Anda di halaman 1dari 11

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Zaman Rasulullah S.A.W (Zaman Pembinaan) Zaman Khulafa alRashidin (Zaman Pengukuhan) Zaman Keemasan (Zaman Pertengahan) Zaman Umaiyah

Zaman Rasulullah Zaman Pembinaan (610 M-632 M)

B I O D A T A
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah AlMukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib AsSaadiah (lebih dikenali Halimah AsSaadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

PENGENALAN
Sebelum datangnya Islam, Masyarakat Arab Quraisy hidup dalam zaman kegelapan selama 300 tahun selepas runtuhnya empangan maarib. Masyarakat Quraisy hidup dengan mengikutkan hawa nafsu seperti melakukan kezaliman selama 300 tahun. Datangnya Islam pada kerasulan baginda yang mengubah corak dan cara kehidupan masyarakat Arab Quraisy seterusnya mengubah seluruh dunia.

PENDEKATAN RASULULLAH SAW DI MEKAH


1.Dakwah secara berperingkat - Secara sulit (3 tahun) - Secara berterus terang kepada keluarga (8 tahun) - Secara berterus terang kepada orang ramai Mereka yg mula2 menyambut seruan Islam dlm peringkat ini dikenali sbg Assabiqun al-awwalun ( org yg terdahulu & terulung ) - Khadijah (isteri baginda) - Ali Bin Abu Talib ( sepupu baginda berusia 10 thn) - Zaid Bin Harithah ( anak angkat baginda) - Abu Bakar as-Siddiq ( sahabat karib baginda) Melalui Abu bakar, baginda berjaya mengislamkan beberapa org sahabat lagi termasuk al-arqam Bin Abi al-Arqam. 2. Pembinaan Aqidah - Baginda telah menyeru musyrikin Mekah supaya beriman dgn Allah swt dan RasulNya serta meninggalkan penyebahan berhala. - Baginda juga telah menanamkan akidah yg kukuh di kalangan umat Islam di Mekah dgn menekankan aspek pendidikan spt :*keimanan kpd Allah SWT, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qada & qadar. 3. Menyediakan modal insan unk penyebaran dakwah Islamiah Pembinaan modal insan unk penyebaran dakwah baginda bermula di rumah al-Arqam B Abi al-Arqam dimana baginda telah mengajar cara2 beribadat serta cara2 menyampaikan dakwah Islamiah di Kota Mekah. Abu Bakar As-siddiq merupakan sahabat baginda yg byk membantu dlm penyebaran dakwah Islamiah di Mekah.

Di antara mereka yg berjaya diseru oleh Abu bakar ialah :-Uthman Bin Affan -Az-Zubair B al-Awwam -Abdul Rahman B Auf -Saad B Abu Waqas -Thalhah Bin Ubaidillah -Suhaib ar-Rumi -Ammar B Yasir -Abdullah B Masud 4. Pembinaan Akhlak Baginda tlh mengajak musyrikin Mekah meninggalkan perkara mungkar spt judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh ank & sebagainya. Baginda mengajar umat Islam untuk berakhlak mulia dgn mengamalkan sikap sederhana, tolong-menolong & sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah swt. 5. Menghadapi tentangan terhadap Islam Langkah menyebarkan dakwah kpd masyarakat keseluruhannya merupakan satu perjuangan yg sgt getir & sengit bg umat Islam krn mereka telah mhadapi penentangan yg hebat drpd kaum kafir Quraisy. Antara sebab2 penentangan adalah :a-Persaingan menjadi ketua di kalangan org quraisy b-Mempertahankan Berhala c-Ajaran Islam menyamakan antara tuan dan hamba d-perasaan takut kpd hari akhirat e-Menghilangkan mata pencarian peniaga berhala f-Menghilangkan penghormatan sbg penjaga kaabah *Kaum quraish bertugas sbg penjaga kaabah mendapat penghormatan drpd jemaah haji setiap tahun. Selain sedekah, mereka diberi hadiah dan buah tgn oleh jemaah haji tersebut. Dgn kedatangan Islam, mereka bimbang phormatan & habuan yg mereka terima setiap tahun akn hilang.

6. Mendapatkan Perlindungan untuk umat Islam Dalam usaha mndapatkan perlindugan untuk umat Islam, Terdapat 2 usaha utama yg telah dilakukan oleh baginda spt berikut :a-Program Hijrah ke Habshah b-Program Hijrah ke Madinah * Hijrah dari segi bahasa ialah: berpindah. Hijrah dari segi istilah ialah: perpindahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam berserta sahabat sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.

PERIOD MADINAH Tentangan yg hebat daripada musyrikin Quraish telah membawa penghijrahan Rasulullah SAW penduduk Islam dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku setelah 13 tahun baginda menyampaikan dakwah di Kota Mekah. Tahun berlakunya peristiwa hijrah ini diangkat sebagai permulaan tahun Islam iaitu Hijrah. Madinah telah menjadi tapak untuk baginda membina peribadi, masyarakat, negara dan tamadun Islam yg pertama

PENDEKATAN RASULULLAH SAW DI MADINAH


Rasulullah SAW telah mengambil beberapa pendekatan dalam proses penyusunan masyarakat dan negara di Madinah. Antaranya ialah : 1.Pembinaan Masyarakat Rasulullah SAW telah membentuk undang2, menyusun kehidupan, mengasuh jiwa & raga serta mengatur tingkahlaku & cara pergaulan mereka.
-Terdapat 3 golongan terpenting semasa penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah iaitu a) Golongan Muhajirin, iaitu orang-orang Islam yang berpindah dari Makkah ke Madinah b) Golongan Ansar, iaitu penduduk Madinah asli yg telah memeluk agama Islam. c) Golongan Yahudi, iaitu sisa2 Bani Israil dan org2 Arab yg memeluk Agama Yahudi 2. Pembinaan Institusi Masjid -Tujuan utama dari pembinaan masjid ini merupakan tempat untuk dikinjungi oleh seluruh kaum Muslimin ketika itu untuk beribadat, bermesyuarat, memutuskan hukum & untuk berbincang malam hari. - Untuk menerima pelajaran2 agama, peraturan2 kemasyarakatan dan ayat2 al-Quran daripada Rasulullah SAW. 3. Persaudaraan di kalangan Kaum muslimin -Persaudaraan yg dilakukan oleh Rasulullah SAW di antara kaum muslimim tersebut tidak hanya di antara orang2 Muhajirin & org2 Ansar saja. Tindakan baginda mempersaudarakan mereka ini bertujuan mengeratkan hubungan antara suku Aus & suku khazraj yg selalu berperang sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

4. Perjanjian Di antara Islam dan Bukan Islam -Rasulullah SAW mengadakan ikatan perjanjian di antara kaum Muslimin dan org2 Yahudi serta golongan2 kecil lainnya. - Perjanjian tersebut memberi panduan serta gambaran kpd umat Islam bagaimana melaksanakan kerjasama dgn penganut pebagai agama yg lain di dlm sebuah negara yg tiap2 golongan hidup di dalamnya dlm aman & dpt menikmati kedaulatan masing2 serta bebas mengamalkan agama yg dianuti. 5. Pembentukan Negara Islam Madinah Di antara langkah2 yg diambil oleh Rasulullah SAW dlm membentuk negara Islam Madinah ialah : a) Meletakkan asas2 sebuah negara Islam 1. Islam sbg rujukan dan landasan 2. Syura sbg kaedah pentadbiran 3. Semangat aqidah menggantikan semangat assabiyah 4. Piagam Madinah sbg perlembagaan negara Dengan terlaksannya keempat-empat dasar tersebut, maka sempurnalah ciri2 sebuah negara mengikut sains politik moden iaitu : 1. Wilayah(Madinah atau Yathrib) 2. Penduduk ( penduduk Madinah yg terdiri daripada pelbagai bangsa) 3. Kuasa/organisasi (penyadbiran yg diketuai oleh Rasulullah SAW) b) Memperkenalkan prinsip2 Pemerintahan. -konsep syura -persamaan taraf -persaudaraan sesam Islam -Keadilan

c) Menggubal Perlembagaan Madinah (Piagam Madinah) -Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merujuk kpd perjanjian bertulis atau perlembagaan yg mesti dipatuhi oleh penduduk Madinah. Ia digubal pada tahun ke-2 hijrah dan merupakan perlembagaan negara yg pertama di dunia. -Dicipta untuk menyatukan seluruh golongan masyarakat yg berada di Madinah tanpa mengira kaum dan agama. RINGKASAN KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MADINAH 1. Hukum2 Allah SWT ialah sumber perundangan Islam yg asas sekali. 2. Rasulullah SAW ialah ketua negara yg mempunyai kuasa mutlak di dlm urusan pemerintahan negara dan sbg ketua agama bagi umat Islam. 3. Penganut Islam & Yahudi mestilah hidup bersama di dlm bentuk kewarganegaraan dgn hak yg sama di dlm lingkungan konsep ummah. 4. Orang Islam & yahudi tidak dibenarkan mengisytiharkan peperangan ataupun perdamaian tanpa keizinan Rasulullah SAW. 5. Kesemua anggota negara Islam Madinah bertanggungjawab untuk memelihara serta mempertahankan Kota Madinah daripada serangan luar. 6. Kesemua anggota negara Islam Madinah bertanggungjawab memelihara kesejahteraan golongan mereka. 7. Menjamin kebebasan beragama dan menyelesaikan adat resam mereka sendiri bagi org Yahudi. 8. Sebarang perselisihan yg berbangkit dlm kalangan masyarakat Madinah hendaklah dirujukan kpd ajaran Allah SWT dan kebijaksanaan Rasulullah SAW. 9. Org Islam dimestikan merujuk kpd al-Quran dan Rasulullah SAW & bagi org Yahudi pula dimestikan merujuk kpd kitab suci mereka. 10. Para rakan & tetamu org Islam dan Yahudi hendaklah diberi layanan yg wajar dan dihormati oelh pihak masing2. 11. Madinah diisytiharkan sbg kota suci bg setiap penghuni baik Islam/Yahudi.

sbg kota suci bg setiap penghuni baik Islam/Yahudi. 12. Org Islam tidak boleh membiarkan saudara2 mereka dibebani hutang. Mereka mesti menolong dgn jln yg benar apabila timbul soal2 membayar tebusan dan wang darah. 13. Orang Islam tidak boleh membunuh saudara Muslimnya semata2 untuk membela saudaranya yg kafir. Mereka juga tidak boleh menolong org kafir melawan saudara Muslimnya. 14. Penyembah Berhala dan Yahudi di Madinah tidak boleh menyebelahi pihak2 lain untuk menentang Islam. Sesiapa sahaja yg membunuh org Islam dgn sengaja akan dibunuh kecuali adik beradik si mati itu bersetuju menerima wang darah sbg ganti. 15. Seseorang tidak boleh melindungi org yg membuat salah & dusta. 16. Tetangga itu seperti diri sendiri, tidak boleh menimbulkan mudarat & tidak pula berbuat dosa. 17. Keselamatan org Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kpd perjanjian itu. Mereka akan dilindingi drpd sebarang gangguan dan berhak mendapatkan sebarang perlindungan dan perkhidmatan. *Selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 10 hijrah, urusan pentadbiran umat Islam & Madinah dipegang oleh pengganti Baginda yg dikenali dgn nama Khulafa alRasyidin. Perubahan hebat yg dilakukan oleh Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu telah mewujudkan dimendi baru dlm proses pembinaan peradaban manusia

ZAMAN RASULULLAH SAW Disediakan oleh : Ainaa Mahira Bt Ismail

Anda mungkin juga menyukai