Anda di halaman 1dari 11

DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD FAQIH PAUZI IDZRUL AIZAT IDRIS ILYANA KAMARUDDIN SITI KHAIRANIE BADURDDIN

DEFINISI KEPIMPINAN :
Terjemahan Satu proses bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat organisasi dan memimpin organisasinya ke satu arah yang lebih bersatu padu.

(Kenneth Boulding : 2005)

PENGENALAN

Kempen Dasar Kepimpinan Melalui Teladan(KMT) telah dirasmikan pada 19 Mac 1983 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Kepimpinan Melalui Teladan adalah satu cara memimpin melalui contoh teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin ,sehingga orang yang dipimpinnya mahu mematuhi dan melaksanakan apa yang dikehendaki oleh pemimpin secara sukarela dan bukan secara paksaan. KMT adalah satu dasar baru kerajaan bertujuan untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan berkesan agar dapat dijadikan contoh teladan dan ikutan oleh orang bawahan khususnya kakitangan kerajaan.

MATLAMAT DAN

TUJUAN

Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifatsifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Kepimpinan Melalui Teladan adalah satu dasar yang bertujuan mengubah sikap untuk mencapai dan memperkukuhkan nilainilai bagi mempertingkatkan etika kerja dan daya pengeluaran negara. Ia selaras, seimbang den berdamping dengan dasar-dasar lain seperti Dasar Pandang Ke Timur, Bersih, Cekap dan Amanah dan penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran.

OBJEKTIF KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Meningkatkan daya pengeluaran dan mewujudkan perkhidmatan kerajaan yang bersih,cekap dan amanah. Meningkatkan hasil kerja Menyedari tanggungjawab kepada negara,bangsa dan agama. Bepegang teguh kepada teras perkhidmatan cemerlang. Mengamalkan perilaku mulia kepimpinan. Menghayati nilai-nilai murni kepimpinan. Menjunjung cita-cita Rukun Negara. Memperkukuhkan nilai-nilai baik bagi meninggikan etika kerja dan daya pengeluaran negara.

menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi , dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya masyarakat amnya mengubah sikap bagi mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara

SIFAT POSITIF SEBAGAI TELADAN

kesederhanaan dalam tindakan dan tuturkata wawasan dan strategi yang jelas berakhlak tinggi bersih hati, fikiran dan tindak tanduk sentiasa memperbaiki diri dan membangunkan diri sendiri berhemah tinggi berwibawa dan tegas dalam melaksanakan tugas

PERJALANAN JENTERA KERAJAAN YANG MENGENDALIKAN KMT

Mengadakan berbagai ceramah,forum, seminar,bengkel dan perbincangan yang bertujuan menimbulkan kesedaran tentang perlunya sifat-sifat kepimpinan yang bernilai tinggi, supaya menjadi contoh dan teladan kepada orang lain. Menerapkan falsafah KMT dalam lain-lain program kerajaan ke arah meningkatkan daya pengeluaran sektor awam termasuklah Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja(KMK). Menganjurkan pameran kepimpinan oleh Arkib Negara Malaysia di peringkat pusat dan negeri. Menerbitkan risalah dan buku mengenai KMT, termasuklah risalah yang bercorak keagamaan.

KEBERKESANAN KMT

Suatu bengkel penilaian KMT telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 1984. Bengkel ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kempen ini setelah dijalankan. Matlamatnya adalah untuk mempertingkatkan aktiviti kempen ini di masa akan datang. Penemuan penting serta penilaian yang dilakukan oleh Institut Tadbiran Awam Negara menunjukkan kakitangan kerajaan dan rakyat keseluruhan berpendapat bahawa mutu perkhidmatan kerajaan bertambah baik sejak kempen ini dijalankan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGURANGKAN KEBERKESANAN KMT

1)Tidak tahu menjalankan kerja dan tidak mempunyai keyakinan diri. 2) Peragai yang sombong 3)Mementingkan diri sendiri 4)Takut mendapat saingan dari golongan bawahan

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai