Anda di halaman 1dari 4

HALIMATUSSADIAH IBU SUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.

W
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya muslimin dan muslimat yang dihormati. Kisah HALIMATUS SAADIAH IBU SUSUAN NABI tajuk cerita saya. Ummi yaa lahnan asyaqohu Wanasyidan dau man ansyuduhu Fikulli maka nin azkuruhu Wa-azollu azollu uroddiduhu Halimahtus Saadiah Nama yang cukup besar dalam sejarah Nabi. Beliaulah ibu susuan baginda. Halimatus Sadiah menumpahkan kasih sayang yang tinggi kepada Nabi Muhammad, sejak kecil lagi. Sebagai ibu susuan, wanita solehah ini gigih mengajar baginda bertutur sehingga fasih, melatih bagin da berjalan di padang pasir dan mengurus mandian serta membesarkannya. Yakawan-kawan! Rasulullah terpaksa dipelihara oleh ibu susuan kerana bondanya Aminah kekeringan susu disebabkan terlalu sedih di atas kematian suaminya, Abdullah. Ketika itu Nabi masih dalam kandungan. Semasa Halimatus dipertemukan dengan Rasulullah, sinar cahaya anak yatim yang mulia itu telah melembutkan hatinya. Amalan ibu susuan adalah lumrah dalam kalangan bangsa Arab sejak dahulu sampai sekarang. Tradisi itu adalah sebagai langkah menjauhkan penyakit keturunan asal.

Si yatim senyum, senyum menyapa

Deria ibu tersemai di jiwa, Upah sedikit tidak mengapa, Ikhlas di hati bukannya harta. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah-Ayat 233 : Bismillahhiramannirrahim..Wattakullah hawalamuuuuu an nallah habima tamalu nabasirrrr.. Maksudnya: Dan bertakwalah kamu kepada Allah,serta ketahuilah,sesungguhnya allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan...

Halimatussadiah akhirnya membawa Nabi Muhammad s.a.w pulang ke perkampungannya. Sebaik sahaja Halimatus Saadiah memangku Rasulullah s.a.w, payu daranya terus menitiskan susu, lalu diminum oleh baginda sehingga kenyang. Beberapa saudara susuan baginda yang lain turut meminum susu itu sehingga hilang lapar. Justeru itu, Nabi Muhammad mempunyai beberapa saudara susuan terdiri daripada anak-anak Halimatus Saadiah, termasuk pakciknya Hamzah dan anak pakciknya, Abu Sufyan. Sebelum pemergian Halimatun Saadiah ke perkampungan itu telah dilanda kemarau yang teruk.
Tanaman menjadi layu. Air sungai menjadi kering. Tanah-tanih kering dan juga kontang Ternakan menjadi kurus.

Mekah,

YaSemuanya berpunca daripada hujan yang telah lama tidak turun. Selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w : Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anam Ayat 67: BismillahhirrahmannirrahimLikullinabaaa immus taqar, wasau fatalamunnn Maksudnya: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya dan kamu akan mengetahuinya

Ibu kambing keluarkan susu, Gemuk dan sihat, cukup sifatnya, Tanah yang kering menjadi subur, Air mengalir terus ke muara.

Ya, kawan-kawan!......Apa terjadi seterusnya?? Semua orang kampung bergembira turun ke ladang. Sungguh luar biasa! Perkampungan Bani Saad yang dahulunya tandus telah bertukar menjadi bumi yang subur dan makmur. Wahai teman Hadirin sekelian Berkorbanlah dengan penuh keikhlasan Bertakwa kepada Allah Jadi amalan Jika niat yang baik Syurga balasan.

Kesimpulannya dari kisah ini ialah: Contohilah terpuji Halimatussaadiah yang mempunyai sifat

ibu yang bertuah, wanita penerima barakah, pemula muqaddimah yang indah, kau ibu susu yang bertuah

Sekianterima kasih. Al-Israa' ayat 7 Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Anda mungkin juga menyukai