Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH ISLAM (STPM / SEM.

2)
TEMA 1; MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN
PERHUBUNGAN LUAR

1.2 Masyarakt Islam


M/S

1. Usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam 2


mengukuhkan konsep ummah di Madinah
2. Golongan baru dalam masyarakat Islam pada zaman Khulafau al 4
Rasyidin.
3. Peranan golongan Muhajirin dan Ansar dalam mengukuhkan negara 5
Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w
4.
SOALAN 1 ; USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMAD S.A.W
DALAM MENGUKUHKAN KONSEP UMMAH DI MADINAH.

Pendahuluan

• Ummah dari segi bahasa bermaksud masyarakat, dalam konteks masyarakat di Madinah. ia . 1
merujuk kepada warga Madinah yang berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.» ,
sepanjang era pemerintahan Baginda s.a.w. selama 10 tahun.

• Di Madinah, Baginda s.a.w. berhadapan dengan pelbagai kaum dan agama, iaitu kaum Muhajim 1
dan Ansar yang mewakili golongan Islam dan kaum Yahudi yang mewakili golongan bukan Islam
Sebagai pemimpin negara, Nabi Muhammad s.a.w. bertanggungjawab niengukuhkan konsep
ummah dengan menyatukan masyarakat Islam dan bukan Islam, agar tidak timbul sikap curigj
mencurigai antara satu sama lain.

(si-isi penting

a) Menghapuskan semangat assabiyah

• Usaha ini dilakukan bagi menghapuskan fahaman perkauman dalam kalangan warga Madinah
yang boleh merosakkan usaha ;^nyatuan daJam kalangan masyarakat. Baginda s.a.w telah bertindak
menyatukan golongan Aus dengan Khazraj melalui konsep persaudaraan dan penerapan iman
sesama mereka. ^nyatuan mejalui konsep yang diperkenalkan berjaya menyelesaikan pertelingkahan
sesama Atfs^engan Khrtzraj yang telah menyebabkan berlakunya peperangan yang tidak
berkesudahan.

• Penyatuan sesama orang Islam dipei^ukuhkan jagj dengan tindakan Baginda s.a.w.
nienipersaudarakan golongan Ansar dengan golongan Muhajirin yang bukan sahaja
mengeratkan hubungan. malah dapat mr ngukuhkan umaft Mam dari segi politik mahupun ekonomi
umat Islam di Madinah.

• Penghapusan fahaman ini dapat menguki'hkan konsep ummah. Terbukti apabila semua warga
Madinah kini menerima Baginda s.a. /- sebagai pemimpin mereka, iaitu sesuatu di luar kebiasaan
masyarakat Arab yang menerima orang luar sebagai pemimpin mereka.

b) Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah

• Piagam Madinah yang digubal ini mengaiklungi 47 perkara dengan mengandungi beberapa perkara
utama yang boleh niengukuhkan masyarakat atau ummah di Madinah, iaitu aspek kepemimpinan,
tanggungjawab orang Islam, hak orang bukan Islam dan tanggungjawab bersama dalam
kalangan warga Madinah.

• Fasal kepemimpinan menjelaskan setiap warga Madinah wajib akur akan kepemimpinan Nabi
Muhammad s.a.w., dan sebarang permasalahan boleh diajukan kepada Baginda s.a.w. Manakala
fasal berkaitan tanggungjawab orang-orang Islam telah membawa kepada penyatuan sesama

sesama mereka.

• Bagi golongan bukan Islam, mereka diberikan hak kebebasan beragama dan bersuara sekaligus
menunjukkan golongan bukan Islam diberikan hak yang sewajarnya dan negara Islam tidak bersikap
prejudis terhadap golongan bukan Islam.
• Berhubung tanggungjawab bersama pula, setiap warga Madinah mempunyai kewajipan
mempertahankan negara seandainya negara diancam oleh musuh dan dilarang sama sekali
bersekongkol dengan musuh. Fasal ini jelas menggambarkan usaha Baginda s.a.w. bagi mewujudkan
masyarakat yang setia terhadap negara dan kepimpinan Baginda s.a.w.

Pelaksanaan amalan syura dalani pemeiinti'

• Merupakan asas penting dalam pemehan negara Islam Madinah, yang bertujuan memholehkan
semua warga Madinah terlibat dalam pemerintahan sekaligus menolak persepsi Nabi Muhammad
s.a.w. bersikap berat sebelah dan mendiskriminasikan orang-orang bukan Islam.

• Amalan syura ini adalah hertunjangkan keikhlasan. Setiap warga Madinah tanpa mengira agama
boleh mengemukakan pandangan demi kepentingan bersama, dan setiap keputusan yang dibuat
adalah berdasarkan suara majoriti, dan semua yang terlibat dalam syura harus menerimi dengan
positif.

• Keterbukaan Nabi Muhammad s.a.w. ini juga menggambarkan Baginda s.a.w. bukanlah pemerintah
yang mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik atau berkuasa mutlak.

(d) Pelaksanaan sistem ekonomi Islam

• Pelaksanaan sistem ekonomi ini bertujuan untuk menghapuskan sistem ekonomi jahiliah dan
mewujudkan keadilan dalam masyarakat sekaligus menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi dalam
bidang ekonomi di Madinah.

• Melalui sistem ekonomi Islam, sebarang bentuk penindasan seperti penipuan dan amalan riba
telah diharamkan. Begitu juga dengan pelaksanaan sistem pajak gadai yang diperkenalkan oleh
kaum Yahudi sehingga penduduk Madinah bukan sahaja telah kehilangan harta, malah anak isteri
dicagarkan, telah dihapuskan sama sekali.

• Pelaksanaan sistem ekonomi Islam juga telah membawa kepada pengagihan kekayaan secara
sama rata, berikutan dengan kewajipan pelaksanaan berzakat dalam kalangan umat Islam dan
galakan bersedekah serta mengusahakan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh menampung kehidupan
mereka.

(e) Pengtisiran kaum Yahudi

• Merupakan tindakan yang dilakukan berikutan ketidaksetiaan kaum Yahudi terhadap negara
Islam Madinah berikutan perilaku mereka yang sering meninibulkan huru-hara dalam negara Islam
Madinah.

• Hal ini terbukti dengan sikap Yahudi Bani Qainuqa' yang memperlekehkan kemenangan teiitera
Islam dalam Perang Badar di samping tindakan mereka yang telah menjatuhkan m;iruah seorang
wanita Islam. Begitu juga dengan Yahudi Nabi Nadhir. bertindak merancang iintuk membunuh Nabi
Muhammad s.a.w, Akibat perbuatan sedemikian, kedua-dua kaum Yahudi telah diarahkan keluar
daripada Madinah.

• Hukuman ini jelas tidak menginsafkan golongan Yahudi Bani Quraizah apabila mereka telah
mengadakan pakatan dengan tentera Ahzab yang merancang menyerang kota Madinah. Akibat
tindakan ini, bukan sahaja mereka dihalau keluar daripada bumi Madinah, malah semua lelaki
dewasa telah dijatuhkan hukuman bunuh. Pengusiran kaum-kaum Yahudi jelas telah
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga Madinah kerana sebelum ini jelas perilaku Kaum ini
umpama musuh dalam selimut.

Kesimpulan
• Kejavaan Nabi Muhammad s.a.w. mengukuhkan konsep ummah ini dikaitkan dengan
kebijaksanaan Bagiflda s.a.w. melaksanakan dasar-dasar pemerintahan yang menyeluruh
bersesuaian dengan ciri kepimpinan yang Baginda s.a.w. miliki. Pengukuhan ummah ini juga menjadi
asas kepada pembkan negara yang stabil dan masyarakat yang harmoni dalam kalangan warga
Madinah.

SOALAN 2 ; GOLONGAN BARU DALAM MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AL


RASYIDIN.

Pendahuluan

• Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., era pemerintahan negara dan umat Islam kini diteraji
oleh para khalifah hermula dengan Khalifah Abu Bakar al Siddiq diikuti oleh Umar al Khattab,
Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib selama 29 tahun.

• Sepanjang era pemerintahan kerajaan ini, bukan sahaja agama Islam tersebar meluas bahkan
agama Islam dianuti oleh pelbagai bangsa sehingga wujud kelompok-kelompok baharu di dalan
dan luar Semenanjung Tanah Arab yang dikenali dengan pelbagai nama seperti golongan Mawali Ahl
al Ayyam. Ahl al Qurra, dan Khawarij.

Isi-isi penting

a) Golongan Arab dan bukan Arab

• Pada zaman Khulafa al Rasyidin, golongan Arab nierupakan golongan majoriti dan paling

berpengaruh serta menjadi tulang belakang kepada kerajaan ini. Hal ini terbukti, dengan kesemua
empat orang khalifah zaman ini terdiri daripada bangsa Arab, bermula dengan Abu Bakar. diikuti oleh
Umar al Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

• Begitu juga dengan individu yang memegang jawatan utama dalam kerajaan juga diisi oleh individu-
individu berbangsa Arab seperti Khalid al Walid, Ikrimah bin Abi Jahal, Abu Ubaidah al Jarrah, Saad
bin Abi Waqqas dan lain-lain. Golongan ini merupakan golongan yang diidentitikan sebagai golongan
Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

• Manakala golongan bukan Arab yang diistilahkan sebagai Mawali semakin bertambah dari semasa
ke semasa berikutan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dilakukan khususnya pada
zaman Khalifah Umar al Khattab. Apa yang menariknya golongan ini telah diberikan hak yang sama
sebagaimana orang-orang Arab termasuk jawatan penting seandainya layak.

(b) Golongan al Riddah

• Merujuk kepada golongan yang muncul pada zaman penierintahan Khalifah Abu Bakar al
Siddiq yang bersikap anti-kerajaan Islam dan ajaran Islam. Golongan ini dibahagikan kepada
golongan nabi palsu, enggan membayar zakat, dan murtad, muncul di Yaman, Yamamah, Bahrain.
Oman dan sebagainya.

• Kemunculan golongan ini adalah disebabkan ketidakfahaman terhadap ajaran Islam, muncul semula
semangat assabiyah dan keinginan menandingi populariti Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini
berjaya dihapuskan melalui tindakan ketenteraan berikutan usaha menerusi kaedah diplomasi
menemui jalan buntu.

(c) Golongan Ahl al Ayyam

• Golongan yang dikenali sebagai peneroka, hasil kejayaan tentera Islam membuka wilayah di Iraq,
Syam dan Mesir pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Golongan ini diberikan
amanah untuk mentadbir dan menguruskan wilayah berkenaan termasuk mengutip cukai-cukai
seperti jizyah dan kharaj untuk manfaat negara dan umat Islam.

• Golongan ini terdiri daripada pelbagai suku Arab seperti Bani Syaiban, dan termasuk sama yang
pernah murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar al Siddiq. Jumlah golongan Ahl al Ayyam dikatakan
mencecah 12,000 orang. Antara pemimpin golongan ini ialah al Asytar bin Malik, Hijr bin Adi al Kindi,
dan Yazid bin Qais.

(d) Golongan Ahl al Qurra

• Merupakan golongan yang berasal daripada golongan Ahl al Ayyam, namun yang membezakan
antara kedua-duanya ialah golongan ini tidak pernah terlibat tatkala peristiwa al Riddah atau
pernah murtad. Golongan ini masih diberikan kuasa sebagai pemegang amanah di tanah jajahan
kerajaan Islam sehinggalah Khalifah Uthman bin Affan telah melaksanakan polisi baharu dengan
hanya melantik dalam kalangan keluarga Bani Umaiyah sebagai pentadbir di wilayah berkenaan.

• Dasar sedemikian telah menyebabkan golongan ini memberontak dan dikatakan bertanggungjawab
terhadap kes pembunuhan Khalifah Uthman. Golongan ini juga telah memberikan sokongan kuat
kepada Khalifah Ali bin Abi Talib terutama dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.

(e) Golongan Khawarij

• Merupakan golongan yang muncul pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib dan asalnya merupakan
penyokong kuat kepada Khalifah Ali. Namun golongan ini inula memisahkan diri daripada penyokong
Khalifah Ali berikutan tindakan yang menerima perdamaian yan" disyorkun oleh tentera Muawiyah bin
Abu Sufyan dalam Perang Siffin.

• Kemuncak penentangan golongan ini ialah selepas berlakunya peristiwa Tahkim. Apabila golongan
pelampau ini telah mengisytiharkan akan akan membunuh tiga orang individu yang terlibat
dengan Majlis Tahkim ini iaitu Khalifah Ali sendiri, Muawiyyah dan Amru al As . Sikap pelampau
golongan ini jelas apabila turut mengisytiharkan halal menihunuh individu yang menolak
perjuangannva. Malah. individu daripada golongan inilah, Abdul Rahman bin Maljam, yang
bertanggungjawab membunuh Khalifah Ali dan menamatkan pemerintahan kerajaan Khulafa al
Rasyidin.

Kesimpulan

Kemunculan pelbagai golongan baharu dalam masyarakat Islam mencerminkan bahawa agama
Islam ini bersifat universal, sesuai untuk semua masyarakat tanpa mengjra bansa. keturunan dan
sempadan negara. Pun begitu. di sebalik perkembangan agama Islam ini, ,kemunculan golongan
baharu telah menimbulkan konflik dengan pihak pemerintah disebabkan politik yang diamalkan
tidak sehaluan dengan apa yang mereka anuti sehingga berlakunya perang saudar atau pertumpahan
sesama umat Islam bermula dengan Perang Jamal diikuti dengan Perang Siffin.

SOALAN 3; PERANAN GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR DALAM


MENGUKUHKAN NEGARA MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Pendahuluan

Umat Islam di Madinah terdiri daripada dua golongan utama iaitu golongan Muhajirin dan Ansar.
Mereka sentiasa mfefiyokong perjuangan nabi dan sanggup mempertahankan Islam.

( Golongan Muhajirip merupakan tyyarga asal kota Makkajy dan dikenali sebagai masyarakat
Quraisy. Mereka merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam. Golongan ini
kemudiannya berhijrah ke Madinah kerana penentangan oleh kaum musyrikin Makkah. Di Madinah
mereka digelar sebagai Muhajirin.
Golongan Ansar merupakan warga asal Madinah, terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang
menganut Islam hasil pertemuan mereka dengan Nabi Muhammad SAW di Makkah melalui
Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Terdapat juga orang Parsi dan Yahudi Madinah yang telah
memeluk Islam dan dianggap sebahagian daripada golongan Ansar.

4. Penduduk Madinah selepas kedatangan Islam terdiri daripada orang Islam (Ansar dan Muhajirin),
kaum Yahudi, munafiqin dan musyrikin.

Isi-isi utama

A. Peranan golongan Muhajirin

1. Membantu nabi dalam bidang pentadbiran

• Sebahagian golongan Muhajrin menjadi ahli majlis syura tertinggi dan merupakan pembantu utama
Nabi Muhammad SAW dalam jentera pentadbiran negara Madinah. Contohnya. Abu Bakar as-Siddiq.
Umar al-Khattab dan Iain-Iain.

• Mereka turut terlibat dalam penggubalan Piagam Madinah yang merupakan asas perlembagaan
negara Islam Madinah.

2. Mempertahankan agama dan negara ^

• Golongan Muhajirin saling berganding bahu dengan golongan Ansar dalam mempertahankan
agama dan negara Islam Madinah sesuai dengan peruntukan dalam Piagam Madinah. Contohnya
Fasal 18. 19 dan 44.

• Mereka telah memainkan peranan penting dalam ekspedisi-ekspedisi peperangan seperti Perang
Badar, Uhud, Khandak dan Iain-Iain.

• Mereka turut membantu membanteras golongan munafik yang sentiasa berusaha memecah belah
kesatuan umat Islam.

3. Membantu golongan Ansar mendalami agama Islam

• Salah satu sumbangan terbesar golongan Muhajirin ialah membantu nabi dalam menyebarluaskan
kefahaman agama kepada golongan Ansar dan penduduk Madinah yang lain.

• Mereka menjalankan dakwah secara terbuka di Madinah, membina masjid di tengah-tengah kota
Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara aman.

• Contohnya. Mus'ab bin Umair merupakan guru agama dan pendakwah Muhajirin yang berjaya
membantu golongan Ansar mendalami ajaran Islam.

4. Menghapuskan penguasaan ekonomi kaum Yahudi

• Segelinlii golor.gan Muhajirin mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ekonomi
termasuk perniagaan dan perdagangan.

• Pengalaman ini digunakan untuk membantu golongan umat Islam berniaga dan seterusnya berjaya
menghapuskan monopoli kaum Yahudi sejak sekian lama.

• Contohnya, Abdul Rahman bin Auf berjaya membina pasar untuk umat Islam dan seterusnya
memulakan persaingan ekonomi dengan golongan Yahudi.
• Penguasaan ekonomi berjaya memperkasa pengaruh umat Islam di Madinah.

5. Peranan dalam urusan dakwah dan hubungan diplomatik

• Golongan Muhajirin menjadi guru-guru agama dan pendakwah serta mengembangkan agama Islam
ke luar kota Madinah.

• Sebahagian mereka telah dilantik oleh Nabi Muhammad SAW sebagai utusan dakwah dan utusan
diplomatik untuk memperkenalkan Islam kepada para pemimpin dan raja-raja di dalam dan di luar
Semenanjung Tanah Arab, sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara negara luar
berkenaan.

• Contohnya, Amru bin Umayyah menjadi utusan dakwah ke Habsyah, Dahiyah bin Khalifah ke Rom
dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi.

6. Menyumbangkan harta benda

• Mereka sanggup berkorban harta untuk perkembangan Islam dan demi perjuangan
mempertahankan umat dan negara Islam Madinah.

• Contohnya. Saidina Uthman bin al-Affan telah menyumbangkan 100 ekor unta dan 1000 dinar ketika
Perang Tabuk.

7. Mengukuhkan ketenteraan Islam

• Golongan Muhajirin telah menjadi (onggak utama kekuatan tentera Islam dalam m§ngh§d§pi
serangan musuh negara.

• Tokoh-tokoh tentera berwibawa seperti Umar al-Khattab, Hamzah bin Abi Talib, Ali bin Abi Talib,
Khalid al-Walid dan Iain-Iain merupakan pejuang Islam terkemuka dan banyak berjasa dalam
perkembangan Islam dan peluasan kuasa Islam.

• Dalam Perang Uhud. seramai 70 tentsg |||gffl syahid termasuklah Hamzah bin A^ Ta|jt) b saudara nabi.

8. Merealisasikan konsep ummah

• Golongan Muhajirin dan Ansar sanggup menerima antara satu sama lain sebagai saudara
seagama.

• Mereka telah membantu nabi merealisasikan konsep ummah dan ukhuwwah Islamiah.

• Penyatuan ummah ini berjaya mengukuhkan pengaruh dan penguasaan umat Islam di Madinah.

8. Peranan golongan Ansar

1. Menerima dan menyokong perjuangan rtabi

• Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2. mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam
dalam keadaan golongan kafir Makkah menentangnya.

• Golongan Ansar berikrar berjuang bersama-sama nabi.

2. Merintis penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan pelantikan pemimpin negara

• Golongan Ansar mempelawa nabi dan golongan muhajirin meninggalkan kota Makkah yang penuh
penentangan untuk berhijrah Madinah.
• Mereka sanggup melantik nabi menjadi pemimpin utama di Madinah. Sesungguhnya perjanjian
Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa hijrah nabi dan golongan Muhajirin.

• Penghijrahan ini menjadi asas kepada penguasaan politik umat Islam di Madinah. Penghijrahan ini
juga dapat menamatkan penderitaan golongan Muhajirin di Makkah.

3. Membantu menyebarluas Islam.

• Golongan Ansar bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah.

• Proses ini bermula selepas Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 kerasulan. Nabi
Muhammad SAW telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di
Madinah bagi membantu menyebarkan ajaran Islam dengan lebih meluas.

• Mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi
Muhammad SAW dan kaum muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

• Hasil usaha para naqib (pembimbing) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar di
Madinah.

4. Membantu golongan Muhajirin.

• Mereka sudi menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Makkah
dalam keadaan sehelai pinggang sahaja.

• Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal.


makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malahan ada yang sanggup menceraikan salah
seorang isteri bagi membolehkan golongan Muhajirin mengambilnya sebagai isteri.

• Penerimaan golongan Muhajirin sebagai saudara seagama telah membantu Rasulullah SAW
merealisasikan ukhuwwah Islamiah yang dianjurkan oleh Islam.

5. Membantu Nabi Muhammad SAW dalam urusan keagamaan dan pentadbiran.

• Di Madinah, mereka sanggup menerima nabi sebagai pemimpin. Sebahagian golongan Ansar
menjadi ahli majlis syura tertinggi dan membantu Nabi Muhammad SAW dalam jentera pentadbiran.

• Mereka turut terbabit dalam membantu nabi menggubal Piagam Madinah yang merupakan asas
perlembagaan negara Islam pertama.

6. Menjalankan usaha dakwah.

• Sebahagian golongan Ansar menjadi guru-guru agama dan pendakwah serta mengembangkan
agama Islam ke luar kota Madinah.

• Sebahagian mereka telah dilantik menjadi utusan diplomatik untuk memperkenalkan Islam di dalam
dan luar Semenanjung Tanah Arab, sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar.

7. Mempertahankan agama dan negara

• Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan
negara Madinah sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah.

• Mereka telah memainkan peranan penting dalam ekspedisi-ekspedisi ketenteraan seperti Perang
Badar, Uhud, Khandak dan Iain-Iain.
8. Mengukunkan ketenteraan Islam.

• Sebahagian golongan Ansar muncul sebagai tokoh-tokoh pahlawan Islam yang terbilang dalam
menghadapi serangan musuh.

• Antara tokoh tentera berwibawa di kalangan Ansar termasuk Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz.

9. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran.

• Sebagai penduduk tempatan, mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai peperangan jihad.

• Contohnya. Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak (Al-Ahzab).

• Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda dalam menghadapi serangan
musuh dalam siri peperangan seperti Badar, Uhud dan Khandak.

Kesimpulan

1.K.edua dua golongan Muhajirin dan Ansar mempunyai peranan tersendiri mengukuhkan negara
Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

2. Masing-masing memainkan peranan penting yang menjadi gandingan mantap bagi memastikan
kejayaan kepimpinan nabi.

3. Walau bagaimanapun, selepas kewafatan Nabi SAW, peranan golongan Muhajirin lebih terserlah
apabila di kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara Islam
Madinah.

Anda mungkin juga menyukai