Anda di halaman 1dari 22

PERISTIWA HIJRAH

RASULULLAH
Kod Subjek : IIX1004

Subjek : Pengantar Pengajian Usuluddin


AHLI KUMPULAN

1. AMIRAH NAJWA 'IZZATI BINTI ABD. RASHID (U2000031/2)

2. ATIKAH IZZATI BINTI ZAMRI (U2000023/2)

3. NUR ALYA MUNIRAH BINTI KAMALUDIN (U2000059/2)

4. ASFA BINTI AZAMHARI (U2000064/2)


ISI KANDUNGAN
Latar belakang

Peristiwa sebelum hijrah

Peristiwa semasa hijrah

Peristiwa selepas hijrah

Kesan hijrah

Rujukan
MADINAH

QUBA'

GUA TSUR

MEKAH
LATAR BELAKANG HIJRAH
Perintah Allah taala supaya berhijrah ke Madinah Mencari tempat baru untuk berdakwah

menerusi wahyu.

Hijrah berlaku apabila Rasulullah SAW menerima Di Mekah, ancaman daripada orang

wahyu daripada Allah Taala yang mengizinkan Orang arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti

Islam berhijrah. Dalam wahyu ini, Allah telah penyebaran Islam.Walau bagaimanapun,

menyatakan niat dan pakatan Orang Quraisy untuk penghijrahan itu bukan bererti yang

membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan orang Islam kecewa dengan

baginda untuk segera berhijrah. Dengan penentangan tersebut tetapi ini

Perlindungan Allah Taala, baginda dan sahabat


merupakan strategi Nabi Muhammad
baginda, Abu Bakar As-Siddiq selamat sampai ke
SAW untuk mengembangkan Islam. Bagi
Madinah.
baginda, suasana aman di tempat baru

akan memudahkan lagi penyampaian

dakwah Islamiah. Hijrah juga

membolehkan sebuah masyarakat Islam

yang bersatu padu dan sempurna

diwujudkan.
Bai'at Aqabah

Perjanjian aqabah dilakukan dua kali, yang pertama dilakukan pada saat musim haji pada bulan Julai tahun

621 M, pada suatu malam dengan ditemani Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali, Nabi Muhammad SAW keluar

melewati perkampungan Dzhul dan Syaiban bin Tsa’labah. Beliau menyampaikan Islam kepada mereka.

Ketika Rasulullah melewati Aqabah di Mina, baginda mendengar beberapa orang yang sedang berbincang-

bincang. Ternyata mereka adalah enam orang pemuda Yathrib. Mereka pernah mendengar dari kaum

Yahudi Yastrib, bahawa ada seorang nabi dari para nabi yang diutus pada masa ini, yang akan muncul dan

akan mereka ikuti, sehingga mereka dapat memerangi kaum Khazraj. Namun, Nabi Muhammad SAW

menginginkan perdamaian antara mereka dan para pemuda Yathrib ini menyetujuinya. Setelah itu, mereka

memeluk Islam dan kembali ke Madinah.

Pada pelaksanaan haji tahun berikutnya, ada 12 orang yang datang, lima daripada mereka adalah enam

orang yang sudah bertemu Rasulullah sebelumnya. Mereka menyatakan diri masuk Islam dan melaksanakan

Bai’at Aqabah. Setelah bai’at itu terlaksana, beliau mengirim Mush’ab bin Umair Al-Abdary sebagai utusan

yang pertama yang menyebarkan agama islam dalam kalangan penduduk Yasthib. Beliau menginap di

rumah As’ad bin Zurarah. Suatu hari mereka pergi bersama ke perkampungan Bani Abdul Asyhal dan Bani

Zhafar.
Sementara itu Sa’ad bin Mu’adz dan Usaid bin Hudhair sebagai pemimpin kaum Bani Asyhal yang masih musyrik,

mendengar kedatangan mereka dan ingin menghalang mereka menyebarkan agama Islam. Namun, setelah

bertemu dengan Mush’ab dan mendengarkan ayat-ayat Al-Qur’an serta penjelasan tentang Islam, Sa’ad

menyatakan keinginannya untuk masuk Islam dan juga mengajak kaumnya juga untuk masuk Islam.

Pada musim haji berikutnya, iaitu tahun ketiga belas kenabian pada bulan Jun 622M, tujuh puluh tiga orang

lelaki dan tiga orang perempuan Yathrib yang telah memeluk Islam datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah

haji. Mereka menginginkan Nabi agar berhijrah ke Yathrib untuk menyelamatkan baginda dari kafir Quraisy

Mekah. Tidak lama setelah itu, mereka bersepakat untuk berkumpul secara rahsia, di sebuah bukit di Aqabah

dan membentuk perjanjian Aqabah kedua dengan Nabi Muhammad SAW.

Kematian Abu Talib & Khadijah

Beliau kehilangan isteri tercinta tempat curahan kasih sayangnya. Kesedihan itu kembali bertambah setelah tidak

lama berselang bapa saudara Rasulullah iaitu AbuṬalib juga wafat. Dalam sejarah Islam peristiwa ini biasa dikenal
dengan āmul ḥuzni atau tahun duka cita.Kematian Abu Ṭalib ini menyebabkan Rasulullah kehilangan pelindung setia

yang sentiasa melindunginya daripada pelbagai ancaman. Pemergian Abu Ṭalib untuk selama-lamanya ini telah

memberi peluang kepada kaum musyrikin Quraisy untuk tidak ragu-ragu melakukan tindakan kekerasan kepada

Rasulullah dan para pengikutnya. KMereka semakin keras melancarkan intimidasi terhadap kaum muslimin.Semasa

bapa saudaranya masih hidup, Rasulullah tidak pernah mengalami gangguan seteruk yang dialaminya setelah Abu

Ṭalib wafat. Sehingga ada beberapa orang Quraisy yang berani menaburkan pasir di kepala baginda.
Tekanan Musyrikin Mekah

Selama 13 tahun hidup di kota Mekah, Rasulullah SAW serta

para pengikutnya sering mengalami cobaan besar dan siksaan

yang sangat pedih, di samping itu hak kemerdekaan mereka

dirampas, mereka diusir dan harta benda mereka disita. Nabi

dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau.

Orang-orang Musyrikin Mekah melarang keras Penduduk

Mekah daripada bergaul dengan Kaum Muslimin Malah, Nabi

sendiri telah diancam untuk dibunuh. Mereka mula

menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan

Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari

segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

Kedudukan Madinah yang strategik

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara

Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat

penyebaran Islam. Madinah juga berpotensi menyaingi

kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini,

Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara

yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.


PERISTIWA
SEBELUM HIJRAH
Dar An-Nadwah
Orang-orang Quraisy mendapat tahu tentang keislaman sekumpulan penduduk Yathrib. Lantaran itu,

mereka meningkatkan penyeksaan kepada orang-orang mukmin di Makkah. Lalu Nabi SAW

mengarahkan orang-orang Mukmin berhijrah ke Madinah. Mereka berhijrah secara sembunyi kecuali

Umar RA. Beliau telah memberitahu orang musyrik Quraisy tentang penghijrahannya seraya berkata:

"Sesiapa yang mahu ibu kehilangan anaknya, esok tunggu aku di tengah wadi ini." Namun tiada

seorang pun berani keluar menyahut cabarannya.

Apabila orang-orang Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan

perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka

bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul SAW sendiri. Mereka memutuskan untuk

memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut

membunuh Baginda serentak. Justeru itu, tuntutan darah Baginda akan teragih kepada setiap kabilah

menyebabkan Bani Manaf (keluarga Rasulullah) tidak upaya memerangi mereka semua dan terpaksa

menerima bayaran diat sahaja. Setelah itu pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul

SAW berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar

untuk membunuhnya.
Keputusan Untuk Keluar
Dari Makkah
Pada malam tersebut Musyrikin Quraisy mengepung rumah Rasulullah SAW dan

bersiap sedia untuk menyerbu rumah baginda serta membunuhnya. Niat jahat

mereka diberitahu Allah Taala kepada Rasulullah dan memerintahkannya untuk

berhijrah ke Madinah. Di larut malam yang gelap pekat, Rasulullah SAW berjaya

menyelinap keluar dari rumahnya kemudian baginda pergi ke rumah Abu Bakar.

Baginda tidak tidur di tempat tidurnya. Rasulullah SAW telah meminta Saidina Ali

RA untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda.

Rasulullah SAW pun keluar rumah, membelah barisan sekatan mereka malah

baginda telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda

menaburkannya ke atas kepala mereka semua sambil membaca ayat Allah

daripada Surah Yaasin iaitu ayat 9. Kemudian, Allah membutakan penglihatan

mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat Rasulullah keluar di masa itu.

Kemudian, baginda pergi ke rumah Abu Bakar dan menyatakan tentang perintah

Allah supaya baginda berhijrah. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari

Makkah. Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk

menjadi penunjuk jalan ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang

biasa diketahui dan menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir

Quraisy.
Menurut al-Mubarkafuriyy di dalam kitabnya al-Rohiq al-Makhtum, Rasulullah SAW dan

sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar RA keluar rumah untuk berhijrah ke Madinah pada

malam 27 Safar tahun 1 Hijrah iaitu bersamaan 12 September 622 Masihi.

Hanya Saidina Ali RA dan keluarga Saidina Abu Bakar RA yang mengetahui tentang hijrah

Baginda tersebut. Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan

menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian daripada tali

ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia

digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai dua tali ikat pinggang). Dengan

bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menghala ke Yaman sehingga

sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tiga malam.

Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih remaja. Beliau seorang

pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami. Beliau akan keluar

meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama orang-orang Quraisy

Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadap Rasulullah

dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah beliau

menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya.


PERISTIWA SEMASA HIJRAH
(SEMBUNYI DI GUA THUR)
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar telah bersembunyi di gua Thur selama 3 malam.

Setelah kaum Quraisy gagal dengan rancangan mereka untuk membunuh Rasulullah SAW,

mereka keluar mengejar Baginda mengikut jalan Makkah yang biasa namun tetap gagal

menemui Baginda.

Mereka menuju ke Yaman sehingga tiba di hadapan muka gua Thur. Sebahagian daripada

mereka telah berkata "Boleh jadi Muhammad dan temannya berada di dalam gua ini.

Namun sebahagian yang lain tidak bersetuju kerana terdapat sarang labah-labah dan sarang

burung di muka gua tersebut. Mereka menganggap bahawa tidak mungkin Rasulullah SAW

berada dalam gua tersebut tanpa menyentuh sarang-sarang tersebut.

Abu Bakar telah melihat kaki-kaki mereka ketika mereka berada di hadapan gua tersebut.

Beliau amat bimbang bahawa keberadaan Rasulullah SAW akan diketahui oleh mereka

namun Rasulullah menteteramkannya dengan bersabda "Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita

berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga."


Individu yang turut menyumbang

perjalanan hijrah Rasulullah dan Abu

Bakar:

◈ Asma' Binti Bakar-Membantu

dengan menghantar makanan.

◈ Amir bin Fuhairah- Menggembala

kambing berhampiran gua Thur agar

susu kambingnya dapat diberikan

kepada baginda.

◈ Abdullah bin Abu Bakar-Mengintip

kegiatan orang quraisy yang ingin

menjejak kehilangan baginda.


PERISTIWA SEMASA HIJRAH
DIKEJAR SURAQAH BIN MALIK

Dalam usaha pihak musyrikin Quraisy


Sebaik sahaja Suraqah mendengar
untuk mencari Nabi Muhammad, mereka
tentang ganjaran tersebut, dia terus
mengumumkan kepada semua kabilah,
mempersiapkan kudanya. Dan pergi,
bahawa,sesiapa yang Berjaya, menelusuri laluan yang digunakan oleh

membawa Muhammad hidup atau mati, Rasulullah SAW. .

maka orang itu, akan dihadiahkan

dengan seratus ekor unta yang terbaik.


Dalam perjalanan, kuda

Suraqah telah tersadung,

dan menyebabkan Suraqah Tidak jauh daripada tempat kudanya

jatuh daripada pelana. terjatuh, Suraqah perasan akan kelibat

Rasulullah SAW dan sahabatnya. Maka

Suraqah segera untuk mengambil busur

panah, tetapi tubuhnya kaku ,dan tidak

mampu bergerak dari tempatnya.

Lalu Suraqah melihat ke arah Baginda Rasulullah SAW

dan sahabat , lantas berteriak memanggil mereka.

“Wahai kalian yang berada di sana, tolonglah kalian

berdoa kepada tuhan kalian untuk melepaskan kaki

kudaku. Aku akan membiarkan kamu pergi”.


Maka pada ketika itu, sekali
Kembalilah Suraqah ke
Berkat doa Baginda ,maka lagi kaki kuda Suraqah
kampung halamannya.
terlepaslah kaki kuda Suraqah. terbenam ke tanah. Suraqah
Suraqah telah
Akan tetapi sesudah itu, sekali lagi meminta tolong
menyembunyikan kisahnya
ketamakan mula menguasai kepada Baginda Kemudian,
dengan Nabi SAW
Suraqah lantas menghentak Rasulullah SAW berdoa dan
sehinggalah diyakininya
kudanya untuk mengejar kuda Suraqah dapat terlepas
bahawa Baginda telah tiba
Rasulullah SAW. daripada keadaan terbenam
di Madinah.
itu.
PERISTIWA SEMASA HIJRAH
PEMBINAAN MASJID QUBA

Dalam perjalanan, Rasulullah SAW dan sahabat

membina Masjid Quba yang merupakan masjid

pertama di dalam Islam. Masjid Quba terletak kira-

kira 10 km dari Madinah. Rasulullah sendiri terlibat

secara langsung dalam pembinaan Masjid Quba’.

Setelah Rasulullah dan para sahabat selesai

mebangunkan masjid Quba , mereka menyambung

perjalanan kembali ke kota Madinah.


Peristiwa Selepas hijrah
Langkah pertama yang ingin dilakukan oleh
Ketika Baginda tiba di Madinah, Di Madinah, Baginda telah
Rasulullah setelah sampai di Madinah
Baginda singgah di perkampungan Bani mempersaudarakan kaum Muhajirin dan
adalah membina masjid. Masjid ini dibina
Najjar. Penduduk Madinah menyambut Ansar dengan memperkenalkan sistem
dengan hanya berasaskan taqwa kepada
kedatangan Nabi dengan sangat keluarga angkat. Setiap keluarga Muhajirin
Allah. Tapak masjid ini dipilih oleh Baginda
gembira dan meriah. akan mendapat keluarga angkat daripada
berdasarkan di mana tempat untanya
kaum Ansar.
berhenti ketika dalam perjalanan dari

Quba ke Madinah.

Mereka berebut-rebut mengajak Baginda juga turut membina beberapa buah

Baginda beristirehat di rumah rumah di kedua dua sisi masjid berkenaan. Setelah

mereka, namun Baginda telah rumah tersebut siap, Baginda berpindah dari

memilih untuk tinggal di rumah Abu rumah Abu Ayyub al-Ansari ke rumah tersebut.

Ayyub al-Ansari.
Kesan-kesan hijrah

Perubahan terhadap pusat gerakan islam dan perkembangan politik.

Kegiatan dakwah islam dapat dilaksanakan secara terbuka tanpa ancaman daripada kaum quraisy.
Mendorong penyebaran islam dengan lebih meluas melepasi sempadan politik mekah dan madinah sejurus
menyebabkan pertambahan umat islam.
Mengubah kedudukan nabi dimana nabi tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh pihak quraisy,
malahan baginda adalah pemimpin yang dihormati dan disegani.
Titik tolak penubuhan negara islam pertama di dunia apabila piagam madinah ditubuhkan. Piagam ini juga
menjadi perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kehidupan penduduk madinah menjadi lebih sistematik dan hidup bebas daripada penindasan kesan daripada
sitem perundangan yang ditubuhkan.
Menamatkan konflik permusuhan antara suku aus dan khazraj dengan mempersaudarakan mereka.
Permulaan kepada perkiraan kalendar hijrah yang masih digunakan hingga kini
Sumber Rujukan
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KBSM

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN -Dr. Mustafa as-Syibale-

https://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdf

https://www.researchgate.net/publication/337918168_Hijrah_Nabi_Muhammad_SAW

https://www.slideshare.net/gurusejprau/hijrah-nabi-16963721

https://www.republika.co.id/berita/agpaqz366/pengorbanan-abu-bakar-untuk-rasulullah-

di-gua-tsur

https://ikimfm.my/suraqah-bin-malik/

https://news.detik.com/berita/d-4797498/masjid-quba-masjid-pertama-yang-dibangun-

rasulullah

https://www.scribd.com/doc/64618139/Kesan-kesan-Penghijrahan-Nabi-Muhammad-S-a-

W-Dari-Makkah-Ke-Madinah

https://ikimfm.my/kisah-hijrah-rasulullah-saw/

https://www.utusan.com.my/premium/2021/08/hijrah-nabi-bukan-pada-muharam/
‫جزاكم هللا خير الجزاء‬
‫وهللا أعلم‪...‬‬

Anda mungkin juga menyukai