Anda di halaman 1dari 22

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin melahirkan rasa kesyukuran alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat kami menyiapkan tugasan ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Bersyukur dengan limpah kurnianya kerana diberi kesempatan untuk mengulas tajuk yang diberikan. Hal ini membuatkan kami lebih dekat untuk menghayati keindahan ilmu dalam islam. InsyaALLAH. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan kepada ahli keluarganya seterusnya kepada sahabatsahabat baginda dan sekalian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ustazah Azian bt Jesan selaku pensyarah diatas segala sumbangan ilmu dan kepakaran dalam memberi sumber ilmu tunjuk ajar serta nasihat yang bernas kepada kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik ustazah. InsyaAllah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada setiap ahli kumpulan atas kerjasama yang tidak terhingga. Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dari kumpulan lain yang telah banyak menyumbangkan idea sepanjang perbincangan dalam kelas dan sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Sekian terima kasih. yang begitu padu, mana mungkin kami dapat menghasilkan satu tugasan yang begitu baik. Hanya

HIJRAH
Hijrah dalam kamus-kamus bahasa Arab berakar pada huruf ha-ja-ra, yang bererti pisah, pindah dari satu negeri ke negeri lain, berjalan di waktu tengah hari, igauan dan mimpi. Namun, dalam terminologi Islam, hijrah sering diertikan dengan meninggalkan negeri yang tidak aman menuju negeri yang aman demi keselamatan dalam menjalankan tuntutan agama.

Hijrah ertinya perpindahan, iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah bagi memastikan kejayaannya dari segi agama, moral, sosioekonomi dan politik. Madinah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosioekonomi. Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad pada 1 Muharam tahun pertama Hijrah ( 16 Julai 622 M ). Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah

FAKTOR HIJRAH RASULULLAH

1. Bai'atul Aqabah Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam. 2. Tekanan Musyirikin Mekah Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas. 3. Kegagalan Dakwah di Taif Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.

` 4. Kematian Abu Talib dan Khadijah Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman. 5. Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah

memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah. 6.Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah. 7. Kedudukan Madinah yang Strategik Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

8.Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah. 9. Wahyu Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

PEMBUKAAN MEKAH

Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisy berasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzah yang memberikan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.

Apabila Rasulullah mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrn', Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy. Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan.

Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.

Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam

DAKWAH RASULULLAH SECARA SEMBUNYI

Dalam kisah permulaan dakwah Rasulullah s.a.w., baginda memulainya dengan berdakwah secara sembunyi iaitu dakwah kepada orang-orang terdekat dengan baginda. Bemula dengan keluarga baginda, kemudian sahabat, dan seterusnya orangorang baik yang dikenalinya. Mereka mengetahui bahawa Rasululullah s.a.w. adalah seorang yang baik, jujur, dan amanah. Oleh yang demikian, seruan dan ajakan baginda mendapat sambutan positif daripada mereka. Merekalah merupakan golongan yang terawal memeluk Islam yang tertulis dalam sejarah Islam dikenali sebagai As Saabiqun al Awwalun (generasi pertama memeluk agama Islam).

Orang pertama yang masuk Islam adalah isteri Nabi s.a.w. iaitu Khadijah binti Khaulid. Di ikuti oleh Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, dan seterusnya Abu Bakar. Oleh sebab Abu Bakar merupakan seorang yang berpengaruh, beliau berjaya membantu Nabi dalam mengislamkan beberapa tokoh besar dalam Islam seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqash, dan Thalhah bin Ubaidillah. Nama-nama ini adalah pembesar-pembesar Quraisy yang memeluk Islam melalui Abu Bakar, di samping juga Ali dan Zaid.

Melalui pendakwahan Nabi s.a.w. tersebut, pengikut nabi semakin bertambah dan terus tersebar di Mekah. Dengan dakwah secara sembunyi, Rasulullah s.a.w. sering berkumpul dengan mereka di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk memberi pengajaran dan binbingan tetang Islam. Selain rumah Arqam, Nabi s.a.w. juga sering bertemu dengan mereka di rumah sahabat-sahabat yang lain, antaranya ialah di kediaman Said bin Zaid. Namun, rumah Arqam dipilih oleh Rasulullah sebagai tempat utama gerakan dakwahnya.

Ketika itu, jumlah pengikut baginda baru mendekati empat puluh orang dan baginda menyedari bahawa jumlah yang masih sedikit tersebut tidak mampu menangkis serangan dan tekanan daripada pihak kafir Quraisy. Pendakwahan Rasulullah secara sembunyi ini dilakukan selama tiga tahun dan dalam fasa ini terbentuklah komunikasi kaum beriman atas dasar persaudaraan, tolong-menolong, saling menyampaikan risalah, dan mengatur kedudukan dan strategi.

Pada waktu Hamzah bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi s.a.w., dan sebahagian tokoh-tokoh besar Quraisy, termasuk Umar bin al-Khattab masuk Islam, barisan umat Islam semakin kukuh dan dan semakin kuat. Maka ketika itu turunlah ayat:

Maksudnya: Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan Tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).

(Surah al-Hijr 15 : 94-96)

Dalam ayat di atas, Allah telah memberikan hikmah kepada Nabi-Nya yang mulia. Allah telah memerintahkan Nabi agar berdakwah bukan lagi secara sembunyi tetapi secara terang-terangan.

Ketika kedudukan umat Islam masih dianggap masih belum kuat dan ketika penyebaran kalimat tauhid itu dilakukan perseorangan oleh Nabi s.a.w., Allah memerintahkan baginda agar berdakwah secara sembunyi. Namun, apabila ketika barisan umat Islam dianggap cukup kuat, maka Allah memerintahkan Rasul-Nya berdakwah secara terangterangan. Hal ini tentu saja mendapat perlawanan keras dari kaum Quraisy, seperti sudah diramalkan sebelumnya oleh umat Islam.

DAKWAH SECARA TERBUKA

Maka

sampaikanlah

olehmu

secara

terang-terangan

segala

apa

yang

diperintahkan dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik`.(Al-Hijr:94)

Qaidah shalbah atau tulang punggung utama kekuatan dakwah sudah terbentuk yaitu sekitar 30-an orang yang secara selektif terpilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka telah menjalani masa `penggojlokan` dengan berbagai bentuknya. Ininya adalah peneneman keimanan yang mendalam sehingga sebesar apapun badai menerjang, mereka tetap akan kokoh sebagai tiang pancang dakwah. Langkah yang dilalukan oleh Rasulullah SAW dalam memulai dakwah secara terangterangan antara lain adalah :

a. Mengumpulkan Keluarganya Pada kala itu Nabi juga diperintahkan untuk menyeru kelurga dekatnya sendiri, yang merupakan pentolan-pentolan suku Quraisy itu. Mereka diminta oleh Nabi untuk berkumpul lalu dinyatakanlah ajakannya, agar mereka masuk kedalam agama Islam, meninggalkan penyembahan terhadap berhala, merangsangnya dengan berita surga, dan memperingatkannya dengan ancaman neraka. Inilah yang membuat marah Abu Lahab, sehingga melontarkan kecaman, `celakalah hai engkau Muhammad, untuk keperluan inikah engkau kumpulkan kami disini ?`. Ini merupakan pelajaran berharga. Seorang da`i harus memperhatikan karib kerabatnya dengan menyampaikan ajakan-ajakan untuk perbaikan. Jika mereka menolak, maka serahkanlah diri kepada Allah. Sebab orang lain pun akan tahu buruk atau baiknya mereka yang menolak itu.

b. Penentangan Kaumnya Resiko ditentang oleh kaumnya pasti terjadi pada masa jahriyah ini. Sebab kaumnya apalagi para tokohnya sudah merasa memiliki agama dari nenek moyang yang mereka pegang erat. Sangat sulit bagi mereka untuk tiba-tiba meninggalkan semua tuhan dan sesembahan serta ola tradisi yang sejak ratusan tahun mereka warisi. Meskipun Rasulullah adalah orang yang mereka sayangi kerana kemuliaan akhlaknya juga kerana kejujurannya. Walaubagaimanapun , apa yang mereka terima dari nenek moyang jauh lebih penting dan lebih berharga dari pada sekadar mendengar celotehan seorang yang bernama Muhammad.

Oleh kerana itu, dalam hati kecil mereka tidak akan memungkiri kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah, tetap akan memiliki terhadap warisan nenek moyang membuat mereka menentang dakwah Islam. Bahkan sebahagian mereka marah dan berusaha menghapuskan gerakan dakwah. Dalam keadaan ini, ada dua penentang dakwah. Pertama yang menentang secara terang-terangan dan berusaha untuk melibas dakwah ini diwakili oleh Abu Jahal. Kedua adalah yang tidak memusuhui namun tidak menerima ajaran Islam.

Diwakili oleh Abu Thalib, datuk nabi sendiri yang berusaha melindunginya, menjaganya dari gangguan kaumnya serta tetap memberi dorongan untuk meneruskan dakwah. Hanya, untuk masuk Islam secara langsung, masih ada banyak pertimbangan yang dipertaruhkan, sehingga takdir Allah mendahului Abu Thalib dan beliau mati bukan dalam beragama Islam.

c. Dibela Oleh Datuk Orang-orang Quraisy berambisi sekali untuk menangkap Nabi, tetapi Abu Thalib selalu menghalang dan tidak akan menyerahkannya kepada mereka. Kerana keadaan maka Abu Thalib minta agar Nabi mengurangi intensitas dakwanya. Nabi mengira bahawa datuknya sudah tidak sungguh-sungguh membelanya, sehingga beliau mengemukakan pendiriannya : Demi Allah sekalipun mereka letakkan matahari dipundak kananku dan bulan dipundak kiri agar aku tinggalkan dakwah ini, nescayalah aku tidak akan meninggalkannya, hingga agama ini tegak atau aku mati kerananya`.

d. Tetap Konsentrasi Kepada Pembinaan Meskipun dakwah sudah mulia terbuka, namun pembinaan para kader masih merupakan titik sentral dakwah. Sebab selain kuantitas yang besar, dakwah pun tetap membutuhkan kualitas yang mantap. Sehingga apa yang dilakukan oleh gerakan dakwah di masa ini tidak lain masih bertema tentang menguatan aqidah dan kualitas seorang kader.

Pertemuan demi pertemuan dibuat dengan amat intensif dan berlangsung terus menerus secara dinamis.

Quran Sumber Talaqqi : Setiap pertemuan selalu disirami dengan alunan dan kajian ayat-ayat Quran yang turun kepada Rasulullah SAW.

Solat Berjamaah : Bahkan saat itu solat berjamaah pun sudah dilaksanakan meski dengan cara diam-diam di tempat tertentu.

Aspek Ruhiyah : Dan pembinaan ruhiyah menjadi bahagian terpenting dalam masa ini.

Membela diri : Dalam keadaan tertentu, diizinkan untuk membela diri meskipun bukan kebolehan untuk memerangi.

Menerima Seksaan : Para shahabat generasi ini sudah terbiasa dilatih oleh Rasulullah untuk bersabar menerima ujian dan cobaan serta menanggung siksaan. Semua itu mereka niatkan sebagai bagian dari jihad fi sabilillah. Mereka tidak melawan karena intinya belum kepada bentuk dakwah perlawanan.

Berupaya Menyelamatkan Orang Lemah : Dalam pada itu, Rasulullah SAW tetap berusaha sekuat mungkin untuk membela orang lemah dengan segala cara. Termasuk memberikan peluang untuk menghindar menyelamatkan diri dengan hijrah, atau dengan menebus budak yang diseksa, atau dengan memberikan perlindungan dari orang-orang yang kuat

DEFINISI ILMU

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge).

PANDANGAN KONSEP ILMU

Imam al Ghazali amat menekankan konsep ilmu pengetahuan di mana baginya ilmu pengetahuan ialah sesuatu yang paling mulia yang dapat dicapai oleh manusia dalam kehidupan.. Untuk menimba ilmu pengetahuan, seseorang individu seharusnya memiliki nilai kesabaran dalam diri. Menimba ilmu pengetahuan melibatkan pelbagai proses seperti melakukan pemerhatian, penyelidikan, pencerapan dan sebagainya. Proses tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasti akan wujudnya pelbagai pancaroba yang tidak diketahui dalam pencarian ilmu. Menuntut ilmu sememangnya memerlukan kesabaran. Sebagai contohnya, Imam alGhazali menganggap bahawa setiap peristiwa yang berlaku memberikan faedah dan meninggalkan warna dalam dirinya ke arah mencintai dan merakusi ilmu pengetahuan.

Menurut Islam, Ilmu datang dari Allah Tuhan Semesta Alam, dan diperoleh melalui sejumlah saluran iaitu :

Berita yang benar dan bersumber dari otoritas (al-khabar ash-shadiq), di dalamnya adalah al-Quran dan sunnah.

Panca Indera (al-hiss al-mushtarak) yang sehat Akal yang sehat Intuisi

Dengan demikian saluran ilmu (epistemologi) Islam lebih luas cakupannya dari epistemologi Barat. Islam mengakui ilmu yang datang melalui pancaindera seperti metoda eksperimental, juga yang datang melalui akal rasional, namun Islam juga menempatkan ilmu yang bersumber pada kitab suci, sunnah pada tempat yang tertinggi. Penempatan sumber-sumber ilmu inilah yang juga disebut adab terhadap ilmu, iaitu mengakui adanya hierarki dalam ilmu dan menempatkan sesuatu pada tempatnya yang semestinya. Kerana cakupan ilmu dalam konsep Islam meliputi baik yang bersumber dari al-Quran, sunnah dan ilmu-ilmu sharah (yang dikenal masyarakat awam sebagai ilmu agama) juga ilmu-ilmu yang mempelajari alam semesta (yang dikenal masyarakat awam sebagai ilmu dunia).

Dalam konsep Islam tidak ada pemisahan antara ilmu agama dan ilmu dunia, yang ada adalah adanya pembedaan yang bersifat maratib (derajat) dan prioritas. Karenanya dikenal pembagian ilmu menjadi ilmu fardh ayn dan ilmu fardh kifayah. Atau pembedaan dari segi cara memperolahnya, seperti ilmu muammalah dan ilmu mukashafah

Pengertian ilmu mencakupi pelbagai aspek tanggapan, pemikiran dan kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini dapat diperjelas melalui pendekatan falsafah, empirik atau konseptual.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu secara epistemologi, iaitu sebagai ketibaan dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu perkara, atau ketibaan oleh kalbu tentang makna sesuatu. Ilmu ialah ketibaan maklumat yang benar dan bermakna ke dalam diri insan.

>

Untuk memastikan bahawa ketibaan itu terjadi, usaha tertentu perlu dilakukan.

Antaranya pembacaan, interaksi dengan alam, pemerhatian, peningkatan pengalaman diri, perguruan, perbincangan, persidanganyang dilakukan dengan adab dan akhlak yang terpuji.

Mengikut Franz Rosenthal, umat Islam ialah umat ilmu. Ilmu dalam Islam dibahagikan kepada 12 kategori: - Ilmu ialah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. - Ilmu ialah kognisi. - Ilmu ialah proses memperoleh atau mencari menerusi persepsi mental. - Ilmu ialah proses membuat penjelasan, penegasan atau penglibatan. - Ilmu ialah rupa bentuk sesuatu, makna sesuatu, konsepsi atau tasawuf. - Ilmu ialah kepercayaan dan pengesahan kebenaran. - Ilmu ialah ingatan, imaginasi, citra atau bayangan, pandangan atau pendapat. - Ilmu sebagai gerak-geri. - Ilmu sebagai hubungan. - Ilmu berhubungan dengan amal dan perbuatan. - Ilmu berlawanan dengan kejahilan. - Ilmu hasil intuisi atau hasil renungan

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu.

Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan,

KEPENTINGAN ILMU

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan. Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah

1) Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah,

.
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan

2) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar,

.
Maksudnya; Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang bijaksana.

3) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28

4) Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan diakhirat,

5) Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi

6 ) Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama. 7) Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. 8) Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil

BIBLIOGRAFI
Jaguh PMR / Jaguh SPM, Revisi Lengkap Pendidikan IslamTerbitan Naluri Creative, Posted by: zaim | Januari 10, 2011

Nota Poket Pendidikan Islam PMR & SPM, Posted by: Hjh Nik Zulina Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Ishaq dan sanadnya dinilai hasan oleh Dr. Akram Dhiya al-Umari dalam al-Sirah al-Nabawiyyah al-Shahihah (Maktabah al-Abikan, Riyadh, 1998), jld. 1, ms.170.

http://ismamesir.wordpress.com/2007/11/19/tazkirah-persaudaraan-kerana-allah/ uaki-syiar.blogspot.com/2009/.../pentingnya-ukhueah-islmiyaah.ht www.cmm.or.id/cmm-ind_more.php?id=A160_0_3_0_ dakwah.info/featured/hijrah-rasulullah-s-a-w/ razzyy.com/Nota/NOTA%20TING%201/sirah%20&%20tokoh/hijrah.doc

Anda mungkin juga menyukai