Anda di halaman 1dari 2

Isu dan Sisa Domestik di Pasar Tani Jitra, Kedah

Masalah pembuangan sampah ini tiada penghujungnya kerana ini adalah terhasil daripada

perbuatan manusia sendiri. Manusia merupakan punca dengan mengasilkan sampah-sampah

ini secara setempat mahupun di kawasan yang berhampiran dengannya. Namun, disini kami

hanya memfokuskan kajian lapangan di Pasar Tani Jitra, Kedah. Pihak Berkuasa Tempatan

ataupun Majlis Daerah Kubang Pasu mestilah mengambil langkah yang proaktif bagi

mecegah hal ini terus berlaku dengan lebih meruncingkan.

Dengan ini kami mendapati satu idea yang dapat diklafikasikan sebagai satu sistem yang

sistematik dalam mengekang masalah ini menjadi lebih serius. Antara langkahnya adalah

dengan mengasingkan peniaga-peniaga yang berlainan jualan ataupun variasi produk.

Sebagai contoh, mengasingkan jualan basah dan kering, seperti jualan sayur-sayuran, ikan,

dan barangan seperti bawang cili dan sebagainya. Dengan mengasingkan peniaga-peniaga ini

mengikut produk jualan mereka dapat membuatkan sistem pemantauan dijalankan.

Selain itu, merujuk langkah pengasingan di atas ini dapat menguatkuasakan lot-lot

perniagaan dengan membuat pemantauan berdasarkan warna-warna lot yang telah dibuat.

Sebagai contoh dengan melabelkan warna merah pada lot peniaga barangan basah, manakala

malabelkan warna kuning kepada peniaga barangan kering. Secara tidak langsung PBT

ataupun MDKP dapat menjalankan pemantuaan dengan cekap dan sempurna dari mana

datangnya sampah dan dapat mengesan peniaga-peniaga yang tidak mempunyai kesedaran

dalam diri mereka.

Disamping itu, pihak berkuasa boleh untuk menyediakan tong sampah yang bersaiz besar

mengikut purata sampah yang diperoleh pada hari tersebut. Dengan melabelkan tong sampah

yang bewarna merah ataupun kuning mengikut warna-warna lot yang telah di labelkan. Tong

sampah ini boleh diletakkan di setiap lorong-lorong bagi menjadikan pembungan sampah
secara cekap dan juga mudah. Malah pemantauan secara berkalah amat diperlukan bagi

proses pembuangan sampah ini dijalankan secara lancer dan efektif. Mahupun begitu, MDKP

boleh mengenakan tindakan ataupun denda yang sewajarnya jika berlaku pembuangan

sampah di kawasan lot bewarna ataupun tapak kawasan meraka berniaga. Ini dapat memupuk

rasa menjaga kawasan mereka berniaga secara umum dan secara khususnya menjaga tapak

lot perniagaan mereka secara tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai