayati dan merasai sendiri pedihnya orang yang diprasangkakan dan didiskriminasi. KURANGKAN BIAS KELOMPOK-DALAM DAN KELOMPK-LUAR Layan manusia bukan berdasarkan asal kelompok yang diprasangkakan. Setiap individu tidak semestinya mempunyai ciri kelompok yang distereotaipkan. Setiap individu perlu dilayan berbeza-beza.

Pencapaian Akademik Kaum Tionghua


Paradise dan Block (1984) mendapati terdapat perbezaan secara signifikan antara etnik dalam pencapaian akademik. Murid-murid Cina didapati mempunyai skor pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan murid-murid Melayu dan India. Dapatan ini selaras dengan kajian Murad (1984) yang menunjukkan bahawa pelajar bukan bumiputera memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam mata pelajaran Sains berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Hasil kajian ini selaras dengan penyelidikan Kim (1996) yang mendapati bahawa pelajar Cina memperoleh pencapaian yang paling tinggi dalam Matematik, diikuti dengan pelajar Melayu manakala pelajar India pula memperoleh pencapaian yang paling rendah. Sorotan ke atas kajian-kajian lepas ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pencapaian mata pelajaran komponen Sains dan Sastera dengan faktor etnik pelajar.

Kajian Khusus : Pengajian Am


Taburan mengikut etnik menunjukkan terdapat 89 orang

(56.58%) pelajar Melayu, 38 orang (25.00%) pelajar Cina dan 28 orang (18.42%) pelajar India. Min pencapaian Pengajian Am bagi pelajar Cina adalah paling tinggi iaitu 63.03 berbanding dengan pelajar India sebanyak 58.54 dan pelajar Melayu sebanyak 57.95. Keadaan ini menunjukkan min pencapaian Pengajian Am bagi pelajar Cina adalah jauh berbeza dengan pelajar India dan Melayu. Sisihan piawai bagi pelajar Melayu adalah sebanyak 9.73, pelajar Cina sebanyak 7.52 dan pelajar India sebanyak 6.16.

Hasil Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar Cina mempunyai

pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar daripada kumpulan etnik yang lain. Dapatan ini adalah sejajar dengan dapatan kebanyakan pengkaji (Eccleston, Borkin & Burrows, 1990; Murad, 1984; Kim, 1996; Harding, 1979; Sharifah, 1992; Kagan & Zahn, 1975; Paradise & Block, 1984; Stigler et al., 1982; Basow, 1984; Birenbaum & Kraemer, 1995; Kush, 1996; Troyna, 1992). Implikasinya, guru harus peka tentang perbezaan pencapaian yang wujud antara pelajar yang berlainan etnik supaya jurang perbezaan pencapaian ini tidak terus meluas. Punca-punca perbezaan harus dikenal pasti melalui penyelidikan lanjutan.

Perbezaan Pencapaian Mengikut Etnik


Faktor budaya keluarga yang berbeza-beza antara pelajar-pelajar yang berlainan etnik

antara perkara yang menjadi faktor kepada perbezaan pencapaian. Misalnya, budaya menghantar anak ke kelas tuisyen yang telah menjadi satu budaya kepada pelajar berbangsa Cina di sekolah yang dikaji. Oleh itu, pelajar Cina sering memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam akademik berbanding dengan pelajar-pelajar daripada kumpulan etnik yang lain (Murad, 1984; Sharifah, 1992; Kim, 1996). Di samping itu, perbezaan pencapaian pelajar dalam Pengajian Am mengikut etnik mungkin disebabkan oleh faktor status sosioekonomi pelajar. Kajian membuktikan bahawa faktor status sosioekonomi memberi kesan kepada pencapaian pelajaran seseorang (McNiece & Jolliffe, 1998; Ng, 1972; Jacobs & Harvey, 2005; Siti Nor et al., 1990; Sharifah, 1992; Basow, 1984). Dalam kajian ini, min pendapatan isi rumah bagi pelajar Cina adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM1548 berbanding dengan pelajar Melayu sebanyak RM1140 dan India sebanyak RM907. Justeru, pencapaian pelajar Cina adalah lebih baik berbanding dengan pelajar Melayu dan India dalam Pengajian Am. Maka, guru perlu memberi bimbingan yang lebih kepada pelajar yang lemah supaya dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam Pengajian Am.

Tanggapan Ibu Bapa Melayu Terhadap Sekolah Jenis Cina


Hasil kajian di Kelantan, menunjukkan penghantaran anak

ke SJKC oleh ibu bapa Melayu disebabkan oleh faktor bahasa dan faktor kualiti pendidikan Cina. Ibubapa Melayu mahukan anak mereka menguasai tiga bahasa. Di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mereka juga berharap anak mereka boleh menguasai Bahasa Cina yang nilai ekonominya semakin tinggi. Faktor lain ialah faktor tarikan dari sekolah-sekolah Cina itu sendiri. Antara faktornya ialah disiplin sekolah Cina baik, pendidikan Matematik berkualiti, serta kesungguhan guru-guru di SJKC dalam menjalankan tugas mereka.

Impak Pendidikan Cina


Pelajar Melayu yang berpendidikanCina didapati

sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh bahasa dan budaya di sekolah Cina. Golongan pelajar ini biasa bercakap bahasa cina' mereka juga suka dan selalu menonton wayang cina. Di samping itu mereka selalu buat kiraan dalam bahasa cina dan kadangkala berfikir dalam bahasa Cina. Ibu bapa juga mendapati anak mereka rajin dan selalu bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja sekolah yang banyak'

Kesimpulan
Kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kita

mendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam. Secara tidak langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Dengan memahami perkara-perkara tersebut secara ilmiah, kita dapat merealisasikan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan tingkah laku negatif. Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Stereotaip
suhairi87.wordpress.com/hubungan-etnik-nota-10-

oktober-2008/ http://saelim.wikispaces.com/file/view/Bab+1+Basic+ concept+of+Ethnic+Relation.ppt http://eprints.utm.my/14559/1/HamidahAbdulRahma n2009_Konsep-konsepAsasHubunganEtnik.pdf

Anda mungkin juga menyukai