Anda di halaman 1dari 5

Sempena Maal Hijrah kali ini, marilah kita menyingkap sejarah

kisah perpindahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah menuju


ke Kota Madinah untuk menyelamatkan Islam daripada ditindas.

Rasulullah berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as)

melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira.


Jibrail

memberitahu

Nabi

Muhammad ,

bahawa

Baginda

diangkat oleh Allah sebagai Rasul untuk seluruh umat


manusia.
Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah
supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada

peringkat awalnya, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam


kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.
Baginda

mengumpul

beberapa

pengikut

di

Makkah.

Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut


berikutan ancaman daripada kaum kafir,

terutama bangsa

Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.


Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan

pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap


dan berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan keluarga yang

kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk
Madinah.
Pada

tahun

622SM,

iaitu

kira-kira

12

tahun

selepas

berdakwah di Makkah, Rasulullah telah diberitahu bahawa kaum


kafirun

Makkah

memusnahkan

merancang

Islam.

membunuh

Rasulullah pun

Baginda

bermunajat

untuk

dan

menunggu perintah daripada Allah . Kemudian turun


Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya
Allah mengarahkan Baginda supaya meninggalkan
Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar
as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam
perjalanan

itu.

Rasulullah juga

memberitahu

rancangan

Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).

Baginda memberitahunya: Saya akan berhijrah tetapi anda


perlu mengambil tempat saya di rumah. Ali (ra) tanpa banyak

soal menuruti permintaan Rasulullah walaupun menyedari


bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah

Rasulullah . Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak

seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah . Mereka begitu


yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti
dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka

terperanjat

melihat

Ali

(as)

dan

bukannya

yang

Rasulullah bangun dari katil itu. Mereka pun terpinga-pinga


memikirkan bila Rasulullah keluar dari rumah itu.

Rasulullah dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada

malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan

tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah


dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji

mereka, Abdullah. Rasulullah dan Abu Bakr bersembunyi dalam


sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada
dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari

Rasulullah tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin


Rasulullah dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana

mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan


sepasang burung merpati. Allah membantu dua insan
ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish
kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah dan Abu Bakr (as)

meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang

gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan


tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan
kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan

gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah


berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada
Allah .
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah

dengan kehilangan Rasulullah . Mereka menawarkan hadiah

kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah . Ramai yang


mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah , Rasulullah dan


sahabatnya

tiba

perkampungan

kaum

Bani

Sabin

yang

menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama,


Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan
untuk masa depan.
Ketika

Rasulullah dan

sahabatnya

dalam

perjalanan,

penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini


mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira
dapat

bertemu

Rasulullah .

Jelaslah,

sebelum

tibanya

Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu,


sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah akhirnya


diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar

untuk menyambut Baginda. Rasulullah menunaikan solat di


sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam
berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah mula membina sebuah

negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan


di

kalangan

umat

Muslim

dan

menyeru

mereka

supaya

menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah


.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke

Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam


menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar
Islam.
Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Awal Muharram. Semoga
tahun baru Hijrah 1434H ini akan dipamerkan dengan corak hidup
berlandasan yang indah sebagai suatu perubahan positif dalam
penghidupan kita. InsyaAllah..

.
.

Wallahu Alam Bish Shawab

Anda mungkin juga menyukai