Anda di halaman 1dari 10

KUMPULAN 7

NAMA KUMPULAN :

- SITTI AISYAH BINTI SHARDI


-BALQIS SYAHIDAH BINTI SUFIAN
Soalan :
Rendahnya integriti individu adalah
disebabkan sikapnya . Dalam hal
ini,institusi keluarga berperanan untuk
membentuk nilai integriti seseorang
individu.Bincangkan.
-Bentuk:Terbuka
-Format:2+3@3+2
-Isu:Integriti
-Kehendak soalan 1:Punca rendahnya integriti
individu.
-Kehendak soalan 2:Peranan keluarga untuk
membentuk nilai integriti seseorang individu.
~Sikap yang menyebabkan rendahnya
integriti individu:

1.Kelemahan individu
2.Etika kerja lemah
3.Tekanan hidup
4.Tidak nampak kelemahan diri sendiri
5. Tamak
~Peranan institusi keluarga dalam membentuk
nilai integriti seseorang individu:
1.Memberikan didikan agama dan moral
2.Mengawasi perlakuan dan memantau
kegiatan anak-anak
3.Sebagai suri teladan kepada anak-anak
Integriti bermaksud amalan bersikap jujur dan menunjukkan
kepatuhan tanpa kompromi.Rendahnya integriti individu adalah
disebabkan sikapnya.Oleh itu,peranan institusi keluarga penting bagi
membentuk nilai integriti seseorang individu.

Punca rendahnya integriti seseorang adalah tidak nampak kelemahan


diri sendiri.Hal ini demikian kerana,apabila rasa ego meninggi maka
seseorang itu akan memiliki sifat ini.Oleh itu,selalunya mereka yang
begini suka meletakkan kesalahan pada orang lain.Ini akan
menyebabkan suasana kelompok yang tidak harmoni dan tidak kuat
ikatan sesama ahli dalam kumpulan.Seseorang yang bersifat begini
sebenarnya susah untuk berubah.
Punca rendahnya integriti seseorang adalah kurang pendidikan dan
penghayatan nilai-nilai murni.Hal ini demikian kerana,individu yang kurang
pendidikan ini akan melakukan sesuatu perkara mengikut rasa hati sahaja.Individu
ini sudah tentu tidak terdedah dengan sesuatu kaedah formal untuk memahami
tentang integriti.Oleh itu,pendidikan sebenarnya bukan sahaja tentang akademik
tetapi memahami bagaimana untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum juga
perlu.

Punca rendahnya integriti seseorang adalah etika kerja lemah.Hal ini dikatakan
demikian kerana,seseorang yang beretika kerja yang lemah akan menyalahguna
kuasanya untuk kepentingan peribadi dan juga sanggup mengamalkan rasuah.
Selalunya mereka ini akan menggunakan budi bicara tanpa kawalan dan
penyeliaan.Sebagai contoh,seseorang individu akan mudah datang lambat kerana
tidak ada tindakan yang dibuat.
Peranan institusi keluarga dalam membentuk integriti seseorang individu ialah
mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak.Ibubapa harus
memastikan anak -anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk
akhlaknya.Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat
pemantauan yang rapi daripada ibubapa.Sebagai contoh,mengambil tahu
tentang perkembangan anak- anak dalam pelbagai aspek.

Peranan institusi keluarga dalam membentuk integriti seseorang individu


ialah memberi didikan agama dan moral.Pegangan agama serta nilai moral yang
kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda.Kualiti
ini akan melahirkan ibubapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas
membangunkan rumah tangga yang efektif.Sebagai contoh,mampu mewujudkan
persefahaman dan perasaan bertolak ansur dalam keluarga.
Kesimpulannya,integriti sangat penting dan ianya
merupakan sesuatu yang dikehendaki oleh agama islam.Ia
dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam
urusan pekerjaan,penyalahgunaan
kuasa dan rasuah.
Thank You

Anda mungkin juga menyukai