Anda di halaman 1dari 2

Cara Mengatasi Jurang Komunikasi antara Golongan Tua dan Golongan Muda

“Communication is the lifeline of the relationship” -Elizabeth Bourgeret


Kata-kata hikmah diatas menunjukkan betapa besarnya kepentingan komunikasi dalam
hidup kita. Hilangnya komunikasi, maka tiadalah perhubungan yang dijalin.Komunikasi
amatlah perlu dalam menjalinkan sebuah hubungan sama ada hubungan persahabatan,
persaudaraan, dan kekeluargaan. Walau bagaimanapun, kini terdapat jurang yang besar
dalam komunikasi antara manusia terutamanya antara golongan tua dan yang muda.
Persoalannya disini bagaimanakah langkah untuk mengatasi jurang komunikasi antara yang
tua dan yang muda seperti hubungan ibu bapa dan anak?

Antara cara yang boleh diambil termasuklah dengan banyak meluangkan masa
bersama antara ibu bapa dan anak-anak. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka ke tempat rekreasi seperti di taman dan pantai. Hal ini
demikian kerana ibu bapa selalu sibuk dengan urusan kerja maka pada masa inilah ibu bapa
perlu menanyakan khabar anak-anak mereka. Dengan ini, anak-anak dapat berkongsi
masalah mereka bersama ibu bapa.
Selain itu, penggunaan gadjet perlulah dikawal untuk merapatkan jurang komunikasi
antara ibu bapa dan anak-anak. Pelbagai teknologi canggih dan aplikasi yang menarik telah
diperkenalkan pada era globalisasi ini untuk membawa kemudahan kepada pengguna.
Namun begitu, penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu terleka
dalam dunia gadjet sehingga mengabaikan keadaan sekeliling. Misalnya, apabila di ruang
tamu bersama ahli keluarga masing-masing menghadap skrin telefon pintar mereka dan
tidak memulakan sebarang perbualan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengehadkan masa
penggunaan internet agar semua ahli keluarga mempunyai masa bersama.
Di samping itu, antara cara untuk mengatasi jurang komunikasi antara ahli keluarga
adalah dengan cara penggunaan bahasa yang baik dan sopan. Anak-anak hendaklah bijak
memilih cara percakapan dengan ibu bapa, contohnya dengan berlemah lembut dan sopan
apabila bercakap dengan mereka. Kebanyakkan remaja sekarang terpengaruh dengan
perkataan-perkataan yang kasar. Hal ini boleh menyebabkan ibu bapa atau golongan tua
mudah tersinggung dan komunikasi tidak dapat berjalan dengan baik kerana bahasa jiwa
bangsa.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk mengatasi jurang komunikasi antara


golongan tua dan golongan muda . Langkah-langkah ini boleh dipraktikkan dalam
kehidupan seharian supaya kita dapat malalui komunikasi yang efektif dan berkesan. Semua
pihak tidak kira tua atau muda perlulah berusaha untuk sama-sama menghapuskan jurang
komunikasi bagai aur dengan tebing.

Disediakan oleh: NIK AMRINA RASYADA BINTI NORDIN

Anda mungkin juga menyukai