Anda di halaman 1dari 45

1.

2 MASYARAKAT ISLAM
• Konsep Ummah
• Pembinaan dan pembentukan ummah di Mekah dan
Madinah
• Perkembangan masyarakat Islam Zaman Khulafa’al
Rasyidin
KONSEP UMMAH

• Perkataan “ummah” berasal dari perkataan Arab yang bermaksud umat, masyarakat atau
bangsa.
• Secara umumnya, konsep ummah merujuk kepada semua masyarakat yang tinggal di
Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW tanpa mengira agama atau bangsa asalkan
mereka patuh dan taat kepada undang-undang yang ditetap dalam Piagam Madinah
yang digubal pada tahun 622 M.
• Perkataan ummah telah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.
• Konsep ummah berbeza dengan konsep masyarakat kerana konsep masyarakat terbatas
dengan geopolitik, bahasa, negara dan bangsa tertentu.
• Dalam erti kata yang lain, masyarakat bersatu berasaskan tauhid(keimanan kepada Allah)
dan bukan berlandaskan warna kulit, Bahasa dan bangsa.
KONSEP UMMAH

• Ummah boleh dibahagi kepada dua, iaitu


 Ummah berteraskan ukhuwwah Insaniah (hubungan sesama manusia)
o Menghubungkan manusia mengikut ajaran agama Islam
o Ajaran Islam mengatakan manusia adalah sama mulia dan hormat.
 Ummah berteraskna ukhuwwah Islamiah (hubungan sesama Muslim)
o Menghubungkan manusia mengikut agama Islam
o Atas dasar keimanan dan kekhalifahan, seluruh umat Islam dianggap
bersaudara.
NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PENGASAS
UMMAH
• Masyarakat Islam ialah masyarakat yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW selepas dilantik
oleh Nabi dan Rasul ketika baginda berumur 40 tahun.
• Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 571
Masihi di Mekah.
• Bapanya Abdullah, meninggal dunia apabila Nabi dalam kandungan. Ibunya bernama Aminah
binti Wahab, telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Nabi dipelihara oleh
datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya juga meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun.
• Semasa berumur 12 tahun, Nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk
berniaga. Ketika berusia 25 tahun, baginda telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang
berumur 40 tahun.
• Sewaktu 35 tahun, baginda diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan
dalam kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.
NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PENGASAS
UMMAH
• Apabila usia Nabi Muhammad SAW mencapai 40 tahun, baginda mengasingkan diri di Gua Hira
untuk mencari ketenangan jiwa dan mencari petunjuk serta kebenaran di Gua Hira.
• Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi, datanglah malaikat Jibril membawa
wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud:
 “bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia daripada
segumpal darah, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Mulia, yang mengajar
manusia menulis dengan pena. Tuhan mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa.”
• Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku
kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin
Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril
dan ini bermakna baginda secara rasminya dilantik sebagai Nabi Allah.
• Selepas itu, bermulanya pembentukan ummah Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW yang
menjadi pelopor kepada kemunculan dan perkembangan tamadun Islam di dunia
PEMBENTUKAN UMMAH DI
MEKAH PADA ZAMAN NABI
MUHAMMAD

MEKAH
DAKWAH SECARA SULIT
►Berlangsung selama 3 tahun.
►Langkah ; -Aktiviti dakwah dilakukan secara sulit baginda
menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat
iaitu bapa saudaranya, keluarga sepupu dan juga teman-teman
yang rapat.
►Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalah secara lemah-
lembut dan penuh hikmah.
■ Kesannya, hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam,
antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya
Abu Bakar.
Aspek yang ditekankan dalam
pembentukan Ummah di Mekah ;
• Beriman kepada Allah dan rasulnya.
• Meninggalkan ibadat menyembah berhala.
• Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan
kebajikan
• Meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti
judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh
anak dan sebagainya.
• Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah,
rumah tersebut terletak di Bukit Safa.
DAKWAH SECARA TERANG-
TERANGAN
►Berlangsung selama 10 tahun.
• Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy dalam
bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.
• Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan
melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika
itu merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu
menawarkan pangkat dan harta kepadaNabi Muhammad.
Kesemua teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat
Nabi Muhammad s.a.w untuk terus menyebarkan Islam.
Tentangan dan Cabaran

Golongan Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad dan mencabar baginda supaya
menunjukkan mukjizat seperti nabi2 terdahulu.
Golongan Quraisy mula berasa terhina apabila Nabi Muhammad menyelar agama berhala, iaitu
agama nenek moyang mereka.
Mereka meminta Abu Talib menasihati Nabi Muhammad supaya menghentikan dakwah tersebut,
tetapi gagal.
Mereka pujuk dgn pelbagai cara termasuk perempuan, harta dan pangkat.
Menggunakan cara kompromi iaitu menyuruh Nabi Muhammad menyembah berhala dan mereka
akan menyembah Allah.
Menggunakan kekerasan dengan menyeksa orang Islam dgn dahsyat.
Orang Islam berhijrah ke Habsyah dan mereka tertarik dgn Islam.
Pengislaman Umar al-Khattab telah melemahkan golongan Quraisy.
Memulaukan Bani Hasyim dan Bani Mutalib yang dibenar keluar waktu musim haji sahaja.
CARA PENENTANGAN PUAK QURAISY
TERHADAP AGAMA ISLAM
5. Konsep Persamaan 6. Perasaan Iri Hati
Taraf Sesama Manusia terhadap Nabi Muhammad
SAW

Iri hati terhadap Nabi


Konsep ini sangat Muhammad SAW sbg
bertentangan Nabi dan Rasul
dengan konsep padahal Baginda
masyarakat Arab hanya seorang yatim
piatu dan bukan dari
Jahiliah
golongan hartawan
USAHA-USAHA
PEMBENTUKAN UMMAH
DI MADINAH
MENYATUKAN KAUM AUS DAN
KHAZRAJ

• Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah yang sudah sekian lama bermusuhan

• Permusuhan mereka ini berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui pentadbiran kota
Madinah

• Permusuhan ini telah mencetuskan peperangan Bu’ath

• Nabi Muhammad S.A.W menyelesaikan masalah ini dengan menyatukan kedua-dua kaum tersebut menjadi orang Ansar

• Baginda menanamkan sifat-sifat mahmudah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang
berlaku antara mereka.
MEMPERSAUDARAKAN ANSAR DAN
MUHAJIRIN

• Nabi Muhammad S.A.W juga berjaya menyatupadukan masyarakat Islam di Madinah dengan mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar

• Tujuan baginda adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan umum
termasuklah sosial dan politik Islam di Madinah

• Sebagai contohnya, baginda telah mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Muttalib dengan ‘Ithban bin Malik, Abdul
Rahman bin Auf dengan Said bin Rabi’ dan lain-lain

• Persaudaraan dalam Islam adalah berasaskan kesatuan akidah, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Perbezaan bangsa atau harta tidak menghalang hubungan persaudaraan Islam.

• persaudaraan ini melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan mantap.
MENGGUBAL PERLEMBAGAAN
MADINAH

• Nabi Muhammad S.A.W juga membentuk Perlembagaan Madinah atau Piagam Madinah untuk menguruskan
pentadbiran negara.

• Turut diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk.

• Diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan juga orang bukan Islam.

• Piagam Madinah mengiktirafkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua negara.

• Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan tanggungjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah,
tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap
terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.
MELAKSANAKAN KONSEP SYURA

• Pelaksanaan konsep syura dalam menyelesaikan masalah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
juga berjaya mewujudkan umat Islam yang bersatu padu.

• Baginda berusaha untuk mewujudkan persefahaman dan permuafakatan serta mengelakkan perbalahan
pendapatan dalam kalangan masyarakat Islam.

• Dalam pemerintahan Islam, sistem syura digalakkan bagi membincang dan menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul.

• Nabi Muhammad S.A.W melaksanakan sistem ini untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman
MENJALANKAN DAKWAH DAN
DIPLOMATIK

• Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan menjalinkan hubungan diplomatik.

• Masjid Quba dan Masjid Nabawi menjadi tempat beribadat dan tempat kesatuan ummah.

• Rasulullah S.A.W juga telah menghantar beberapa utusan untuk berdakwah dan menjalin hubungan
doplimatik.

• Baginda mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta rakyat negara lain untuk memeluk
agama Islam. (Contoh: Raja Habsyah, Raja Parsi dan Maharaja Rom)
MENJALANKAN DAKWAH DAN
DIPLOMATIK

• Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan menjalinkan hubungan diplomatik.

• Masjid Quba dan Masjid Nabawi menjadi tempat beribadat dan tempat kesatuan ummah.

• Rasulullah S.A.W juga telah menghantar beberapa utusan untuk berdakwah dan menjalin hubungan
doplimatik.

• Baginda mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta rakyat negara lain untuk memeluk
agama Islam. (Contoh: Raja Habsyah, Raja Parsi dan Maharaja Rom)
CIRI-CIRI UMMAH
R A S U L U L L A H M E L E TA K K A N B AT U A S A S K E PA D A U M AT I S L A M M E L A L U I P E M B E N T U K A N G E N E R A S I
I S L A M P E RTA M A D E N G A N M E N E R A P K A N C I I R - C I R I U M M A H YA N G L E N G K A P D A N K E M U D I A N
D I J A D I K A N C O N T O H O L E H U M AT I S L A M S E L E PA S N YA .
A N TA R A C I R I - C I R I U M M A H :

UMMAH YANG
BERIBADAH DAN UMMAH YANG BERILMU UMMAH
MENYEMBAH WASATIYYAH
ALLAH
• Ummah dibina atas dasar • Ummah Wasatiyyah
Ciri ini dapat dilihat dari ilmu bersesuian dengan bermaksud ummah yang
usaha Baginda yang prinsip Islam sebagai asas mengamalkan
pertama setelah sampai di keimanan dan ibadah. kesederhanaan dalam
Madinah, iaitu membina • Rasulullah menerapkan semua perkara dalam
masjid. Fungsi masjid ialah kepentingan ilmu sejak kehidupan.
sebagai tempat permulaan dakwah • Bersikap adil terhadap
ibadah,tempat • Penyebaran Islam harus semua manusia dan
perbincangan umat Islam dilakukan secara tidak bersikap ekstrem
dan pengajian ilmu, tempat berdakwah dan bukannya dan melampau ketika
tinggal orang yang tiada melalui mata pedang menjalani aktiviti
kediaman kehidupan
UMMAH YANG
UMMAH UKHUWWAH UMMAH YANG BERSATU PADU
MENDAULATKAN ISLAM DAN
• Ummah Ukhuwwah • Politik dan MENGHORMATI
bermaksud umat Islam pemerintahan haruslah AGAMA LAIN
adalah saling merujuk kepada sumber
bersaudara antara satu pandangan Islam iaitu Dalam Piaga Madinah ada
sama lain al-Quran, hadis, ijma’ tertulis tentang hak dan
• Ikatan persaudaraan dan qias tanggungjawab pemerintah
yang dijalinkan • Konsep persamaan dengan golongan
Rasulullah telah antara manusia diperintah. Piagam ini juga
melahirkan ummah diperkenalkan melibatkan hubungan
yang sanggup • Maslah diselesaikan orang Islam ,
berkorban jiwa,tenaga melalui rundingan Muhajirin/Ansar serta
dan harta untuk • Semua orang ada hak anatar orang Islam dan
pertahankan satu sama dan fungsi dlm bukan Islam, iaitu Yahudi
lain. ekonomi. Eksploitasi dan sekutu mereka di
dan monopoli Mekah
diharamkan
UMMAH YANG BERJIHAD

Nabi Muhammad mendidik generasi


sahabat agar sanggup berkorban untuk
mempertahankan dan mendaulatkan Islam.
Islam membenarkan perang tapi dalam 3
keadaan sahaja iaitu untuk pertahankan
diri, pertahankan kebebasan berdakwah
dan pertahankan yang dizalimi.
Islam mempunyai adab perang yang perlu
dipatuhi orang Islam seperti mengubati
dan memberi makan musuh yang ditawan,
tidak boleh bunuh wanita,kanak-kanak,
orang tua, orang sakit dan tidak dibenarkan
memusnahkan bangunan jika tiada
keperluan
PERKEMBANGAN
MASYARAKAT ISLAM PADA
ZAMAN KHULAFA AL-
RASYIDIN
PENDAHULUAN

• Kerajaan Khulafa al-Rasyidin bermula pada tahun 632M apabila Abu Bakar al-
Siddiq dipilih sebagai khalifah pertama.
• Kerajaan ini dipimpin oleh empat orang sahabat nabi.
• Gelaran Khalifah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan
model kepimpinan nabi.
• Demografi masyarakat Islam zaman Khalifah al-Rasyidin terdiri daripada
masyarakat Arab dan bukan Arab.
• Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wilayah Islam semakin luas.
GOLONGAN ARAB MADINAH

• Merupakan penduduk majoriti yang asalnya adalah golongan Muhajirin dan


Ansar.
• Khalifah al-Rasyidin yang memimpin umat dan negara Islam Madinah terdiri dari
golongan Arab Madinah.
• Golongan Arab Madinah memainkan peranan yang penting dalam pengukuhan
negara Islam Madinah dan penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab.
G O L O N G A N I S L A M B E K A S M U R TA D ( A R - R I D D A H )

• Golongan ar-riddah adalah golongan yang terlibat dalam gerakan anti kerajaan.
• Mereka muncul selepas kewafatan nabi dan ketika zaman pemerintahan Khalifah
Abu Bakar.
• Kewujudan mereka mempengaruhi sentimen assabiyah kepada kabilah sendiri,
ingin menamatkan penguasaan Quraisy dan dakyah golongan Yahudi dan Nasrani.
• Golongan murtad.
Terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima Islam.
Selepas nabi wafat, mereka kembali kepada amalan jahiliah.
Antara ketua golongan ini termasuk al-Hattan bin Dzabiah dari Bani Bakr dan Qais
(puak badwi).

• Golongan enggan membayar zakat.


Mereka berpendapat zakat merupakan ufti yang hanya wajib dibayar kepada nabi
semasa hayatnya sahaja.
Mereka merupakan penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.
Di Yamamah, golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al-Mughirah
Di Najd (tengah Tanah Arab), dipimpin oleh Tulaihah al-Khuwailid dari Bani Asad.
• Golongan nabi palsu dan para pengikutnya.
Nabi-nabi palsu yang berpengaruh adalah seperti Sajah binti Harith dari Bani
Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
Demi kepentingan peribadi, mereka mendakwa menerima wahyu.
Musailamah dari suku Hanifah di Yamamah mempunyai pengikut seramai 40,000
orang.

• Oleh itu, Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan diplomasi.


• Sebahagian mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan seperti Tulaihah al-
Khuwailid.
G O L O N G A N A H L A L - AY YA M

• Golongan ini wujud zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.


• Khalifah Umar telah menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan
Mesir.
• Antara pemimpin mereka termasuk al-Ashtar, Malik bin Harith, Hijr bin Adi Al-
Kindi dan Yazid bin Qais.
• Peneroka-peneroka yang menyertai pasukan tentera Islam membuka tanah dan
menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan.
• Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban.
GOLONGAN AL-QURRA

• Golongan ini berasal dari Ahl al-Ayyam yang diberi amanah dan kuasa untuk
mentadbir tanah di Iraq.
• Mereka menggelarkan diri sebagai al-Qurra.
• Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, sebahagian mereka memberontak di
wilayah Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong
polisi Khalifah Uthman.
• Mereka memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib.
• Setelah tamat Perang Jamal, golongan al-Qurra berpaling tadah dan menentang
Khalifah Ali.
G O L O N G A N K H AWA R IJ

• Mereka asalnya daripada bekas tentera Khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang
Jamal dan Perang Siffin.
• Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus dipertanggungjawabkan ke atas
Khalifah Ali, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru al-As (wakil Muawiyah dalam
Majlis Tahkim).
• Golongan Khawarij melancarkan gerakan menghapuskan ketiga-tiga pemimpin
berkenaan dan hanya berjaya membunuh Khalifah Ali.
GOLONGAN BERKECUALI

• Mereka terdiri daripada golongan Arab yang tidak mahu terlibat dalam konflik
berdarah antara Khalifah Ali dan Muawiyah.
• Golongan ini menetap di Makkah (Hijaz). Antara mereka termasuk Saidatina
Aisyah dan Zubair al-Awwam.
G O LO NG AN BUK AN ARAB ( M AWALI )

• Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq, Syam dan Mesir.
• Golongan bukan Arab yang datang ke Iraq terdiri daripada orang Parsi yang juga
dikenali sebagai Mawali (Ajam).
• Masyarakat Islam Syam didiami orang Arab dan bukan Arab.
• Masyarakat Islam Mesir terdiri dari orang yang berhijrah dari Semenanjung Tanah
Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam.

Anda mungkin juga menyukai