Anda di halaman 1dari 14

Moderator

Muhd Abdul Basith Bin Razali (Abe Sith) Mohd Zaki Ikramullah Bin Zakaria (Abe Jack) Mohd Farid Bin Ramli (Abe Yid)

HIJRAH
-Dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. -Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.

Latar belakang Hijrah Nabi menyeru kepada Islam Semenjak berada di Mekah. wahyu sudah mulai turun. Muhammad telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula dari seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam di kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Ia berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga dari segi uslub dakwah, dari sembunyi hinggalah terang-terangan. Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan Kami beriman kepada Allah Dengan sebab dakwah yang mula diterima dari kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para Sahabat ditindas, disiksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang disiksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.

Diizin berhijrah ke Habsyah Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para Sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para Sahabat hanyalah sabar, sabar hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.

Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para Sahabat:. Nabi bersabda, maksudnya: Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana. Para Sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Baiah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Baiah Aqabah 1dan 2 itu dalam musim-musim haji. Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Dari cadangancadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang. Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar asSiddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.

Hadits yang berkenaan dengan hijrah Uraian Materi

Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khathab r.a., ia berkata, Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya segala amal perbuatan bergantung kepada niatnya dan tiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapatkan pahala hijrah karena Allah dan Rasulullah. Barang siapa yang hijrahnya karena faktor duniawi yang akan ia dapatkan atau karena wanita yang akan ia nikahi, maka ia dalam hijrahnya itu ia hanya akan mendapatkan apa yang ia niatkan. (H.R. Bukhari-Muslim)

Kepentingan Hijrah
Hijrah telah menyatukan masyarakat Arab di bawah akidah Islam. Selepas Hijrah,masyarakat Arab berpegang teguh kepada ajaran Islam. Nabi Muhammad s.a.w. membina sebuah masjid,setibanya di Madinah. Masjid Pertama- Masjid Quba Berbentuk empat segi,Dibina menggunakan tanah liat dan batang/pelepah tamar. Masjid Kedua- Masjid al-Nabawi Berbentuk empat segi,Terdapat anjung bagi kegunaan musafir.

Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan orang yg berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan orangorang Madinah sendiri. Org yg berhijrah dari Makkah-digelar Muhajirin,Org Madinah yg memberi bantuan Ansar. Selepas terbina kerajaan Islam{Madinah}, Undangundang dilaksanakan secara adil & sempurna. Undangundang tersebut diterima oleh org Islam &Bukan Islam. Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yg sesuai.Wanita diletak pada taraf yg tinggi,diberi hak,dan tanggungjawab sepatutnya dalam masyarakat.

Islam memperkenalkan konsep persamaan hak & persaudaraan Islam. Masyarakat Arab hidup tanpa kasta selepas kedatangan Islam.Tiada perbezaan taraf kecuali perbezaan dari segi keimanan & ketakwaan kpd Allah. Masyarakat Madinah mengamalkan konsep ummah,iaitu bersatu padu,tanpa beza membeza, dan saling memberi dan menerima bantuan. Hijrah Menyebabkan nama Yathrib ditukarkan kepada Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya).

Madinah menjadi pusat tamadun Islam yang unggul & model kepada tamadun-tamadun lain di dunia. Hijrah melahirkan takwim Islam (tahun Hijrah). Digunakan pada zaman Umar al-Khattab. Sempena Hijrah,sambutan Maal Hijrah diadakan. Hijrah melambangkan umat Islam perlukan pengorbanan dalam memperjuangkan Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan model yang unggul degan memaparkan sifat-sifat mahmudah seperti sedia menempuh cabaran dan tidak pernah berputus asa.

Strategi Hijrah Rasulullah


Membina Masjid Nabawi Persaudaraan Antara Muhajirin dan Ansar Mengukuhkan Ekonomi Menyusun Piagam Madinah Menyatupadukan Kabilah Membentuk Masyarakat Berilmu

Sistem Zakat Dasar Pemerintahan Adil Pengukuhan Pertahanan Hubungan Diplomatik

Membina Masjid Nabawi:


Langkah permulaan menyusun pentadbiran negara. Markas bagi pelbagai aktiviti meningkatkan hubungan sosial,kemasyarakatan & kerohanian. Tempat beribadat & perkumpulan umat Islam Simbolik / identiti agama Islam

Anda mungkin juga menyukai