Anda di halaman 1dari 18

NAMA : MOHAMAD IKMAL HAKIM BIN MOHAMAD YATIM

KELAS : 6 IBNU MAJAH

1. SOALAN: BANDINGKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT ARAB BADWI DAN HADHARI DI SEMENANJUNG TANAH ARAB PADA
ABAD KE-6 MASIHI

BIL PEMBAHAGIAN ISI HURAIAN

1 PENGENALAN ● Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):Bererti bodoh dan sesat. Definisi jahiliah oleh P.K. Hitti
mengatakan mereka hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu
pengetahuan. Alasannya adalah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai
petunjuk.Ciri-ciri jahiliah (mengikut al-Quran): Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab
suci sebagai petunjuk. Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun. Zaman
masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta zaman masyarakatnya jahil
kerana tidak boleh menulis dan membaca.
● Era/jangka masa zaman jahiliah: Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya
kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar. Sekitar tahun 300M
hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M.
2 ISI PERSAMAAN

1. Struktur Masyarakat
● Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di
bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
● Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah
berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah). Mereka
bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
2. Semangat Assabiyyah
● Mereka ada perasaan setiakawan atau assabiyah yang sentiasa terjalin rapi. Selalu
berlaku peperangan antara kabilah. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan
harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka. Peperangan antara mereka
sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun
disebabkan oleh perkara kecil sahaja. Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan
Rabi’ah.
3. Nilai-nilai sosial
● Nilai-nilai dan norma-norma masyarakat Arab sentiasa bermegah dengan kabilahnya dan
memandang hina terhadap kabilah yang lain.
● Menganggap budaya membunuh, merompak dll sebagai amalan yang mulia
4. Kedudukan wanita
● Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat atau
keluarga. Mereka menanam anak perempuan hidup-hidup .
● Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan
apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi.
5. Kegiatan Ekonomi
● Masyarakat Hadari mengamalkan kegiatan ekonomi Pertanian Selepas Keruntuhan
empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan
ekonomi masyarakat Arab.
● Manakala masyarakat Badwi Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab
merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad,
hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman. Kegiatan
utama Badwi ialah menternak haiwan. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan
biri2. Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang
ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
6. Kepercayaan dan agama
● Amalan dan Kepercayaan utama kaum Hadhari dan Badwi adalah mengamalkan
kepercayaan dan agama wathani. Agama Wathani masyarakat Arab berkembang ke
seluruh pelusuk tanah Arab Utara dan Selatan. Diamalkan majoriti masyarakat Arab.
Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz daripada kayu, batu dan tepung.
Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan.
Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan mudarat.
● Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah
ketika itu terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-berhala ini dimiliki
setiap kabilah misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai
Jeddah. Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala
Zulkhalasah.
PERBEZAAN

1. Petempatan
● Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di
bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
● Keadaan tempat yang berbeza ini mempengaruhi corak kehidupan dan kebudayaan
kedua-dua masyarakat ini.
2. Sosio-Politik
● Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di
bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir). Kabilah yang terkuat akan
diangkat sebagai ketua kota-kota. Sebagai contoh, Bani Hasyim diangkat sebagai ketua
Makkah. Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah
berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat assabiah).
● Manakala masyarakat Arab Badwi tidak mempunyai struktur politik yang jelas kerana
sentiasa hidup secara nomad dan tidak menetap lama dalam sesuatu kawasan bergantung
kepada punca oasis.
3. Aktiviti harian
● Orang Arab Hadhari menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hijrah dan
Ghassan. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua
musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji
tertumpu di Makkah. Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang
dikenali sebagai kafilah. Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan
utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
● Masyarakat arab Badwi sering Melakukan Rompakan. Puak Badwi melakukan rompakan
ke atas kafilah 2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy. Rompakan menjadi pekerjaan
utama dan satu pekerjaan yang mulia.
3 PENUTUP ● Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan
dan kesesatan. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi
dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.
2. SOALAN: BINCANGKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN NABI MUHAMMAD SAW DALAM PEMBENTUKAN UMMAH DI MADINAH.

BIL PEMBAHAGIAN ISI HURAIAN

1 PENGENALAN ● Ummah dari segi bahasa bermaksud masyarakat, dalam konteks masyarakat di Madinah,
ianya merujuk kepada warga Madinah yang berada di bawah kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w sepanjang era pemerintahan Baginda s.a.w selama 10 tahun.

● Di Madinah, Baginda s.a.w berhadapan dengan pelbagai kaum dan agama, iaitu kaum
MUhajirin dan Ansar yang mewakili golongan Islam dan kaum Yahudi yang mewakili
golongan bukan Islam. Sebagai pemimpin negara, Nabi Muhammad s.a.w
bertanggungjawab mengekalkan konsep ummah dengan menyatukan masyarakat Islam
dan bukan Islam, agar tidak timbul sikap curiga-mencurigai antara satu sama lain.

2 ISI 1. Menghapuskan semangat Assabiyah


● usaha dilakukan adalah untuk menghapuskan fahaman perkauman dalam
kalangan warga Madinah yg merosakkan usaha penyatuan kalangan masyarakat
● Mempersaudarakan dua golongan iaitu Aus dan Khazraj melalui konsep
persaudaraan dan penerapan iman sesama mereka.
● Penyatuan diteruskan dengan mempersaudarakan golongan Ansar dengan
golongan Muhajirin bagi mengeratkan hubungan, mengukuhkan umat Islam dari
segi politik dan ekonomi
● Penghapusan fahaman Assabiyah ini berjaya apabila, semua penduduk menerima
Nabi saw sebagai pemimpin .

2. Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah


● Piagam Madinah yang digubal ini mengandungi 47 Fasal dan dalam fasal tersebut
mempunyai pelbagai perkara utama yang mengukuhkan ummah di Madinah, iaitu
aspek kepimpinan, tanggungjawab orang Islam, hak orang orang bukan Islam dan
tanggungjawab bersama dalam kalangan Madinah.
● Fasal menjelaskan semua warga Madinah wajib akur akan kepimpinan Nabi
MUhammad saw dan sebarang masalah diajukan kepada Baginda saw.
● Tanggungjawab orang Islam adalah membawa kepada penyatuan sesama umat
Islam sekaligus merapatkan ukhwah mereka manakala orang bukan Islam mereka
diberikan hak kebebasan beragama dan bersuara sekaligus menunjukkan mereka
berhak mendapat hak mereka di negara Islam.
● Tanggungjawab bersama mereka pula adalah untuk mempertahankan negara
seandainya negara diancam oleh musuh dan dilarang menjadi tali barut kepada
musuh.
● Fasal ini jelas menggambarkan usaha Baginda saw bagi mewujudkan masyarakat
setia terhadap negara dan kepimpinan Baginda saw

3. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam


● Pelaksanaan ekonomi Islam bertujuan menghapuskan sistem ekonomi jahiliah dan
mewujudkan keadilan dalam masyarakat sekaligus menghapuskan eksploitasi
kaum Yahudi dalam ekonomi di Madinah.
● Sebarang bentuk penindasan seperti penipuan dan amalan riba diharamkan.
Pelaksanaan sistem pajak yang diperkenalkan oleh kaum Yahudi kepada
penduduk Madinah menyebabkan mereka kehilangan harta, isteri dicagarkan turut
dihapuskan oleh sistem ekonomi Islam sama sekali.
● Sistem ekonomi Islam membawa kepada pengagihan kekayaan secara sama rata
apabila wujud kewajipan pelaksanaan zakat bagi kaum Islam dan galakan sedekah
serta aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh menampung kehidupan mereka.

4. Pengusiran kaum Yahudi


● Tindakan yang dilakukan berikutan ketidaksetiaan kaum Yahudi terhadap negara
Islam disebabkan mereka menimbulkan huru-hara di Madinah.
● Buktinya dengan sikap Yahudi Bani Qainuqa’ yang memperlekehkan kemenangan
tentera Islam dalam Perang Badar dan sikap mereka yang menjatuhkan maruah
umat seorang wanita serta merancang untuk membunuh Baginda saw. Tindakan
kedu-dua kaum tersebut menyebabkan mereka dihalau keluar daripada Madinah.
● Hukuman ini jelas tidak menginsafkan apabila mereka telah mengadakan pakatan
tentera Azhab yang merancang serang Kota Madinah. Tindakan ini bukan sahaja
menyebabkan mereka di halau keluar tetapi semua lelaki dewasa dijatuhkan
hukuman bunuh.
● Pengusiran kaum Yahudi jelas mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga
Madinah kerana jelas sifat sebelum ini adalah seperti musuh dalam selimut.

3 PENUTUP ● Kejayaan Nabi Muhammad saw mengukuhkan konsep ummah ini dikaitkan dengan
kebijaksanaan Baginda saw melaksanakan dasar-dasar pemerintahan yang menyeluruh
bersesuaian dengan ciri kepimpinan yang Baginda saw miliki. Pengukuhan ummah ini
juga menjadi asas kepada pembentukan negara yang stabil dan masyarakat yang
harmoni dalam kalangan warga Madinah.
3. SOALAN 3: HURAIKAN CIRI-CIRI DAN PRINSIP EKONOMI ISLAM.

BIL PEMBAHAGIAN ISI HURAIAN

1 PENGENALAN ● Ekonomi menurut pandangan Islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan
tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan
diri, masyarakat, dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
● Ini menjelaskan bahawa ekonomi Islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek
rohani dan jasmani. Malahan, memperlihatkan bahawa asas ekonom Islam tidak
dipisahkan dengan ilmu agama.
● Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh dan adab peraturan dalam urusan
perniagaan iaitu: mendapatkan dan menikmati rezeki secara halal, mengharamkan
perniagaan barangan dan perkhidmatan yang haram, berkelakuan baik semasa berurus
niaga, menjauhkan diri daripada amalan riba, dan menjalankan urusniaga dengan jujur
dan amanah.
● Contoh dan adab ini merupakan usaha Nabi Muhammad S.A.W untuk memantapkan
ekonomi Islam khususnya di Madinah.

2 ISI 1. KONSEP EKONOMI ISLAM


● Konsep rububiyyah (ketuhanan) menjadi konsep utama yang menekankan sifat Allah
s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaga dan
memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah s.w.t.
sahaja yang mengerti perjalanan dan pengisian yang terbaik untuk alam dan
makhluk-Nya.
● Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t. bagi
meningkatkan kualiti kehidupan manusia di dunia untuk menjadi bekalan alam akhirat.
● Konsep tazkiyah (kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah
dan akhlak. Para rasul yang diutus adalah untuk memurnikan dan mensucikan hati
nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, dan alam. Aspek
Tazkiyah berkaitan dengan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan bersedekah.
● Konsep ubudiyah (kehambaan). Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah disuruh
menerima dan patuh segala suruhan Allah. Manusia sebagai khalifah Allah adalah
pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsur-unsur
tauhid dan rububiyyah.
● Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Perhubungan sesama
● manusia adalah berdasarkan unsur persaudaraan, kasih sayang, hormat menghormati
serta tanggungjawab dan rela berkorban demi agama, masyarakat, dan negara.
● Hal ini akan mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan sejagat.
Dengan ini, manusia akan mengurus aktiviti ekonominya dengan cara yang diredhai
Allah s.w.t.. Maka, dalam ekonomi Islam, tiada konsep tindas-menindas, memeras,
mengeksploitasi, sifat bakhil, dan sifat-sifat negatif yang lain.

2. CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM


Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t
● Dalam sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti pelaburan, perusahaan dan
seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t..
● Dalam konteks ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini.
Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab, dan
tidak mengabaikan aspek-aspek kebajikan masyarakat.
● Pembahagian ekonomi adalah adil dan saksama dalam kalangan masyarakat
Madinah.Pengagihan ekonomi dilakukan melalui kewajipan berzakat dan menggalakkan
bersedekah.
Matlamat jangka panjang diutamakan
● Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan
kepada masyarakat. Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka
panjang dalam aktiviti ekonomi adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
● Ekonomi Islam menerapkan nilai saling tolong-menolong antara satu sama lain dengan
menekankan perkongsian rezeki antara golongan kaya dan golongan miskin.
Memberikan kemakmuran kepada rakyat
● Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan
kesenangan kepada masyarakat. Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah
untuk meningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat.
● Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa kerosakan dan kesengsaraan kepada
kehidupan masyarakat.

Keuntungan dunia dan akhirat


● Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan material dan pahala
daripada aktiviti yang dilakukan. Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa, "Peniaga
yang amanah berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan."
● Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan
amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam
golongan yang diberi keistimewaan.Semakin banyak pahala yang diperolehi daripada
aktiviti ekonomi, semakin tinggi
● usaha yang dilaksanakan.
● Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan ekonomi Islam dengan mengharamkan riba
dalam urusan jual beli.Aktiviti ekonomi yang menjurus kepada penindasan, penipuan,
rasuah, dan monopoli ekonomi diharamkan.
● Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong-menolong, jujur, dan
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat
pahala dan ganjaran Allah s.w.t.

3 PENUTUP ● Islam memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti ekonomi. Terdapat aktiviti
ekonomi yang diharuskan dan aktiviti ekonomi yang diharamkan.
● Kesemua garis panduan ini adalah untuk melatih jiwa seseorang muslim melaksanakan
aktiviti ekonomi yang diharuskan dan dalam masa yang sama dapat mendisiplinkan diri,
mengawal hawa nafsu, serta melahirkan seorang muslim yang berjiwa bersih dan
bertakwa kepada Allah.
SOALAN 4: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH PADA ABAD KE-7
HINGGA KE-8 MASIHI.

BIL PEMBAHAGIAN ISI HURAIAN

1 PENDAHULUAN ● Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, terdapat banyak kemajuan yang telah
disumbangkan menjadi tapak tamadun Islam yang telah diasaskan Nabi Muhammad s.a.w dan
pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.
● Kemajuan yang telah disumbangkan oleh kerajaan Bani Umaiyah termasuklah bidang
pendidikan.

2 ISI 1. Perkembangan kerajaan Bani Umaiyah


● Khalifah-khalifah Bani Umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar Islam dan
seterusnya mengembangkan pendidikan Islam
● Contohnya, khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan (661-681M) telah Berjaya menakluk Rom,
Bukhara, Samarkhad, Sind, Kabur, Khyber, Afghanistan, Tiens (Sinkiang, China) dan Afrika
Utara seperti Tripoli.

2. Perkembangan ilmu pengetahuan


● Khalifah-khalifah Bani Umayyah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan. Mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi
menyatakan bahawa Khalifah Muawiyah akan membaca sepertiga malam untuk mempelajari
cerita-cerita bangsa Arab, dan peperangan serta cerita-cerita bangsa asing.
● Usaha perkembangan ilmu dapat dilihat apabila Khalifah al-Walid menjadikan Bandar Kufah
sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid dan sekolah dibina dengan menekankan pengajaran
ilmu al-Quran, hadis, bahasa, geografi, sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Ketika
inilah lahir beberapa imam terkemuka seperti Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di
Iraq.
3. Perkembangan masyarakat Islam
● Perluasan kuasa turut membawa perkembangan masyarakat Islam. Mereka bukan lagi terdiri
daripada orang Arab, tetapi berkembang meliputi bangsa Eropah, India dan China. Oleh itu,
perkembangan ini membawa kepada keperluan pendidikan Islam.
● Selain itu, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada
zaman pemerintahan Bani Umayyah, iaitu :

4. Gerakan agama
● Memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama. Berlaku dengan luasnya pada
zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Para ulama bersemangat melihat Islam gemilang di
persada dunia telah memperkembangkan ilmu keagamaan.

3 PENUTUP ● Kemajuan pendidikan yang dicapai pada zaman Bani Umayyah ialah dari segi penambahan
institusi pendidikan dan perkembangan ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu falsafah, ilmu sejarah,
ilmu geografi, ilmu bahasa dan sastera, qira’at (cara-cara membaca al-Quran), ilmu tafsir, hadis
dan lain-lain.
SOALAN 5: SEJAUH MANAKAH DASAR IMPERIALISME MENYEBABKAN PERLUASAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-18 HINGGA
KE-20

BIL PEMBAHAGIAN ISI HURAIAN

1 PENDAHULUAN ● Sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan perluasan kuasa secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan petempatan
rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Sehingga akhir abad ke-20, seluruh dunia berada
di bawah cengkaman pengaruh Barat. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Sepanyol, British,
Belanda dan Perancis telah menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa ini berusaha keras
merebut bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta benda peninggalan empayar Turki
Uthmaniyah.
● Kuasa-kuasa Barat juga bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan wilayah yang dikuasai.
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Selain
dasar imperialisme terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada perluasan
kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah seperti revolusi perindustrian, bahan
mentah, pembinaan terusan Suez, agama dan penyebaran falsafah dan pemikiran Barat.

2 ISI 1. Dasar Imperialisme Barat


● Persaingan kuasa-kuasa telah telah menjadi ancaman kepada empayar Turki Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu sama lain
untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh mereka.
● Perancis misalnya telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah Turki
Uthmaniyah seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada
tahun 1831 Perancis menawan Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada gangguan
kabilah Tunisia yang menetap di sempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah
tersebut kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman luar.
● Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki Uthmaniyah (1877-1878) telah
menyebabkan beberapa Wilayah seperti Romania, Serbia dan Montenegro telah
mengisytiharkan kemerdekaan setelah empat abad berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah.

2. Keperluan bahan mentah


● Faktor seterusnya adalah mengenai bahan mentah yang didapati oleh Turki Uthmaniyah.
Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum.
● Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan
hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.

3. Pembinaan Terusan Suez


● Peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka
pada tahun 1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi
kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum
pembukaan terusan ini, barang dagangan di punggah keluar dari kapal dan diangkut
menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut.
● Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan
yang jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.

4. Faktor agama
● Faktor agama juga merupakan sebab perluasan kuasa Barat di kawasan Empayar Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama
turut mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini.
● Tidak hairanlah jika Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib
yang dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.
3 PENUTUP ● Jelas dasar imperialisme dan beberapa faktor yang lain telah membawa kepada perluasan
kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan kuasa-kuasa Barat,
Kelemahan kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah
telah mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang sekaligus
menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan empayarnya.
● Penglibatan Turki Uthmaniyah Dalam kancah politik dunia juga menyebabkan empayar ini
dibahagi-bahagikan kepada pihak yang menang. Dengan itu muncul beberapa negara bangsa
yang baharu di Eropah.

SOALAN 6: SYEIKH MUHAMMAD ABDUH ADALAH SEORANG TOKOH INTELEKTUAL MESIR. TERANGKAN PERANAN BELIAU
DALAM GERAKAN NASIONALISME DI MESIR.

BIL PEMBAHAGIAN ISI HURAIAN

1 PENDAHULUAN ● Dilahirkan pada 1849 di Mahallat Nasr di Mesir.


● Pendidikan awal dari bapa saudaranya Syeikh Darwisy Khadr yg merupakan ahli sufi
Tarekat Syadziliyah dan memperolehi ijazah di Universiti al Azhar.
● Dilantik menjadi Mufti Besar di Mesir dari tahun 1899 – 1905.
● Beluai merupakan anak murid kpd Syeikh Jamaluddin al Afghani dan telah bersama
untuk membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Mesir bagi menentang British
yang menjajah Mesir pada ketika itu.

2 ISI 1. BIDANG AGAMA


● Beliau berusaha mengembalikan kegemilangan umat Islam dengan mengkritik taklid
buta masyarakat Islam di Mesir.
● Beliau menyokong perjuangan gurunya iaitu Jamaluddin al Afghani tentang kepentingan
kombinasi ajaran Islam dan modenisasi.
● Beliau memulihkan ajaran Islam dalam kehidupan umat Islam sebagaimana yang
terkandung dalam Al-Quran dan hadis

2. GERAKAN ISLAH
● Gerakan Islah dilaksanakan melalui beberapa kaedah bagi menarik perhatian umat Islam
Mesir dan luar negara.
● Proses penyampaian maklumat dilakukan dengan menggunakan pidato contohnya di
Universiti al Azhar bagi menjelaskan idea Pan Islamisme dan lain-lain.
● Idea gerakan Islah disampaikan melalui jawatan mufti dan hakim Mahkamah Rayuan
Mesir.yang beliau sandang.
● Idea Islah disebarkan melalui media massa terutamanya media cetak spt majalah,
akhbar dan buku ilmiah.
3. PERJUANGAN KEMERDEKAAN MESIR
● Beliau telah merancang usaha2 ke arah kemerdekaan Mesir termasuk membebaskan
sistem barat zaman penjajah kepada sistem Islam, mereformasi sistem perundangan
Islam, sistem kadi dan meningkatkan kecekapan pentadbiran negara.
● Belaiu mengembalikan keyakinan umat Islam Mesir tentang keupayaan dan kekuatan
mereka dalam gerakan menentang penjajah barat iaitu British.
● Beliau menyampaikan pidato di Masjid al Husaini, Darul Ulum dan Universiti al Azhar
Bagi menyalurkan idea nasionalisme.
● Beliau berjaya memberi kesedaran berpolitik kpd masyarakat Mesir dan tercetusnya
pemberontakan Urabi.
4. GERAKAN PAN ISLAMISME
● Beliau meneruskan gerakan Pan Islamisme (Kesatuan Ummah) yang diasaskan oleh
Jamaluddin al Afghani.
● Belaiu menyeru rakyat Mesir dan umat Islam sedunia tanpa mengira bangsa dan lokasi
untuk menyertai gerakan Pan Islamisme bagi membina kekuatan dalam menghadapi
kemaraan kuasa barat.
● Beliau berusaha mengembalikan pengaruh dan peranan Khalifah Uthmaniyah ke atas
umat Islam dunia.

3 PENUTUP
● Kesimpulannya, sumbangan syeikh muhammad ini telah berjaya membawa perubahan
dan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Mesir untuk berubah dan memerdekakan
diri daripada penjajahan barat.
● Berikutan penentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada
rakyat tempatan akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun
1922.
● Gerakan reformasi oleh tokoh ni telah berjaya mempengaruhi gerakan Nasionalisme di
seluruh dunia Islam dan mereka menjadi benteng umat Islam daripada idea dan
pemikiran barat yang tidak selari dengan syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai