Anda di halaman 1dari 2

Karangan Lengkap

Saudara Pengerusi Majlis, Presiden Persatuan Belia Senayan, Ahli-ahli Jawatankuasa,


dan hadirin sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan ahli-ahli
persatuan kepada saya untuk memberikan ceramah berkaitan usaha yang perlu kita
ambil untuk memajukan sektor pertanian di negara ini. ita maklum bahawa pada masa
ini kerajaan memang memberikan tumpuan yang lebih terhadap usaha untuk
mengetengahkan imej kita sebagai sebuah negara pertanian yang maju dan dikenali di
peringkat antarabangsa. alau sebelum ini kita giat berusaha dalam sektor industri dan
meminggirkan sektor pertanian, maka kini keadaan berubah. !ni disebabkan kerajaan
sendiri sedar bahawa kita mempunyai kelebihan dalam sektor ini dan sektor pertanian
juga ada sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi negara.
Saudara dan saudari sekalian,
Sektor pertanian amat erat kaitannya dengan bioteknologi kerana hasil kajian dan
penyelidikan dalam bidang ini dapat membantu kita memajukan sektor pertanian.
Sebagai contoh, teknologi pembiakbakaan membantu pakar bidang pertanian
menemukan baka tanaman atau ternakan yang bermutu. "anpa kajian dan penyelidikan
dalam bidang ini, kita akan terikat kepada baka lama yang tidak lagi kompetiti# dari segi
hasil. "ernakan kacukan, seperti kacukan antara kambing tempatan dengan biri-biri dan
kajian kesesuaian ternakan rusa dan burung unta contohnya membawa dimensi baharu
kepada sektor pertanian di negara kita. $leh itu, pengetahuan kita dalam bidang
bioteknologi perlu ditingkatkan. Anda yang mempunyai kelulusan dalam bidang yang
berkaitan sebenarnya dapat membantu.
%i negara kita, walaupun jentera telah digunakan dalam kerja-kerja pertanian, tetapi
belum lagi meluas dan menyeluruh kerana sesetengah ladang, tenaga buruh masih
banyak digunakan. &al ini juga perlu diberikan perhatian. 'ntuk mengurangkan kos
buruh dan memastikan pengusahaan ladang lebih ekonomik, penggunaan mesin amat
penting. Mesin dapat mempercepat kerja disamping dapat menjamin pengekalan mutu.
Mesin hendaklah digunakan pada semua peringkat pengusahaan, iaitu daripada
peringkat pembajakan tanah sehinggalah kepada pemprosesan hasil. Masalah yang
berpunca daripada kelemahan dan kecuaian manusia dapat dielakkan dengan
penggunaan mesin dan dengan ini hasil daripada sektor pertanian kita akan bertambah
baik.
Saudara dan saudari yang saya kasihi,
Sebagaimana yang kita ketahui, di negara ini masih banyak lagi kawasan tanah terbiar.
Pada hemat saya, jika tanah ini terus dibiarkan, maka ini merupakan satu pemba(iran.
$leh hal yang demikian, langkah drastik perlulah diambil agar kawasan tanah tersebut
dapat memberikan man#aat. &adirin yang masih belum mempunyai pekerjaan, jika
berminat untuk mengusahakannya bolehlah menemui kami di Jabatan Pertanian agar
kita dapat mengadakan perbincangan tentang cara menebus guna tanah tersebut. ami
yakin bahawa sebahagian besar daripada kawasan itu masih boleh digunakan untuk
tanaman tertentu yang bersesuaian dengan keadaan tanah. Sesetengah kawasan
tersebut juga sesuai untuk ternakan haiwan, seperti lembu dan kambing, di samping
untuk ternakan ikan air tawar.
Satu lagi usaha yang tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan lagi usaha
memajukan kegiatan hiliran sektor pertanian. )ang saya maksudkan dengan kegiatan
hiliran dalam konteks ini ialah usaha mengeluarkan produk akhir daripada sesuatu
keluaran pertanian. Sebagai contoh, getah dapat menghasilkan pelbagai jenis produk
yang mempunyai pasaran, bukan sahaj daripada susunya, malah daripada batang dan
daunnya. eluaran pertanian lain, seperti kelapa, nanas, koko, kekacang, dan lain-lain
harus dikaji dan diselidiki agar hasil hiliran yang pelbagai dapat ditemukan. Jika hal ini
dapat dilakukan, bererti kita bukan sahaja dapat menjual keluaran tersebut sebagai
bahan mentah, tetapi juga sebagai hasil industri berasaskan pertanian.
Saudara dan saudari sekalian,
%alam apa-apa juga perniagaan , aspek pemasaran merupakan sesuatu yang tidak
boleh dipandang remeh. %alam hal ini, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk
mempercekap pemasaran hasil-hasil pertanian bukan sahaja sebagai bahan mentah
tetapi juga sebagai hasil industri. Pasaran yang lebih luas mestilah diterokai dan
pasaran janganlah terhad kepada pasaran tempatan, tetapi harus meliputi pasaran
antarabangsa. ita harus mencontohi negara yang sedia maju dalam sektor pertanian,
seperti Australia, *ew +ealand, dan ,hina. *egara-negara tersebut telah menguasai
pasaran dunia dalam produk pertanian tertentu, seperti susu dan buah-buahan awet
kering. emajuan teknologi maklumat dan komunikasi -!,". hendaklah kita man#aatkan
sepenuhnya untuk tujuan ini.
Saudara dan saudari,
alau selama ini kita memandang negati# terhadap sektor pertanian kerana hasilnya
yang kurang lumayan dan kerja pengusahaannya yang lebih bersi#at pekerjaan kolar
biru, kini sikap tersebut mesti diubah. ita mestilah yakin akan keupayaan sektor ini
dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan memberikan sokongan yang
sepenuhnya kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kemajuan sektor ini. Saya
yakin, pihak swasta juga akan tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan.
Sebagai akhir kata, saya berharap agar ceramah saya ini memberikan semangat
kepada anda untuk menceburi bidang ini dan yakin bahawa usaha yang bersungguh-
sungguh akan membuahkan kejayaan. Sekian, sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai