Anda di halaman 1dari 8

KEBAIKAN TEKNOLOGI HUJUNG JARI DI KALANGAN REMAJA

1. Di samping itu, teknologi maklumat dapat membantu memperkasa kemahiran diri golongan remaja.
Dalam mendepani arus modenisasi hari ini, kebanyakan di antara kita terutamanya para remaja
harus menguasai lebih daripada satu kemahiran untuk kekal relevan dalam apa jua bidang
pekerjaan. Hal ini demikian kerana skop pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini memerlukan
pekerja yang berkemahiran tinggi dan pelbagai. Misalnya, kemahiran berkomunikasi dan
pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi penilaian dalam perkembangan karier pada
masa hadapan. Maka, golongan remaja boleh mempelajari kemahiran di luar bilik darjah melalui
aplikasi penstriman video seperti Youtube. Selain itu, golongan remaja juga perlu membudayakan
pengadaptasian penggunaan teknologi dalam kehidupan harian kerana segala aspek kehidupan pada
masa akan datang akan dipenuhi dengan teknologi yang lebih mudah dan efisien untuk diuruskan.
Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pantas, remaja juga harus bijak menambah kemahiran
lain supaya menjadi nilai tambah kepada diri apabila ingin memulakan karier pekerjaan.

Pada masa yang sama, penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan komunikasi
sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Kewujudan aplikasi teknologi seperti Whatsapp
telah mengubah cara komunikasi manusia di mana panggilan suara melalui telefon kini telah
ditambah baik dengan panggilan video. Anda dapat bersua muka dalam masa sebenar dan
berkomunikasi dengan lebih baik. Perhubungan jarak jauh telah menjadi kelaziman masyarakat dan
ini membantu proses globalisasi yang perlu diterima dan dimanfaatkan oleh para remaja khususnya.

Kelahiran aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah membuka ruang
kepada setiap penggunanya untuk meluaskan rakaian hubungan ke serata dunia. Tambahan pula,
kemudahan komunikasi melalui teknologi maklumat adalah penting dalam aspek keselamatan diri.
Hal ini kerana penggilan kecemasan dan perkongsian lokasi boleh dilakukan dengan mudah jika
mangsa berada dalam situasi kecemasan atau diancam keselamatannya. Peribahasa Melayu
berkata, lain dahulu lain sekarang yang bermaksud cara komunikasi dahulu berbeza jika
dibandingkan dengan sekarang. Izharnya, penguasaan teknologi maklumat akan memudahkan
komunikasi antara satu sama lain tanpa mengira jarak dan waktu

Faedah lain yang akan diperoleh sekiranya golongan remaja menguasai teknologi maklumat adalah
menambah pendapatan diri. Dalam kegawatan ekonomi yang tidak menentu penjanaan pendapatan
sampingan menjadi suatu perkara yang lazim dan pentting untuk dilakukan oleh masyarakat hari ini.
Dengan menguasai teknologi maklumat, golongan remaja boleh  menceburi bidang perniagaan
secara atas talian dan membantu keluarga atau ibu bapa untuk menjana pendapatan sampingan.
Sebagai contoh, keluarga anda memiliki perniagaan kek dan pastri. Anda boleh membantu
perkembangan perniagaan tersebut menggunakan hujung jari dengan membuka laman sosial bagi
tujuan promosi dan pemasaran. Selain itu, aplikasi penghantaran seperti FoodPanda dan GrabFood
dapat digunakan sekiranya anda menguasai penggunaan teknologi maklumat dan mengadaptasi
sistem tersebut dalam perniagaan milik keluarga. Secara tidak langsung, anda telah menguasai dua
bidang dalam satu pekerjaan iaitu teknologi dan perniagaan. Persis kata peribahasa jika tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Kesimpulannya, pelbagai faedah yang akan diperoleh sekiranya golongan remaja menguasai
teknologi maklumat. Kini ia terserah kepada para remaja sama ada ingin memanfaat sebaik-baiknya
atau tidak dalam perkembangan teknologi hari ini. Usaha ini juga wajar disokong oleh kerajaan
dalam melaksanakan pendidikan berteraskan teknologi seperti program internet untuk sekolah
bestari serta menggalakkan penceburan teknologi maklumat dalam setiap industri ekonomi dalam
negara. Setiap pihak seharusnya bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam
memanfaatkan teknologi maklumat dalam setiap segi kehidupan mahupun pekerjaan. Para remaja
pula seharusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai teknologi maklumat
kerana laut yang ditimba tidak akan kering. Semoga generasi muda di negara ini menjadi generasi
yang berjaya dalam memacu negara ke arah kemajuan dan progesif yang berkekalan di samping
mengutamakan perkembangan teknologi dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Kelak
kemampuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang digunakan masyarakat dan
negara menjadikan Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju dari negara luar

KESAN DAN MANFAAT TEKNOLOGI BESERTA CONTOH

kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk
mencari maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka
boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan
kadar segera. Alat Komunikasi Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang
sangat efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan
manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan
dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung dengan
sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e- mel dengan perbualan
menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada
pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting) untuk mencari dan
menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar- tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama.
Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.
Pelajar juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik
yang mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan
kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi
komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing- masing dengan
menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh, pelajar Sabah atau
Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat menghubungi keluarga mereka
dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih menjimatkan wang. Hiburan Terdapat
pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton
drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan
perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.dailymotion.com Selain
daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan
pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga
berkenalan dengan kawan- kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan
pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu
mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika. Penjimatan kos dan masa secara tidak
langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos
pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke
antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan
penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet
protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa.
Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli
buku. Mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul dan relevan.
Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak membebankan pelajar mahupun
mengganggu pembelajaran mereka. e-learning ia juga dapat membantu pelajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran.
Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk
membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik
dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan
matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk
mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara
pembelajaran konvensional
penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadibiran
negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti
internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa
tercinta. Penguasaan Bahasa kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan
penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa
inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di zaman
melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk
menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung
dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang dijalankan samada di dalam negara
mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang bermaksud ‘untuk
menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai bahasa yang
utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman
sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan
membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan
ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan
baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan
sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan
pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan
keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian.
Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam
bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana
pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap kesalahan membolehkan
anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang akan datang, melalui
internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat.dibuktikan dengan
peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian
mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun
sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan
dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan
bahasa inggeris di kalangan pengguna. Pengiklanan Internet dijadikan alat untuk mengiklan
produk atau acara, aktiviti untuk sesebuah pelajar. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih
berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini mereka mudah untuk
menjana pendapatan, malah tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja dan mengiklankan
sesuatu aktiviti masyarakat.

STATISTIK SPM 2022 SEMASA COVID 19

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, adalah
yang terbaik dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin .

Radzi berkata, pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017)
dan 5.05 (2016).
“Data ini menunjukkan pencapaian calon adalah lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding
tahun 2019. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Analisa ini adalah berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya
enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Trend GPN untuk 2016 hingga 2020 menunjukkan, tahun 2020 adalah yang terbaik dalam
tempoh lima tahun,” katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi, dia berkata jurang pencapaian antara calon
bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada 2019.

Radzi berkata, pencapaian calon di bandar dan luar bandar pada tahun 2020 mencatatkan
peningkatan berbanding tahun 2019, namun peningkatan pencapaian calon luar bandar
adalah lebih tinggi berbanding calon di bandar.

Dia berkata, pencapaian calon di bandar pada tahun 2020 adalah 4.68 berbanding 4.70
pada 2019, manakala pencapaian calon luar bandar meningkat kepada 5.06 pada tahun
2020, berbanding 5.14 pada 2019
Family Link & pengawasan ibu bapa
Apl Family Link Google direka bentuk untuk membantu anda menetapkan peraturan
asas dan membimbing pengalaman anak anda semasa mereka menerokai Internet.
Anak anda akan menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga Google anda
(https://g.co/YourFamily), yang boleh anda gunakan untuk berkongsi perkhidmatan
Google dengan anak anda dan maksimum empat ahli keluarga yang lain. Anda akan
dapat menambahkan ibu/bapa lain kemudian untuk membantu anda mengawasi
akaun anak anda. Ibu bapa boleh menggunakan Family Link untuk melakukan
perkara seperti:

 Menetapkan had masa skrin pada peranti Android atau ChromeOS anak
anda;

 Melihat lokasi peranti Android anak anda yang telah dilog masuk dan aktif;

 Meluluskan muat turun dan pembelian anak anda pada Google Play dan
Stadia atau mengehadkan keterlihatan kandungan berdasarkan rating
kematangan;

 Membantu anak anda memilih jenis aktiviti yang dapat disimpan dalam
Google Account mereka dan cara aktiviti itu boleh digunakan untuk
memeribadikan pengalaman mereka;

 Mengurus tetapan seperti SafeSearch untuk Google Search;

 Menyemak kebenaran apl anak anda, seperti akses mikrofon, kamera dan
kenalan pada Android dan ChromeOS;

 Menukar kandungan, akses dan tetapan lain untuk pengalaman YouTube


(jika tersedia), termasuk YouTube dan YouTube Kids.

Walaupun kawalan ibu bapa Family Link dapat membantu anda mengawasi dan
mengurus pengalaman anak anda, ada batasan yang harus anda ingat:

 Walaupun banyak kawalan ibu bapa Family Link dapat diurus di web
(https://g.co/YourFamily), anda memerlukan apl Family Link pada Android
(https://g.co/FamilyLink/Android) atau iOS (https://g.co/FamilyLink/iOS) untuk
mengurus ciri tertentu seperti had masa skrin.

 Tetapan seperti SafeSearch, sekatan laman web Chrome dan penapis Play
Store dapat membantu anda mengehadkan akses kepada kandungan yang
tidak sesuai, tetapi tetapan tersebut tidaklah sempurna. Walaupun kawalan ini
dihidupkan, anak anda mungkin masih dapat mengakses kandungan yang
ingin anda jauhkan daripada mereka.

 Kelulusan ibu bapa tidak diperlukan apabila anak anda memuat turun semula
apl atau kandungan lain yang telah diluluskan sebelumnya, memasang
kemaskinian pada apl (walaupun kemaskinian yang menambah kandungan
atau meminta data mahupun kebenaran tambahan) atau memuat turun
kandungan yang dikongsi daripada Pustaka Keluarga Google Play anda.

 Sesetengah ciri Family Link mempunyai ketersediaan terhad, dan


memerlukan tetapan dan keadaan tertentu agar dapat berfungsi. Sebagai
contoh, penyekatan apl hanya tersedia apabila anak anda log masuk ke
peranti Android atau ChromeOS yang serasi, dan melihat lokasi peranti anak
anda pada apl Family Link hanya tersedia apabila peranti Android mereka
dihidupkan dan disambungkan kepada Internet.

Pendahuluan Dasawarsa ini, perkembangan teknologi telah mengubah cara hidup masyarakat
konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta. Kelahiran gajet-gajet seperti
komputer dan telefon pintar menerima impak yang besar daripada setiap golongan manusia sama
ada untuk kegunaan peribadi atau organisasi syarikat. Teknologi maklumat boleh didefinisikan
sebagai penggunaan sistem komputer dan telekomunikasi untuk menyimpan, mengambil, melindung,
memproses, melihat dan menghantar maklumat tanpa batasan waktu dan tempat. Seperti semua
ciptaan manusia, tiada apa yang sempurna. Begitu juga dengan teknologi maklumat dimana terdapat
kesan yang negatif dan positif terhadap penggunaannya. Oleh itu, mustahak untuk kita mempelajari
dan menguasai teknologi ini supaya dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Golongan remaja
dan kanak-kanak yang merupakan tunjang masa hadapan nusa dan bangsa seharusnya menguasai
teknologi maklumat selaras dengan perkembangannya agar faedah-faedah yang mampu diperoleh
dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Isi 1

Antara faedah dalam menguasai teknologi maklumat adalah meningkatkan


pengetahuan am dalam kalangan para remaja. Mutakhir ini, generasi muda tidak
gemar atau ambil peduli terhadap isu-isu semasa atau maklumat terkini dek kerana
lebih gemar bermain permainan video dan leka dengan rancangan-rancangan
hiburan. Remaja seharusnya bersikap cakna dengan perkembangan isu-isu semasa
yang berlaku secara domestik mahupun antarabangsa. Isu yang berat seperti
perkembangan politik, pengurusan kewangan dan masalah kesihatan lazimnya tidak
mendapat perhatian daripada golongan ini. Tetapi dengan perkembangan teknologi
maklumat seperti media sosial, segala maklumat boleh diperoleh dengan pantas
tanpa mengira sempadan waktu dan tempat. Penularan berita juga adalah lebih
pantas sekiranya dimuat naik ke laman sosial yang menjadi lubuk informasi terkini.
Pengetahuan am ini adalah penting supaya golongan remaja mengenali dan
mengetahui hak mereka serta dapat memberikan pendapat atau solusi berkenaan
isu-isu semasa yang membuatkan negara asing bergolak. Tambahan pula, mereka
dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara lain dan tidak
mengulangi kesilapan yang sama di negara ini. Intihannya, dengan mempelajari
teknologi maklumat, ia membantu melahirkan golongan remaja yang
berpengetahuan luas dan tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung.

Isi 2

Di samping itu, teknologi maklumat dapat membantu memperkasa kemahiran diri


golongan remaja. Dalam mendepani arus modenisasi hari ini, kebanyakan di antara
kita terutamanya para remaja harus menguasai lebih daripada satu kemahiran untuk
kekal relevan dalam apa jua bidang pekerjaan. Hal ini demikian kerana skop
pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini memerlukan pekerja yang berkemahiran
tinggi dan pelbagai. Misalnya, kemahiran berkomunikasi dan pembawaan imej diri
telah menjadi kriteria utama bagi penilaian dalam perkembangan karier pada masa
hadapan. Maka, golongan remaja boleh mempelajari kemahiran di luar bilik darjah
melalui aplikasi penstriman video seperti Youtube. Selain itu, golongan remaja juga
perlu membudayakan pengadaptasian penggunaan teknologi dalam kehidupan
harian kerana segala aspek kehidupan pada masa akan datang akan dipenuhi
dengan teknologi yang lebih mudah dan efisien untuk diuruskan. Sejajar dengan
perkembangan teknologi yang pantas, remaja juga harus bijak menambah
kemahiran lain supaya menjadi nilai tambah kepada diri apabila ingin memulakan
karier pekerjaan.

Isi 3

Pada masa yang sama, penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan
komunikasi sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Kewujudan aplikasi
teknologi seperti Whatsapp telah mengubah cara komunikasi manusia di mana
panggilan suara melalui telefon kini telah ditambah baik dengan panggilan video.
Anda dapat bersua muka dalam masa sebenar dan berkomunikasi dengan lebih
baik. Perhubungan jarak jauh telah menjadi kelaziman masyarakat dan ini
membantu proses globalisasi yang perlu diterima dan dimanfaatkan oleh para
remaja khususnya. Kelahiran aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan
Instagram telah membuka ruang kepada setiap penggunanya untuk meluaskan
rakaian hubungan ke serata dunia. Tambahan pula, kemudahan komunikasi melalui
teknologi maklumat adalah penting dalam aspek keselamatan diri. Hal ini kerana
penggilan kecemasan dan perkongsian lokasi boleh dilakukan dengan mudah jika
mangsa berada dalam situasi kecemasan atau diancam keselamatannya.
Peribahasa Melayu berkata, lain dahulu lain sekarang yang bermaksud cara
komunikasi dahulu berbeza jika dibandingkan dengan sekarang. Izharnya,
penguasaan teknologi maklumat akan memudahkan komunikasi antara satu sama
lain tanpa mengira jarak dan waktu.

Isi 4

Faedah lain yang akan diperoleh sekiranya golongan remaja menguasai teknologi
maklumat adalah menambah pendapatan diri. Dalam kegawatan ekonomi yang tidak
menentu penjanaan pendapatan sampingan menjadi suatu perkara yang lazim dan
pentting untuk dilakukan oleh masyarakat hari ini. Dengan menguasai teknologi
maklumat, golongan remaja boleh  menceburi bidang perniagaan secara atas talian
dan membantu keluarga atau ibu bapa untuk menjana pendapatan sampingan.
Sebagai contoh, keluarga anda memiliki perniagaan kek dan pastri. Anda boleh
membantu perkembangan perniagaan tersebut menggunakan hujung jari dengan
membuka laman sosial bagi tujuan promosi dan pemasaran. Selain itu, aplikasi
penghantaran seperti FoodPanda dan GrabFood dapat digunakan sekiranya anda
menguasai penggunaan teknologi maklumat dan mengadaptasi sistem tersebut
dalam perniagaan milik keluarga. Secara tidak langsung, anda telah menguasai dua
bidang dalam satu pekerjaan iaitu teknologi dan perniagaan. Persis kata peribahasa
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Anda mungkin juga menyukai