Anda di halaman 1dari 11

PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

TOPIK 8 HIJRAH RASULULLAH SAW

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan peristiwa Hijrah Rasulullah SAW


2. Menganalisis hikmah pensyariatan hijrah dalam masyarakat Islam
3. Menghuraikan strategi dakwah Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

HIJRAH RASULULLAH SAW

Kronologi Peristiwa 
Hijrah Rasulullah 
SAW

Strategi Dakwah
Pengertian Hijrah
Rasulullah

Hikmah pensyariatan Hijrah


Rasulullah SAW

PENGENALAN

Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat daripada Kota Mekah ke Madinah
atau Yathrib merupakan satu peristiwa penting dan menjadi titik tolak dalam perkembangan

JAPIM Page 1
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

dakwah Islam sehingga ke hari ini. Untuk itu, topik ini akan membincangkan kronologi
tentang peristiwa penghijrahan tersebut, strategi dakwah Rasulullah SAW dalam
menyampaikan dan menyebarkan Islam serta hikmah pensyariatan hijrah kepada masyarakat
Islam khususnya.

1. 0 KRONOLOGI PERISTIWA PENGHIJRAHAN RASULULLAH SAW

Bilangan masyarakat Islam di Mekah semakin meningkat sehingga tujuh puluh orang, namun
tekanan dan penyiksaan keatas orang-orang Islam Mekah ini semakin kuat disebabkan
masyarakat kuffar Quraisy tahu tentang perhubungan mereka dengan kaum Khazraj di
Madinah.

Keadaan ini menyebabkan orang-orang Islam di Mekah menemui Rasulullah SAW


untuk meminta keizinan untuk berhijrah. Ibnu Saad dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al-Kubra’
menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh Aisyah RA “akhirnya mereka (orang-orang
Islam Mekah) pun mengadu nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada Rasulullah
SAW sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab Rasulullah SAW “sesungguhnya aku telah
pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa sahaja yang
ingin berpindah bolehlah berpindah ke sana.” Kemudian mereka pun tolong menolong
bersiap-siap dan mengemaskan barang-barang masing-masing. Akhirnya, mereka keluar
berpindah secara sembunyi dari kota Mekah. Orang yang pertama keluar ialah Abu Salamah
bin ‘Abdil Asad, diikuti ‘Amir bin Rabi’ah dan isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah
kumpulan pertama yang sampai di Yathrib. Lepas itu berturut-turutlah

Pada tahun keempat belas Kenabian, bersamaan 12 September 622 tahun masihi (hari
Khamis), ‘Parlimen Quraisy’ yang terdiri daripada pembesar-pebesar kuffar Quraisy telah
mengadakan mesyuarat. Antara perkara perbincangan mereka ialah rancangan untuk
membunuh Rasulullah SAW. Untuk tujuan itu, mereka telah menetapkan waktu yang sesuai
bagi menjalankan niat jahat mereka itu.

Namun perancangan jahat kuffar Quraisy ini telah dimaklumkan oleh malaikat Jibril
‘Alaihissalam’ kepada Rasulullah SAW, sambil menyuruh Rasulullah SAW berangkat untuk
berhijrah dan melarang baginda tidur ditempatnya pada malam tersebut.

JAPIM Page 2
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Malaikat Jibril telah mengatur perjalanan hijrah Rasulullah SAW , dengan ditemani
Saidina Abu Bakar mereka berdua bergerak meninggalkan Mekah ke arah selatan, mendaki
puncak gunung Jabal Thur serta mengambil keputusan berlindung di dalam gua.

Manakala orang-orang Quraisy yang telah mengepung rumah Rasulullah SAW


terkejut melihatkan Saidina Ali RA yang berbaring ditempat pembaringan Nabi dan bukannya
Muhammad SAW. Tarikh Nabi SAW keluar meninggalkan rumahnya ialah pada 27 Safar,
tahun ke empat belas kerasulan iaitu 12/13 September 622 Masihi ( Ibn Hisyam, 1/424 )

2.0 PENGERTIAN HIJRAH

Hijrah dalam konteks sirah ialah perpindahan Nabi Muhammad dan orang-orang Islam
Makkah ke Madinah. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah
bagi memastikan kejayaannya dari segi agama, moral, sosio-ekonomi dan politik. Yathrib
atau Madinah telah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama,
moral dan sosio-ekonomi. Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70
orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum
Musyrikin Makkah.

( Ilustrasi diambil dari www.suatu perjalananmaya.com)

2.1 Faktor-faktor yang mendorong penghijrahan


JAPIM Page 3
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

i. Perjanjian Aqabah ( Bai’at al-Aqabah)

Perjanjian Aqabah yang dimeterai antara orang-orang Yathrib dan Rasulullah telah
mempermudahkan lagi proses penghijrahan masyarakat Islam Mekah. Perjanjian atau bai’ah
ini telah dilakukan sebanyak dua kali. Pada bai’ah pertama, seramai 12 orang-orang Ansar ini
menemui Rasulullah dan berjanji tidak menyekutu dan mensyirikkan Allah serta beriman
dengan Rasulullah. Selepas selesai bai’ah ini, Rasulullah SAW telah mengutuskan Mus’ab
bin Umair bersama-sama rombongan ini untuk mengajar mereka mempelajari dan membaca
al-Quran. Seterusnya pada tahun berikut, berlaku pula bai’ah Aqabah II di mana seramai 73
orang-orang Ansar berjumpa dan berikrar di hadapan Rasulullah. Mereka bukan sahaja mahu
menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang-orang Islam.

ii. Tekanan Musyrikin Mekah

Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke
Madinah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri
telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan
mereka secara terbuka apabila Nabi tidak lagi menyebarkan Islam secara rahsia. Musyirikin
Mekah bimbang kedudukan politik, ekonomi dan sosial mereka akan terjejas.

Nabi juga telah menyebarkan Islam di dalam kalangan penduduk Taif namun, mereka
tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat
dengan orang Quraisy di Mekah.Penolakan dakwah masyarakat Taif ini juga menyebabkan
Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Yathrib atau Madinah. Kedatangan
penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan
Islam memberi satu gambaran dan harapan yang baik kepada Nabi.

iii. Penolakan Dakwah di Taif

Penolakan dakwah di Taif menyebabkan Nabi telah mengalihkan perhatian ke Yathrib atau
Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk
menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk
Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan
yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Selepas peristiwa penolakan dakwah ini, Nabi
menghadapi pula dua peristiwa sedih iaitu kematian Abu Talib dan Saidatina Khadijah.
Peristiwa ini menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak
meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan
JAPIM Page 4
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walau-
pun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

iv. Mencari tempat baru untuk berdakwah

Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan
sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap
penduduk Mekah. Selama 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, bilangan yang menerima
Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.
Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana.
Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan
antara orang Arab dan Yahudi, dan di antara Aus dan Khazraj yang berpunca dari perebutan
kuasa di Madinah.

v. Kedudukan Madinah yang strategik

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat
sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat
dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

vi. Kepercayaan penduduk Madinah kepada Agama Samawi

Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi,
terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini
memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun,
penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding
penduduk Mekah.

vii. Wahyu

Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam
berhijrah. Ayat 30 Surah al-Anfal telah mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan
oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi dan orang-orang
Islam supaya segera berhijrah ke Madinah.

4.0 HIKMAH PENSYARIATAN HIJRAH

i. Mempergiatkan lagi penyebaran Dakwah Islamiah


JAPIM Page 5
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan
secara terancang dan teratur dari segi kerohanian dan kebendaan. Dengan penghijrahan ini,
penyebaran dakwah Islamiah dapat diaturkan dengan lebih tersusun dan berorganisasi.
Aktiviti dakwah Islamiah dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum
Quraisy. Ajaran Islam dapat diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja
di seluruh pelusuk kota Madinah.

ii. Pemerkasaan masyarakat Islam dari sudut politik dan ketenteraan

Kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah telah juga menyebabkan orang-orang Islam


mempunyai suara dan kekuatan dalam bidang politik. Rasulullah telah dilantik menjadi
pemimpin masyarakat Madinah yang berlatar belakang penduduk yang bercirikan pelbagai
bangsa dan kepercayaan, namun Rasulullah berjaya memerintah dengan baik. Kekuatan
kepimpinan ini secara langsung telah memperkukuhkan lagi kegiatan ketenteraan di mana
ketenteraan Islam yang berpusat di Madinah berjaya menundukkan dua buah empayar besar
iaitu Parsi dan Rom.

iii. Penyebaran Islam Semakin Meluas

Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas
sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah
menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan
sebagainya yang menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima utusan tersebut
ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir),
Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

iv. Pengiktirafan terhadap kepimpinan Rasulullah SAW

Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda
menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah,
baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat
dan sebagainya. Peranan Rasulllah SAW itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di
Mekah.

v. Mewujudkan kedaulatan ummah

Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan
agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah dipilih adalah
JAPIM Page 6
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke
Madinah juga terdapat banyak unsur- unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek
keagamaan secara langsung dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.
Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan
Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya
ialah kaum Aus dan Khazraj. Manakala golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang
mengikuti Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Pertumbuhan masyarakat Islam ini
mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu
mempertahankan diri mereka.

vi. Penubuhan Negara Islam

Kota Madinah menjadi negara Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk
Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi
kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama
di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang
tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

vii. Perubahan Kehidupan masyarakat Madinah

Sebelum Nabi berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem
undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan fizikal manusia. Manusia yang
lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur
diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat
seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk
Madinah hidup bebas dari penindasan.

viii. Menamatkan Permusuhan Tradisi Antara Kaum Ansar dan Khazraj

Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka
melalui ikatan semangat ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan.
Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Buath
pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta
benda.

ix. Permulaan Kalendar Hijrah

JAPIM Page 7
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem
kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634
M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354
hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

x. Pertumbuhan Ekonomi

Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang


Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan
yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan. Setelah
hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah diperkenalkan dan
ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih makmur dan
stabil.

xi. Sosial ( pembentukan ummah )

Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah sementara para
peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan nilai-nilai masyarakat
Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam
sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan
di mana hidup berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk ummah.

Kesimpulannya, sejarah penghijrahan Nabi Muhammad (SAW) merupakan


perjuangan Baginda untuk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak
oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi
kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada
penghijrahan Rasullulah untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.
Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan
perkembangan agama Islam. Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan
umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.

JAPIM Page 8
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

5.0 STRATEGI DAKWAH RASULLAH SAW

Strategi dakwah Rasulullah terbahagi kepada  beberapa  peringkat:

1. Berdakwah secara rahsia


Menyeru orang perseorangan daripada kalangan keluarga yang terdekat dan sahabat-
sahabat yang rapat.
Kebanyakan pengahut Islam pada peringkat ini dari kalangan hamba dan orang
miskin
Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dijadikan sebagai pusat penyeruan Islam &
mempelajari Islam secara sulit
Strategi dakwah secara sulit ini berjalan selama 3 tahun
 Orang yang mula menerima Islam antaranya:
 Kalangan wanita – Khadijah Al Khuwailid (isteri Rasulullah)
 Kalangan lelaki - Abu Bakar As Siddiq di ikuti sahabat lain
spt Uthman b Affan Abd Rahman b. Auf dll

 Kalangan kanak-kanak – Ali bin Abi Talib


 Kalangan hamba – Bilal bin Rabbah

2. Berdakwah secara terus terang kepada kaum kerabat

 Cara ini dilaksanakan setelah menerima perintah Allah melalui firman Allah
yang bermaksud :
“Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat”

 Setelah turun ayat ini, Rasulullah saw telah mengadakan jamuan di rumah Ali
bin Abi Talib . Semua kaum keluarga dijemput dan Rasulullah menerangkan
tentang dasar-dasar agama Islam . Sebahagian menerima & sebahagian lagi
menentangnya.

JAPIM Page 9
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

3. Berdakwah secara terus Terang kepada orang ramai ( umum)

 Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah setelah turun perintah Allah dalam surah al
hijr ayat 94 : ‫فاصدع بما تشؤمر واعشرض عششن المششركين‬ bermaksud : Sampaikanlah secara
berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan
jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin
 Apabila turun ayat ini Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-
pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan di kaki bukit Safa dan menyeru mereka
kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.
 Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan yang hebat dari kafir Quraisy.
Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai
penyeksaan .
 Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin
bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

5.1Sebab- sebab Rasulullah berdakwah secara rahsia (sulit)

 Bilangan penganut Islam masih sedikit

 Untuk mengelakkan penentangan terbuka dari kafir Quraisy

 Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan amalan biasa masyarakat
Arab pada masa itu

 Dakwah secara sulit selaras dengan strategi dakwah yang berhikmah

 Ajaran Islam dapat sampaikan dan diterima tanpa gangguan

 Dapat menghindari penentangan terbuka dari kafir Quraisy

 Mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan

JAPIM Page 10
PENDIDIKAN ISLAM (GPI1083)

amalan tradisi nenek moyang mereka

1. Berhikmah atau Bijaksana

 Iaitu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penerima atau


kumpulan sasarannya
 Baginda menjalankan dakwahnya kepada masyarakat dari peringkat
Teknik /
hamba sehingga peringkat pemimpin / cerdik pandai dengan
Pendekatan
Dakwah menggunakan pendekatan yang berbeza ( mengikut kesesuaian )
Rasulullah
2. Contoh Teladan dan Pengajaran yang Baik

 Rasulullah telah menunjukkan sifat peribadi yang unggul dan contoh


teladan yang baik,yang amat dikagumi oleh masyarakat ketika itu
seperti berakhlak mulia, berlapang dada, pemaaf, amanah, pemurah
dan lain-lain
 Akhlak dan kemuliaan peribadian baginda adalah faktor terpenting
kejayaan baginda dalam usaha menyebarkan agama Islam.

3. Berhujah dan Berbahas secara baik dan rasional

 Rasulullah sangat petah dalam percakapan. Setiap hujahnya


bernas,jelas dan tepat berlandaskan petunjuk Allah. Setiap hujah
disertai contoh yang mudah difahami dan mudah diterima..

JAPIM Page 11

Anda mungkin juga menyukai